Sambutan Ulangtahun ke-15 Blog Saifulislam.Com

Published July 1, 2012 by wana93

Alhamdulillah. Semalam, 30.6.2012 merupakan satu hati yang saya kira, penuh dengan hikmah. Bukanlah bermakna hari-hari lain tidak punya makna, tidak punya hikmah, akan tetapi, hari semalam memiliki hikmah dan makna yang saya sendiri tak jangka.

Saya telah diberi peluang oleh-Nya untuk menghadirkan diri ke KUIS, Bangi, bersama sahabat-sahabat saya, bagi meraikan sambutan ulangtahun ke-15 blog Saifulislam.Com, blog ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Saya pasti, ramai yang mengenali sebaris nama itu. ^^

Saya dan sahabat-sahabat saya menggunakan khidmat komuter untuk sampai ke sana. 8.00 pagi, kami dah mula menunggu komuter. Lebih kurang 2 jam juga perjalanan kami. Jauh jugak ye Bangi. ;p

Kami selamat sampai di KUIS, Bangi lebih kurang jam 10 pagi. Subhanallah! Cantik, besar dan indah tempat pengajian itu. Ada beberapa sahabat saya yang menyambung pengajian di situ. Sahabat baik saya juga belajar di situ. Umairah namanya. Untung dia ada. Dia banyak bantu kami (macam penunjuk arah la jugak. Huhu.)

Sampai-sampai, saya dan sahabat-sahabat saya, Fara dan Hanan terus masuk ke auditorium KUIS itu. Pelancaran E-Book ustaz Hasrizal, ‘Tak Kenal Maka Tak Cinta’ baru sahaja dirasmikan. Program terus berlangsung. Kami terus menadah telinga untuk mendengar butir-butir bicara para panel.

Ada juga diterangkan tentang E-Book dan pelbagai lagi.

Saya tak berapa nak ingat nama-nama panel yang bercakap itu. saya hanya ingat akan isi-isi penting dalam bicara itu sahaja. Salah seorang panel, penulis skrip tak silap saya, dia melontarkan pendapatnya dengan penuh semangat. Katanya, “Orang agamawan jangan asyik nak mengutuk dan menyalahkan filem, drama dan cerita saja, tapi, mari sini, tonjolkan diri anda! Kami memerlukan orang-orang yang berilmu. Kalau tak, dunia hiburan kita pasti makin lama akan makin hanyut. Jangan ingat dalam perfileman, Islam tak boleh membangun!”

Semangat dan begitu ‘sentap’ isinya. Kan? ^_^

Para panel yang berbicara banyak memuji penulis Hilal Asyraf. Kerana penulis itu sememangnya ‘mantap’ penulisannya! Perkongsian buah fikirannya amatlah luas dan merentasi sempadan.

Dr Shamsul, penggiat teater yang sangat shariah compliant, dalam forum di program ulangtahun ke-15 SaifulIslam.Com berkata:

“Mungkin tunggu Hilal Asyraf jadi Menteri Agama kita, baru drama-drama dan filem-filem kita jadi shariah compliant.”

Ustaz Hasrizal juga! Banyak pengalaman, idea dan ketamadunan yang beliau cerita dalam buku-buku beliau. Penulisan beliau banyak mengadun hikmah.

Saya juga amat gembira sebab dapat bertemu sahabat-sahabat STAM saya yang sedang berkursus dan telah pun menghadapi imtihan qalbu di KUIS sana. Seronok juga ber’speaking’ bahasa arab dengan diorang. Rindu pula pada STAM! Saya doakan agar mereka semua berjaya. Doakan mereka ya! moga mereka berjaya menjejak ke bumi Mesir!

Autograf akhi Hilal bersama kata nasihat beliau.

Bergambar kenangan bersama akhi Hilal Asyraf

Lagi satu, paling saya seronok dan teruja, dapat berbual sebentar, dapat ambil autograf ustaz Hasrizal dan Hilal Asyraf serta dapat bergambar kenangan bersama dua orang yang saya kagumi itu. Saya bawa buku motivasi ‘Batu-Bata Kehidupan’ tulisan Hilal Asyraf untuk beliau tandatangani. Saya juga bawa buku ‘Bercinta Sampai Ke Syurga’ tulisan ustaz Hasrizal untuk beliau tandatangani.

Bergambar kenangan bersama ustaz Hasrizal dan akhi Hilal Asyraf.

Saya sempat mengucapkan Selamat Pengantin Baru pada akhi Hilal Asyraf dan menitipkan salam buat bakal isterinya. Sporting jugak ye akhi Hilal ni. ^^

Malamnya, ada forum. Tapi sayang, saya memang tak dapat nak hadirkan diri sebab nanti tak ada pengangkutan nak balik pulak! Huhu.

Dan, saya amat-amat puas hati dengan perjalanan semalam. Walaupun sampai ke rumah waktu ‘Isyak.

Ibu tak marah sebab ibu tahu saya pergi ke mana, buat apa dan dengan siapa. Saya siap tunjuk tandatangan dua penulis itu serta gambar lagi bagi mem’bukti’kan pada ibu. Hehe.

Orang agamawan, orang yang menulis tentang agama, orang yang mampu melaksanakan agama, maka dia boleh berdakwah.  Saya tertarik dengan kata azimat yang dilontarkan oleh salah seorang ahli panel,

“Siapa yang boleh amalkan Islam, maka, dia juga boleh berdakwah!”

Bermakna, kitalah orang itu. Sebab, kita amalkan Islam kan? Kita solat kan? ^^

Dakwah itu mudah! Bukan sekadar kewajipan, tetapi gerakan yang menghidupkan! (Kata majalah JOM!)

Semakin bersemangat cita-cita saya untuk jadi seorang penulis dan pendakwah. Insya-Allah. Biidznillah. Moga Allah reda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: