adab menuntut ilmu

All posts tagged adab menuntut ilmu

ADAB MENUNTUT ILMU

Published January 10, 2013 by wana93

dakwah

Ada beberapa adab yang harus diperhatikan oleh para penuntut ilmu yang di antaranya ialah :-

1) Mensucikan hati daripada fikiran kotor dan mengikhlaskan niat kerana Allah, agar jiwanya bersedia menerima ilmu, menghafal dan mengembangkannya.

Daripada Abu Abdillah al-Nukman bin Basyir r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda : “…Ingatlah, bahawa dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah, bahawa segumpal daging itu adalah hati.” (Riwayat al- Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

2) Memutuskan hubungan dengan segala yang melalaikan diri daripada kesungguhan dalam menuntut ilmu. Selain itu, hendaknya seorang penuntut ilmu selalu merasa cukup dengan makanan yang sedia ada, bersabar akan kekerasan hidup, merendahkan diri di hadapan ilmu dan guru, kerana hanya dengan sifat tawadhu’ ilmu boleh diperoleh.

Imam al-Syafi’e pernah berkata : “Orang yang mencari ilmu dengan kebongkakan dan kesombongan hati, tidak akan mendapatkannya. Tetapi bila ia menuntutnya dengan kerendahan hati, kesengsaraan hidup dan bersifat tawadhu’ di hadapan ulamak, maka pastilah ia akan mendapatkannya.”

3) Berjuang tidak kenal lelah dalam belajar dan memiliki semangat yang tinggi. Selagi masih mampu mengejar ilmu yang banyak, janganlah merasa cukup dengan ilmu yang sedia ada. Janganlah menunda-nunda masa, apatah lagi dalam mencari kebaikan. Namun, jangan pula memaksa diri melakukan sesuatu yang sulit, kerana hal itu terkadang akan membuatkan jemu. Namun, sulit atau tidaknya sesuatu perbuatan, itu bergantung kepada kemampuan masing-masing.

 

Aku, Buku dan Cinta

Dr. ‘Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

6 ADAB MENUNTUT ILMU

Published August 11, 2009 by wana93

Seorang dari tabi’ut tabiin, Abdullah ibnu Mubarak rahimahullahu ta’ala telah menyatakan bahawa terdapat 6 adab dalam menuntut ilmu, iaitu:

  1. Niat yang baik.  Ikhlaskan niat kerana ALLAH Ta’ala.
  2. Pendengaran yang baik.
  3. Fahamkan ilmu yang didengar.  Jangan biarkan diri dalam kemusykilan.  Bertanya jika tidak faham.
  4. Ingat.
  5. Beramal dengan ilmu yang diperolehi.
  6. Menyampaikan.

(Disalin dari apa yang disampaikan oleh Ustadz Yazid Abdul Qadir Jawas dalam seminar Iman Orang Asing di Universiti Malaya, 1 Ogos 2009)

~DIPETIK DARIPADA : http://muzir.wordpress.com/~

Doa belajar :