BANYAKKAN BERZIKIR, KURANGKAN MENGELUH

Published September 18, 2012 by wana93

Aku mula menapak ke alam Universiti pada 1 September 2012. Sudah dua minggu aku bergelar pelajar atau student Universiti Sains Islam Malaysia, di Negeri Sembilan. Sepanjang minggu orientasi, kami memang agak penat dan letih. Serius! Memang kami banyak exercise seperti jalan kaki (jari kaki saya sampai bengkak kot! sebab pakai kasut sarung. sejak tu, saya dah tak pakai kasut sarung. hehe.)

Apa yang aku nak kongsi di sini, bukan nak berceloteh memanjang tanpa tujuan. Aku hendak berkongsi sesuatu selama 2 minggu aku di USIM. Bila dah lama tak balik rumah, aku dan kengkawan mula dihinggap penyakit ‘homesick’! Hari bertambah hari, penyakit itu semakin menjadi-jadi. So, aku dan kengkawan decide nak balik ke rumah tercinta kami pada hari Jumaat sebab hari Isnin dan alang-alang cuti Hari Malaysia. ^^

Sebelum bertemu dengan hari Jumaat, iaitu hari Khamis, aku ter’pukul’ dengan satu kejadian yang bagi aku, amat-amat bermakna! Sebab aku ni, rupanya masih tak bersyukur! Alangkah teruknya diri ini.😦

Memang sepanjang dua minggu ni, aku agak banyak mengeluh. Mengeluh sebab asyik penat saja. Asyik kena jalan kaki jauh-jauh saja. Asyik nak merungut saja.

“Penatlah kalau hari-hari macam ni..”

“Jauh kot nak jalan kaki ke kelas..adoyaii..”

Itulah aku. Teruk bukan? Maklumlah, dah lama tak exercise, sekali dah ‘kena’ baru tahu padan muka!

Hari Khamis tu, aku baru pulang dari kelas. Aku berjalan kaki seorang diri. Keluhanku waktu itu seakan sudah berkurang. Mungkin kerana sudah menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan di universiti iaitu memang pelajar kena berjalan kaki jika bas tiada atau lambat. Sebaik saja kakiku melangkah masuk ke perkarangan asrama, mataku terpandang dan mula memerhati gerak-geri seseorang. Lelaki.

Aku tak tahu umurnya berapa, tapi, yang pasti, dia adalah pelajar USIM. Dia berjalan menggunakan tongkat. Kakinya seakan tidak boleh berjalan. Kecuali dengan menggunakan tongkat itu. Dari situ, aku seperti mahu menangis! Aku dahlah boleh berjalan, boleh berlari tanpa tongkat, tapi, asyik mengeluh saja! Hatiku beristighfar beberapa kali. Betapa kurangnya syukurku selama ini!😦

Kemudian, selesai aku solat Maghrib di dalam bilik, aku terus menapak keluar menanti sahabatku untuk pergi ke kelas sama-sama pada malam itu. Lagi sekali, aku melihat orang yang sama. Dia memakai jubah putih sambil cuba berjalan laju menggunakan tongkat untuk pergi ke surau. Usahanya tampak bersungguh-sungguh! Lagi sekali, aku menangis dalam hati sambil berdoa, “Ya Allah! Permudahkanlah urusan hambaMu itu di bawah redhaMu.”

Pulang ke kelas pada malam itu, aku menaiki bas. Aku berjalan di belakang seorang gadis. Usianya mungkin sama seperti aku.  Pelajar tahun 1 juga. Dia berjalan agak pelik, lalu, aku melihat kondisi kakinya. Dia juga mempunyai masalah untuk berjalan dengan normal. Lagi sekali, aku beristighfar di dalam hati sambil berdoa, ” Ya Allah! Permudahkanlah urusan hambaMu itu di bawah redhaMu.”

Sejak kejadian itu, mulutku lebih banyak diam. Aku tidak mahu beri peluang pada diriku untuk mengeluh da mengeluh lagi. Aku cuba bayangkan macam mana kalau suatu hari nanti, aku sudah tidak boleh berjalan kaki untuk belajar? Bukankah aku juga yang rugi?

So, the moral of this story, jangan sesekali tiru perangai buruk aku yang suka sangat mengeluh. Lembik! Bukankah Allah lebih menyukai muslim yang kuat? Jadi, jom sama-sama kita ubah diri kita. Daripada buruk kepada baik dan daripada lemah, lembik kepada kuat. Kuatlah untuk mujahadah! Kuatlah kerana Allah!

♥ Buktikan syukur dengan tingkah, bukan dengan lafaz semata-mata. ♥
♥ Kurangkan dan elakkan mengeluh, perbanyakkan zikir dan istighfar. ♥
♥ Jalan ke Jannah itu tidak pernah mudah, dan ia memerlukan mujahadah. ♥

Aku seru diriku sendiri dan kalian yang disayangi Allah, sama-sama kita banyakkan berzikir dan istighfar serta kurangkan dan elakkan daripada mengeluh. Sebab itu, diam itu lebih baik.🙂

Coretan : – Khamis, 13/9/12, Universiti Sains Islam Malaysia.

4 comments on “BANYAKKAN BERZIKIR, KURANGKAN MENGELUH

  • As’salammualaikum.
    Alhamdulillah, setelah saya melihat blog saudari ini, saya telah banyak mengambil petua dan pengajaran disebalik kisah saudari ini sebagai pemangkin bagi saya untuk menjadi insan yang sentiasa bersyukur terhadap kurniaan Allah SWT.
    Saya cuma ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi menulis blog seperti ini.
    Harap ianya dapat membantu saudara-saudari islam kita yang lain.
    InsyAllah. =D

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: