JOM BER’DATING’ DENGAN RAMADAN!

Published July 22, 2012 by wana93

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Dia Yang Maha Penyayang masih memberi kita pinjaman nafas yang entah sampai bila, untuk kita melalui hari-hari di muka bumi ini. Dan sekarang, bulan yang penuh barakah, iaitu bulan Ramadan. Sudahkah kita bersyukur dan bersujud pada-Nya saat kita masih boleh menghirup udara segar di pagi Ramadan tatkala ada insan yang telah pergi selamanya? :’)

Ramadan ini setahun hanya sekali, tak semua dapat merasai, kerana ada antara mereka yang telah pergi menghadap Ilahi. Ramadan datang setahun hanya sekali, wajar untuk kita mensyukuri, dengan mentaati perintah Ilahi. Do the best!!

APA ADA PADA RAMADAN?

Macam-macam ada! Antaranya :-

1)      Diwajibkan berpuasa.

2)      Al-Quran diturunkan.

3)      Solat Tarawikh.

4)      Malam LailatulQadar.

5)      Pahala amalan digandakan.

6)      Syaitan dibelenggu.

7)      Kemenangan dalam peperangan Badar.

8)      Pembukaan Kota Mekah.

9)      Pintu Syurga dibuka.

10)  Pintu Neraka ditutup.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasululullah s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan atas dasar keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni. Sesiapa yang melaksanakan qiam pada bulan Ramadhan atas dasar keimanan dan mengharapkan reda Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni. Sesiapa yang bangun melakukan qiam Lailatulqadar atas dasar keimanan dan mengharapkan reda Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (Riwayat al-Bukhari no. 38 dan Muslim no. 175)

Kita masuk ke dalam bulan Ramadan ini dalam keadaan kotor dek kerana dosa dan noda yang sudah pun meninggi. Dan, pastilah kita mengharapkan yang kita akan keluar dari bulan yang penuh barakah ini dalam keadaan suci dan fitrah! Insya-Allah. 🙂

 

Make al-Quran like our best friend! ^_^

TAKWA MENJADI BURUAN!

Apa yang menjadi tumpuan dan fokus utama kita dalam mengharungi bulan Ramadan ini? Adakah santapan yang paling enak untuk dijamah ketika berbuka puasa? Atau kita masih mengekalkan aktiviti ‘memakan bangkai busuk’ iaitu mengumpat di bulan mulia ini?

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183, yang bermaksud :

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,”

Ya! Takwa! Itu sepatutnya sasaran utama kita! Itu semestinya yang menjadi buruan utama kita! Bukan makanan, bukan minuman, bukan keseronokan tetapi ketakwaan pada Yang Maha Esa.

Kita mahu puasa kita, amalan kita, ibadah kita diterima-Nya, betul tak? ^^

Maka dengan sebab itu, elakkan dan jauhkan diri kita daripada berbuat dosa dan maksiat di bulan ini. Jom ramai-ramai kita pakat balik ke pangkal jalan. Tapi, janganlah selepas keluar dari bulan ni, kita U-Turn balik nak ikut jalan terpesong! No! That’s wrong!

Pulanglah ketika Ramadan tetapi jangan hanya pulang ketika datangnya Ramadan. J

Perbanyakkan membaca dan mentadabbur Al-Quran. Rajinkan diri untuk solat Tarawih. Rajinkan diri untuk bertahajjud. ^_^

Dan, perlu kita ingat bahawa anggota badan kita juga turut sama berpuasa!

Checklist! ^_^

 

HATI-HATI DENGAN HADIS PALSU!

Ada orang yang terlampau taksub dengan bulan Ramadan sehingga dia menyebarkan sesuatu yang tidak tahu asasnya. Contohnya, hadis-hadis palsu! Paling popular, hadis tentang kelebihan solat Tarawih. Hari pertama apa, hari kedua apa, dan sebagainya. Soalan ini telah ditanya pada al-Fadhil ustaz Azhar Idrus. Dan, ini jawapan beliau.

Untuk maklumat lanjut, boleh baca penjelasan dari JAIS di sini : fadhilatterawih.php

Antara kesalahan-kesalahan yang kerap kali kita lakukan di bulan Ramadan ini adalah seperti berikut. Mudah-mudahan, boleh diperbaiki. 🙂

Be alert!

PAHALA PUASA ITU MILIK-NYA

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda : ‘Allah SWT berfirman : “Segala amalan soleh anak Adam akan dilipat gandakan ; satu kebaikan dilipat gandakan menjadi sepuluh kali ganda, bahkan sampai 700 kali ganda, melainkan puasa, kerana puasa adalah milik-Ku dan hanya Akulah yang akan membalasnya ; hal ini kerana, seseorang yang berpuasa itu meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Aku.” Orang yang berpuasa itu memiliki dua kegembiraan, iaitu kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika menghadap Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang sedang berpuasa itu dalam pandangan Allah adalah lebih harum daripada haruman minyak kasturi. Puasa adalah perisai. Jika seseorang sedang berpuasa, janganlah ia berbuat atau berkata yang tidak senonoh. Jika ada seseorang yang memakinya, hendaklah dia mengatakan : “Maaf, aku sedang berpuasa.”’ (Riwayat al-Bukhari no.1894 dan Muslim no. 1151)

Setiap hari, selepas berbuka, cubalah tanya dan koreksi diri kita sendiri. Apakah puasa kita hari ini diterima-Nya? Apakah amalan kita dipandang-Nya? Apakah kita ada melakukan sesuatu yang tidak disukai-Nya sepanjang kita berpuasa? :’)

Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang tidak meninggalkan ucapan dan/atau perbuatan yang tidak senonoh (saat berpuasa), maka Allah sama sekali tidak mempedulikan puasanya.” (Riwayat al-Bukhari no. 5710)

DIDIK DIRI DENGAN KENTALKAN IMAN

Akhir sekali, sebagai penutup, mari sama-sama kita didik diri kita. Tarbiah diri kita dengan menguatkan jiwa bersama takwa. Didik diri kita dengan kentalkan iman di hati. Perangi nafsu dalam diri. Mujahadah sekuat hati. Dan, buat sesuatu kerana Ilahi. Insya-Aallah, kita semua boleh!

Oh ye! Boleh ‘download’ versi PDF untuk Kelebihan Membaca dan Menghayati Al-Quran. Perkongsian untuk disebarkan oleh ustaz saya, ustaz Shahmuzir.  🙂
Klik di sini :- an-nasihah-10-kelebihan-membaca-al-quran.pdf

Selamat ber’dating’ dengan Ramadan! Jadual saya untuk bulan ni memang padat! Jadual anda??  ^___^

Jadual padat! ^__^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: