KLIBF 2012 / PBAKL 2012 “OSEM”

Published April 30, 2012 by wana93

Alhamdulillah, tahun ni, saya diberi kesempatan oleh-Nya untuk menghadirkan diri di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa 2012. Dua kali pulakk tu. Saya puas dan seronok! Sebab buku-buku serta novel yang saya cari, sudah saya jumpa dan beli serta miliki. ^_^

Antaranya, novel ‘Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu’, ‘Kumpulan Cerpen Bayu Dingin Mediterranean’, ‘Kutemu Cinta-Nya’. Juga buku motivasi ‘Batu-Bata Kehidupan’ dan ‘Lembutkanlah Hatimu’. Saya juga beli buku ‘Aku, Buku dan Cinta’ untuk saya lebih mencintai ilmu, buku dan guru. ^^

Saya beli sebuah buku nipis yang bertajuk ‘Ingin Mnejadi Penulis?’. Semestinya ingin! ^^ Buku tu hasil tulisan A.Ubaidillah Alias.  Dan, beberapa buah majalah Solusi dan Anis untuk bacaan isi rumah.🙂

Pada hari Ahad, 29/4/12, saya akhirnya dapat berjumpa dan bertegur sapa dengan ustaz Hasrizal. Penulis buku best seller, ‘Aku Terima Nikahnya’. Sempat saya ambil gambar beliau. ^^ Agak teruja!🙂 *Tapi, takdelah sampai nak ambil gambar bersama dengan beliau. Malu lahh. Tak molek lahh kann. ;p

Hari Isnin pula, saya pergi ke sana bersama beberapa guru untuk beli buku khusus untuk perpustakaan. Dan, saya sangat tidak rugi. Sebab, saya dipertemukan dengan penulis kegemaran saya, kak Fatimah Syarha. Saya sempat bertegur sapa dan bergambar bersama beliau. Teruja dan seronok!🙂 Dapat salam dan peluk cium dengan beliau. Sweet dan peramah!🙂

So, kesimpulannya, saya berasa sangat puas dan seronok dengan PBAKL 2012 ni. Memang ‘osem’lahhh! ^_^

Semoga ilmu dan amal saya semakin bertambah dengan bertambahnya buku serta novel milik saya ni. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah. ^^

4 comments on “KLIBF 2012 / PBAKL 2012 “OSEM”

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: