DI MANA ISLAM DI HATIKU?

Published February 12, 2013 by wana93

Tahniah kepada kerajaan yang ‘bertungkus lumus’ memberikan hiburan yang ‘terbaik’ untuk rakyat tercinta. Cuma, rugi seribu kali rugi, kerajaan masih belum ‘bertungkus lumus’ memberi rakyat tercinta didikan tarbiah Islam yang sebenar dan menghidupkan sunnah perjuangan dalam diri umat Islam. Umat masih dahagakan ilmu agama.

Tahniah kepada Malaysia sebab ‘kaya’ dan ‘mampu’ menjemput serta mengajak artis-artis dan penari-penari Korea ‘beraksi’ di pentas negara tercinta kita. Cuma sayang seribu kali sayang, kita tak ‘kaya’ dan tak ‘mampu’ nak membentuk negara Malaysia ini menjadi negara Islam yang sebenar. Negara kita hanyalah negara yang diduduki majoriti orang Melayu yang beragama Islam.

20130212_104840

Sekarang, sedang kecoh dan kepoh pasal fenomena Oppa Gangnam Style yang dikatakan hangat dan mendapat sambutan ramai di Pulau Pinang. Tahniah! Rakyat memang terhibur! Terhibur sangat!

Tanya dirimu wahai aku, kamu dan kita semua :-

“Di mana Allah di hatiku?”

“Di mana sunnah dalam hidupku?”

“Di mana Islam di hatiku?”

Satu kisah benar. Suatu petang, saya belikan nenek roti canai. Tengah tunggu-tunggu, nampak budak-budak sekolah rendah agama balik. Tetiba, saya terpandang budak laki ni, dia mencuri perhatian saya. Maybe, darjah 3/4 kot. Sambil naik basikal, masih berpakaian sekolah dan bersampin, dia nyanyi.

“Opp..opp..oppa gangnam style..!!” (sambil buat aksinya)

Saya geleng kepala jelah. Kuat betul fenomena rap Korea ni kan? Belum lagi lagu-lagu, penyanyi-penyanyi, pelakon-pelakon dan filem-filem Korea yang semakin mendapat sambutan anak2 muda-mudi termasuklah pelajar sekolah rendah..

~Andai Rasulullah ada pada saat ini..melihat kita, umat yang Baginda sayangi..~ 😥

Bagaimana perawakan Islam yang sebenar itu dapat dibentuk dalam diri andai hiburan lagha yang tak ada nilai Islam menghuni dan menguasai hati dan diri? Bagaimana mahu membentuk negara Islam yang sebenar andai ‘isi’ negara itu sendiri jauh daripada lifestyle Islam?

Dari Abu Mas’ud, Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya : ” Telah bersabda Rasulullah SAW : ‘ Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah : Jika engkau tiada malu, buatlah sesuka hati kamu.” (Riwayat al-Bukhari dan Abu Daud)

*Kta cakap banyak pun, tak guna! Kalau diri sendiri masih jahil dan tidak mahu berubah membaiki diri ke arah yang lebih baik. Kita nak salahkan mana-mana pihak pun, tak guna! Kalau diri sendiri masih liat dan malas nak solat di awal waktu terutama solat Subuh. Kerana apa? Kerana solat yang baik dan khusyuk, akan melahirkan insan yang hebat, yang taat pada-Nya dan benci akan maksiat. Sama-sama berusaha kerana Allah untuk negara tercinta! Takut-takut, kita semua akan ‘terkena’ tempias murka-Nya disebabkan sudah terlalu banyak ‘hiburan-hiburan’ yang bersadurkan Jahiliah dan tersasar daripada landasan Islam mengelilingi kita. 😥

-Muhasabah Hamba Yang Serba Berdosa-

Advertisements

6 comments on “DI MANA ISLAM DI HATIKU?

  • muziknya dalam diam mempengaruhi minda bawah sedar walau minda sedar tidak suka..-just my experience. mungkin selalu terdengar dalam iklan dekat tv dan anak2 muda punya ring tone..mungkin ada sesiapa di luar sana yang mungkin boleh bantu kita buat lagu dakwah yang ada rentak dan pergerakan yang mampu kanak2, anak2 muda jadikan halwa telinga dan halwa mata..;P

  • tapi kan cube tgk kat youtube, remaja2 kat palestin pun upload bende cam tu..sakit jugak hati ni tengok..siap masuk berita kat tv tuuttt, tuuttt, dgn tuuuttt lagi..hurmmm…

    • wallahua’lam..
      mungkin, mereka kurang pendedahan tentang benda2 macam ni.. 🙂
      sama2 kita doakan mereka dan kita semua..
      aman damai dalam rahmat Allah.. 🙂
      dan sama2 usaha untuk amar makruf nahi mungkar.. 🙂
      insya-Allah..

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: