JAMBATAN HATI BERSAMA MEREKA

Published December 27, 2012 by wana93

Alhamdulillah, segala pujian hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam. Hari ni, saya diberi kesempatan dan peluang untuk melepaskan rindu pada anak-anakku sayang. 5 puteri kesayanganku (darjah 2 – 2orang, darjah 5 – seorang dan darjah 6 – 2 orang) sudi meluangkan masa bersamaku di masjid bersama seorang sahabatku.

Hampir 5 jam juga saya bersama mereka hari ini. Saya sempat solat berjemaah Zohor di masjid bersama mereka. Alhamdulillah, seronok! ^^

Saya ni sebenarnya agak pemalu bila dah berdepan. Dalam tulisan, saya nampak okey sahaja. Tapi, bila dah berdepan, memang mulut saya ni macam dah terkunci. Kelu tak berbicara. Hehe. Sebab tu, saya suruh diorang mula dulu. Kalau orang ‘ON’, saya pun ‘ON’!🙂

Untuk sejam yang pertama, saya dan mereka berborak mesra. Bertanya khabar, apa persiapan nak mula sekolah dan macam-macam lagi. Sahabat saya sibuk melayan telatah dua budak comel darjah 2. Saya pun ambillah kesempatan untuk bermesra dengan mereka bertiga. Tengah-tengah borak, semua tiba-tiba diam. Dah tak tahu nak cakap apa kot. Saya pandang je diorang. Mata diorang menampakkan ‘sesuatu’. Diorang macam nak beritahu saya ‘sesuatu’, tapi, diorang diamkan saja. Saya pun terus membisu. ;p

269915_1793928454122_1417004278_31516672_3001025_n

“Ustazah..saya dengan dia dah tak ada apa-apa. Saya dah ada kesedaran.” Muncul satu suara perlahan di telinga sebelah kiri saya. Saya pandang dia sambil tersenyum.🙂

“Masa kem hari tu, dah terkantoi. Saya dengan dia dah buat keputusan, kitorang putus. Bila dah putus tu, barulah saya nampak diri dia yang sebenar. Dia suka juga cakap bangang, bodoh semua tu.” Anak murid saya, darjah 6, bakal menapak tingkatan 1 tahun hadapan terus bercerita. Saya mendengar dengan penuh khusyuk.

“Habis tu? Kamu sedih ke?” Tanya saya. Dia cepat-cepat geleng sambil tersenyum.

“Alhamdulillah, Allah sayang kamu. Sebab tu Dia bagi kamu kesedaran. Bila dah putus ni, barulah kita tahu baik buruk dia kan. Cintai Allah dan Nabi dan terus fokus pada pelajaran dulu k. Sayang mak ayah kan?” Terang saya padanya.

8 bulan pengalaman saya mengajar mereka, saya tahu cerita-cerita mereka. Saya jadi kawan mereka, saya jadi ibu mereka dan saya jadi kakak mereka. Diorang suka berkongsi dengan saya. Dan, saya pun suka berkongsi nasihat dengan mereka.

Pernah suatu hari, ada seorang pelajar saya ni, menangis yang amat sebab kena ‘wash’ dengan seorang guru. Banyak cerita pasal dia, banyak gosip itu ini pasal dia. Sebab tu, guru tu marah dan tegur dia. Dia merupakan pelajar harapan. Dia menangis teresak-esak. Sampai saja berita ni dekat saya, saya terus pergi jumpa dia. Saya kenal sikap dia macam mana. Baik dan sopan orangnya. Saya terserempak dengan dia di kantin. Matanya nampak kemerahan.

“Nanti sebelum kelas tuisyen, ustazah nak dating dengan kamu ya.” Beritahu saya sambil tersenyum. Dia angguk saja sambil mengukir senyum.🙂

Saya jumpa dia dalam kelas. Hanya berdua.

“Ustazah dengar, kamu kena ‘wash’ ya. Sampai menangis. Kenapa?” Saya mula bertanya.

“Tak ada apa zah. Prestasi saya menurun. Sebab tu ustazah tu marah.” Jawab puteri itu.

“Erm. Sebab apa menurun?”

“Tak tahulah zah. Sebab susah kot.”

“Kamu ada cintan-cintun ke dengan dia?”

“Mana ada zah. Saya suka saja. Suka kawan-kawan.”

“Yeke?” Uji saya.

“Yelah zah. Betul. Mak saya pun tahu. Saya mana ada couple.”

“Iyelah. Ustazah percayakan kamu. Pesan ustazah, satu je. Fokus kat pelajaran dulu. Abaikan gosip-gosip tu semua. Ingat Allah selalu. Satu perkara yang kita kena ingat. Bila kita nak buat sesuatu yang kita rasa benda tu salah, berdosa, test jari kita kat api dulu. Dari situ, kita akan teringat bahawa api neraka lagi panas dan dahsyat! Na’uzubillah.”

Pertemuan ringkas tu telah menyebabkan hubungan kami semakin erat dan mesra. Hingga kini. Allahmdulillah.🙂

Apa yang saya kongsi di sini, cuma nak beritahu tentang jambatan hati. Agak-agak, diorang nak kongsi cerita dengan saya ke kalau saya tak ada jambatan hati dengan diorang? Kalau saya tak prihatin dengan diorang? Mestilah tak kan.. Kita akan cerita pada seseorang yang kita selesa dan percaya dengan dia. Betul tak? ^^

Saya tak pernah suruh diorang putus sebab bagi saya, diorang masih budak. Takut diorang tak faham. Jadi, bila ada masa, saya suka buka ruang untuk soal jawab. Dan, diorang suka tanya soal cinta. Dari situ, saya ambil kesempatan untuk menjelaskan apa yang patut.🙂 Hidayah itu milik Allah.🙂

Ini pentingnya hubungan. Guru dan pelajar. Sahabat, adik-beradik dan lain-lain. Jambatan hati tu perlu, baru senang kita nak dekati dan ajak mereka ke arah kebaikan. InsyaAllah.

“……….dan dia datang dengan keadaan hati yang bertaubat.” (Surah Qaaf : 33)

Sebelum berpisah, saya memberi sedikit nasihat yang sebenarnya nasihat tu untuk diri saya sendiri. Dan, sempat cerita serba sedikit tentang kisah-kisah Nabi. Overall, alhamdulillah, seronok! Moga kita jumpa lagi, kalau tak mati.🙂

*Saya suruh diorang panggil saya ‘kakak’. Saya dah tak mengajar diorang, jadi, rasa segan bila diorang panggil saya ‘ustazah’. ~.^

One comment on “JAMBATAN HATI BERSAMA MEREKA

  • saya ada seorang kakak angkat yang ada anak dari perkahwinan beliau dengan seorang duda. malangnya anak2 kakak saya ni lebih senang dan rindu untuk berjumpa dan bercerita tentang apa yang mereka buat di sekolah dan sebagainya berbanding dengan ibu kandung dia. cuba bayangkan apa yang akan terjadi pada masa akan datang kepada ibu kandung mereka. adakah kasih sayang boleh Dbeli dengan menaburkan wang ringgit?hurrrmmmm…moga anak2 Dluar sana cuba menyayangi ibu mereka sendiri walau mereka bercerai, garang macam singa sekali pun sebab hanya kita sahaja yang mampu dapat seorang ibu yang macam tu..(-,^)

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: