JOM KE SIGMA 2013!!

Published August 28, 2013 by wana93

1005820_1407343382820229_1026030848_n

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..🙂

Di kesempatan yang ada ni, saya nak ajak anda semua yang berkelapangan, yang bercuti, untuk hadir ke SIGMA 2013 iaitu Seminar Kebangsaan Pengajian Akidah dan Agama di USIM (Universiti Sains Islam Malaysia).

Sebenarnya, saya bangga dan sayang kos saya iaitu Pengajian Akidah dan Agama. Doakan saya berjaya yea! Saya teringat, dulu, masa semester 1, saya mengadu pada ibu, “Ibu, sebenarnya kak Na takutlah amek kos ni. Macam berat je tanggungjawab dan pembelajarannya. Seramlah!”

“Laaa..kau kan minat bab-bab agama ni, dah dapat, teruskan jelah! Kalau nak senang, tak payahlah belajar dekat universiti. Baguslah belajar pasal agama lebih-lebih lagi Akidah. Boleh tambah ilmu. Teruskan belajar dan belajar. Dah ada peluang, jangan main-main.” Nasihat ibu saya. Jadi sekarang, bakal masuk Tahun 2, semester 3 tak lama lagi, saya dah tak rasa takut sangat! Saya agak excited sebab saya sedar, banyak lagi yang saya tak tahu. Jadi, saya nak ambil tahu! Cuma, saya kena kukuh dan mantapkan Bahasa Arab saya sebab bakal study kitab-kitab Arab. Kena rajin berkawan rapat dengan buku-buku ilmiah, kamus dan murabbi/murabbiah.  Kena rajin mengaji dan talaqqi kalau ada masa dan peluang. InsyaAllah, doakan saya ye. Bahasa Inggeris pun kena perkasakan juga.

Seminar Kebangsaan Pengajian Akidah dan Agama (SIGMA) dirangka bagi mendedahkan para mahasiswa /mahasiswi tentang pemahaman Ilmu Usuluddin dan Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang sebenar. Disamping itu, seminar ini juga menghimpunkan mahasiswa dan mahasiswi yang menuntut di IPTA & IPTS di seluruh Malaysia dalam program Usuluddin atau di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dikenali sebagai program Pengajian Akidah & Agama.
Kedatangan Islam yang dibawa oleh pedagang Arab, Cina dan India ke Tanah Melayu membawa impak yang besar kepada masyarakat Melayu pada ketika itu. Dunia keilmuan alam Melayu kemudiannya terus berkembang pesat dengan kelahiran pelbagai kitab-kitab seputar isu-isu akidah, tasawwuf dan falsafah. Manuskrip-manuskrip Melayu seperti Sirat al-Mustaqim (Syeikh Nuruddin al-Raniri), Wardah al-Zawahir (Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani ), Sayr al-Salikin ila ‘Ibadah Rabb al-‘Alamin (Syeikh Abdul Samad al-Palembani) dan lain-lain terus menjadi rujukan para ilmuan di institusi pengajian tradisional mahupun moden sehingga kini.

SIGMA Ke-III membawakan kelainan pada kali ini dengan tema ‘Isu Isu Akidah dan Perbandingan Agama di Tanah Melayu’. Tema ini bakal dikupas oleh ahli akademik tempatan dan antarabangsa yang dijemput khas. Topik yang menjadi fokus kali ini adalah Ilahiyyat, Nubuwwat, Sami’yyat, Firaq Islamiyyah, Tasawwuf, Pemikiran Islam, Perbandingan Agama, Psikologi Agama, Sosiologi Agama, Antropologi Agama dan Dialog Antara Agama.

Yuran pendaftaran hanya RM10! Tempat adalah TERHAD! Untuk mendaftar, ini caranya :

1229896_1407493369471897_325021179_n

Kepada peserta yang mendaftar, anda diingatkan supaya segera membuat bayaran yuran RM10 dalam tempoh 48 jam dari masa anda mendaftar. Jika tidak, pendaftaran anda akan dianggap terbatal serta-merta. Sekian Terima Kasih.

Untuk pertanyaan dan maklumat lebih lanjut, boleh LIKE page FB :-

https://www.facebook.com/pages/Seminar-Kebangsaan-Pengajian-Akidah-Dan-Agama/1407262526161648

Juga boleh layari laman web SIGMA 2013 :- http://sigmausim.blogspot.com/

Jemputlah join program kami ni dan datang ke bumi USIM. InsyaAllah, kita jumpa di sana yea! ^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: