MANTAPKAN BAHASA ARAB!

Published March 14, 2013 by wana93

Hari itu,selepas keempat-empat kumpulan membentangkan pembentangan untuk subjek Bahasa Arab, ustazah itu pun mengambil alih mikrofon untuk memberi komentar pada pembentangan pelajar-pelajar universiti itu.

images

“Kamu puas hati ke dengan pembentangan kamu?” Soal ustazah itu. Kami semua memandang ke arahnya. Sambil geleng sambil angguk.

“Entah kenapa, saya rasa, kamu semua ni macam tak pernah belajar Bahasa Arab! Macam tak tahu apa itu Nahu Sorof! Saya rasa, yang ada depan saya ni macam budak tingkatan satu yang baru nak belajar Bahasa Arab!” Kami semua agak tersentak di situ. Sentapppp kot! Tapi, ada satu rasa kesedaran muncul.

“Kamu tahu tak, saya terpaksa translate yang kamu cakap panjang-panjang tadi ke Bahasa Melayu satu persatu sebab nak faham apa yang kamu cakap! Ayat kamu banyak yang tunggang langgang! Sesuka hati kamu je nak campur ayat jamak dengan mufrad. Sekejap ada ta, sekejap ya, sekejap ana tapi guna nahnu. Kalau macam ni lah, memang saya risau! Sebab universiti ni mengumpulkan pelajar yang teruk macam kamu! Macam mana nak bersaing dengan UIA kalau sikap kamu macam ni?

Langsung tak ada usaha nak baik pulih Bahasa Arab. Kalau kamu budak ekonomi ke, sains ke, saya tak berapa nak kisah sangat sebab lepas sem 2 ni, diorang dah tak jumpa subjek Bahasa Arab. Tapi kamu! Kamu pelajar Pengajian Akidah dan Agama! Memang tak dapat dipisahkan daripada Bahasa Arab! Jangan disebabkan kamu, masyarakat pandang rendah dengan budak yang ambil bidang agama. Saya pun budak agama. Dan saya pernah rasa macam mana masyarakat melabel budak agama ni. Diorang kata, budak agama ni tak ada nilai. Belajar saja tinggi tapi dalam beramal, hampeh!

Kamu lepas ni, banyak jumpa Bahasa Arab. Bedah kitab-kitab Turath dan banyak lagi. Tolonglah belajar betul-betul!

Jadi, tolonglah diri kamu sendiri. Sekarang, kamu yang cari ilmu. Tak faham, tak tahu, pergi tadah ilmu dengan senior-senior yang pandai Bahasa Arab. Kukuhkan balik asas Bahasa Arab kamu! Rajinkan diri tadah ilmu! Tadah kitab! Ni bukan sekolah dah! Dah tak ada nak suap-suap ilmu! Semuanya sendiri! Ingat ye! Tolong diri kamu!”

Saya memang tersentap dengan komentar ustazah itu. Tapi, saya bahagia sebab ustazah itu menyedarkan diri ini. Menyedarkan kami semua. Membuat kami rasa lebih bersungguh-sungguh nak menguasai Bahasa Arab.

Ustazah tu pernah beritahu,

“Kamu belajar Bahasa Arab, bahasa Al-Quran. Kamu tak takut ke dekat padang Mahsyar nanti, ilmu yang kamu belajar ni, datang nak tuntut kamu?”

Walaupun saya pernah mengajar sementara selama 8 bulan di sekolah rendah agama, tapi, itu hanyalah asas. Yang senang-senang belaka. Tapi, bila di sini, karangannya makin panjang. Ayat-ayatnya juga perlu mantap dari segi nahu dan sorof. Jadi, siapa-siapa yang pandai Bahasa Arab tu, kongsilah tips-tips anda ye!

Saya usaha untuk berkomunikasi dalam Bahasa Arab dengan kawan-kawan (kadang-kadanglah). Bila tak tahu tu, memang kamus lah menjadi teman. Selain tu, ada juga baca artikel Bahasa Arab. Tapi, bila baca dalam kelas, tanpa baris, memang sebut baris tu, tak berapa nak betul sangatlah kan. Erm. Doakan saya dan kita semua ya. Sama-sama pertingkatkan kemahiran menguasai Bahasa Arab kerana ia merupakan bahasa yang amat-amat mulia.

Ni sedikit perkongsian laman web Bahasa Arab :-

1) Jom main game! [ http://www.arabic-games-iium.net/index.htm ]

2) Nota atau rujukan Bahasa Arab untuk pelbagai peringkat. Boleh try study. [ http://www.schoolarabia.net/arabic/index.htm ]

Berilmu dan beramal! Insya-Allah.

Terus melangkah untuk belajar dan belajar kerana Allah.

Jangan takut untuk salah kerana kita belajar daripada kesilapan. 🙂

Advertisements

2 comments on “MANTAPKAN BAHASA ARAB!

  • salam,
    wana, nak minta tolong sikit boleh..boleh tak suggestkan siapa nak rujuk ke, bahan apa nak rujuk ke untuk tafsiran surah Al-anbiya ayat 7..

    • boleh rujuk dalam Tafsir Fi Zilal Al-Quran..
      boleh juga rujuk dalam tafsir Ibn Kathir..
      tp, ni dalam bahasa arab..rasanya ada terjemahan dlm bahasa melayu kot..tak pastilah..maaf..
      *bab2 tafsir ni, boleh tanya dekat ustaz Zahazan.. 🙂

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: