‘BULATAN GEMBIRA’ MENDEKAT PADA-NYA.

Published August 25, 2012 by wana93

Alhamdulillah. Segala puji-pujian hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam. Terkadang, kita terlalu gembira dan bahagia hingga diri terlupa untuk bersyukur atas nikmat-Nya. Terkadang, kita terlalu gusar dan sedih hingga diri terlupa untuk bersandar dan berharap pada-Nya.

Hari ini, saya diberi peluang dan kesempatan masa oleh-Nya untuk saya ber’bulatan gembira’ bersama sahabat-sahabat yang saya sayangi kerana Allah. ‘Bulatan Gembira’ di sini bermaksud usrah. Sebab apa ‘gembira’ ek? Mestilah! Sebab sama-sama saling berusaha untuk dekat pada-Nya. ^^

Usrah adalah salah satu usaha untuk kita mendekati-Nya dengan cara berdiskusi dan berbincang bersama secara berkumpulan. Bila ada masalah, kita luahkan dan cari solusi bersama. Bila ada salah faham, kita saling menerangkan dan saling bermaafan.

Saya dan beberapa sahabat sempat meluangkan masa selama 1 jam setengah untuk kami berdiskusi sambil meluahkan isi hati masing-masing. Maklumlah, lama tak jumpa. Lepas ni, masing-masing dah menapak ke Universiti. Ada beberapa sahabat saya yang dah masuk semester 4. Alhamdulillah. Tapi, insyaAllah, saya dan sahabat-sahabat semua akan pastikan yang hubungan kami takkan terhenti takat ni saja. No!

Antara topik hangat yang menjadi tajuk perbincangan kami adalah ‘Mukaddimah Zina’ dan ‘Cabaran Universiti’. Kami ada rakam video, tapi, maaflah! Video tu khas untuk tontonan kami-kami sahaja. ^__^

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah Al-Isra’ : 32)

Di sini, saya kongsi beberapa isi penting sepanjang ‘bulatan gembira’ kami berjalan :-

1)      Ada orang, dia cakap yang dia tak ‘couple’. Tapi, dia rapat dengan lelaki. Dia selalu mesej dengan lelaki. Katanya, ramai kawan lelaki. Hanya kawan! Tak couple! Oh tidak ~ Di situ dah salah konsep ya! Ikhtilat atau pergaulan perlu dijaga sebaik mungkin. Sms atau ‘call’ cukup sekadar keperluan. Bukan untuk menghilangkan rasa bosan dan untuk keseronokan.

2)      Bila kita dah berkenan dekat seseorang yang hensem atau cantik agama dan akhlak peribadinya, maka, teruslah ‘tanya’. Tanya itu bila kita betul-betul dah bersedia. Bukan untuk bermain cintan-cintun saja. Tanya tu boleh merisik (dating rumah si dia), selidik (melalui tanya kawan rapat, saudara, FB, blog dll), taaruf (melalui orang tengah yang boleh dipercayai seperti ibu bapa/ ustaz/ ustazah) dan banyak lagi.

3)      Tak semestinya kita akan kahwin dengan lelaki yang selalu kita berhubung dengannya (call,sms,dating). Tapi, ramai yang macam tu, untuk main-main saja. Bila masuk bab nak nikah, dia akan cari yang betul-betul suci. Bukan suci yang diselindungi debu.

4)      Jaga hubungan kita dengan Allah, dengan manusia. Kena pandai pilih kawan. Kadang-kadang, pengaruh kawan ni memang dahsyat. Pengaruh yang baik tu, Alhamdulillah! Yang tak baik tu, Na’uzubillah!

5)      Cinta bukan sekadar main-main cinta. Bukan untuk suka-suki saja. Tapi, kalau cinta, mestilah nak bawa sampai ke Syurga kan? So, nikah ni, bukan benda main-main, bukan untuk dunia saja. Tapi, sampai ke akhirat.

6)      Ada orang, bila dia tak couple, dia rasa ganjil atau ghuraba’. Macam pelik saja bila dia seorang tak couple lagi. Dan, ada 2 jenis orang yang dalam keadaan macam ni. Satu, dia fikir, “Bagus jugak aku tak couple. Tu maknanya, Allah masih sayang aku. Allah masih jaga aku. Alhamdulillah!” Dan, orang kedua, “Ish, semua kawan aku dah couple. Takleh jadi ni! Aku pun nak cari someone jugaklah! Mesti best kalau dapat couple macam diorang.” So, fikirlah untuk jangka masa panjang. Lebih baik menunggu orang yang tepat daripada menghabiskan masa dengan orang yang salah. Kan? ^^

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah Al-Tahriim : 6)

7)      Bila dah masuk Universiti, memang banyak cabaran dan dugaan. Kena banyak bersabar. Kena pandai berdikari.

8)      Kadang-kadang, ada pensyarah yang tak suka kita. Kadang-kadang, kita pun tak suka dengan pensyarah tu. Tapi, memang kena banyak bersabarlah.

9)      Pengaruh kawan pun kena hati-hati. Kena pandai pilih kawan. Kawan tu penting juga. Semangat kejiranan kena ada. Sentiasa memaafkan orang. Jangan hipokrit dan jangan cakap tak serupa bikin.

10)  Ramai orang, banyaklah ragamnya. Berbeza-beza lagi. So, semua tu memang akan banyak buat kita belajar sendiri dan berdikari. Kena pandai bawa diri.

11)  Kalau ada loghat yang kita tak faham, memang kena belajar. Semangat asabiah atau berkelompok tu memang setiap U ada.

Daripada Abu Hurairah r.a. ,Nabi s.a.w bersabda:”Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya.Maka hendaklah kamu melihat dgn siapa kamu bersahabat.”(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)

Kemudian, kami melapangkan fikiran kami dan menyediakan pancaindera telinga kami untuk medengar sedikit mutiara berharga daripada ustaz kami, Ustaz Shahmuzir. Terima kasih ustaz sebab sudi meluangkan masa bersama kami dan memberi peringatan dan nasihat sebagai bekalan menapak ke Universiti nanti.

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (Surah Adzzariyat : 56)

Antara isinya :-

1)      Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu. Macam mana nak jaga Allah? Jagalah syariat-Nya. Sekarang umat Islam ramai yang berpecah sebab manusia dah tak jaga syariat Allah.

2)      Orang selalu cakap, “Kena ikut ajaran Islam, kena ikut Sunnah” dll, tapi, kita mesti kena ada ilmu. Sebab tu, banyakkan membaca buku-buku agama. Banyakkan dengar dan pergi ke majlis-majlis ilmu. Tengok siaran-siaran tv yang islamik.

“…sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah adalah dalam kalangan hamba-Nya yang berilmu.” (Surah Fatir : 28)

3)      Kena ada jati diri. Jati diri ni sangat penting! Kita kena ada TAKWA (Takut dan berhati-hati) dan RAJA’ (pengharapan pada-Nya).

4)      Bila kita dah belajar, apa yang patut kita buat? Amalkan! Dan sebarkan! ^^

Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu. 🙂

5)      Bila berdoa, cuba kita faham makna doa kita. Hayati betul-betul.

6)      Kena selalu amalkan doa ditetapkan hati. (Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku ke atas agama-Mu dan ketaatan pada-Mu.)

7)      Kita selalu doa, “Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan akhirat”. Tapi, kita jarang menghayati maksudnya. Doa ni umum. Kita minta kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat pada Allah. Kebaikan yang macam mana? Biarlah kebaikan itu Allah yang definisikan. Kita sebagai hamba, jangan sesekali lupa untuk meminta dan terus meminta. Kebaikan tu boleh datang dalam pelbagai bentuk yang kadangkala kita tak sangka.

“Dan tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda-gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al Quran itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, kerana perbuatannya sendiri…” (Surah al-An’aam : 70)

8)      Remaja selalu fikir yang alam universiti ini adalah satu alam yang sangat menyeronokkan. Sebab apa? Sebab kita bebas sebebasnya! Boleh keluar malam, boleh buat itu, boleh buat ini. Tak ada siapa nak marah. Mak ayah dekat rumah, tak tahu apa-apa. Jadi, kena pandai jaga dan kawal diri. Kena pandai pilih kawan. Kalau berkawan dengan seseorang tu akan merosakkan diri kita, adalah lebih baik kita tinggalkan dia. ^^,

Daripada Abu Musa al-Asy’ari r.a. Nabi s.a.w bersabda: “Orang yang bergaul dengan orang yang soleh dan orang yang bergaul dgn orang yang jahat ibarat orang yang membawa kasturi dan orang yang menghembus alat menyalakan api. Orang yg membawa kasturi sama ada ia memberikannya kepada kamu,atau kamu membelinya,atau mendapat bau yang baik. Manakala orang yang meniup alat menyalakan api,sama ada ia akan membakar pakaian kamu atau kamu mendapat bau yang busuk.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tanda sayang seorang Muslim pada saudaranya ialah apabila dia menyampaikan kebenaran agar diri dan saudaranya itu terlepas daripada azab-Nya di sana. Lebih indah lagi apabila mekarnya suasana berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Sekian, perkongsian daripada saya. Moga Allah redha. 🙂

Wallahua’lam.

8 comments on “‘BULATAN GEMBIRA’ MENDEKAT PADA-NYA.

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: