SELAMAT HARI TUA!

Published July 17, 2013 by wana93

Alhamdulillah. Allah masih bagi aku peluang untuk hidup, untuk baiki diri yang serba tak betul ini, untuk aku topup amal dan kerja-kerja berpahala kerana aku sememangnya insan yang serba berdosa.

550076_617907671560012_302988959_n

SELAMAT HARI TUA! SELAMAT MENDEKATI MATI!

Ibu tanyaku malam semalam, “Esok 17/7 kan? Nak apa?”

Aku hanya tersenyum saja. Sejujurnya, aku tak mahu minta apa-apa daripada ibuku.

Cukuplah ibu kata nak belikan aku motor baru untuk kegunaanku di USIM. Motor Ego milikku sudah semput dan asyik bermasalah.

“Esok suruh adik belikan Nasi Goreng USA.. Makan ramai-ramai dekat rumah..” Cadang ibuku. Aku setujukan saja. Apa pun, aku makan! Hehe.

Di kesempatan ini, saya nak ucapkan jutaan dan ribuan terima kasih pada semua yang telah mendoakan saya di hari lahir saya ni. Terima kasih my family, guru-guru terchenta, sahabat-sahabat tercinta, kawan-kawan FB, anak-anak didikku sayang, pembaca blog dan semua. Moga dalam ramai-ramai yang mendoakan, ada yang Allah makbulkan. 🙂

Sebenarnya, umur 20 tahun ni dah menampakkan tanda-tanda kita semakin tua. Kan? Yelah, dulu, masih berbelas-belas. Kini, dah mencapai puluh. Terasa tua. Tapi, adakah amal kita juga bertambah seiring dengan umur kita? Aku harap, jawapannya ya! Dan, sama-samalah kita berusaha ya.

Bilamana hati rasa gembira apabila melakukan maksiat padaNya, ingatlah mati.
Bilamana diri rasa leka dan alpa dengan pesona dunia, ingatlah mati.
Bilamana anggota rasa bangga sebab mampu derhaka pada Pencipta, ingatlah mati.

Mati.
Sebaik-baik tazkirah untuk diri.
Semua yang hidup pasti akan merasai.
Pasti!

So, apa tunggu lagi?
Jom sama-sama get ready!
Pulun buat amal ibadah dan kerja-kerja berpahala untuk memikat redha dan rahmat Ilahi!
Moga Syurga bakal kita jejaki! :’)

Ingatlah pesanan daripada Nabi kesayangan kita,

“Tidak terlepas kedua kaki seorang hamba itu semasa (berada di padang Mahsyar) di hari Kiamat sehingga ditanya kepadanya 4 soalan ; 1) Tentang umurnya di mana dihabiskan? 2) Tentang zaman mudanya, bagaimana digunakan? 3) Tentang hartanya, bagaimana diperolehi dan bagaimana ia digunakan? 4) Tentang ilmunya, apakah yang diamalkan dengannya?” (Riwayat Tirmidzi)

Moga umur kita dihabiskan dengan kerja-kerja bermanfaat lagi berpahala untuk memikat redha dan rahmatnya. Moga zaman muda kita digunakan untuk perkara-perkara ketaatan, bukan kemaksiatan. Moga harta kita diperoleh dengan cara yang halal dan digunakan ke arah jalan yang benar serta diredhaiNya. Moga ilmu yang kita belajar, kita amal dan praktikkan dalam hidup kita.

Akhir kata, moga Allah redha kita semua.

Seorang hamba yang serba berdosa,

17/7/13

Klang, Selangor, Malaysia, Bumi Allah.

Advertisements

2 comments on “SELAMAT HARI TUA!

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: