UMUR KITA SEMAKIN TUA

Published July 18, 2012 by wana93

♥ Alhamdulillah.. ♥

Semakin hari, umur kita semakin tua. Jangan terlalu sibukkan diri dengan dunia, sebaliknya, sibukkan diri kita dengan persiapan menghadapi mati. Walau usia kita baru mencecah belasan, namun, itu bukanlah alasan untuk kita tidak menyediakan bekal. Mati itu boleh datang pada sesiapa saja. Tak kira tua atau muda.

“Are we ready???”

Dan, apa sumbangan kita pada Islam??😦

InsyaAllah, sama-sama kita perbaiki diri dan tingkatkan kerja-kerja dakwah dalam meninggikan martabat Islam pada pandangan dunia sekarang ini.

Okey, di blog tercinta saya ni, saya nak berkongsi sesuatu iaitu tentang status saya di FB untuk hari kelahiran saya. Sekadar perkongsia, moga-moga ada manfaatnya. ^_^

Saya rasa, tahun ni, ‘osem’! Sebab banyak perbezaan. Ada suka dan duka.  Dan, saya amat rindu akan arwah abah tercinta saya. :”)

Peristiwa 17.7.12
Allah bagi saya peluang untuk hidup hingga hari ini, 19 tahun. :’)

Teringat kata-kata saya minggu lepas, pada ‘anak-anak’ saya :-
“Okeh, minggu ni ustazah nak happy2 je ye. Tak nak marah-marah kamu. Tak nak garang-garang dah. Penatlah. Ustazah nak rileks-rileks je ye. Kamu pun kenelah bagi kerjasama. Boleh?”

“Saya tahu kenapa ustazah nak happy2 sebab minggu depan hari jadi ustazah kan?” Sampuk seorang pelajar. Dan, saya senyum sambil menjawab,
“Ya betul! Maknanya, ustazah semakin menghampiri mati. So, ustazah nak happy2 dengan korang minggu ni je. Manalah tahu minggu depan ustazah dah takde ke kan?” :”)

Dan, diorang semua muka muncung je sambil cakap, “Ustazah ni, asek cakap pasal mati je.” (Sayang jugak ek diorang!) ^^,

Dan, hari ini, saya masih mampu tersenyum dan bertemu mata dengan mereka. Allah masih bagi saya pinjam nafas ini untuk berbakti dan memperbaiki diri. Allah masih beri peluang pada pendosa ini untuk bertaubat pada-Nya. :”)

*Masuk kelas darjah 5, diorang nyanyi lagu ‘Allah selamatkan kamu’ untuk saya. Terharu kot! ~.^
*Darjah 6 pulak, kerumun saya untuk wish ‘Selamat Hari Lahir’. Siap ada yang nyanyi dalam Bahasa Arab lagi :- “sanah helwah ya jameel, sanah helwah ya jameel.” :’)
*Darjah 3 pulak, bagi saya ‘surat cinta’. Alangkah ‘sweet’nya mereka. ^^,

~Masa ada lagi lebih kurang sebulan untuk saya bersama dengan ‘anak-anak’ saya. Serius! Makin sayang dan makin cinta dengan mereka. :’) ♥ ♥
~Makin dekat nak masuk U, makin berat hati sebenarnya nak tinggalkan ibu. Mesti nanti asek homesick je.😦 ♥ ♥

Alhamdulillah! Kek ni sedap! Kakak saya beli special untuk saya.🙂

17.7.1993 hingga kini, 17.7.2012 = 19 tahun.

Alhamdulillah. Allah itu tersangatlah baik dan Maha Penyayang.
Dah banyak yang saya lalui. Tapi, amat sedikit sumbangan saya pada agama-Nya.😦
Allah masih beri peluang pada diri yang serba berdosa ini untuk bertaubat pada-Nya.

Hari ini, saya banyak terima ‘surat cinta’ daripada ‘anak-anak’ terchenta saya.
Surat tu semua masih ada di atas meja di bilik guru sekolah. :’)
Dan tadi, saya buka beg merah ‘Angry Bird’ saya, keluarkan buku sebab nak taip soalan untuk Ujian Prestasi ke-2, tiba-tiba, terjumpa sampul surat warna kuning. =.=
Agak pelik! (Siapa pulak yang seludup beg aku ni?) ;p

Tak ada nama pemberi. Tapi, ada nama penerima > Ustazah Syazana.
Jantung berdebar2. Tangan perlahan-lahan buka surat tu. Agak panjang surat tu. ^^
Yang pasti, dari budak kelas saya. :”)

Air mata tiba2 jatuh. Sangat hiba + terharu + bersyukur! :”)

Antara isi yang sangat-sangat saya suka :-
“……….Ustazah, saya ada benda nak cakap. Saya mengaku time ustzh baru masuk @ sekolah ni, saya x suka sangat kat ustzh. Sampailah satu malam tu, saya dapat mimpi. Saya menyesal apa yang saya buat kat ustzh. Saya minta maaf! Pastu, ustzh dekat dengan saya. Ustzh give present kat saya tp saya x bukak lg. Ustzh peluk saya. Pastu saya nangis. Ustzh kata janganlah nangis. Setiap manusia pasti melakukan kesilapan. Takpe. Ustzh maafkan (sambil tersenyum). Pastu, saya bangun. Saya terus nangis. Sekarang ni baru saya tahu erti kasih sayang & pengorbanan seorang guru. Maafkan saya ye ustzh. Tp skrg, perasaan sayang yg ada pd saya terhadap ustzh Syazana…sayaaanngg ustzh..! ^_^…………….”

Ce cter! Guru mana yang x menangis kalau baca ‘surat cinta’ camni?? :”)

Alhamdulillah, saya dah mendapat tempat di hatinya. Sungguh terharu. :’)
Aissshhh..time kita dah nak pergi, time tu la baru ada orang nak sayang dan hargai.
So sweeeet laahh! ~.^

Ustazah Syazana sayang korang semua. Ketahuilah bahawa doa yang diseru pada-Nya itu adalah tanda cintaku terhadap kamu semua. ♥ ♥ :’)

 Peristiwa 18.7.12

♥ Alhamdulillah. ♥

Hari ni, ada dapat ‘surat cinta’ lagi dari ‘anak-anak’ saya. ^^,
Ada yang bagi sampul raya. Dalam tu, ada surat dan pin tudung. Beautiful!🙂

Hari ni, saya bagi rasa kek special pada guru2 dan ‘anak-anak’ kelas saya. :)…
Banyak ucapan dan doa yang saya terima hari ni, daripada guru2 di sekolah itu, berbunyi macam ni :-

“Semoga syazana berjaya di USIM nanti. Semoga bahagia dan sihat selalu. Semoga jumpa jodoh di sana ye!” (Saya tersenyum je sambil menggeleng.) =.=

“Nanti dapatlah jumpa jodoh kat sana. Hehe.” (Saya tersenyum lagi sambil menggeleng.) T_T

“Semoga ustazah dapat suami yang baik dan soleh.” > Antara isi dalam ‘surat cinta’ yang saya dapat. Saya tersenyum sambil menyebut ‘ameen’. :”)

Niat saya nak melangkah ke U nanti, satu saja. Nak menuntut ilmu kerana Allah.
Urusan jodoh tu, erm, cepat ke lambat ke, dengan siapa, umur berapa, itu urusan Dia.
Saya tak rasa risau pun. Rileks-rileks jelah kann. ^^
Sebab, ada insan-insan yang mendoakan saya. Terima kasih! ~.^
Semoga Allah memakbulkan doa-doa kalian. :’)

Penuhkan cinta di hatimu dengan cinta Ilahi. Meriahkan rindu di jiwamu dengan merindui Rasulullah s.a.w. Semailah kasih buat ibu bapa kita yang tercinta. Semoga Dia redha akan kita semua. :”)
Dan, saya terima satu ungkapan cinta dari seseorang yang saya anggap seperti adik sendiri di FB, Nur Habibah. :’) Ini nukilannya. ^^

Doa – itu – adalah – cinta – dalam – diam. ^_^

~Semoga anda mendoakan yang terbaik untuk saya ye! Alhamdulillah, insyaAllah, saya bakal melanjutkan pelajaran di USIM, insyaAllah. Sesungguhnya alam universiti, amatlah berbeza daripada alam-alam yang sedang saya lalui ni. Semoga Allah redha kita semua.~🙂

4 comments on “UMUR KITA SEMAKIN TUA

    • alhamdulillah, dapat USIM..🙂
      saya bukan ustazah, hanya hamba Allah..🙂
      ustazah tu gelaran saja sebab saya mengajar sementara di sebuah sekolah rendah agama..🙂
      mohon doakan saya ekk.. ^^

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: