PEDULI ISLAM

All posts in the PEDULI ISLAM category

JOM TEMBAK DOA BERTUBI-TUBI!!

Published November 17, 2012 by wana93

Moga air mata yang mengalir, membuahkan rasa cinta untuk mereka!
Moga, doa terus laju mengalir di bibir, di hati dan dalam sujud kita..

Gaza.
Palestin.
Syria.

Kita sedap makan nasi lemak.
Mungkin di sana, ada yang sedang mati ditembak. 😦

Kita sedap makan roti bom.
Mungkin di sana, ramai yang sedang mati dibom. 😦

Kita gembira. Hingga terlupa.
Mungkin di sana, ramai yang sedang menangis hiba. 😦


Ingatkah kita pada negara-negara Islam itu? 😦
Ingatkah kita pada saudara-mara kita di sana tu? 😦


Doa dalam sujud terakhirmu.
Doa dalam hatimu.
Boikot apa yang perlu.
Tinggalkan maksiat yang dah semakin menyelaputi kalbu.
Jangan lokek untuk membaca qunut nazilah untuk mereka-mereka itu.

Saban hari, kita asyik dengan suka-suki duniawi.

Perkara-perkara lalai sentiasa mengelilingi kita.

Tapi di sana, mereka sedang mengharap bantuan kita.

Walau hanya seungkap doa yang tulus pada Ilahi.

Ketahuilah, sesungguhnya, mati syahid itu termasuk dalam golongan penghuni Syurga. :”)

Bahagia itu terletak pada iman kita.

Iman pula letaknya di hati.

Bagaimana kita boleh hidup bahagia?

Sedangkan hati kita kotor dek dosa yang menodai.

Ayuh! Bangkitlah wahai pemuda dan pemudi!

Sama-sama kita segera kembali pada Allah.

Sama-sama kita tembak doa bertubi-tubi pada umat Islam di dunia ini.

Sama-sama kita bergerak menghancurkan sistem Jahiliah!

*Jaga solat,tinggalkan maksiat,belajar taat,rajin bertaubat,belajar jangan liat dan doa untuk umat.*

-Muhasabah Hamba Yang Serba Berdosa-

 

TERUSKAN DOA DAN MUJAHADAHMU!!

Published March 5, 2012 by wana93

Syria. Negara itu masih menjadi perhatian. Negara itu masih bermandikan darah. Namun, benarkah kita semua terutamanya Islam mengetahui tentangnya? Benarkah kita peduli tentangnya? Atau sekadar tahu, tetapi tidak membantu. Atau sengaja membutakan mata untuk tidak melihat? Atau sengaja memekakkan telinga tidak mahu mendengar jeritan jiwa mereka? Atau sekadar lihat dan dengar, tapi, doa tidak pernah sekali dihulurkan?

 

Jangan lokek untuk membaca qunut nazilah untuk mereka…

 

Di Palestin..
Ramai pelajar tak datang kelas kerana mati syahid..
Di Malaysia..
Ramai pelajar yang ponteng kelas kerana malas..

Di Syria..
Para manusia berjuang sehingga dibelasah, dibunuh, ditembak dan dipancung..
Di Malaysia..
Para manusia bersenang dengan hiburan cinta duniawi semata-mata..

Jangan sekadar melihat video sengsara mereka..
Tapi, mari kita sama-sama mendoakan kesejahteraan mereka..
Jangan sekadar meraung melihat derita mereka..
Tapi, mari kite bergerak bersama membina sahsiah unggul Islamiah dalam diri, hati dan jiwa..
Jangan sekadar menitiskan air mata duka kerana seksaan mereka..
Tapi, mari kita berpakat untuk mujahadah bersama melawan nafsu Syaitaniah dan Jahiliyyah dalam diri kita..

Semoga usaha kita nanti menatijahkan perjuangan yang sebenar yang bermula dalam diri sendiri..
Semoga usaha kita nanti mendapat perhatian-Nya..
Semoga usaha kita nanti bakal menghadiahkan kemenangan yang sebenar untuk Islam di seluruh dunia..
Semoga usaha kita nanti mendapat perlindungan dari Ilahi..

♥ Umat Islam Itu Bersaudara ♥

Sama-sama kita terus berdoa untuk mereka. Sama-sama kita teruskan usaha untuk mujahadah memperbaiki diri ke arah kebaikan.

“AINA ANTUM YA MUSLIMIN??”

Published February 16, 2012 by wana93

Dengar, lihat dan rasailah melalui rasa di sanubari..

 

Mendengar “Aina Antum Ya Muslimin??!”.. “Di Mana Kamu Semua Wahai Orang Islam??!”.. Serius.. Sangat luluh.. 😦

Banyak lagi video-video yang memang amat meluluhkan jiwa.. Memeritkan rasa.. Tak sanggup hnedak melihat.. Hanya air mata yang mampu meraung..

Umat Islam Itu Bersaudara kan.. Mari kita sama-sama dan terus berdoa..

Doa Itu Senjata Umat Islam..

“Mereka rindu akan syahid.. Mereka punya peluang untuk syahid.. Mereka akan bahagia di Syurga sana.. MereTapi kita?? Kita punya peluang dan agenda yang besar untuk mati sia-sia, untuk mati dalam keadaan su’ khatimah (seburuk-buruk pengakhiran).. Mahukah kita?? Na’uzubillah..”

 

DI SANA BERJUANG, DI SINI BERSENANG..

Published February 13, 2012 by wana93

Di sana,

Buminya bermandikan darah pejuang agama,

Rakyatnya bergentayangan di melata tempat,

Suasananya seakan suram tak bercahaya,

Meski matahari pagi tidak pernah sirna menerangi sekujur mayat..

 

Di sana,

Bom-bom dan peluru menjadi santapan harian mereka,

Dibunuh dan dizalimi sudah mereka lali,

Jatuh dari berlari sudah selari dalam kudrat mereka,

Luka parah sudah berulangkali tergores di atas jasad yang semakin merindui mati..

Di sana,

Tumbukan dan tendangan itulah layanan yang sentiasa ada,

Dipijak dan ditindas sudah pasti selalu mengenai mereka,

Namun, mereka tetap berusaha dan berusaha..

Terus memperjuangkan kebenaran untuk negara Islam tercinta..

 

Di sana,

Mereka amat merindui syahid fisabilillah,

Sebab itu mereka tidak pernah kenal apa itu kalah,

Matlamat mereka adalah Jannah,

Tujuan utama mereka adalah kerana Allah..

Di sana,

Mereka terus berjuang dan berjuang sehingga menemui Ilahi,

Mereka percaya bahawa pertolongan Allah itu ada,

Mereka percaya, doa umat Islam sejagat pasti mengiringi perjuangan ini,

Mereka percaya, kuasa Allah akan terserlah jua..

 

Mereka percaya..

Islam akan menang..

Kita juga percaya..

Islam pasti menang..

“Ya Allah, selamatkanlah umat-umat Islam di Syria, Mesir, Palestin dan negara-negara lain. Selamatkanlah akidah kami semua. Selamatkanlah iman umat di Malaysia ini. Selamatkan kami semua dari azab-Mu.”

 

Di sini,

Kita kelaparan rohani,

Kita makin ketandusan iman di hati,

Nafsu makin menguasai diri,

Emosi pula makin galak merosakkan diri..

 

Di sini,

Kita masih leka dengan fantasi duniawi,

Kita masih suka dengan ajakan Jahili,

Kita masih sakan berseronok sana sini,

Sedang kita lupa bahawa Dia selalu memerhati..

 

Di sini,

Kita miskin pejuang syahid fisabilillah,

Alasannya, negara masih stabil dan tidak perlu berperang,

Jadi, kita hanya perlu menunggu mati sajalah,

Tidak perlu bersusah payah menanam semangat juang dalam suasana tenang..

 

Di sini,

Kami semakin sedar dan menginsafi,

Erti perjuangan, kebenaran dan keadilan,

Kami semakin tahu dan mendalami,

Erti syahid dan mati yang sia-sia tanpa iman..

 

Kita terus berdoa kepada Ilahi,

Kita memperbaiki sahsiah diri,

Kita berusaha bangkit mengubah persepsi diri,

Kita usahakan lebih untuk ke arah mentarbiah diri..

"Kamu membunuh kaum yang rindukan Syahid."

 

PALESTIN DI HATIKU

Published September 4, 2011 by wana93

Bulan lepas, ada seorang wakil sukarelawan AQSA SYARIF datang ke sekolah dan memberi ceramah tentang keperitan dan penderitaan hidup saudara kita di Palestin. Sungguh pilu dan hiba. Semua yang ada mendengar dan melihat video penderitaan rakyat Palestin yang ditayangkan. Ada manik jernih yang mengalir tatkala melihat bayi dibunuh, budak remaja ditembak, ibu-ibu dizalimi, bapa-bapa ditangkap dan dipenjarakan serta ada yang dibunuh, anak-anak ketakutan untuk menapak ke sekolah kerana dihujani peluru sana sini. Bersyukurlah. Di negara kita, Malaysia, tidak ada sesiapa yang ingin menembak dan mengebom sana sini sewaktu kita hendak ke sekolah atau ke tempat kerja.

Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara…” (Surah al-Hujurat : 10)

Kata wakil tersebut, setiap hari, pasti akan ada berlaku kematian. Semasa beliau datang, beliau memberitahu kami semua bahawa 2 pejuang Al-Quds telah syahid pada hari itu. Itu yang berlaku pada hari itu. Bagaimana pula dengan hari-hari sebelumnya? Hari ini? Berapa ramai tentera Hamas yang telah dibunuh oleh Israel? Pernah kita ambil tahu? Semoga Allah memasukkan mereka yang berjuang di jalan-Nya ke dalam Syurga-Nya.

Daripada Abu Musa al-Asy’ari, Nabi s.a.w. bersabda : “Siapa yang berjuang untuk menjadikan kalimah Allah sebagai kalimah yang tertinggi, maka ia berada di jalan Allah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Said bin Zaid r.a., Nabi s.a.w. bersabda : “Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya, ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya, ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya, ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, ia adalah syahid.” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa’i)

Agenda Zionis telah banyak mempengaruhi minda dan tindakan kita pada hari ini. Banyak berita tentang Palestin yang kita tidak ketahui. Kita seakan tidak ambil peduli dan tidak ambil berat. Kita dihidangkan dengan hiburan Barat yang melalaikan hati dan melupakan Ilahi. Kita dikenyangkan dengan makanan dan minuman popular buatan Israel sehingga menjadi punca pendapatan terbesar Israel untuk membeli bahan-bahan api, bom dan senjata untuk membunuh saudara kita di Palestin.

Kita pasti akan ditanya di suatu hari yang dahsyat, apa yang kita buat untuk membantu saudara kita di bumi Palestin? Apa bantuan kita? Antara yang kita mampu lakukan untuk membantu saudara kita di bumi Palestin :

  • belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi pemimpin dan menegakkan kalimah Allah
  • menyumbangkan wang, makanan atau pakaian kepada wakil-wakil sukarelawan membantu rakyat di Palestin
  • memboikot barangan Israel (kecuali tiada pilihan lain)
  • menggunakan medium Facebook, Twitter dan lain-lain lagi bagi menyebarkan berita tentang kezaliman Zionis dan penderitaan rakyat Palestin
  • mendoakan kesejahteraan dan kemenangan mereka. Palestin pasti akan menang! Dalam hadis ada menyatakan, bahawa tidak akan berlaku hari Kiamat sebelum umat Islam mendapatkan kemenangan.

Isu Palestin sememangnya isu umat Islam sejagat. Orang bukan Islam juga ada segelintirnya yang prihatin akan isu ini. Bantu dan buatlah apa yang kita mampu. Jangan terlalu suka dan bahagia dengan nikmat yang ada. Bersyukurlah selalu dan janganlah lupa pada saudara kita di Palestin. Ya, jika diberi peluang dan kesempatan, teringin juga rasanya untuk menjadi sukarelawan di sana. Ingin melihat dan merasai serta membantu keperitan rakyat Palestin. Namun, mampukah kita?

Melihat video tentang keperitan dan penderitaan hidup rakyat Palestin yang sentiasa bermain dengan nyawa, banyak merawat hati ini yang masih dilanda sedih dan duka apabila hilang insan kesayangan, abah. Di Palestin, lebih ramai anak-anak kecil yang kehilangan bapanya. Ada yang dibunuh di depan mata, dipenjara dan macam-macam lagi.

Semoga kita sudah menanam niat dan tekad untuk berjihad di jalan Allah dan inginkan syahid fisabilillah.

Daripada Sahl bin Hunaif r.a., Nabi s.a.w. bersabda : “Siapa yang bermohon kepada Allah agar ia syahid dengan niat yang benar, nescaya Allah akan menyampaikannya kepada kedudukan para syuhada sekalipun ia mati di tempat tidurnya.” (Riwayat Muslim)

“Ya Allah, berikan kesabaran yang tinggi, ketabahan yang teguh dan tingkatkan iman rakyat Islam di bumi Palestin. Bantulah mereka menghadapi musuh-Mu. Semoga mereka beroleh Syurga-Mu. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.”

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Bergembiralah secara bersederhana, jangan sampai kita lupa pada Yang Maha Esa.

MESEJ DARI SURAH AT-TAUBAH

Published March 17, 2010 by wana93

Petikan ayat-ayat suci Al-Quran ( Surah At-Taubah 12-18) ini dihimpun untuk punya hubung kait dengan isu kezaliman yang berlaku di bumi palestin. Moga kita bersama-sama dapat renungkan isi penting dari surah ini..

12: Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia dan mereka pula mencela agama kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janjinya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat).

13: Mengapa kamu tidak memerangi suatu kaum yang telah mencabuli sumpah janjinya, dan mereka pula telah berazam hendak mengusir Rasulullah dan merekalah juga yang mula-mula memerangi kamu? Tidak patut kamu takut kepada mereka (sehingga kamu tidak mahu memeranginya) kerana Allah jualah yang berhak kamu takuti (melanggar perintahNya), jika betul kamu orang-orang yang beriman?

14: Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.

15: Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendakiNya dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

16: Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahuiNya) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan.

17: Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam Neraka.

18 : Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.




Moga kita punya kekuatan untuk selamatkan bumi palestin dari kezaliman israel. Umat islam harus saling melindungi & membantu yang lemah dizalimi dan dianiaya.

Allahuakbar!!