UMMAH SEMAKIN PARAH!

Published August 15, 2014 by wana93

ISU SEMASA

Bila cuti-cuti duduk di rumah, barulah diri ini berpeluang dan rajin nak baca surat khabar. Macam-macam ada! Dan, di sini, saya nak kongsi dan ‘highlight’kan dua topik utama! Saya sangat terasa mahu menulis sesuatu berkenaan ini. Sila baca dengan emosi yang stabil, serius dan bacalah guna mata hati. Jom cakna!

1) Metro : Khamis (14/8/14)

Akhbar Metro

Akhbar Metro

 

Topik besar muka depan : Pengkid sebar ajaran sesat. SONGSANG BERGANDA!

Dia seorang perempuan dan sangat kemaruk mahu jadi lelaki. Digelar dirinya Mat. Penampilan pun dah memang mirip lelaki. Bukan itu saja, dia juga menyebar ajaran sesat. Dia mendakwa bahawa dirinya menjadi insan pilihan Allah yang mendapat wahyu pada tahun 2010. Sejak tu, dia dah 4 tahun tak solat. Dan katanya, walau dia dipantau, tapi masih belum ditangkap. Itu petanda ajarannya benar. Itu semua ujian dia berdakwah. Dan dia ada pengikut dari Pahang dan Negeri Sembilan. Katanya lagi, Islam yang diamalkan hari ini tidak mengikut syariat sebenar dan semuanya perlu diperbetulkan dengan dia dipilih Allah membawa kebenaran berdasarkan wahyu yang diberikan secara terus sebelum dicatatkan di dalam nota.

2) Metro : Jumaat (15/8/14)

Akhbar Metro

Akhbar Metro

 

Topik besar muka depan : Nikah siri tarikan Pulau Batam. ISTERI 27 SEN!

Dengan hanya RP1,000 (27sen) hingga RP 10,000 atau kira2 RM 2.70 anda sudah boleh memiliki seorang isteri. Pernikahan paling mudah dan paling murah itu dikenali sebagai nikah siri menjadi tarikan lelaki Malaysia yang kemaruk cari pasangan dan mahu berkahwin lain. Juru nikahnya tidak mempunyai tauliah. Dikenali sebagai Pak Ayubi. Katanya, nikah siri ini senang kerana kita-kita saja. Tak perlu ada dokumen atau prosedur bagai. Ketuk saja pintu rumah dia pada bila-bila masa, dia boleh nikahkan. Malah ada pasangan datang tengah malam dan awal pagi untuk nikah, dia layan saja. Katanya, mahu menghidarkan perzinaan. Dia juga ada menyewakan rumah bagi pasangan yang baru nikah. Kegiatan nikah siri ini popular kerana keluarga si gadis tidak segan silu membenarkan anak mereka kahwin walaupun menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat.

Topik 1 merupakan isu yang sangat-sangat besar! Kerana apa? Kerana dia mengubah ciptaan Allah. Perempuan tidak boleh menyerupai dan menjadi lelaki. Begitu juga sebaliknya. Dan dia menyebarkan ajaran sesat. Ia berkait rapat dengan akidah! Akidah adalah tunjang, akar umbi dan asas yang paling utama dalam diri seseorang yang bergelar Muslim. Jika asas ini songsang, salah dan terpesong, maka, ia boleh menyebabkan kita hanyut dan jauh dari landasan kebenaran Al-Quran dan Sunnah. Hingga terkadang, mampu menyebabkan kita kufur! (Na’uzubillah!)

Camera 360

 

Ajaran sesat telah ditakrifkan oleh Bahagian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dan berlawanan dengan akidah Islamiah, bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah, bertentangan dengan mazhab yang muktabar dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ajaran sesat sebegini bukanlah perkara baru dalam masyarakat kita pada hari ini. Sudah banyak ajaran sesat yang tersebar seperti Syiah, al-Arqam, Qadiani, Ayah Pin dan lain-lain lagi. Namun, sejauh manakah dan apakah usaha yang kita mampu lakukan bagi menyekat penyebaran ajaran-ajaran sesat sebegini? Jika ummah kita sendiri malas dan tidak menitikberatkan ilmu agama, apatah lagi tidak mahu ambil cakna tentang isu-isu ummah, jadi, apakah natijah ummah akhir zaman kita ini nanti?

Antara punca berkembangnya ajaran sesat adalah tidak menjadikan sumber Islam sebagai landasan di dalam menentukan sesuatu keputusan dan panduan utama dalam kehidupan. Selain itu, jahil dalam ilmu pengetahuan agama. Berkembangnya ajaran sesat juga adalah kerana benteng akidah yang rapuh dalam diri. Kita akan dapat membendungnya dengan kembali merujuk kepada sumber utama ajaran Islam iaitu Al-Quran dan Sunnah. Kita juga perlu memperkasakan diri dengan ilmu-ilmu agama dan membentengi akidah kita dengan hujah dan dalil yang benar dalam persoalan-persoalan agama.

Daripada Mu’awiyah bin Abu Sufyan r.a., Nabi S.A.W. bersabda : “Siapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, nescaya Allah memberikan kefahaman agama kepadanya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Topik 2 pula menyentuh isu pernikahan. Iaitu dikenali sebagai ‘nikah siri’. Nikah cara sebegini adalah sangat tidak digalakkan untuk kita, sebagai umat Islam, mengikuti dan menggunakan khdimat sindiket nikah siri seperti di Pulau Batam ini. Kerana apa? Kerana dikhuatiri status pernikahan itu tidak sah! Pernikahan mestilah dilaksanakan mengikut syariat Islam iaitu dengan mematuhi lima rukun dan syarat sah nikah iaitu pengantin lelaki (suami), pengantin perempuan (isteri), wali, dua orang saksi lelaki serta ijab dan kabul (akad nikah).

Camera 360

 

“Seandainya prosedur kahwin tak betul itu adalah berzina. Istilah macam kahwin syubhah iaitu dah tahu dengan jelas perkahwinan tak betul tetapi kahwin juga, itu zina. Saksi tak ada masalah.” kata Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman.

Beliau berkata, setahunya di Indonesia juga tidak boleh berkahwin sesuka hati dengan menggunakan kadi yang tidak dilantik pemerintah setempat. Mengenai kecenderungan lelaki negara ini ke Batam untuk mendapat isteri rahsia, katanya, pernikahan bukanlah perkara sebarangan sebab tanggungjawab amatlah berat. “Nikah sebahagian hidup dunia dan akhirat. Kahwin sebegitu amat berisiko kepada perempuan itu (isteri) dan anak yang dilahirkan. Mesti ada masalah nanti kepada zuriat keturunan. Kahwin tak betul boleh membibitkan anak luar nikah. Anak itu pula nanti tak boleh jadi wali.” katanya.

UMMAH DAN KITA

Ummah kita sekarang sudah semakin parah dan nazak! Ummah kita sekarang sudah ramai yang jauh dari landasan Al-Quran dan Sunnah! Ummah kita makin hari makin tenat! Tapi kita masih sibuk memikirkan perbalahan sesama kita, masih sibuk mencari dan memikirkan tulang rusuk itu, tulang rusuk ini! Kita masih sibuk nak pergi konsert sana, konsert sini! Kita masih sibuk nak bergosip sana, nak mengumpat si dia! Kita masih sibuk bermesej, bergayut dan bergelak ketawa dengan sang-sang ajnabi! Kita masih sibuk dengan nak tengok movie itu, movie ini, nak karaoke lagu itu, lagu ini! Kita masih sibuk nak menghadap komputer, nak main game itu, nak main game ini! Kita masih sibuk nak posing sana, posing sini, nak dapat LIKE dan pujian sang-sang ajnabi! Kita masih sibuk nak baca majalah MANGGA, PLAYBOY dan majalah-majalah hiburan yang lain!

Jadi, apa peranan kita? Apa usaha yang kita boleh lakukan? Kalau tak banyak, paling tidak pun ada sedikit. Kalau tak boleh satu, buatlah dua! Jangan buat tak tahu, jangan hanya fikir dunia diri sendiri sahaja! Kelak, bala Allah akan menimpa kita semua, dek kerana maksiat dan kemungkaran yang sudah melata! (Na’uzubillah!)

“Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat yang sebelum kamu, ketika mereka berbuat kezaliman, padahal rasul-rasul mereka telah datang kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, tetapi mereka sekali-kali tidak hendak beriman. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat dosa.” (Surah Yunus : 13)

Di sini, saya cuba khususkan pada peranan mahasiswa/mahasiswi sebab saya sendiri merupakan seorang mahasiswi. Lebih-lebih lagi bidang yang sedang pelajari sekarang berkait rapat dengan soal akidah. Jadi, saya mahu kita sama-sama muhasabah dan usaha untuk lakukan ‘sesuatu’! Take note!

• Berazam dan istiqamah (berterusan) untuk sentiasa mencari dan menambah ilmu pengetahuan. Lebih-lebih lagi ilmu agama! Belajar bersungguh-sungguh! Kita harapan ummah di luar sana!

• Dekati majlis-majlis ilmu. Rajinkan diri untuk ke kuliah, seminar atau konferens yang berkait dengan ilmu-ilmu agama seperti akidah, feqah, hadis dan sebagainya.

Daripada Anas bin Malik r.a., bersabda Rasulullah S.A.W. : “Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim.” (Riwayat Ibn Majah dan Abu Ya’la)

• Turun padang untuk bersama dengan masyarakat andai ada gotong-royong atau kenduri dan sebagainya lagi. Bergaul dengan masyarakat sekeliling.

• Sumbangkan sesuatu pada ummah. Contoh : Beri ceramah/perkongsian di surau/masjid/dalam kelas/kuliah, menulis sesuatu yang bermanfaat (tentang halal dan haram dalam Islam ke, tentang akidah ke dll) sama ada melalui medium buku/blog/FB dan sebagainya dan membuat video berinti perkongsian ilmu terutama ilmu-ilmu agama.

• Andai ada peluang mendekati golongan-golongan gelandangan, rebutlah kesempatan itu!

• Cuba dekati dan berkawan dengan insan-insan yang bermasalah sosial ATAU bermasalah dalam pegangan akidah. Bukan untuk kita terpengaruh sama, tapi untuk kita ‘menarik’ dia semula ke jalan yang betul. Sebab tu kena ada ilmu! Dan jika keliru atau ada rasa ragu-ragu, cepat-cepat kita rujuk pada ustaz atau ustazah yang pakar dan ahlinya.

• Rajinkan diri, ringankan kaki dan lapangkan masa jika ada aktiviti ‘street dakwah’ di tempat-tempat tertentu (pusat membeli-belah, taman-taman, dataran lapang, dll) @ anjurkan ‘street dakwah’!

• Berdakwah! Dakwah itu pelbagai! Bukan sekadar ceramah! Berdakwahlah dengan menunjukkan akhlak Islam dalam dirimu, berdakwahlah dengan memakai pakaian Islam, bergaullah dengan batas pergaulan Islam dan banyak lagi!

• Aktifkan diri dan libatkan diri dalam kerja-kerja dakwah dan tarbiah (di sekolah/universiti)! Jangan terasa terbeban apabila diminta menjadi sukarelawan membantu masyarakat! Jangan bermasam muka apabila dilantik untuk membantu kerja-kerja kebajikan masyarakat! Jangan mengeluh andai diberi amanah untuk mengendalikan kerja-kerja Islam! Jangan menolak apabila diminta membawa bulatan gembira/usrah! Sebaliknya, senyumlah apabila dapat menjadi sukarelawan membantu masyarakat. Cerialah apabila dilantik menjadi pembantu untuk kerja-kerja kebajikan masyarakat. Teruja dan berbahagialah apabila diberi tugas dan amanah untuk menggerakkan kerja-kerja Islam. Bergembiralah apabila bersama dengan ahli-ahli usrah! 🙂

“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” (Surah al-Hujurat : 10)

Jika ada tambahan, silakan ye.

Teringat kata-kata seorang pensyarah saya,

“Pernah tak kita terfikir, kenapa konsert-konsert hiburan atau parti-parti liar semakin hari semakin membiak di negara kita ini? Sebab kita sendiri kurang anjurkan majlis-majlis ilmu, selawat perdana, seminar-seminar agama dan sebagainya. Jadi, fikir-fikirkan. Jangan hanya mengutuk perkara-perkara liar tersebut, tapi, sama-sama bergerak melakukan sesuatu untuk ummah!”

Akhir sekali, mari kita muhasabah diri kita semula.

Pernahkah air mata kita mengalir saat melihat dengan mata sendiri, remaja-remaja bersosial, ber’dating’ di pusat membeli-belah, dengan pakaian sekolah mereka, memenuhi panggung wayang, sambil memegang erat tangan dan pinggang masing-masing, dan kita hanya mampu melihat tanpa mampu berbuat apa-apa?

Pernahkah air mata kita mengalir saat melihat adik-beradik kita sendiri, saudara-mara kita sendiri, bergaul bebas sesama sang ajnabi, tanpa rasa segan dan silu, dan kita hanya mampu melihat dan membenci dengan hati?

Pernahkah air mata kita mengalir saat membaca berita tentang bayi yang masih hidup, yang masih bertali pusat, dibuang di dalam tong sampah, dibuang di dalam longkang belakang rumah teres, dibuang di dalam jamban dan dibiarkan di tengah semak hutan?

Pernahkah air mata kita mengalir saat mendapat khabar, anak luar nikah semakin hari semakin bertambah, kes cerai juga semakin hari semakin bertambah?

Pernahkah air mata kita mengalir saat membaca berita bahawa akidah Islamiah kita semakin diconteng, diludah dan semakin dipandang enteng oleh masyarakat?

Pernahkah air mata kita mengalir saat mendapat khabar bahawa zina, arak dan judi semakin berleluasa pada masa kini, pergaulan bebas semakin menular dalam diri remaja masa kini?

Pernahkah air mata kita mengalir saat membaca berita bahawa anak membunuh bapa, ibu membunuh anaknya yang masih bayi, cucu membunuh neneknya yang uzur?

Pernahkah air mata kita mengalir saat membaca akhbar, pelajar perempuan dirogol, bapa rogol anak, abang rogol adik perempuan, adik rogol kakak, pelajar ditangkap khalwat di dalam surau?

Pernahkah air mata kita mengalir saat mendengar perkhabaran bahawa ada sekolah dan universiti yang sebahagian para pelajar perempuannya sudah ramai yang hilang ‘dara’, mengambil upah bermalam di hotel dan sebahagian pelajar lelakinya sudah ramai yang terjebak dengan dadah dan video lucah?

PERNAHKAH KITA TERFIKIR, ANDAI SEKUJUR TUBUH RASULULLAH S.A.W., ADA DI SINI, BERSAMA KITA, MENYAKSIKAN TINGKAH UMATNYA…..

PERNAHKAH MUNCUL PERASAAN MALU DALAM DIRI KITA KERANA SIKAP TERUK KITA SEBEGITU, SEDANG ALLAH MEMUJI KITA..

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Surah ali ‘Imran : 110)

Kita bukanlah yang terbaik, jika kita tidak menyuruh kepada yang makruf iaitu kebaikan dan ketaatan. Kita juga bukanlah yang terbaik, jika kita tidak mencegah dari yang mungkar iaitu kejahatan dan kemaksiatan. Kerana, yang TERBAIK hanyalah mereka yang AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR!

Jadilah dan buktikan bahawa kita adalah UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W. YANG TERBAIK!

Jangan berTuhankan nafsu, akan tetapi, kembalilah berTuhankan Allah Yang Maha Satu! :’)

Ingatlah, Islam takkan tertegak! Andai Islam dalam diri tak tertegak! 

-Muhasabah Hamba Yang Serba Berdosa-

3.00 petang,

15/8/2014,

Rumahku Syurgaku,

Selangor, Galaksi Bima Sakti, Bumi Milik-Nya.

Advertisements

4 comments on “UMMAH SEMAKIN PARAH!

  • skunk dunia akhir zaman………mcm2 bnda dh berlaku……jd kita umat islam wajiblah brdoa untk tingkatkan keimanan, mantapkn akidah……Noor Syazana jom trun padang…….inilah masa yg sesuai untk bntu Negara n masyarakat dgn ilmu pa yg kita sh bljq,,,,untk manfaatkn pd smua

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: