CORETAN – MISI PASCA BANJIR KE-5 USIM

Published January 19, 2015 by wana93

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.

Benarlah, ada yang pernah berkata bahawa impian dan harapan itu merupakan satu doa.

Setelah kita semua dikhabarkan dengan musibah banjir yang telah menimpa negeri Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan beberapa lagi negeri di Malaysia ini, saya sendiri sangat menyimpan hasrat dan impian untuk diberi ruang dan peluang mengikuti Misi Banjir. Melihat keadaan sebenar setelah banjir surut, merasai kesusahan penduduk yang ditimpa musibah banjir, dan lain-lain lagi. Itu yang saya nak. Saya sangat cemburu pada kawan-kawan yang dapat ruang dan peluang tersebut!

MISI BANJIR MAHASISWA (MBM)

9/1/2015

Alhamdulillah, saya berpeluang mengikuti Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) USIM dalam Misi Banjir Mahasiswa (MBM) ke pasar malam Chempaka, Nilai untuk mengutip sumbangan dan derma masyarakat sekeliling di samping menyalurkan maklumat berkenaan mangsa-mangsa banjir iaitu ada antara mereka yang rumahnya hanyut dan hilang dibawa arus deras semasa banjir, barang-barang di dalam rumah juga banyak yang rosak, buku-buku semuanya hancur, keperluan makanan dan minuman serta pakaian mereka tidak mencukupi dan banyak lagi. Mereka memerlukan sumbangan dan keprihatinan kita.

Yang dicari, adalah pengalaman. Kita selalu ke pasar malam untuk cari makanan, minuman dan sebagainya. Pernahkah kita ke pasar malam untuk mengutip sumbangan dan derma serta menyalurkan maklumat berkenaan mangsa banjir di sana? Bukan mengemis meminta simpati, akan tetapi mahu masyarakat tahu dan peduli akan saudara-mara kita yang diuji dengan musibah banjir.

Pengalaman tak boleh dibeli. Akan tetapi, boleh dicari. Kalau nak rasa, bolehlah join SPMM untuk misi kutipan derma selepas ini pula. Mereka sangat mengalu-alukan! Dan, ikutlah mana2 misi yang ada berdekatan kita untuk membantu mereka di sana. InsyaAllah, sama-sama kita gunakan ruang dan peluang yang kita ada untuk berbuat kebaikan. Kebaikan itu luas aspeknya. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Moga Allah redha.

“Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.” (3:148)

MISI PASCA BANJIR KE-5 USIM

Alhamdulillah, saya juga diberi ruang dan peluang untuk menyertai misi banjir yang ke-5 USIM ke bumi Kelantan iaitu Gua Musang pada 17/1/2015-18/1/2015. Sebelum ini, Misi Pasca Banjir USIM sudah ke beberapa tempat seperti Kelantan, Pahang dan beberapa lagi. Akhirnya, dapat juga mendaftar di bawah PMFKP setelah mendaftar di bawah Sekretariat Kesukarelawanan Mahasiswa (SKM) USIM gagal kerana sudah ramai yang mendaftar. Insya-Allah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan! Walau tarikh ketika itu adalah tarikh cuti kerana peperiksaan sudah pun tamat, namun, dek kerana sudah bertekad di dalam hati, maka, penantian ini diteruskan jua bersama 4 sahabat!

Beberapa ahli misi pasca banjir bersama pegawai FKP dan pesnyarah FKP membeli barang-barang

Beberapa ahli misi pasca banjir bersama pegawai FKP dan pesnyarah FKP membeli barang-barang

17/1/2015

6 buah bas bertolak dari USIM, Nilai ke Kelantan. Ada wakil daripada SUKSIS, PALAPES, SKM dan PMFKP. Misi ini di bawah kelolaan HEP USIM, keselamatan dan FKP. Sebelum bertolak, kami semua diminta berkumpul untuk mendengar sedikit amanat dan kata-kata pembakar semangat daripada NC USIM, Prof Dato’ Dr. Musa Ahmad. Beberapa pensyarah FKP turut menyertai misi kali ini iaitu Dr. Ahmed Abd Malek (Nigeria), Dr. Solah (Mesir), Dr. Ahmad Najaa’, Ustaz Khairi dan dekan FKP sendiri, Prof. Dr. Zulkiple Abd Ghani.

10898149_514388008702870_4222686560148860605_n

MPP USIM bergambar bersama team SKM sebelum bertolak

Team USIM kesemuanya bersama NC USIM

Team USIM kesemuanya bersama NC USIM

Jam 10 pagi, semua bas mula bertolak menuju ke destinasi, iaitu Gua Musang, Kelantan. Kami sampai di sana lebih kurang jam 6 petang. 8 jam perjalanan kami. Kami bermalam di SK Kampung Limau Kasturi, Gua Musang, Kelantan. Saya sempat melihat keadaan di sekelilingnya. Mula-mula, tengok macam tak ada apa-apa. Mungkin, itu masih di kawasan bandar Gua Musang. Tak kena banjir kot. Tapi, bila masuk lagi dalam, lalu di celah-celah kawasan hutan, barulah nampak beberapa kesan banjir. Rumah-rumah berlumpur. Pokok-pokok juga ada kesan lumpur.

10928008_757003094348624_1113313692_n

10921924_757003147681952_203313339_n

10942841_757003347681932_1382321390_n

Ustaz Khairi, En. Azmi, Prof Dr. Zulkiple dan Dr. Ahmad Najaa' turut bersama

Ustaz Khairi, En. Azmi, Prof Dr. Zulkiple dan Dr. Ahmad Najaa’ turut bersama

Untuk hari pertama ini, tak banyak sangat kerja yang perlu dilakukan lantaran masa yang mengekang. Ketua sempat memberi beberapa arahan ringkas kepada lelaki, sementara perempuan diberi arahan untuk berehat dan memasang beberapa khemah, bentang tikar di asrama bahagian perempuan.

10885027_788478864522819_6415417963783145266_n

Masing-masing mengangkut barang ke tempat yang diberi arahan. Lelaki di musolla, manakala perempuan di bahagian asrama perempuan.

Sampai di asrama itu, masing-masing sibuk mencari tandas. Tepat jangkaan saya, tandasnya pasti bukan seperti tandas normal. Maksudnya, tandas normal kita adalah tandas yang kita selesa dengannya. Tapi di sekolah ini, juga merupakan kawasan banjir, tidak seselesa itu. Air pernah membanjiri sekolah ini hingga ke tingkat 2.

Kesannya, masih sehingga kini. Bagaikan menyinggah di sebuah bangunan sekolah yang lama. Kawasan sekelilingnya kotor, berhabuk, berlumpur, banyak bilik yang tak ada elektrik (termasuk bilik yang saya dan kawan-kawan tidur), airnya kotor, tandas berbau dan banyak lagi kekurangan yang dapat dilihat hasil musibah banjir yang menimpa.

Saya mula merasai serba sedikit kesusahan yang dialami penduduk di sekitar sini. Kami memasang beberapa khemah dan tikar di dalam bilik. Pemandangan yang dapatku lihat adalah almari dan katil besi yang terkumpul dan penuh dengan lumpur. Ada juga Al-Quran yang terkumpul, juga dipenuhi dengan selut lumpur. Menunggu masa untuk dibakar dan dilupuskan mungkin.

Cuma, saya agak terkilan sedikit apabila mendengar beberapa keluhan daripada sukarelawan yang hadir,

“Macam mana nak mandi ni? Bilik airnya kotor sangat. Air pun kotor.”

“Gelilah. Tandasnya berbau. Banyak lumpur!”

Sepatutnya, kita yang dah dengan sukarelanya mahu datang ke sini, kita yang pilih sendiri mahu jadi sukarelawan, tak perlu mengeluh seperti ini. Sebab apa? Sebab salah satu tujuan menjadi sukarelawan adalah mahu keluar daripada zon hidup selesa. Mahu merasai kesusahan dan kepayahan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir. Bukan menjadi sukarelawan yang hanya mahukan keselesaan dalam kerjanya. Itu bukan sukarelawan yang sebenar. Sukarelawan yang sebenar adalah yang sudi membantu dalam apa jua situasi, lebih-lebih lagi di saat keadaan sangat memerlukan khidmat dan pertolongan mereka.

Saat inilah, parktikal feqh banjir dipraktikkan. Ambil wuduk dengan botol mineral kecil berisi air yang agak kotor (air sungai), membasuh anggita wajib dengan sekali basuhan saja. Membersih dan bersuci selepas membuang air juga dengan menggunakan sebotol air mineral kecil saja. Semua itu berhikmah buat diri ini dan kita yang tak pernah merasa susah!

Malam itu, masing-masing sibuk membantu di dapur. Potong bawang, cili, lobak merah dan lain-lain lagi. Selepas selesai makan malam, saya bersama 4 sahabat saya iaitu Basmah, kak Nadiah, kak Laila dan kak Ija duduk di satu sudut. Memang kebanyak tempat di sekolah itu gelap belaka. Kami berlima duduk berborak sebentar.

Tiba-tiba, datang seseorang. Lama juga saya tidak nampak dirinya. Guru kokurikulum saya semasa saya di Tahun 1 USIM. Beliau ketua untuk kokurikulum Transformasi Kepimpinan Muda. Berkait rapat dengan Khidmat Negara dan IM4U. Saya gelarnya cikgu. Cikgu Yusof.

Beliau duduk bersama kami dengan makanannya. Makan sambil bersembang dengan kami yang dikira sebaya dengan usia anak-anaknya. Bila kita berborak dengan orang yang lebih berumur dengan kita, pasti kita akan dapat hikmah di situ. Antara cerita dan nasihatnya pada kami,

“Kamu bayangkan, sekolah ni, air naik sampai tingkat 2. Boleh tak kamu bayangkan kita tengah duduk dalam air? Inilah kesannya. Masa sebelum korang semua datang ni, bomba dengan polis dah datang bersihkan selut-selut lumpur yang sampai 3-5 inci tebalnya. Ni kira dah okay sikit, tinggal nak bersihkan kelas, tandas dan dalam bangunan ni saja lagi. Kadang-kadang, kita ingat, orang yang ditimpa musibah banjir ni saja yang diuji. Tapi sebenarnya, kita pun diuji sekali. Sebab apa? Sebab bila kita ikut misi banjir sebegini, dalam keadaan air kotor dan kekurangan, tak ada elektrik, tak selesa, ramai sukarelawan yang abaikan solat. Mereka tak solat. Kalau macam kamu, pelajar-pelajar USIM, saya tak risau sangat sebab insya-Allah, saya yakin kamu semua jaga solat. Tapi, pengalaman saya sendiri, bila berada bersama sukarelawan-sukarelawan luar yang lain. Mereka bagi alasan air tak cukup untuk tidak tunaikan solat. Itu ujian buat kita sebenarnya. Kita yang diuji oleh Allah. Sejauh mana kekuatan kita. Apakah ibadah itu hanya saat kita selesa??

Lama juga kami berborak dengan cikgu Yusuf. Bila jam menunjukkan pukul 11.30  malam, kami semua bersurai. Saya dan sahabat-sahabat saya mencari tempat untuk tidur. Semua bilik yang dibentangi tikar telah dipenuhi. Begitu juga yang berada di dalam khemah. Natijahnya, alhamdulillah, ada satu khemah kosong di bawah tangga, kami ambil dan letakkannya di dalam satu bilik kosong yang lain. Tak ada elektrik bilik tu. Memang gelap. Dalam keadaan tak mandi sehari, kami berlima tidur dalam satu khemah itu. Barulah ukhuwah namanya, kan? Haha. Sweet Memory yang sangat Rare. Siapa yang dah biasa pergi kem, pasti dah biasa uruskan diri dalam keadaan kekurangan air, tak sempat nak mandi bagai. ;p

18/1/2015

Walau hanya tidur beberapa jam di dalam khemah itu, berbantalkan lengan dan beg yang dibawa, terasa bagaikan lamanya waktu nak berlalu. Sebab kesejukan! Asyik-asyik terjaga. Dah macam tidur dalam peti sejuk! Nak beku rasanya!

Jam 6 pagi, masing-masing sibuk uruskan diri dan solat. Usai sarapan, pembahagian tugas dan kerja mula diberi. Kumpulan saya diberi tugas untuk bersihkan kawasan kantin sekolah dan bahagian dalamnya. Sekolah itu luas. Kerja-kerja nak membersihkan kawasan di dalam sekolah itu memang memerlukan masa, memerlukan tenaga dan air yang banyak. Mujur bomba datang membantu, mengepam air. Air memang tak mencukupi.

Kumpulan saya! Orang-orang PALAPES memang rajin dan kuat buat kerja..

Kumpulan saya! Orang-orang PALAPES memang rajin dan kuat buat kerja..

Seronok sebenarnya bila kita buat kerja dan bergotong-royong secara berjemaah. Menyental lumpur, memberus sinki, lantai, tingkap, mengemop, membasuh dan mencuci saki baki lumpur yang masih melekat dan banyak lagi. Semuanya terasa ringan dan penat pun dirasai bersama. 🙂

10923447_788478677856171_6029446963807247500_n

10487471_788477424522963_820460987848967322_n

Jam 5 petang, ramai yang sudah mula bersiap untuk pulang. 2 bas pulang awal iaitu PMFKP. Saya dan kawan-kawan pun bersiap dan mengemas apa yang patut sebelum bergerak pulang. Walau kami hanya berkhidmat selama sehari, itu pun membersih dan melakukan apa yang kami mampu lakukan, sekejap saja, mudah-mudahan, ianya bermanfaat. Memang rasa macam tak puas sebab banyak lagi sebenarnya yang perlu dibersihkan. Seronok sebenarnya buat kerja-kerja macam ni. Moga anak-anak akan kembali bersekolah dengan selesa seperti sediakala.

10922179_616134045181248_1419436378_n

Bersama sahabat-sahabat saya, setelah meluangkan masa menyantuni anak-anak. Bertanya perihal banjir pada mereka.

Seronok jadi cleaner.. :)

Seronok jadi cleaner.. 🙂

Usai makan petang, bas bertolak untuk pulang. Jam menunjukkan pukul 6.30 petang. Alhamdulillah, kami selamat sampai di Nilai pada jam 2 pagi. 🙂

Moga misi-misi sebegini dibuat dan diteruskan lagi! Memang negeri-negeri yang ditimpa musibah banjir memerlukan sukarelawan yang ramai untuk membersih kawasan-kawasan yang ditimpa banjir. Teruskan menghulur sumbangan berbentuk wang, pakaian, makanan dan minuman serta apa saja yang dirasakan perlu kepada mana-mana NGO yang menguruskan soal misi bantuan banjir ini.

Percayalah, erti hidup ada pada memberi.

Moga Allah redha kita semua.

Teratak Sewa Nilai,

Bumi Milik-Nya, Galaksi Bima Sakti,

19/1/2015.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: