Assalamualaikum semua! Alhamdulillah! Apa khabar hari ini? Moga dalam redha-Nya selalu. 🙂
Terima kasih sebab sudi baca dan kongsikan perkongsian saya sebelum ini yang berkait dengan pelajar tahun akhir, ‘thesis’ dan latihan industri. Semoga tersebar manfaatnya, mudah-mudahan.
Hari ini, saya nak kenalkan ‘HAMARE’ pada pembaca setia blog saya dan juga pengunjung blog saya serta yang mengenali diri saya secara langsung atau tidak langsung.
Bismillah..jom berkenalan!
THE HAMARE PROJECT COLLECTION
(SA0390226-D)

Logo HAMARE
HAMARE merupakan langkah permulaan 5 sekawan anak muda ke medan penulisan pentarbiahan santai dan dunia penerbitan seperti buku dan yang sewaktu dengannya.
MISI
Merealisasikan sesuatu yang berpotensi memberi manfaat kepada ummah melalui medium tinta pena atau penulisan dan media seperti poster, video, illustrator dan lain-lain.
VISI
Dengan Bismillah, Kepada Ummah, Untuk Lillah.
SASARAN
Khas untuk remaja. Umum untuk tatapan dan manfaat semua kerana seputar isu masyarakat yang semakin lama semakin parah.
HAMARE berasal daripada perkataan bahasa Urdu. HAMARE membawa maksud ‘kami’ atau ‘kita’. Perkataan ini dipilih sebagai nama tema kami kerana ianya digerakkan secara kerjasama 5 sahabat. Iaitu kami. HAMARE berkonsepkan labu dan pelepah pena atas beberapa aspek. Labu dipilih kerana ia sentiasa berusaha untuk hidup. Walau sering terhalang oleh batu-batan, batu kerikil dan batang pokok, namun, ia terus menjalar menyebar manfaat dan hidup membesar. Pelepah pena pula merupakan medium kami untuk menyebarkan manfaat melalui tinta pena.
Misi kami besar dan kami baru bermula step by step dari bawah. HAMARE terdiri daripada 2 orang penulis blog iaitu saya dan seorang sahabat, Qalam Jiwa dan seorang sahabat jua pelukis illustrator yang minat melukis serta berbakat dalam seni khat (Artzsketch) serta dua orang sahabat yang cenderung dan berbakat dalam Multimedia dan Editing sebagai Graphic Designer HAMARE (G Collection & Cak Ud)
HAMARE diasaskan untuk membantu mengasah bakat kami berlima supaya dapat menghadiahkan sesuatu pada ummah mengikut keperluan dan kemampuan kami sendiri. HAMARE bersedia menerima tempahan rekabentuk untuk banner, poster, bunting dan yang berkaitan dengannya. HAMARE juga sedang dalam proses akhir untuk menerbitkan sebuah buku sulung yang menggabungkan dua tajuk iaitu ‘Hidayah Di Balik Gerigi Besi’ dan ‘Shameless’. Insya-Allah, penerbitan buku secara ‘self-pubish’. Kami menerima tempahan design (design sahaja) dan button badge (design&printing) untuk semua majlis atau program untuk menambah dana misi kami ini. Boleh lihat testimoni di sini , banyak lagi yang akan di-update dari semasa ke semasa.
HAMARE juga bersedia menerima tempahan Penanda Buku Kaligrafi Ringkas (Hand-made) untuk anda.

Contoh ‘Simple Bookmark Calligraphy (Hnad-Made)’ oleh team HAMARE
Buku ini memberi pendedahan dan perkongsian berkaitan dengan realiti kehidupan khususnya buat remaja. Buku ini berbentuk santai tetapi penuh dengan isi yang hendak disampaikan melalui kumpulan cerpen. Istimewa diselit bersama beberapa karya illustrator team HAMARE sendiri. Doakan semoga projek HAMARE ini berjaya, mendapat sokongan dan semakin lebar serta luas empayarnya sebagai salah satu usaha dakwah kami untuk ummah. Insya-Allah.

Bakal terbit, November 2016, insya-Allah.
Misi besar kami ingin menyampaikan sesuatu yang bermanfaat khususnya kepada golongan sosial seperti LGBT, obses hiburan, putus asa di jalan kebaikan dan banyak lagi. Ada antara kami yang memiliki sedikit pengalaman bersama dekati dan berpogram dengan golongan Mak Nyah sebegini. Kami juga ingin muda-mudi kini untuk dapatkan karya kami kerana cerpen santai berbentuk realiti ini adalah hasil keadaan sekeliling. Ada solusi yang ingin dikongsi bersama. Akhir sekali, misi kami adalah untuk memanfaatkan minat dan bakat kami ke arah dunia dakwah, sebagai bekalan bila kami sudah tiada di dunia yang fanaa’ ini. Diri akan mati, namun, biarlah tulisan dan lukisan dakwah ke arah kebaikan terus ada dan hidup subur tersebar.
Doakan kami!
Jika ingin tahu siapa kami, siapa HAMARE ini dengan lebih lanjut, nantikan buku sulung terbitan HAMARE! Ada pengenalan ringkas berkenaan profil diri team HAMARE. Jika anda sudah baca posting ini, sudi-sudilah untuk komen ‘Saya dah baca..’ dan kenalkan sekali diri anda, dari mana, untuk saya kenal dan tahu tentang pembaca blog saya. Terima kasih buat semua!
#SupportHamare
#ProjekHamare
#ProjekDakwah
LIKE& SHARE FB PAGE : Hamare
FOLLOW INSTAGRAM : Hamare.Official
FOLLOW TWITTER : @Off_Hamare
WHATSAPP :📱 +6 011-35692793
Wassalam.. 🙂
Interesting!
Saya dh baca..
From Shah Alam
Good luck for Hamare team!
Nanti war-warkan kalo buku tu dh diterbitkan.
Nak beli!
#SayaSupportHamare
asalamualaikum
akak..saya dah baca..
saya asal pulau pinang.. saya suka kerjaya akak dan kawan2 akak.. insyLlH saya akan beli buku akak kerjasama kawan2 akak..orang penang suka bagi semangat macam nie “ampa hebat nohhh moga berjaya yaaaa”
sy pun dh bacaa..
semoga team Hamare terus maju..
utk ummah, utk Islam..
sy dr kuala selangor..
suka baca blog ni..
🙂 🙂 🙂
Effort yang bagus. Semakin banyak yang dikongsikan, semakin banyak kebaikan yang diperoleh 🙂
Insya-Allah, doakan kami.. 🙂