BERSUA BICARA BERSAMA IBU BAPA

Published June 23, 2012 by wana93

Alhamdulillah. Hari ini, saya masih mampu bernafas. Saya masih mampu melaksanakan solat. Saya masih berupaya bangun untuk berdiri meneruskan kehidupan seharian. 🙂

Hari ini merupakan hari yang bagi saya, amat bermakna. Hari ini merupakan pengalaman saya yang pertama dalam bersua dan bertemu dengan ibu dan bapa kepada anak-anak didik saya. Hari ini adalah Hari Serahan Rekod Profil pelajar untuk peperiksaan pertengahan tahun mereka. Saya bersyukur kerana dapat melalui pengalaman yang amat bermakna ini.

Sebab apa saya kata bermakna? Serah keputusan periksa saja. Ya! Amat bermakna! Sebab saya dapat kenal dan dapat tahu bagaimana ibu dan ayah kepada anak-anak didik saya. Saya merupakan guru kelas sementara untuk darjah 6 kelas pertama. Alhamdulillah, kebanyakan ibu bapa prihatin akan sikap, akhlak dan pencapaian anak-anak mereka.

Saya sebenarnya taklah ramah sangat dalam berbicara. Saya juga merupakan seorang yang sangat susah untuk memberikan senyuman pada insan yang tidak saya kenali. Serius! Tapi hari ini, saya berusaha dan cuba untuk beramah mesra bersama ibu bapa mereka. Malah, hari ini, saya tersenyum sentiasa. ^_^

Saya rasa seronok sebab ramai antara mereka sporting dan bila berborak, siap sampai tergelak. Santai saja. Hilang rasa resah gelisah dan gundah gulana saya. ~.^

Bila ibu bapa tanya pada saya akan sikap anak mereka, maka, jawapan permulaan saya adalah :

“Alhamdulillah..dia okey di sekolah..”

Itu adalah jawapan permulaan saya. Saya nak bagi ibu bapa positif dengan anak mereka. Kemudian, bila ibu bapa minta penjelasan atau mereka komen tentang anak mereka, barulah saya akan kata begini, :

“Dia okey..Cuma, kadang-kadang…”

Saya takkan terus nak memburukkan ana-anak didik saya. Mereka taklah seteruk mana pun. Biasalah, mereka masih budak dan masih belajar. Memang adakalanya suka berborak dan suka mengusik. Tapi, itu bukanlah alas an untuk saya terus memburukkan mereka. Saya beritahu ibu bapa mereka secara hikmah dan bersopan serta senyuman. ~.^

Ada seorang ibu kepada pelajar lelaki ni. Saya suka ibu seperti ini. Dia sporting saja. Dan, dia banyak berkorban untuk anaknya. Ibu ni bercerita bahawa dia memang tidak pandai nak baca arab atau jawi. Sebab itu, dia hantar anaknya ke sekolah agama. Nak bagi anaknya pandai agama. Akademik juga. Anaknya ni pula, memang baik dan ikut cakap. Cuma, mungkin penerimaan dia dalam pelajaran agak lemah sedikit. Saya hanya tersenyum dan menadah telinga mendengar luahan si ibu. Dia memang betul-betul nak masukkan anaknya ke sekolah agama untuk Tingkatan 1 nanti. Ke Hisamuddin Sg.Bertih. Itu bekas sekolah saya. Jadi, saya ambil kesempatan untuk memberi kata-kata semangat dan motivasi pada ibu itu. Insya-Allah, anaknya boleh!

Seorang lagi ibu kepada anak lelaki juga, dia memang ambil berat terhadap pelajaran anaknya. Dia tanya saya, bagaimana sikap anaknya di sekolah, siapkah kerja rumah yang guru beri dan banyak lagi. Alhamdulillah, anaknya okey. Saya cuma komen sikit-sikit sajalah. Sebab keseluruhannya okey.

Saya sebenarnya ada terkilan mungkin. Dan, sedikit sedih. Ada sebahagian ibu bapa, bila mereka tengok keputusan anaknya, dia terus berubah muka. Dan, dia banyak menyalahkan anaknya. Saya masih sokong sikap dan akhlak anaknya, tapi, ibu bapa itu sendiri yang memburukkan anak mereka. Saya tak salahkan ibu bapa, cuma, kita perlu kawal diri kita. Jangan sampai emosi menguasai diri. Saya cuba mempositifkan mereka. Saya sedikit terkejut apabila ada seorang bapa ni, cakap macam ni, : “Sedih betul dengan keputusan dia ni..memang nak kena rotan balik ni!”

Saya tersenyum kelat sambil berkata, : “Eh, tak perlu rasanya nak merotan sebab keputusan dia sederhana, takdelah teruk mana. Insya-Allah, boleh cemerlang lagi.” Muka si bapa tetap begitu. Dalam hati, saya mula risau. Adakah anak didik saya yang seorang ini kurang kasih sayang? Adakah dia selalu kena rotan? Macam-macam prasangka buruk terus menekan minda. Saya hanya beristighfar di dalam hati.

Saya sebenarnya, sedikit sebanyak dapat ‘detect’ siapa antara anak didik saya yang saya rasa, kurang kasih sayang. Bukan apa, mungkin, sebab selalu kena marah dengan ibu bapa mereka. Dan, dari situ, saya sedar. Betapa pentingnya untuk saya menyayangi mereka di sekolah. Saya sememangnya sayang sangat dengan mereka. Cuma, ramai antara mereka yang tak sayangkan saya. Saya rasa la. Huhu. ;p

Saya suka berborak dengan bapa anak didik saya ni. Lelaki. Bapanya bersungguh-sungguh suruh saya tegur dan nasihat anaknya kalau anaknya main-main dalam belajar dan buat perangai. Sampai dia cakap, “Kalau ustazah nak rotan ke, ustazah buat saja. Saya tak kisah kalau itu boleh buatkan dia berubah. Yelah, kalau tak, dia akan cakap, ala, ustazah tu tak marah. Takyah buat sangat pun takpe.”

Seorang bapa lagi, dia tanya, B.Arab anaknya meningkat. Alhamdulillah. Siapa gurunya? Saya tersenyum sajalah kan. Lepas tu, saya jawab, “Saya ajar bahasa arab. Itulah, periksa pertengahan tahun ni ramai juga yang meningkat. Saya pelik sikit. Sebab, bila tanya diorang, diorang kata bahasa arab ni susah. Tapi, Alhamdulillah, boleh juga diorang jawab.” Ada beberapa ibu bapa yang tanya tentang saya. Yelah, saya hanya sementara. Sebab insya-Allah, bulan 9 ni sambung degree. Doakan tau!

Ada yang tanya, “Ustazah ajar sampai habis ke?”

Saya jawab, “Eh tak, mungkin sampai bulan 7 atau 8 kot. Saya pun tak tahu.”

Lepas tu, dia cakap, “Oh yeke, patutlah anak saya cakap yang ustazah tak lama. Dia suka ustazah ajar Bahasa Arab. Tu yang Bahasa Arab dia meningkat tu. Mumtaz! Dia tengok guru. Kalau guru okey, dia suka, tu yang markah tinggi tu.”

Saya jawab, “Oh yeke? Boleh pulak tengok guru ya. Hehe. Insya-Allah, selagi saya ada dekar sini, saya akan cuba bantu dan usaha untuk mereka.”

Fuuuh! Saya agak lega di situ. Tak sangka anak saya tu sayang dan suka dengan cara saya. Terima kasih! ^__^

Semasa tengah berehat sebentar, ada ibu bapa yang belum datang lagi, saya berborak dengan seorang ustazah darjah 5. Dia bercerita tentang anak didik kelasnya. Dia memang beritahu ibu bapa kepada anak-anak yang terlibat dengan gejala yang tidak sihat. Ada dalam 15 orang yang terlibat dengan menonton video pornografi. Saya agak terkejut bila dapat tahu. Ibu bapa mereka juga terkejut. Sebab, anak-anak mereka menonton yang tidak senonoh di Cyber Café. Jadi, ibu bapa amat perlu pantau akan anak-anak mereka. Dengan siapa dia berkawan, di mana dia pergi, pergi Cyber Café buat apa dan sebagainya. Guru tidak boleh nak bertindak sesuka hati sebab anak-anak masih di bawah jagaan ibu bapa. Ada sebahagian ibu bapa yang tidak bersetuju dan tidak percaya akan sikap anak-anak mereka. Memang ada anak yang di sekolah baik, di rumah sebaliknya. Ada juga yang di rumah baik, di sekolah pula sebaliknya.

Saya terdengar keluhan seorang bapa. Dia meluahkan isi hatinya pada guru kelas anaknya. Darjah 6. Kelas terakhir.

“Saya kalau boleh memang nak dia belajar agama dan pandai tulis Jawi. Sikit-sikit pun jadilah. Asalkan dia terus berusaha. Sebab tu saya hantar dia dekat sekolah ni. Sekolah ni lain dari yang lain. Sekolah ni mementingkan agama dan akhlak. Akademik tu memanglah penting tapi bagi saya, saya lebih nak anak saya tahu agama.”

Saya terharu mendengar keluhan bapa itu. Dan, hati saya tiba-tiba rasa sayu. Teringat akan arwah abah saya. Ibu dan arwah abah memang excited masukkan saya dekat sekolah agama. Terima kasih ibu! Terima kasih abah! Sayang kalian berdua! :”)

Nasihat saya pada yang sudah bergelar ibu dan ayah :

Didiklah anakmu dengan cara Islam. Biar agama yang menjadi tunjang kepentingan dalam kehidupan. Jangan marah kalau agama mereka lebih cemerlang dari akademik. Tapi, beri dorongan dan sokongan serta bantuan pada mereka untuk terus maju. Insya-Allah, mereka boleh sebenarnya. Cuma, jangan terlalu memaksa sahaja. Ada masa, kita manjakan mereka. Ada masa, kita tegas dengan mereka. Pantaulah anak anda. Guru hanya pembantu untuk mendidik dan memantau ketika di sekolah. Di luar sekolah, itu tanggungjawab ibu bapa.

Nasihat saya pada yang bergelar pelajar especially anak didik saya:

Belajar dan belajarlah betul-betul. Jangan bazirkan masa kamu dengan perkara yang sia-sia. Jangan bercintan-cintun sebab kita masih di alam persekolahan. Ibu bapa sayang kita. Dia nak tengok kita cemerlang. Untuk masa depan anaknya jugak. Sayang diri kamu dan sayang ibu bapa kamu. Berkorbanlah untuk ibu bapa kamu kerana sesungguhnya mereka telah banyak berkorban untuk kamu!

Memang ada ibu dan ayah kita yang garang dan tegas tapi itu semua sebab mereka sayang akan kamu. Jangan sesekali bermasam muka dan terasa hati dengan mereka. Kalau ada masalah, ustazah Syazana ni sudi mendengar dan membantu kamu, insya-Allah. Selagi ustazah ada, ustazah sentiasa sudi. Kamu je yang tak sudi. ;p

Wahai anak-anak ustazah! Kamu nak tahu 1 rahsia?? ~Betapa ibu dan bapa kamu sayang akan kamu!~ :”)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: