SEMINAR MEMPERKASA DAN MENGGERAK PERANAN PIBG 2012

Published July 8, 2012 by wana93

Alhamdulillah. Pada tarikh 7 Julai 2012, Allah telah memberi ruang dan peluang serta pengalaman yang sangat ‘osem’ untuk diri ini. Jadi, saya ingin berkongsi beberapa perkara yang dapat saya catit dalam program Seminar Memperkasa dan Menggerak Peranan Ibu Bapa dan Guru anjuran SAMTTAR di Hotel Goldcourse, Klang.

Baru saya tahu yang Pn. Mastura Mohamad dan Prof. Dr. Muhaya Mohamad adalah adik-beradik. ~.^

Melaras Hati dan Minda

Oleh : Pn. Mastura Mohamad

 

Pn. Mastura Mohamad

Kita mesti betulkan niat kita iaitu untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. Sentiasa amalkan surah Al-Fatihah kerana banyak kelebihannya. Ia merupakan satu-satu surah yang wajib dibaca dalam solat dan satu-satu surah yang Allah berkomunikasi dengan hamba-Nya. Sentiasa fahami bacaan kita dalam solat.

Sebelum tidur, maafkan semua orang. Bayangkan muka-muka orang yang kita marah dan benci, kemudian, maafkan mereka. Benda yang tak baik yang berlaku dalam kehidupan kita adalah suatu pengajaran. Ia nikmat bagi kita.

Syaitan selalu berkata pada kita, “Selagi kau lupakan Tuhanmu, aku (syaitan) tidak akan melupakanmu.” Sebab tu, kena sentiasa baca Bismillah sebelum nak masuk dalam rumah, kelas, sebelum nak makan dan pelbagai lagi. Makan dan minum mestilah dengan tangan kanan. Pernah ada pelajar-pelajar kolej dating ke perpustakaan, diorang tak solat sehari tu. Pagi sampai petang. Pelajar pandai tapi tak solat.

Sebab tu, bila kita belajar, terus amalkan ilmu. Jadilah gelas yang sentiasa menerima air baru. Air yang dah penuh, ia akan melimpah. Itulah ilmu. Bila melimpah, ia akan kembali kosong. Itulah apa yang kita amalkan. Bila ia dah kosong, kita isi semula dengan air baru. Itulah ilmu baru. 🙂

Buang belenggu kita! Cakap benda-benda baik dan sentiasa berfikiran positif! Selesaikan masalah utama kita iaitu HATI.

Jambatan San Farncisco. Setelah 70 tahun dibina oleh seorang yang genius, sekarang, ramai rakyat di situ yang hampir setiap hari melompat pagar jambatan itu. Untuk bunuh diri! Sebab, mereka kurang menekankan soal spiritual. Maka, inilah yang terjadi!

Kita kena ajar anak orang lain sepertimana kita ajar anak sendiri. Ibu bapa yang berfikiran matang dan beriman, dia takkan buat saman-menyaman guru hanya dengan alasan, guru merotan anak, guru memarahi anak dan banyak lagi. Jangan sesekali kecil hati dan marah apabila ada guru yang menegur dan menasihati anak kita.

Didiklah anak untuk mengingati Allah. Jawatan yang telah Allah amanahkan kepada kita (ibu bapa, guru, pekerja, pemimpin) guna untuk mengajak manusia mengingati Allah dan Rasul. Kalau dalam shopping kompleks, suraunya selalu senang nak jumpa sebab sebelah tandas, karpetnya nipis saja dan hanya beranginkan kipas. Macam tu saja yang disediakan untuk kita bertemu dengan-Nya? Tapi, kalau dengan orang-orang besar, bukan main! Tempatnya eksklusif, susah nak jumpa, karpetnya tebal dan ber’air-cond’ lagi. Bukankah Allah lebih dari segalanya?

Mind setting kita dah jauh. Sebab, hati pun dah makin jauh dengan Allah.

Kadar orang bunuh diri di Malaysia:

2009 – 7 orang setiap hari.

2010 – 19 orang setiap hari.

 

Kadar pembuangan anak luar nikah :

2010 – seorang anak luar nikah dilahirkan setiap 17 minit.

 

Kita perlu pada perubahan hati, minda dan sikap. Hati perlu dibersihkan. Sikap perlu sentiasa positif. Barulah dapat menghasilkan sikap yang bersih, baik dan positif. Hati itu ibarat air putih yang bersih yang berada di dalam gelas. Bila kita masukkan gula, masih kita nampak walaupun gula itu halus. Gula itulah umpamanya dosa-dosa kecil. Bila kita masukkan sudu hitam di dalam gelas tersebut, pastilah jelas kelihatan. Sudu hitam itulah umpamanya dosa-dosa besar. Hati yang bersih pasti tidak melakukan semua itu!

Hati yang sakit pula ibarat air teh. Bila kita masukkan gula, kita masih nampak, tapi, samar-samar. Bila kita masukkan sudu hitam, masih lagi kita nampak. Begitulah hakikatnya bila kita melakukan dosa. Hati yang mati pula adalah seperti air kopi. Bila kita masukkan gula, kita sudah tidak nampak. Begitulah jika kita melakukan dosa-dosa kecil, ia seakan sudah menjadi satu budaya dan kebiasaan. Bila kita masukkan sudu hitam, lagilah sudah tidak nampak. Hati sebegini amat berpotensi untuk melakukan dosa-dosa besar! Na’uzubillah!

Kadang-kadang, ego manusia terlalu tinggi untuk berpatah balik untuk meminta sebuah kemaafan.

“What you give, you get back!”

Apa yang saya :

Fikir – Rasa – Cakap – Buat (Semuanya adalah doa) ^_^

Kata-kata semangat untuk memulakan hari kita :

1)      Ya Allah.. Thank you for the gift of my life today. Today is the best day of my life! Alhamdulillah! Allahuakbar!

2)      Ya Allah.. I’m so happy and grateful for the abundance that is coming to me everyday! Alhamdulillah! Allahuakbar!

 

Misi Kita :- Menjadi Orang Yang Bersemangat!

5S – Senyum, Salam, Sapa, Sopan dan Santun.

 

5M – Membaca, Mengira, Menulis, Memikir dan Mengamal.

 

*Think others >> Fikir tentang orang lain.

*Be a good listener >> Menjadi pendengar yang baik.

*Sifat suka memberi bukan tunggu untuk menerima.

*Menolong, memudahkan dan meraikan orang.

*Make everybody feel wanted >> Buat semua orang rasa dihargai.

*Lebih sabar

*Tak rasa diri hebat >> Menahan perasaan – Buahkan pahala.

*Lihat kekuatan sahabat bukan kelemahan >> Elakkan rasa riak.

* Berjiwa besar dan berlapang dada >> Sentiasa menuntut ilmu.

*Berfikiran positif dan sangka baik dengan Allah.

Apabila niat kita jelas, pasti jalannya akan mudah dengan bantuan Allah. ^^,

 

Celik Hati dan Minda

Oleh : Prof. Dr. Muhaya Mohamad

Prof. Dr. Muhaya Mohamad

Ramai orang hidup dengan masa silam. Aku dapat itu, aku dapat ini, dulu aku itu, dulu aku ini dan sebagainya lagi.

Pembetulan sikap kita :-

*Orang yang menunjuk-nunjuk, dia sebenarnya tak ada apa-apa. Tapi, orang yang tak menunjuk, dia sebenarnya berharga dan punya apa-apa. (Jadi, orang yang suka bergaya dan menunjuk-nunjuk dalam Facebook tu, maksudnya, dia tak ada apa-apalah.) ^^

*Fokus pada roh/jiwa kita, kurangkan pada fizikal.

*Bila keadaan di luar tak betul, kita tak pernah salahkan diri kita, kita asyik dan sering menyalahkan.

*Hendaklah kita bertanggungjawab atas apa yang berlaku dalam kehidupan kita.

Macam mana kita nak hidup dari dalam (jiwa) ke luar (fizikal) :-

  • Fizikal akan mati, roh yang akan jumpa Ilahi.
  • Dunia dalaman mempengaruhi dunia luaran kita.
  • Bersihkan jiwa, bersihkan tindakan.

Biar kita sibukkan diri kita dengan cari keaiban diri sampai kita tak nampak aib orang lain.

Masa yang paling penting adalah SEKARANG. Orang yang paling penting adalah DI HADAPAN KITA. Tindakan yang paling penting adalah BERBUAT BAIK.

Dunia dalaman kita = fikiran + emosi

Hanya orang jahat kata orang baik jahat. Hanya orang baik kata orang lain baik.

“Manusia ini tidur. Kita hanya akan bangun ketika masuk ke liang lahad.” (Saidina Ali)

Orang lelaki, bila dah akad nikah tu, fokus sajalah pada yang satu, tak payah nak kahwin dua, tiga dan empat. Kajian menunjukkan bahawa ramai orang perempuan yang menghidap penyakit ‘breast cancer’ adalah kerana bercerai atau dimadukan tanpa rela. Mereka banyak memendam rasa marah. Kasihani orang perempuan. :’)

Kemaafan dan kasih sayang menguatkan kita. Kebencian dan kemarahan melemahkan kita.

Kehidupan adalah makna yang kita beri pada apa yang berlaku. Cara guru memandang anak murid mempengaruhi prestasi anak murid.

 

Orang yang hidup dalam ego dan kesombongan :-

*Suka bersaing.

*Suka marah.

*Kalau bercakap, nak betul saja.

*Takut orang tak kenal kita.

*Sentiasa nak lebih.

*Sangat fikir tentang apa orang kata.

*Sangat fikir tentang reputasi.

*Sentiasa merasakan nilai diri kuat.

 

Orang yang hidup dalam keimanan :-

*Suka bekerjasama.

*Lebih jaga silaturrahim.

*Sentiasa melihat orang dengan kasih sayang.

*Sentiasa melihat dengan kecantikan.

*Murah hati.

*Sentiasa memperingati diri dengan majlis ilmu.

3 jenis diri :-

1)      Bayi/baby (Fitrah, suci)

2)      Diri palsu (Ada pangkat, ada nama)

3)      Diri pura-pura (Hipokrit)

Penyakit popular yang senang dihinggapi oleh seorang doctor adalah penyakit sombong. Kena hati-hati. Kita mestilah kembali pada-Nya dalam keadaan fitrah dan suci.

4  cara nak ubah diri kita :-

1)      Alhamdulillah kerana aku telah…….

2)      Satu fikiran yang menghalang saya mencapai kejayaan adalah…………..

3)      Satu tabiat negatif yang mesti saya ubah………..

4)      Satu tindakan yang perlu saya lakukan untuk ubah diri saya……….

Jangan sesekali kita marah pada ‘ahli Syurga’ iaitu kanak-kanak dan bayi. Layanlah kerenah mereka dengan sedaya upaya.

Kepada yang belajar agama, belajar tinggi-tinggi, lebih hebat cabarannya. Jangan sesekali kita rasa yang kita lebih hebat daripada orang lain. Siapa yang cari Allah, maka, dia dapatlah segala-galanya.

Orang yang minda kecil, masalah jadi besar. Orang yang minda besar, masalah jadi kecil. Makanan rohani kita yang sebenar adalah kasih sayang Allah. Orang yang ada kasih sayang Allah, dia tidak bergantung harap pada penghargaan manusia.

Lagi satu, jangan bajet bagus! ^_^

-Nota kaki semasa di seminar-

Semoga bermanfaat untuk semua. Sama-sama kita amalkan kebaikannya ya! Moga Allah reda. 🙂

Malamnya, saya menemani adik lelaki dan dua orang anak buah saya mendengar ceramah ustaz Don di masjid Darul Muttaqin. Penuh! Alhamdulillah! =)

Ustaz Don – Kuliah Maghrib.

Tapi, saya tak salin nota sebab tak menyempat. Dan, kurang jelas suara ustaz Don. Maklumlah, duduk jauh sangat. Belakang-belakang pulak tu. Saya memasang telinga sambil melayan kerenah ‘anak-anak’ tercinta saya. Ramai pula yang pergi ke sana. Bagus betul diorang! ^_^

Akhi Hilal Asyraf bersama isterinya, kak Tengku Masyitah. ^_^

Dan, tarikh itu juga merupakan tarikh keramat bagi seorang penulis yang saya kagumi, akhi Hilal Asyraf kerana beliau bernikah pada hari itu. Beliau sudah selamat diijabkabulkan. Alhamdulillah. Tahniah! Barakallah! Selamat Pengantin Baru! Semoga kak Masyitah dan akhi Hilal terus bercinta dan berkasih sayang hingga ke Syurga. :’)

~Pernikahan itu yang dicari adalah sakinah iaitu ketenangan dan mardhatillah iaitu keredaan Allah. Nikah bukan semata-mata untuk cinta, tetapi fokusnya lebih kepada pembinaan ummah.~ 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: