“IBU, KAK NA NAK PERGI KURSUS KAHWIN BOLEH TAK?”

Published May 19, 2013 by wana93

Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Aku mencapai telefon genggamku. Aku terus mendail nombor ‘Rumahku Syurgaku’. :”)

Aku berborak dengan ibu tercintaku hampir 20 minit. Ibuku dengar aku asyik terbatuk-batuk saja. Ya, aku sedang demam dan tak sihat sangat.

“Haah, kak Na demam. Semalam ada majlis makan-makan. Lepas balik majlis tu, kak Na muntah-muntah.” Luah aku pada ibuku.

“Laa..mata dah baik belum?” Tanya ibu.

“Mata dah ok..” Jawabku ringkas.

Kemudian, aku berborak dengan ibu. Aku sebenarnya cuba mencari ruang untuk bertanya sesuatu pada ibuku.

“Erm..ibu, sebenarnya kak Na nak tanya something ni..” Aku cuba mencari keberanian. Malu sebenarnya. Huhu.

“Tanya jela..” Respon ibuku.

525228_492481937483953_208207003_n

“Erm.. Minggu depan ada kursus kahwin. Ibu, kak Na nak pergi kursus kahwin boleh tak? Hehe.” Tanyaku sambil tersengih sendiri. Takut juga kalau ibuku fikir yang aku ni dah menggatal nak kahwin. Sebenarnya, bukan begitu. Aku punya hujah yang tersendiri.

“Buat dekat mana kursus tu? Kat USIM juga ke?” Tanya pula ibuku.

“Haah. Kat USIM.” Jawabku ringkas.

“Ooo.. boleh je.. pergilah.. tambah ilmu..” Jawab ibuku.

Serius! Aku tak sangka itu jawapan ibuku. Memang aku dah agak yang ibu akan beri keizinan padaku. Aku gembira! Alhamdulillah! Tapi, aku tetap nak beritahu hujahku pada ibuku kenapa aku mahu pergi ke kursus kahwin minggu depan ni.

“Kak Na nak pergi sebab  mulai bulan depan, dah mula exam bertulis untuk kursus kahwin dan harganya pun makin meningkat. So, thats why kak Na nak pergi awal-awal ni. Lagipun ada kawan ajak. Boleh ye? Ingatkan jawapan ibu tadi tak boleh. Hehe.” Selamba aku berbicara.

“Laa.. kenapa pula tak boleh? Bukannya awal sangat dah pun. Boleh je pergi untuk nak tambah ilmu dan ambil tahu apa yang bermanfaat. Nanti dengar dan hayati apa yang orang tu sampaikan. Dapat sijil kursus tak nanti?”

“Okey ibu, insyaAllah. Dapat! Dan sijil tu memang untuk sepanjang hayat. Hehe.”

Lepas tu, aku teruskan berborak dengan ibuku. Ibu menceritakan tentang sepupuku yang sudah masuk merisik. Lepas raya ni, nak bertunang. Sungguh aku tak sangka! Banyak cerita yang aku ketinggalan sejak dah masuk universiti ni. Maklumlah, dah jarang balik ke kampung. Sibuk di alam universiti.

Cuma, aku sentiasa pastikan diriku pulang ke ‘Rumahku Syurgaku’ dua minggu sekali (kalau tak busy) atau kalau terlalu sibuk, sebulan sekali. Kerana, mungkin, ramai yang bila dah masuk universiti, mereka lebih selesa untuk lepak dan habiskan masa bersama kawan-kawan daripada nak habiskan masa di rumah. Tapi, tidak aku! Aku tak nak ketinggalan untuk berbakti pada ibu tercintaku kerana hanya itu harta yang masih Allah pinjamkan untukku.

Aku teringat pesan guru kokurikulumku di sini,

“Sebab apa Allah masih bagi ibu bapa tinggal dengan kita lagi? Masih pinjamkan mereka lagi? Jawapannya satu saja. Sebab Allah nak kita berbakti pada mereka. Kalau nak dikira, amalan ibadah kita saja, takkan memadai, sebab tu kita kena berbakti.”

ALHAMDULILLAH.. :)

ALHAMDULILLAH.. 🙂

So, the moral of this story :-

1) Jangan lupa untuk bertanya kedua ibu bapa kita kalau kita nak melakukan sesuatu. Raikan pendapat mereka. Sebagai contoh, saya boleh saja tak tanya ibu saya dan terus daftar untuk ke kursus kahwin tu. Tapi, saya tak buat macam tu. Saya tetap nak tanya ibu saya walaupun saya dah dapat agak yang ibu saya pasti beri keizinan. Saya tetap nak tanya sebab itu salah satu tanda kita masih mementingkan ibu kita. :’)

2) Berbaktilah pada kedua ibu bapa kita. Hargai mereka. Cuba jadi anak yang baik, soleh dan solehah. ^_^

3) Siapa-siapa yang dah punya calon dan dah punya persediaan atau sedang bergerak ke arah persediaan untuk berkahwin, jangan sesekali abaikan ibu bapa kita yea! Beritahu, bincang dan tanya mereka. Jangan takut! 🙂

4) Tapi INGAT! BUKAN NAK KAHWIN SAJA PERLUKAN PERSEDIAAN, NAK MATI JUGA PERLUKAN PERSEDIAAN! JADI, SAMA-SAMALAH KITA SEDIAKAN BEKALAN KITA YE. :”)

4 comments on ““IBU, KAK NA NAK PERGI KURSUS KAHWIN BOLEH TAK?”

  • em,,,,,,,,,,,,alhamdulilah,,,,,,,,,bgusnyer,,,,,,,,,,,
    untglar umh dkat,,,,,,,,kta tmpang gmbira,,,,,,,,,
    kta nie jauh jgak,,,,,,,,,,,,,,,,em,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,sedihnyer

    • ya siti nabilah, la tahzan! 🙂
      jauh jarak bukanlah pemisah untuk terus berhubung..
      selalulah buat panggilan/sms rindu, bertanya khabar dll..
      eleh, awk selalu kan calling parent awk..
      saya jeles lg adelah..huhu..
      yg penting, sama2 kita doakan ibu bapa tercinta kita yea.. 🙂

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: