RETREAT MAHABBAH 2013

Published March 11, 2013 by wana93

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Dah lama juga rasanya tak update blog. Maklumlah, kesibukan dah mula melanda diri ini. Tapi alhamdulillah, saya masih ada peluang nak menaip. Hari ni, saya nak berkongsi satu pengalaman dengan anda semua. Pengalaman saya selama 3 hari 2 malam (8/3/13-10/3/2013) di Nur Laman Bestari, Ulu Yam. Kem ‘Retreat Mahabbah’ anjuran senior Pengajian Akidah dan Agama, USIM untuk budak-budak junior tahun 1 yang mengambil kos tersebut. Seramai lebih kurang 80 orang termasuk saya yang join program tu.

Kem ni berharga RM80. Pada mulanya, “Mahalnya RM80!!”

Tapi alhamdulillah, pada akhir kem tersebut, “Lagi mahal nilai yg aku dapat di sebalik RM80 ni..Alahmdulillah..”

Panjang kalau saya nak cerita semua. Jadi, saya hanya ringkaskan sahaja perkongsian ini.

Pelajar lelaki Tahun 1 (2012/2013) - Pengajian Akidah Dan Agama

Pelajar lelaki Tahun 1 (2012/2013) – Pengajian Akidah Dan Agama

Jumaat (8/3/2013)

Alhamdulillah, kami semua selamat sampai di Nur Laman Bestari. Excited juga! Sampai-sampai, kena pasang khemah. Seronok! Lepas tu macam biasa, solat berjemaah dan makan.

Malam tu, ada sesi taaruf dengan kumpulan masing-masing. Fesi saya terbaik! Agak sporting juga. Kak Ferra dan abang Naufal namanya. Saya nak cerita pasal Night Walking di malam hari. Tak silap saya, pukul 12 macam tu kot mula ‘berjalan malam’ ni.

Secara jujur, saya memang seorang yang agak lemah semangat kalau bab-bab dalam gelap ni. Lagi-lagi, hutan. Jadi, bila time kena lepaskan seorang semi seorang tu, saya dilepaskan bersama beberapa sahabat yang juga agak lemah semangatnya. Memang segalanya digantungkan hanya pada-Nya.

Sepanjang Night Walking tu, alhamdulillah, kumpulan saya (kak Nadia, kak Laila, Wan Dalila, Anuar dan Wazir) banyak bagi kerjasama. Tolong-menolong dan bekerjasama tu memang amat-amat penting dalam memastikan kumpulan itu berjaya harungi cabaran bersama.

Kami tidur di khemah masing-masing pukul 3 pagi macam tu. Lepas tu, kena bangun awal. 4.30 dah kena bangun sebab ada qiamulail. Memang ngantuk dan penat yang amat untuk hari pertama ni.

Sabtu (9/3/2013)

Pagi-pagi, lepas dah solat berjemaah, tazkirah,  kami bersenam. Muziknya memang rancak. Fuuhh! Semangat jugalah nak bersenam. Tapi, kena cover-cover sikit sebab kita ni kan perempuan. ^^

Hari ini yang best sebenarnya! Petang tu yang paling seronok sebab masing-masing lari ke khemah dalam keadaan hujan lebat.  Alhamdulillah, tak demam. Dahlah baru lepas main explorace. Best dan penat! Masuk dalam lumpur, kena hafal satu nama scientific pokok yang ada, kena cari guli dalam kolam dan lain-lain lagi. Sampai ada yang tercedera, yang terjatuh berdarah. Moga Allah kuatkan mereka. :’)

Malamnya pula, ada persembahan. Setiap kumpulan kena buat persembahan masing-masing. Ada dikir barat, lakonan dan macam-macam lagi. Sebelum tu, kami dihidangkan dengan makan malam berbentuk BBQ. Alhamdulillah, sedaaaaappp! Lepas dah sukaria buat persembahan, kami kena marah dengan fesi-fesi tu. 5 sahabat saya dipanggil ke depan. Alasannya, mereka bersalah! Itu ini tak kena! Kitorang macam ditengking saja. Sedih juga. Ramai juga lah yang cuba bersuara dan cuba mempertahankan sahabat-sahabat kami tu. Saya tak mampu nak bersuara. Hanya air mata duka yang singgah di pipi. Lastly, itu semua lakonan sebab nak buat surprise! Sambut hari jadi 5 sahabat saya tu. Addoooyyy! Ye-ye dah touching! Tapi, bagus juga. Taklah air mata saya ni beku kan? :”) Fesi-fesi tu menyedarkan kami tentang amanah. Dalam tegas, sebenarnya, diorang baik. Baik sangat! :”)

Dan alhamdulillah, kami tidur awal hari tu. Taklah awal sangat. Pukul 12.30 juga. Dan, bangun pukul 5 lebih camtu. Alhamdulillah.

Sabtu (10/3/2013)

Hari terakhir kami di sini. Ada dua aktiviti terakhir kami. ‘Jungle tracking’ dan ‘Flying Fox’. Flying fox tu seronok cuma, kena pandai-pandai jaga batas aurat kita ya.  :”)

Jungle tracking tu pula, agak sedikit memenatkan. Walaupun berjalan, tapi terasa penatnya hingga ke tulang. Huhu. Masing-masing takut pacat! (Termasuklah saya!) Alhamdulillah, saya selamat daripada pacat. Hampir 2 jam juga kitorang berjalan mendaki dan turun bukit. Sambil berkenalan dengan pokok-pokok yang bermanfaat sebagai ubat dan minuman dalam hutan jika kita tersesat. Dapat juga ilmu baru. Tapi, saya tak berapa nak ingat sangatlah nama-nama tu kan. Hehe.

Pelajar muslimah Tahun 1 (2012/2013) - Pengajian Akidah Dan Agama.

Pelajar muslimah Tahun 1 (2012/2013) – Pengajian Akidah Dan Agama.

Dan petang tu, kami bertolak dengan bas. Masing-masing sudah kepenatan. Apalagi kan, dalam bas, tidurlaaaaahh! ^_^

Cuma, sedih sikit sebab masa balik tu, xde sesi bgambar dgn fesi dan salam2 dgn fesi. Tak sempat nak ucap terima kasih bagai. Erm, tp xpela, kita kan ada DOA. ~.^

Buka mata, dah sampai USIM. Fikiran pun mula kalut dengan assignment yang sudah mula menimbun. Huhu.

Akhir kalam, timbalah ilmu di mana jua. Walau di dalam hutan. Kita berjalan, melihat dan mentafsir di muka bumi ini. Melihat ciptaan Ilahi dengan mata hati. Sambil berzikir,

“Subhanallah.. Alhamdulillah..”

Ada 2 pesan yang saya ingat dan tersemat di hati :-
1) “Akak sayang adik2 semua. Akak nak kamu jaga pergaulan kamu. Kita belajar agama. Pelajar akidah. Jadi, jagalah apa yg patut. Kalau ada yg tak jaga tu, jangan ikut! Ingat ye, jaga pergaulan kita. Bukan saja kat kem ni tp di luar juga.” Pesan seorang akak fesi yg saya sukai.

2) “Kita tak boleh nak beralasan penat lah, nagntuklah bila ada orang nak tanya pasal akidah. Macam mana kalau tengah2 malam ada orang nak tanya kat kita pasal akidah? Pastu kita jawab, esok pagi la, ngantukla. Macam mana kalau orang tu keluar Islam malam tu jugak? Sekarang, kes murtad nak makin meningkat. Kita kena bersedia. Kawal emosi dan mental kita.” Pesan seorang abang fesi yg agak garang mukanya tp sporting gak sebenarnya. ;p

♥ Bright ReTreat, Great Ukhuwwah ♥

-Moga Allah redha kita semua.-
-Jaga hati, jaga diri, jaga iman, jaga pandangan, jaga amal dan jangan nakal2.-

~Moga ukhuwah kita kerana Allah. ~

❤ Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu. 🙂

*Jaga akidah kita baik-baik.

*Jangan biarkan keadaan anasir luar yang tak baik, mempengaruhi pegangan akidah kita.

*Jangan lupa, lepasan STAM/STPM, mai lah mohon Pengajian Akidah dan Agama. Banyak yang bakal kita pelajari. Best! Insya-Allah. Doakan kejayaan kami di dunia dan akhirat yea!

-Sekian, perkongsian saya. Ambil yang bermanfaat yea. 🙂

7 comments on “RETREAT MAHABBAH 2013

  • terbaik yer,,,,,,,,,,,,,,,,,,mmg syok kn kta kmplan skali,,,,,,,,,,,,,,,tp plg sedih sbb pnya nk jd org yg brtggungjawab,pnya lar kta stu kmplan pkat jga brg amnah,tme explorace smua pkat rsa brg amanah,,,mmg nmpk sikap kerjasama,,,,tp bla buka jew brg tu bla hbs explorace…………..????????????hati berkecai,,,,,,sedih sgat,,,,,,,,,,,,,,,xdapat ng bt yg terbaik,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,sedih sgat,hnya allah yg thu btpa hn cur aty but kna trma hakikat n knyataan,,,,,,,,tp pa p0n dh bt yg terbaek,,,,,,,,asif jidan smua

    • Haha..relax Nab..you are the best! ^_^
      I love you bangett! 🙂
      Semoga kem ni mengeratkan lagi hubungan sesama kita..
      Semoga kem ni mengajar kita banyak perkara yg bermanfaat..
      Doakan kejayaan kita bersama yea..
      Tak mau dah sedih2 yea..segalanya ada hikmah.. :’)

      apa yang penting….! Terbaeeeekklahh senior2 kita tu kan? ^^

  • smga ukhwah trus kekal yer,,,,jom eratkan krjasama antara smua cos akidah n trus mjukn cos kta,,,,,,,,,,insyallah,,,,,,,,gempakan yer………………jom kta jihad………………

  • Assalamualaikum, adik2 yg disayangi. Apa khabar ? Moga semua sihat & sentiasa dalam lindungan Allah Taala. Moga ukhuwwah kita berpanjangan ye. Jangan amek hati time retreat tu kalu ada apa2 kekurangan. hehe .. lakonan semata-mata je. Sayang suma (^_^)

    • waalaikumussalam kak ferra..hehe..alamakk..akak baca ke?
      aduii..malu pula saya..
      akak kenal dan cam saya lagi tak? ^^
      alhamdulillah, sihat..
      insyaAllah, kita jumpa lagi kalau tak mati.. 🙂
      jujurly, saya tak ada amek hati pun..rasa seronok tu, ada lah.. 🙂
      sampaikan salam saya pada semua fesi ye.. 🙂

  • alhamdulillah.. bnyak sgt ibrah tersirat mahupun tersurat yang dapat dikutip sepanjang program tu… moga ukhwah bukan hanya di ulu yam tapi berkekalan…

  • sya rjin jmpa kak fesi sya kak fera,,,,,,,,sya mmg trhru sbb diorang smua rjin study (smua kak2 jgak lar,,,nnty da yg sedih pla),,,,,,,,,,,,,mga kta smua bdak akidah brjya di dunia n akhrat,,,,,,,,n nnty bleh la kta p tadah buku cri ilmu at diorang

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: