SELAMAT MENGUNDI!!

Published May 4, 2013 by wana93

Assalamualaikum semua. Semoga iman dan takwa dalam diri kita, semakin hari, semakin meningkat dan berganda. Memandangkan esok, 5 Mei 2013 merupakan Hari Mengundi untuk anda semua yang layak mengundi, jadi, saya nak menukilkan sesuatu khas untuk anda. Daripada seorang mahasiswi yang belum cukup umur hendak mengundi. 😉

Anda nak undi siapa, itu hak anda..

Anda nak pilih dan pangkah siapa, itu sememangnya hak anda..

Saya atau sesiapa tak ada hak nak memaksa anda untuk pilih sesiapa.. 🙂

Cuma, nasihat saya, pilihlah yang benar-benar layak untuk dia memikul amanah dan tanggungjawab..

Kerana setiap daripada kita, pasti akan dipertanggungjawabkan..

Tangan yang memangkah, yang memilih pemimpin, ada tanggungjwabnya tersendiri..

Murabbi saya berpesan,

“Kita undi bukan sekadar untuk dunia, tapi, berkait juga dengan akhirat. So, kena pandai pilih.”

“Dan mereka sekalian tetap akan berhimpun menghadap Allah (untuk dihisab pada hari kiamat); kemudian orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong takbur itu akan berkata kepada mereka (yang menjadi pemimpinnya): Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut kamu; maka adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit dari azab Allah? Mereka menjawab: Kalaulah Allah menunjukkan jalan selamat kepada kami, tentulah kami tunjukkan jalan itu kepada kamu. (Sekarang) sama sahaja kepada kita, samada kita menggelisah dan mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (dari azab itu).” (Surah Ibrahim : 21)

Ini Kalilah korang yang sudah layak mengundi, keluar menunaikan tanggungjawab korang! InsyaAllah, lain kalilah, lagi 5 tahun, kalau tak mati lagi, saya pula nak merasa keluar untuk mengundi.

Pelajar USIM yang bersemangat! ^_^ (gambar hiasan)

Pelajar USIM (universiti tempat saya menadah ilmu) yang bersemangat padu! ^_^ (gambar hiasan)

Kita semua mahu penambahbaikan ke arah positif dan ke arah jalan yang Allah redha.

Kita mahu Islam tertegak utuh di Malaysia dan seluruh pelosok dunia.

Kita mahu generasi muda dan veteran bergabung tenaga untuk mengangkat martabat Islam di mata dunia.

Kita semua punya hujah tersendiri. Masing-masing punya pendapat tersendiri. Asalkan, kita memilih pemimpin yang berkualiti. Macam mana golongan insan yang berkualiti tu?
Kata Prof. Dr. Muhaya, tiga sifat orang yang berkualiti adalah :-

1) Dengan Allah dia bertakwa.

2) Dengan manusia dia berakhlak.

3) Semasa bekerja dia itqan, iaitu dia membuat kerja dengan sebaik-baiknya.

Lihat calon-calon pemimpin kita. Siapakah yang punya identiti berkualiti ini? ^^

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.” (Surah Hud : 113)

Jadi, gunakanlah baki masa yang ada ni untuk teruskan usaha anda. Kempen dan berkempenlah yea! 

Tapi!!

Dah solat ke belum? Hari ni dah baca Al-Quran ke belum? *Jangan lupa dan alpa yea! :’)

Jangan kerana sibuk berpolitik, kita lupa akan ibadah..
Jangan kerana sibuk berpolitik, kita lupa untuk jaga ukhuwah..
Jangan kerana sibuk berpolitik, kita asyik mahu menabur fitnah..
Jangan kerana sibuk berpolitik, kita lupa tanggungjawab kita sebagai khalifah..

Jangan kerana berbeza, kita berpecah! Tapi, biar berbeza, asalkan kita jaga ukhuwah! :)

Jangan kerana berbeza, kita berpecah! Tapi, biar berbeza, asalkan kita jaga ukhuwah! 🙂

Walau apa pun pilihan kita, walau ia berbeza, jangan sampai ianya memutuskan silaturrahim sesama kita.. 🙂

Biar anak dan ibu berbeza calon pilihan, asalkan mereka kekal mesra. Biar menantu dan bapa mertua berbeza calon pilihan, asalkan mereka bahagia bergurau. Biar suami dan isteri berbeza calon pilihan, asalkan jangan sampai bercerai-berai dek selalu berbalahan.  Biar kita dan kawan berbeza calon pilihan, asalkan tak putus sebuah persahabatan. Biar kita dan saudara-mara berbeza calon pilihan, asalkan kita tidak bermusuhan. Kan sweet gitu? ^^,

“Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan salat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah). Dan barang siapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang.” (Surah Al-Maidah : 55-56)

Jagalah hubungan kita dengan manusia. Paling utama, jaga hubungan kita dengan Allah. Kerana, kemenangan yang hakiki itu adalah apabila Allah redha akan diri kita.

Jika Dia mahu berikan kemenangan, maka Dia beri. Jika tidak, maka, jangan kecewa. Redha itu indah sebenarnya. Namun, sebelum tiba hari keputusan, kita masih boleh berusaha! Usaha dan terus berusaha! Kerana, orang yang berusaha takkan kecewa walau di akhir natijahnya, tidak memenangkan dirinya. :’)

Bagi yang sudah layak mengundi, undi dan pangkahlah dengan mata hati. Jangan diturut nafsu yang suka menipu diri. Solat hajat jangan lupa buat sama-sama ye! Sama-sama kita tembak doa. Moga Allah perkenan. Selamat mengundi! Selamat menyumbang! 🙂

Mulakan hari undi anda dengan lafaz Bismillah.. Ini Kalilah!! 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: