MUSLIMAH DAN CABARAN BEKERJAYA

Published November 25, 2012 by wana93

Mukaddimah

* Hati mendapat tempat berbeza di sisi-Nya.

* Setiap hari ada peluang untuk kita naikkan darjat kita pada pandangan Allah.

* Doa dan usaha dengan diri sendiri ibarat kembar. Hilang salah satunya, mati!

*Dilema bekerjaya dan duduk di rumah.

Barangsiapa mengerjakan kebajikan, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka pasti akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan Kami beri balasan dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah an-Nahl : 97)

 

Kerjaya Wanita :-

* Hukum : Harus

* Asalkan jelas tugas utama.

* Menjaga adab dan batasan.

* Contoh wanita berkerjaya pada zaman Nabi :

– Zainab Binti Jahsy (tolong masyarakat)

– Gadi Madyan iaitu anak Nabi Syua’ib (tolong abahnya) > rujuk surah al-Qasas : 26)

– Asma’ Binti Abu Bakar (tolong suami) dll

– Menjadi ibu susuan

* Wanita adalah manusia yang cerdas dan mampu melibatkan diri dalam kegiatan sosial dan politik yang baik serta bermanfaat.

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah : 71)

>> Tugas sosial/tugas kemasyarakatan iaitu keluar untuk bersama-sama dengan masyarakat.

Kenapa wanita bekerjaya?

1) Ekonomi – hidup memang perlukan duit, duit bukan segalanya tapi segalanya memerlukan duit, bantu suami mantapkan ekonomi dalam keluarga.

2) Ummah dan dunia berhajat pada tenaga wanita – para ibu yang bakal bersalin mahukan doktor wanita dll.

“Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman): “Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (kerana) sebahagian kamu adalah turunan dari sebahagian yang lain[259].” (Surah Ali Imran : 195)

*[259] =  Maksudnya sebagaimana laki-laki berasal dari laki-laki dan perempuan, maka demikian pula halnya perempuan berasal dari laki-laki dan perempuan. Kedua-duanya sama-sama manusia, tak ada kelebihan yang satu dari yang lain tentang penilaian iman dan amalnya.

Cabaran Wanita Berkerjaya

1) Mendidik generasi adalah kerja utama wanita

*Kata al-Hafiz Ibrahim :

Ibu adalah madrasah (sekolah), jika engkau mempersiapkannya bererti engkau telah mempersiapkan bangsa yang hebat dan kuat.

* Andai kita sudah berkerjaya, jangan biarkan anak-anak kehilangan ‘ibu’.

* Susu ibu adalah susu terbaik dunia!

* Bila balik kerja, jangan stress sampai tak nak senyum dengan anak-anak.

* Cuba kawal stress dengan :-

1)Banyakkan berzikir  2)Ajar diri untuk senyum  3) Sebarkan bahagia di rumah

2) Penampilan

* Islam bukan anti fesyen. Islam cuma anti dedah aurat dalam berfesyen. 🙂

* Amalkan konsep bersederhana.

3) Stress suami isteri

* Adakan perbincangan, jangan dipendam.

* Kreatif dalam berkomunikasi.

4) Banyak godaan

 

Kesimpulan

* Muamalat seharian memudahkan urusan jodoh. 🙂

(Contoh : Nabi Musa dan puteri Nabi Syu’aib – Surah Al-Qasas : 23-27)

* Jiwa kita kena bergantung pada Allah.

* Ada 3 golongan yang memandang wanita :-

1) Wanita kena tutup setutupnya.

2) Wanita kena dedah sededahnya.

3) Moderate (Tidak ada warna khusus untuk pakaian wanita. Islam meraikan. 🙂

– Bersederhana.

– Kena tutup aurat.

– Pakaian tak menyamai wanita kafir/jahiliah.

– Diterima adat.

– Tidak menyerupai lelaki.

*Islam itu mudah dan praktikal. Alangkah bestnye variety! ^^

*Sentiasa bagi makan akal kita dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat, bagi makan rohani kita dengan zikrullah dan bagi makan jasad kita dengan makanan yang halal. 🙂

* Nak pilih calon suami, kena sentiasa persiapkan diri kita dahulu! Pilih yang betul-betul, bukan main tangkap muat saja!

* Siapa yang mahu bekerjaya, silakan, Islam meraikan. 🙂 Siapa yang ingin duduk di rumah selepas bergelar isteri nanti, silakan, Islam meraikan. 🙂

Jom, tambah ilmu tentang kedudukan WANITA dalam Islam. Recommended: Rujuk buku KEBEBASAN WANITA PADA ZAMAN RISALAH, karangan Abdul Halim Abu Syuqqah.

Blog ustazah Fatimah Syarha : SEBARKAN BAHAGIA

-23/11/12 at USIM, nota kaki saya semasa mendengar talk dari ustazah Fatimah Syarha- 🙂

~semoga bermanfaat. moga Allah redha.~

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: