SI KECIL ITU MEMBERIKU SENYUMAN

Published July 5, 2012 by wana93

Di saat hati seorang guru sedang dirobek oleh tangisan air mata, kakinya terus menapak masuk ke kelas darjah 3. Dia cuba menceriakan wajah muramnya. Mata yang baru saja membasah dikelip-kelip dengan sengaja agar ‘anak-anak’ darjah 3 itu tidak perasan bahawa dia kini sedang berduka. Guru itu sempat bercerita tentang betapa mulianya akhlak Nabi s.a.w. pada seorang tua yang selalu menghina dan mencampak najis pada baginda.

Tiba-tiba, ketua kelas pun masuk. Dia baru melangkah ke dalam kelas kerana ada urusan sebentar tadi. Dia berhenti di hadapan gurunya. Dia menghulurkan tangan sambil berkata,

“Ustazah! Saya mintak maaf ye.” Mukanya tersenyum manja. Nampak comel sekali budak lelaki itu. Guru itu turut tersenyum. Atmanya kembali ‘happy’.

Guru itu menyambut salam si anak kecil itu sambil berkata,

“Penat ustazah tunggu tau. Bilalah budak ni nak minta maaf? Alhamdulillah, dia minta maaf pun. Ni yang ustazah sayang ni. Nak buat lagi ke tak nak? Nak melawan cakap ustazah lagi ke tak nak?”

Ketua kelas darjah 3 itu tersengih sambil menjawab,

“Tak nak dah zah. Betul! Saya minta maaf tau.” Guru itu mengangguk bahagia. Dia sempat mencubit mesra pipi comel si kecil itu. Bibirnya kembali mengukir senyuman. Guru itu bahagia kerana budak sekecil itu sedar dan mahu meminta maaf atas kesalahannya melawan dan meninggi suara padanya tempoh hari gara-gara tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi.

Guru itu menegur dan menasihatinya, tetapi si kecil itu seakan marah dan memberontak hingga meninggikan suara. Tapi kini, guru itu bahagia, kerana dia dan si kecil itu sudah mula ber’kawan’ semula. Tidak bermasam muka lagi apabila bertembung. ~.^

*Pelajar tahap 1 selalunya begini. Suka buat guru ceria walaupun banyak kali menaikkan amarah guru dengan tingkah aktif mereka. Tetapi, ada masa, mereka sangat ‘sweet’ kalau nak dibandingkan dengan tahap 2 yang kebanyakannya ego belaka. Sangat sukar untuk meminta maaf meskipun sedar bahawa dirinya bersalah.

Keep strong ye! 🙂

Kepada guru, bersabarlah! Mohon Allah kuatkan hati-hati kita ye! Moga ikhlas sentiasa mengiringi setiap gerak kerja kita. InsyaAllah.  🙂

Melalui jalan ini, penuh liku dan duri. Kadang-kala keluhan itu bertandang. Namun, segalanya seakan indah dan manis bila dikenang. Perit itu kadang-kala membuahkan manis saat kita sudah tiada nanti. Dan kerana Allah, maka teruskanlah langkahmu! ^_^

Semoga kita terus memohon kekuatan dan ketabahan daripada-Nya untuk terus mendidik dan mencorak ‘kain putih’. :’)

 

One comment on “SI KECIL ITU MEMBERIKU SENYUMAN

  • guru vs jihad
    tiap2 amalan bmula dgn niat..
    kdg2 faktor gaji dan kelebihan lain mendorong mereka mengisi jawatan ini
    sdgkan profesion ini amat berat bila dilaksanakan
    bebanan kerja yang bertingkat – tingkat membuat guru peningkan kerja fail dari pelajaran pelajar
    ini zaman internet bukan zaman 60-an..guru membawa buku ke sekolah dan pelajar diam mendengar tiap apa yang Dsampaikan oleh guru
    pelajar kini lebih bijak dari guru dalam hal2 yang kurang berkaitan dengan pelajaran
    masalah sosial pun kian meningkat..
    mampukah kita berperanan sebagai murabbi di dalam dunia ini?

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: