TAUTAN MAHABBAH, UKHUWAH FILLAH!

Published March 23, 2014 by wana93

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

22/3/2014 telah menjadi satu tarikh indah dalam kamus hidup diri saya dan sahabat-sahabat seperjuangan Pengajian Akidah dan Agama, Tahun 2, USIM. Kami berjaya meraikan program yang dirancang oleh AJK Batch Gen4, Tautan Mahabbah.

O3

Sudah hampir dua tahun kami bersama, namun, masih ada lagi antara kita yang belum kenal antara satu sama lain. Termasuklah saya sendiri, ada saja sahabat seperjuangan yang saya tak kenal namanya, tapi kenal muka saja.

Pertama sekali, saya sangat bersyukur dan bahagia kerana saya diberi peluang dan kepercayaan untuk menjadi salah seorang AJK Batch yang memerlukan komitmen selama setahun iaitu dua semester. InsyaAllah, kami yang sudah pun dilantik dahulu, akan cuba dan terus berusaha melaksanakan tugasan dan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin, mohon doa dan kerjasama kalian. Saya rasa bahagia sebab program Tautan Mahabbah ini dapat dijalankan dengan jayanya, alhamdulillah. Walaupun terdapat kekurangan, namun, itu adalah lumrah kerana manusia yang mengurus dan mengaturnya. Jika sudah namanya manusia, pasti akan ada yang tersalah itu, tersalah ini dan serba tak kena. Kan? Jadi, maaf dipinta. 😉

04

01Macam-macam aktiviti kami di sana. Main bola, main belon, main air, main getah dalam straw dan sebagainya. Saya tak banyak main pun. Seluar slack saya pun tak basah sebab tak main air pun. Huhu. Nak mandi laut lagilah tak. Malu kot. Saya lebih suka melihat dan memerhati. Ambil gambar diorang. Saya gembira tengok sahabat-sahabat seperjuangan saya seronok naik Banana Bot, naik kayak, mandi laut, main air, pasir bagai.

Untuk entri kali ini, saya tak mahu menulis banyak. Saya mahu gambar yang ber’bicara’. Cuma, saya hanya nak cerita sedikit berkenaan 3 perkara yang saya rasa amat menarik untuk dikongsi bersama.

1) Semasa sesi taaruf dan ice breaking, setiap kumpulan diminta buat bulatan. Kemudian, cari pasangan sejantina, berdua, diberi masa 5 minit untuk menceritakan apa yang tak pernah dicerita pada insan lain. Saya bersama dengan kak Najwa. Dia beritahu yang ibunya sudah meninggal. Dia sangat mahukan kasih sayang insan sekeliling dan kawan-kawannya.

Saya pula cerita padanya yang abah saya sudah meninggal. Dan, saya beritahu, “Akak nak tahu tak, saya sangat suka dan gembira bila dapat tengok ustaz Nashief. Nak tahu sebab apa? Sebab mukanya mengingatkan saya pada arwah abah saya. Muka ustaz tu seakan-akan muka abah saya. Dan saya sangat seronok dapat jalan-jalan ke sini dengan geng akidah kita. Sejak abah meninggal, dah lama juga saya tak pergi jalan jauh-jauh macam ni.”

Moral : Hargai dan sayangi ibu bapa, guru dan kawan-kawan kita. Kita perlukan mereka!

Camera 360

2) Kemudian, sesi soal-jawab. Setiap orang akan disoal jawab bila bola berhenti dan berada di tangannya, apabila lagu diberhentikan. Tup tup! Saya pun terkena sekali! Haaa, yang ni memang saya nak tergelak + malu disebabkan oleh soalan-soalan yang beberapa sahabat seperjuangan lelaki lontarkan.

‘Syazana, kenapa garang sangat?’

‘Garang? Mana ada. Siapa yang kenal saya, perempuan, dia kenal saya ni macam mana. Dengan lelaki saja saya garang kot. Dengan perempuan, saya biasa-biasa saja.’

‘Kenapa perlu macam tu? Kenapa dengan lelaki kena garang?’

‘Bukan garang, maksud saya, saya memang tegas dengan lelaki. Yelah, dengan lelaki tak boleh lembut-lembut sangat kan.’

‘Macam mana boleh dapat inspirasi menulis di blog?’

‘Saya memang suka menulis. Apa yang kita belajar, apa yang berlaku pada diri, sekeliling, kawan-kawan,  pengalaman, saya suka kongsi. Saya tak pandai dan tak fleksibel dalam bercakap macam korang. Tapi, bab menulis, insyaAllah saya fleksibel. Saya mula menulis di blog masa tingkatan 4.’

Sebenarnya nak saja jawab lebih-lebih, cuma, malu. ;p

Moral : Saya ada prinsip saya sendiri bila berurusan dan berhadapan dengan lelaki ajnabi (bukan mahram). Saya cuba berprinsip. Saya kena bersikap tegas supaya diri saya tak lembut di hadapan mereka. Mata dan hati andai tidak dijaga, akan binasalah diri, akan muncul pelbagai penyakit hati yang akhirnya akan membawa diri jauh daripada Ilahi. Kadang-kadang, saya sedih, sebab saya rasa macam benteng ‘ikhtilat’ saya, makin hari, macam makin dah rapuh. 😦

Moga sama-sama kita kukuhkan semula! Sentiasa taqarrub dengan Allah. Semuanya daripada Allah. Idea nak menulis pun daripada Allah. Jadi, mintalah pada Allah. Jangan sesekali menyerah! ^_^

C360_2014-03-22-14-55-17-892

3) Sesi sebelum memulakan ‘Street Dakwah’. Kami, muslimin dan muslimat berkumpul, mendengar dan menghayati sedikit ucapan daripada pensyarah kami yang mengiringi Tautan Mahabbah ini, ustaz Dr.Nashief S.Disomimba. Antara pesanan beliau yang saya ingat,

‘Kita berkumpul di sini untuk menguatkan ukhuwah Islamiah kita. Kamu ada tanggungjawab. Ibu bapa kamu akan sedih bila kamu malas belajar dan suka tidur, ponteng kelas. Kamu adalah harapan untuk menyebarluaskan syiar Islam di muka bumi ini.’

Moral : Tajdid niatmu berada di universiti selalu! Hormati guru dan pensyarah! Keep your mujahadah!

Terima kasih pada semua AJK Batch yang telah banyak membantu, berkorban dan bekerjasama dalam menjayakan Tautan Mahabbah kita ini. Moga Allah redha kita. 🙂

Terima kasih pada sahabat-sahabat sePengajian Akidah dan Agama yang telah banyak membantu dan bekerjasama dalam menjayakan program kita ini. Moga Allah redha. 🙂

05

Terima kasih pada pensyarah kami yang sangat baik dan sangat sporting, ustaz Dr.Nashief S.Disomimba, bersama sahabat beliau, pensyarah baru di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) yang sudi turun dan luangkan masa bersama dan menemani kami, anak-anak didikmu. Moga Allah redha kita. 🙂

muslimin1

Muslimin, ingatlah, jangan terlalu sibuk mengejar keseronokan duniawi hingga kau terlupa akan tanggungjawabmu kenapa kau berada di universiti. Kenapa kau di sini? Bukan untuk bermain PES semata, bukan untuk bercintan cintun, bukan untuk perkara yang melalaikan, akan tetapi, membina sebuah kematangan fikiran dan tindakan serta untuk tafaqquh fiddin.Ummah perlukanmu! Ingatlah, kita berlayar dalam fikrah Islam, dalam ilmu agama, ilmu akhirat. Andai kita gagal menjaga ilmu yang telah dipelajari, maka, apakah pandangan Ilahi pada kita? Kita ada amanah dengan ilmu agama yang kita pelajari. Sedar, bangkit dan bergeraklah! Bidang pengajian kita amatlah susah dan payah, jika kita tak bersungguh-sungguh dalam hendak memahami dan mendalaminya.

muslimat1

Muslimat, ingatlah, jangan terlalu memikir dan mengejar cinta lelaki semata, hingga terabai segala tanggungjawab dan amanah yang dipikulmu. Hingga terabai segala hak Allah. Ingatlah, itu bukan tujuan dan matlamat utama  kehidupan kita yang sementara ini. Akan tetapi, jaga dan peliharalah diri, aurat dan maruahmu kerana-Nya, tafaqquh fiddin dalam menuntut ilmu kerana ummah perlukanmu! Kita beruntung kerana kita berada dalam biah (suasana) Islamik, andai kita gagal menjaga diri, maka, sia-sialah kita pada pandangan-Nya. Kita ‘memegang’ ilmu agama, ilmu akhirat, jaga dan pelihara serta pasakkanlah ia di dalam jasad dan jiwa kita, tiap masa dan ketika. Sedarlah dan jangan terus terlena! Bidang pengajian kita bukanlah mudah, akan tetapi, perlukan usaha yang bersungguh-sungguh dan mujahadah!

kami

Akhir sekali, moga ukhuwah kita ini, benar kerana-Nya. Moga ukhuwah kita ukhuwah fillah, hingga ke Jannah. Moga kita saling topup-menopup sesama kita dalam perkara kebaikan dan kebenaran. Sama-sama kita saling bantu-membantu, bekerjasama, bertolak-ansur, rendahkan ego kita dalam kita saling belajar dan berukhuwah. Andai ada yang malas datang kelas dan kuliah, ingatkan dan nasihatilah dia. Ambil tahu kalau-kalau dia ada masalah. Janganlah kita biarkan saja. Kita mahu suka dan duka, susah dan senang bersama. Itu ukhuwah sebenar. Batasan pergaulan wajib dijaga dan dipelihara. Moga diri kita mampu untuk menjaga dan menundukkan hati dan pandangan masing-masing. Lazimi istighfar dan solat sunat taubat. Moga kita terhindar daripada murka-Nya. Uhibbukum fillah!

Muhasabah Hamba Yang Serba Berdosa

Muhasabah Hamba Yang Serba Berdosa

Moga Allah redha kita semua. Di dunia dan akhirat. Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu. ~.^

~Sekadar Perkongsian Bersama. Moga Ada Manfaatnya.~

One comment on “TAUTAN MAHABBAH, UKHUWAH FILLAH!

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: