hijrah

All posts tagged hijrah

DOA AKHIR TAHUN ; DOA AWAL TAHUN

Published November 14, 2012 by wana93

Jom baca dan hayati maknanya! 🙂

~ Doa AKHIR TAHUN boleh dibaca ~> SEBELUM MAGHRIB pada hari terakhir bulan Zulhijjah.
~ Doa AWAL TAHUN boleh dibaca ~> SELEPAS MAGHRIB pada hari terakhir bulan Zulhijjah.

Semoga kita berhijrah ke arah yang lebih soleh, lebih solehah! Moga hati dan diri makin dekat pada Ilahi! ^__^

La tahzan! *Jangan bersedih! La tai-a-su! *Jangan berputus asa! 🙂

Jom hijrah menuju Allah! ^^,

Salam hijrah 1434.. 🙂

TAHUN BARU AZAM BARU

Published December 31, 2009 by wana93

Sempena tahun baru ni,marilah kita sama2 memperbaharui azam kita. Berazam dengan lebih semangat dan keazaman lagi ke arah kebaikan dunia dan akhirat..

Azam 2010 :

“Aku ingin jadi seorang hamba Allah yang taat akan perintahNya..seorang anak solehah yang tidak melawan cakap ibubapanya..seorang pelajar yang ingin berjaya di dunia dan di akhirat serta patuh pada gurunya..seorang sahabat yang boleh membantu sahabat lain ke arah jalan kebenaranNya..aku akan pastikan diriku ini tidak terlibat dalam masalah2 maksiat yang boleh mengganggu kefokusan pelajaranku seperti “couple”,pergaulan bebas dan sebagainya lagi..

Aku akan cuba untuk tidak lagi menagguh2kan kerja2 sekolah yang diberi oleh guru..aku tekad untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh lagi untuk menjamin masa depanku..aku akan cuba untuk cemerlang dalam akademik,agama dan kokurikulumku..aku akan usahakan yang terbaik untuk aku membahagikan masa dalam belajar dan beribadah..aku akan sematkan dalam hati nama Allah agar aku tidak akan pernah sesekali melupakanNya..aku akan study hard & study smart untuk menjamin keputusanku dalam setiap ujian dan peperiksaan yang bakal aku hadapi..I’ll try my best..

Aku ingin cemerlang dalam SPM ku yang bakal tiba..aku ingin cemerlang dalam segala kerja2 ibadahku..aku juga ingin cemerlang dalam memperoleh akhlak yang mulia dan terpuji..aku ingin cemerlang dalam segala kebaikan yang aku lakukan keranaNya..aku ingin cemerlang, gemilang dan terbilang di mataNya..”

Berazam untuk lebih soleh dan solehah..Berazam untuk lebih baik dari yang lebih baik untuk kebaikan dunia dan akhirat.. 🙂