SEHARI BERSAMA ‘ANAK-ANAK’ TERSAYANG

Published May 6, 2012 by wana93

Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk menulis pengalaman berharga di muka bumi milik-Nya ini. Masih diberi pinjaman kesihatan jasad untuk melaksanakan perintah-Nya.

Saya seorang yang suka bercerita dan mem’bebel’. Jadi, saya nak bercerita sikit. Pengalaman saya tidur bersama ‘anak-anak’ saya di sekolah. Berqiamulail bersama mereka. Seronok!

Saya suka dan seronok tengok mereka menangis malam tu. Seronok sebab saya dapat rasa yang hati mereka masih lembut. Hati mereka masih lembut sebab dapat menitis dan mengalirkan air mata khusus untuk cinta mereka, iaitu, ibu bapa.

Sebenarnya, saya bersangat-sangat terima kasih kepada guru-guru yang bertugas pada hari itu. Kerana mereka sudi menerima cadangan saya untuk buat pengisian rohani yang mengupas tajuk ibu bapa ni. Saya buat begitu sebab saya sayangkan mereka. Yelah, saya tak lama di situ. Jadi, sementara ada masa, ada peluang, saya cuba guna untuk melembut dan terus mendidik mereka.

Sebelum program pengisian rohani itu, mereka buat LDK (Latihan Dalam Kumpulan) dahulu. Sengaja bagi mereka untuk bersuka-suka dahulu. Terima kasih kepada ustazah Hamiza, ustaz Rahman dan ustazah Zuliana serta lain-lain guru lagi. Terima kasih ya ustazah Hamiza sebab sudi baca teks yang ditulis saya khas untuk ‘anak-anak’ kita tu. Saya sangat-sangat bahagia kerana mereka mengalirkan air mata. Air mata tulus seorang anak.

Sebeleum membaca teks, ustazah Hamiza menyusun kata untuk menarik perhatian mereka dan memfokuskan minda serta hati mereka untuk insan bernama ibu dan bapa. Kemudian, bila semua pelajar sudah mula tunduk dan memejamkan mata serta menggenggam erat tangan mereka sambil diletak ke dada, tanda simpulan sayang mereka terhadap ibu bapa, barulah teks itu dibaca diiringi muzik yang sangat touching. Suasana gelap waktu tu. Lampu dipadam. :”)

Teks itu seperti ini :-

Wahai anak-anakku, cuba kamu bayangkan, esok, kamu balik ke rumah, kamu jalan kaki, kamu menaiki basikal, kamu lihat, betapa ramainya orang sedang berada di rumah kamu. Kamu resah. Kamu pelik. Kamu tertanya-tanya. ‘Kenapa ramai orang dekat rumah aku ni ya?’ Kamu terus melangkah. Makin kamu dekati rumah kamu, makin kuat suara bacaan Yasin. Kamu makin resah. ‘Ya Allah! Kenapa ni?’ Kamu masuk ke dalam rumah perlahan-lahan. Semua mata memandang kamu dengan sayu. Kamu terus melangkah. Kamu lihat, ada dua kujur tubuh terlena diselimuti kafan. Kamu melangkah menuju tubuh itu. Kamu memberanikan diri untuk menyelak kain kafan yang menutupi muka tubuh itu. Kamu menangis. Kamu terkejut! Kerana kedua tubuh yang diselimuti kain kafan itu adalah ibu bapa kamu! Kamu menangis lagi. Dan terus menangis! Kamu meraung. Kamu meminta maaf, meminta ampun daripada mereka. Tetapi, tubuh itu tetap diam tidak bersuara. Masa tu, sudah tidak ada gunanya penyesalan dan kata maaf kamu. Dah tak ada guna! Sia-sia saja!

Jadi, sayangilah ibu bapa. Jangan asyik sayangkan orang lain tetapi dengan ibu bapa sendiri, kita melawan cakap. Kita tak betul-betul sayang. Kita selalu menyakiti hati mereka.

Dan, saat itu, semakin kuat tangis yang kedengaran. Hati saya juga mula rasa sayu. Ada manic jernih yang sudah mula mengalir. Alhamdulillah. Dan, saya amat-amat rindu akan arwah bapa saya. :”)

Saya berjalan di tepi-tepi mereka. Saya singgah dan berhenti di tepi beberapa pelajar yang bagi saya, mereka ini, amatlah nakal dan aktif orangnya. Selalu sahaja menjawab apa yang dikata guru. Selalu sahaja malas hendak membuat kerja-kerja sekolah. Tetapi, hari itu, mereka menangis sungguh-sungguh. Saya usap belakang mereka perlahan-lahan. Makin kuat tangis mereka. Makin luluh hati saya. Saya sayang akan mereka. Sungguh! :’)

Selepas lampu dibuka, ‘anak-anak’ itu mula mengangkat muka mereka sambil mengelap tangis mereka. Saya ke hadapan bersama beberapa guru. Ustazah Hamiza meneruskan bicaranya. Ustazah itu menjemput seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan yang benar-benar sayangkan ibu dan bapanya. Secara sukarela, tanpa dipanggil. Pelajar perempuan, laju sahaja dia ke hadapan. Bersama tangisan tulusnya. Pelajar lelaki pula, amatlah tinggi ego mereka. Mereka menangis, tetapi, tidak ada seorang pun yang mahu ke hadapan. Setelah di‘paksa’, barulah muncul seorang pelajar lelaki. Saya menggunakan telefon genggam saya untuk menghubungi ibu dan bapa mereka. Saya meminta mereka bercakap. Memohon maaf.

Alhamdulillah, saya berasa amat gembira malam itu. Saya semakin sayang akan ‘anak-anak’ saya itu. 🙂

Sebelum mengakhiri program pada malam itu, ustazah Hamiza tiba-tiba menyerahkan mikrofon pada saya. Ustazah itu memberi peluang untuk saya mem‘bebel’ sekejap. Saya agak segan sebenarnya di situ. Tetapi, takpelah, saya guna peluang yang diberi untuk menenangkan hati mereka. Saya masih mendengar sendu-sedan mereka. Masih terdengar saki-baki tangis mereka. Muka dan mata mereka, kemerahan semuanya.

Saya membicarakan soal hati pada mereka. Tentang hati yang keras. Saya menghuraikan serba sedikit tentang hati yang keras. Saya memetik sebuah hadis riwayat At-Tirmizi, daripada Ibn Umar r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud ; “Janganlah memperbanyakkan percakapan selain untuk berzikir kepada Allah s.w.t., maka sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah s.w.t. itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesugguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah s.w.t. ialah mereka yang berhati keras.”

“Kamu nak jauh daripada Allah ke nak dekat dengan Allah?” Saya tanya mereka. Mereka semua menjawab, dengan suara sayu, “Nak dekat…”

Saya tak banyak bercakap sangat sebab masa makin mencemburui saya. Jam sudah pun menunjukkan pukul 12.00 a.m. Sebelum saya menutup program, sempat saya berpesan pada mereka.

“Balik rumah esok, minta maaf tau dengan ibu bapa kamu. Kamu masih beruntung. Sebab, kamu masih ada ibu dan bapa. Ustazah ada ibu saja. Ustazah dah takde ayah. Jadi, tolong hargai ibu bapa kamu. Lepas ni, minta maaf dengan guru-guru kamu. Tak payah minta maaf dengan ustazah. Ustazah okey saja. Lagipun, ustazah tak lama pun di sini. Minta maaf dengan guru-guru yang dah lama mengajar kamu tu. Yang hari-hari menghadap muka kamu, hari-hari menghadap perangai kamu.

Kamu tahu, guru-guru dekat sekolah ni, ramai yang sayangkan kamu. Tapi, ramai antara kamu yang tak sayangkan guru-guru. Satu rahsia ustazah nak beritahu kamu, guru ni, hatinya sangatlah sensitive. Dia mudah terasa, mudah terluka, tetapi, dia juga mudah memaafkan. Walau tanpa kamu pinta. Okey, kita akhiri dengan tasbih kafarah dan surah Al-‘Asr.” Akhiri saya. Dan, selepas itu, pelajar-pelajar perempuan terus mengerumuni saya (Guru-guru lain semua sudah berada di kantin, sibuk menyediakan minum malam. Tinggal saya seorang di surau itu.) Mereka menyalami saya sambil mulut mereka tulus melafaz, “ustazah! Saya minta maaf”. Dan, saya dipeluk, dicium mereka. 1st time kot! Haha. Mudah-mudahan, adalah perubahan selepas ini. Doakan ‘anak-anak’ saya tu ya!

Pelajar-pelajar lelaki pun ada yang meminta maaf. Kemudian, semua pelajar tahap 2 itu menuju ke kantin untuk minum malam. Ramai antara mereka yang meminta maaf dengan guru-guru lain pula. Saya tersenyum sendiri melihat drama ikhlas itu. Bahagia. Alhamdulillah. ^^

Malam itu, saya tidur pukul 1 pagi lebih. Saya meluangkan masa untuk berborak dan bercerita dengan tiga pelajar perempuan. Mereka tidur dengan saya, tu yang asyik nak bercerita saja. Huhu. Macam-macam mereka tanya. Macam-macam juga saya cerita. Ini serba sedikit daripadanya.

“Ustazah pegang 2 prinsip untuk diri ustazah. 1st, makin kau buka, makin aku tutup. Faham kann?” Tanya saya. Mereka angguk tanda faham. Pasal aurat. Kemudian, saya sambung, “Kedua, cinta ustazah limited edition untuk yang halal saja. No couple2!”

Pastu, ada seorang tu, dia tanya, “Abes tu, ustazah takde pakwe lahh ye sekarang?” Saya senyum dan angguk. Pastu, saya jawab, “Yup! Ustazah single. Haha. Ustazah dah tak nak terlibat dalam perkara2 lagha dah. Kamu pun tau. Sekarang, fokus kita, belajar. Bukan bercinta. Faham? Sayang mak ayah dulu, cari cinta Allah. Ok?” Mereka pun angguk sambil tersenyum. Dan, kami pun tidur. ~.^

Qiamulail dilaksanakan pada jam hampir 5.30 juga. Gara-gara bangun agak lewat, pukul 5 pagi. ^^

Sesungguhnya, ‘anak-anak’ ini masih memiliki hati yang lembut. Masih mudah untuk menerima nasihat daripada seorang gurunya. Jadi, wahai ibu bapa, wahai guru-guru, tetaplah bersabar dan teruskan usaha kita untuk mendidik dan mentarbiah mereka dengan Islam. Dengan akhlak.

Ya! Kadang-kadang, mereka terlalu aktif sehingga terlupa tentang sikap mereka terhadap guru. Mereka semakin lupa untuk hormat pada insan yang bergelar guru itu. Namun, adalah sesuatu yang tidak wajar jika kita tidak meredai mereka. Bersabarlah. Jadikan sekolah sebagai ladang pahala kita, pasti kita takkan bersedih lama. Tersukan perjuangan ya!

*Maaf, gambar ‘anak-anak’ saya, belum di’upload’. Gara-gara malas. Tetapi, masih kemas tersimpan rapi di dalam hp dan hati ini. ~,~

6 comments on “SEHARI BERSAMA ‘ANAK-ANAK’ TERSAYANG

  • Emm sedih jugak baca cerita ni..ingt masa sek men dahulu…pernah jugak cikgu anjurkan bengkel macam ni dan pernah jugak menitis air mata dek cerita yang menyanyat hati pasal ibu bapa..hehe..

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: