PUISI CINTA UNTUKMU, SAHABATKU..

Published July 10, 2012 by wana93

Engkau bahagia..

Engkau bersyukur pada Yang Maha Esa..

Kerana engkau kini memiliki ramai sahabat..

Salah seorangnya, dia, yang engkau rapat..

 

Jarak engkau dan dia jauh yang amat..

Sudah lama tidak bertemu mata dan berpeluk mesra..

Tapi, engkau dan dia tetap akrab dan semakin dekat..

Dek kerana cinta di atas cinta-Nya..

 

Terkadang, air matanya menguatkan jiwa engkau..

Dan terkadang, air mata engkau menjitukan semangat dia..

Cinta ini teramat indah untuk dinukil dengan kata berbunga engkau..

Hanya titis air mata dapat merasai lazatnya sebuah persahabatan kerana Dia..

 

Tatkala engkau bersendirian, engkau suka tersenyum sendiri..

Engkau mengimbas detik pahit manis bersama dia..

Di situ, kekuatan sanubari engkau seakan hidup semula..

Dan di situ, engkau temukan bahawa engkau sangat sayang akan dia..

 

Engkau dan dia menepati cita rasa tersendiri..

Engkau dan dia sentiasa menerima perbezaan..

Engkau dan dia benci akan perbalahan dan persengketaan..

Engkau dan dia selalu tegur dan menasihati..

 

Kerana engkau ingin bertemu dengannya di Syurga nanti..

Dia juga, mahu bersama dengan engkau menghadap Ilahi..

Maka dengan sebab itu, engkau terus berusaha dan berusaha..

Tanpa rasa putus asa, engkau dan dia terus melangkah memburu cinta-Nya..

 

Hari ini, dia menyambut hari lahirnya yang ke-19..

Sudah setahun engkau tidak menatap wajahnya..

Engkau tidak lupa mendoakan kebahagiaannya..

Dan engkau mengharap agar Allah memberi belas..

 

Hari lahirmu pula semakin mengunjung tiba..

Bermakna, hari matimu semkin lama semakin menghampiri..

Engkau mahu bahagia untuk hari-hari ini..

Supaya kelak, bila engkau sudah tiada, engkau bahagia dengan kiriman doa..

 

*Puisi cinta ini khas untuk sahabat saya yang berada di Jordan, Sakinah Shahrum. Dia merupakan sahabat yang paling sehati dan sejiwa. Kami bahagia bersahabat dan bercinta serta berkasih sayang kerana-Nya. Doakan sahabat saya berjaya di dunia dan akhirat ye! :’)

Moga ukhuwah ini, Allah pelihara daripada terhumban ke Neraka. Na’uzubillah. :’)

Surprise…! Ingat lagi tak pic ni?? ^__^

Uhibbuki Fillah dear..😉

“Sakinah, sanah helwah! Aku sayang kau kerana Allah. Semoga Allah pertemukan kita kembali.” :”)

~InsyaAllah, kalau tak mati lagi. Kalau mati, doakan sahabatmu ni yea..~ :’)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: