CANDIDATES OF JANNAH

Published December 12, 2012 by wana93

Sesungguhnya, hanya Allah yang layak menentukan siapa yang masuk Syurga dan siapa yang masuk Neraka. Itu kerja dan tugas-Nya. Itu  hak-Nya, bukan hak manusia. Manusia yang serba lemah serba berdosa seperti kita semua tak layak hendak menentukan, “Kau masuk Syurga..kau pula masuk Neraka..!”

Kita hanya boleh berusaha dan terus berusaha untuk beramal di dunia ini menuju negeri abadi iaitu akhirat. Sama-sama kita berusaha memburu redha yang Maha Esa.

Moga Allah merahmati kita semua. ^_^

Moga Allah merahmati kita semua. ^_^

CALON PENGHUNI SYURGA

Bersandarkan ayat-ayat cinta-Nya :-

Surah Qaaf (ayat 31-35)

“Dan didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertakwa pada tempat yang tiada jauh (dari mereka). (31) Inilah yang dijanjikan kepadamu, (yaitu) kepada setiap hamba yang selalu kembali (kepada Allah) lagi memelihara (semua peraturan-peraturan-Nya).(32) (Yaitu) orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat, (33) masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan.(34) Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki; dan pada sisi Kami ada tambahannya.(35)”

 

Penjelasan/tafsiran jelas :-

* ayat 31 – Dihadirkan Syurga itu di hadapan mata untuk orang Mukmin.

*ayat 32 – “Awwab Hafeez” yang membawa makna kembali pada Allah dengan bertaubat (“Awwab”) dan yang sentiasa memelihara dan menjaga hak dan perintah Allah (“Hafeez”).

*ayat 33 – “Biqolbin Munib” yang membawa makna dengan hati yang kembali pada Allah dalam keadaan bertaubat dan ikhlas.

*ayat 34 – Masuk ke dalam Syurga dengan aman, selamat dan tenang, itu merupakan hari yang tidak punya pengakhiran.

*ayat 35 – Maksud “pada sisi Kami ada tambahannya” ialah melihat wajah Allah yang Maha Mulia. Sesungguhnya nikmat paling besar di Syurga ialah dapat melihat wajah Allah.

>>Rujukan : buku nota Tafsir (masa saya belajar STAM pada 2011.)

Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofre

Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofre

Nota kaki saya semasa mendengar talk ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofre di USIM (5/12/12) :-

* Kalau kita tak dapat jadi seorang ulama’, kita dapat peluang duduk bersama dengan dia pun jadi lah!

* Kita kena sayang orang yang dijamin masuk Syurga. Salah seorangnya, nabi tercinta kita, nabi Muhammad S.A.W.🙂

*Mahasiswa/mahasiswi :

– Ikhlaskan niat menuntut ilmu kerana Allah.

– Jangan sibuk buat benda-benda yang tak bermanfaat.

– Imam Nawawi – tak sempat kahwin sebab sibuk dengan ilmu. nak makan roti pun tak hairan sangat sebab nak jimat masa, nak baca buku, nak tambah ilmu.

– Amalan yang paling afdhol : menuntut ilmu

* Syurga – maharnya besar,mahal dan tinggi. memang payah nak dapat. sebab tu kita kene berusaha sedaya upaya kita. macam tu juga bila kita nak berjaya dalam pelajaran. bukan senang!

* Tidur kurang > Itu sebenarnya ciri-ciri seorang pelajar!

* Kalau kita sempat online, sempat tengok bola, macam mana boleh tak sempat solat sunat? macam mana boleh tak sempat nak baca Al-Quran?

* Imam Al-Baqi (kisah berlaku pada awal kurun ke3 hijrah) :

– Imam ni duduk di Sepanyol. Beliau nak belajar dengan Imam Ahmad bin Hanbal yang beradi di Baghdad. Beliau jalan kaki ke Baghdad. Sampai ke Baghdad, beliau dapat berita. Imam Ahmad kena gam. Khalifah tidak membenarkan Imam Ahmad mengajar. Imam Ahmad tak dibenarkan mengajar. Kena duduk dekat rumah saja. Imam Al-Baqi pergi juga ke rumah Imam Ahmad. Beliau ketuk pintu rumah Imam Ahmad. Imam Ahmad memberitahu bahawa “Aku tak boleh mengajar.” Imam Al-Baqi mahu belajar juga! Lalu, Imam Ahmad tanya, “Bagaimana caranya?”. Imam Al-Baqi beritahu, “Takpe, tunggu esok.”  Imam Al-Baqi berlakon sebagai seorang peminta sedekah semata-mata nak belajar dengan Imam Ahmad.  Keesokan harinya, Imam Al-Baqi berpakaian seperti peminta sedekah. Beliau ketuk satu persatu pintu untuk meminta sedekah. Sampai ke rumah Imam Ahmad, beliau masuk ke dalamnya. Beliau mengeluarkan pen dan kertas untuk menulis satu/dua hadis. Selepas itu, beliau keluar. Beliau tak boleh lama-lama sebab ada pemerhati di luar rumah Imam Ahmad. Setiap hari, Imam Al-Baqi berlakon sebagai peminta sedekah yang sebenarnya ingin belajar dan menuntut ilmu daripaa Imam Ahmad. Hingga khalifah itu meninggal, barulah gam terhadap Imam Ahmad ditarik. Imam Ahmad mengajar kembali di masjid/surau. Imam Ahmad memanggil Imam Al-Baqi untuk duduk di paling hadapan. Semua hairan, “Kenapa si peminta sedekah ni duduk depan?” Imam Ahmad menjawab, “Inilah dia penuntut ilmu yang sebenar!” Imam Al-Baqi tetap cari cara bagaimana hendak belajar. Bukan macam kita!😦

* “Aku belajar nakkan Allah, nak tegakkan Islam, nakkan cinta Rasulullah..”

* Jadi seorang yang muslih iaitu nak membaikkan orang lain juga. Kita kena jadi macam penjual minyak wangi yang boleh mempengaruhi orang lain.

* Iman kita kena tinggi, akhlak kena mulia.

* Jika kita mahu sentuh hati seseorang, mestilah kita sentuh dengan hati yang baik.

* Jadi orang baik dan duduk dengan orang-orang yang baik.

* Kita kena jadi orang yang memperbaiki, bukan bercakap semata-mata.

* Bertindak dengan idea! Allah nak tengok amalan kita, tindakan kita, usaha kita, bukan idea semata-mata!

Apa tindakan yang kita boleh  buat?

1) Beri manfaat pada orang lain.

2) Sumbang pada masyarakat.

3) Daripada tengah belajar ni lah, sumbang pada masyarakat dan orang lain. Takut-takut kita mati sebelum graduation.

“Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya ; dan Allah amat mendalam pengetahuan-Nya mengenai segala yang kamu kerjakan.” (Surah al-Munafiquun:11)

-semoga bermanfaat. maaf sebab lambat update.-

-sekian, wallahua’lam.-

6 comments on “CANDIDATES OF JANNAH

  • Maaf..semua citer kau menarik…tp…xsemua baca citer kau…apakata aku bagi satu cadangan…tu pun kalau kau rasa x mnyusahkan….kau copy je dlm paper..kau merata2..baru ramai yg blh baca…edarkan merata2…mcm omputeh buat…jdkn brochure yg menarik…msti kau dpt lbih..insya’ALLAH…nanti aku ada rezeqi…aku copy n print…tu pun kalu kau xkisah…

    • Terima kasih atas nasihat dan cadangan yang baik.. Moga Allah redha kita..🙂
      Saya tak kisah kalau anda nak copy, print dan sebarkan pada umum.. itu alhamdulillah..🙂
      Hanya Allah yang mampu balas jasa anda..
      *Saya pernah je jumpa ada kertas ditampal di surau, dalam tu, dikongsi isi blog saya..saya bersyukur sangat..🙂
      Segala yang saya tulis di blog ini adalah untuk berkongsi, untuk menyampaikan..
      Untuk menyumbang pada Islam dan untuk-Nya..🙂

      Saya sudah punya cadangan dan rancangan tersendiri.. ^^
      *InsyaAllah, dalam proses nak terbitkan buku suatu hari nanti.. doakanlah ye..
      Memang tak semua orang dapat baca blog, suka baca blog..
      Begitu juga tak semua orang suka baca buku..
      Tapi, apa yang penting, mereka2 yang suka membaca blog dan buku ini, kita hargai, kita kongsi..🙂
      Dan, yang paling penting, kerana ILAHI..🙂

      Dakwah itu ada banyak cara..🙂
      Tujuannya, ingin membawa manusia kembali pada Allah Yang Maha Esa..
      Sekian, wassalam..

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: