keinsafan bersama

All posts tagged keinsafan bersama

ISLAM DIPERMAIN!!!

Published December 10, 2009 by wana93

Astaghfirullah hal’azeem..
sarawak..
Lihatlah bagaimana agama kita d permainkn oleh kafir yg di laknat..sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mengetahui Lagi Maha Bjaksana…..

YA  ALLAH KAU MUSNAH KAN LAH MANUSIA YANG MEMGHINA AGAMA MU..YA ALLAH KAU TINDAS KAN MANUSIA YANG MEMCACI DAN MENGUTUK AGAMA ISLAM…….

wahai remaja Islam marilah bersama kita teguhkan iman bagi menegakkan agama Allah..
Siapa lagi kalau bukan kita.
Sanggupkah kita melihat agama kita sendiri di dicaci, dihina??!!!
Kita lah penerusnya.. Bentengkanlah diri kita dengan iman dan taqwa, insyaAllah, Dia pasti membantu!..

Wallahua’lam..

Sebarkanlah..

PENUNTUT SIJIL PADANG MAHSYAR

Published December 9, 2009 by wana93

Manusia dicipta oleh Yang Maha Kuasa sebagai penuntut

Di muka bumiNya untuk menuntut

Pengajian ilmu-ilmu menghadapi hari akhirat

Yang pasti akan menjelang tiba

Tanpa pengetahuan siapa pun

Kerana kedahsyatan hari akhir zaman itu adalah rahsiaNya!

 

Al-Quran dan As-Sunnah dibekalkanNya

Sebagai guru yang akan memberi panduan dalam kehidupan

Penuntut-penuntut yang menuntut ilmu

Untuk memperoleh kejayaan yang abadi

Dengan genggaman sijil di tangan

Syurga neraka bakal menentukan masa depan setiap penuntut!

 

Sebelum memperoleh sijil kemenangan

Banyak destinasi yang perlu dilawati oleh setiap penuntut

Penuntut perlu menziarahi universiti alam barzakh

Selepas kematian datang menjemput setiap penuntut

Lambat atau cepat tak siapa yang tahu

Kalimah ‘syahadah’ penentu kejayaan menghadapi sakaratul maut!

 

Penuntut perlu meneruskan perjalanan seterusnya

Selepas dibangkitkan semula daripada kematian

Dan dihimpunkan semua penuntut di padang Mahsyar

Tanpa sebarang pakaian dan alat solek

Dengan keadaan matahari terik sejengkal di atas kepala

Tersenyum dan gelisah hanya amalan setiap penuntut yang tahu!

 

Penuntut yang beramal soleh dan beriman

Akan sentiasa senyum tanpa sebarang resah

Sebaliknya penuntut yang kufur dan tidak beriman

Akan merasa resah dan gelisah serta takut

Kerana menunggu hari penantian yang bertahun-tahun lamanya

Untuk mengambil sijil padang Mahsyar!

 

Al-Mizan menjadi penentu arah kehidupan

Penimbang segala ilmu yang telah penuntut amalkan

Berat amalan baik akan menerima ganjaran syurga

Berat amalan jahat akan menerima balasan neraka

Saat inilah buku-buku amalan para penuntut diberi kepada pemiliknya

Buku yang selama ini menjadi catatan para Malaikat!

 

Titian As-Sirat menjadi destinasi terakhir para penuntut

Bakal menentukan masa depan setiap penuntut di bumi akhirat ini

Syurga berada di hujung titian

Api marak Neraka pula berada di bawah titian

Semoga para penuntut dapat meniti As-Sirat dengan jayanya

Agar kemenangan mendapat Syurga menjadi kejayaan idaman buat para penuntut!

BERKUNJUNG KE PINTU TAUBAT

Published December 1, 2009 by wana93

Pagi itu suasana hening saja. Kedengaran bunyi seruan azan mengejutkan aku yang sedang lena diulik mimpi indah. Ayam turut berkokok seperti tanda mengejutkan manusia supaya bangun daripada tidur dan segera menunaikan perintah wajib Allah. Aku bergegas ke tandas untuk mempersiapkan diriku ke kelas seperti hari biasa. Eh, hari ini hari Sabtu. Aku hampir lupa. Aku dan keluargaku akan ke kampung hari ini.

Selepas solat subuh, aku berdoa dan memohon kepada Yang Maha Mendengar.

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku,dosa guru-guruku, dosa rakan-rakan seperjuanganku dan dosa seluruh umat Islam yang berada di muka bumiMu ini sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Semoga roh-roh mereka yang telah menghadapMu dicucuri rahmatMu.

Itu adalah doa asas ku setiap hari selepas aku usai mengerjakan perintah wajib Allah. Tetapi hari ini, aku menambah isi doaku.

Ya Rabbi, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan hati dalam menempuh segala cubaan dan dugaan yang Engkau beri padaku. Berikanlah aku petunjuk dan Nur Mu agar aku tidak tersesat dari jalan kebenaranMu. Kurniakanlah aku seorang teman hidup bergelar suami  yang akan membimbing dan menyinari hidupku dunia dan akhirat. Jangan biarkan aku lalai dan alpa seperti dahulu, ya Allah. Bimbinglah aku ke jalan redhaMu. Jauhkanlah aku daripada dosa dan maksiat. Temukanlah aku dengan cinta yang mencintaiMu. Andai tiada cinta insani buat diriku, cukuplah Engkau sebagai penyeri dan penyuluh hidupku. Semoga kelak, akan hadir cinta seorang insan yang mencintaiMu sebagaimana  cintaku padaMu. Temukanlah aku dengan cintaMu. Amin ya rabbal a’lamin..

“Kakak, cepatla sikit. Orang dah nak pergi dah ni!!” Adik bongsuku, Firdaus, menjerit memanggilku. Tersentak aku! Aku cepat-cepat siap memakai tudung labuh 60 inci berwarna hitam dan memakai bedak ala-ala kadar saja kerana terburu-buru.

“Awalnya, baru pukul 8.00 pagi. Hmmm..”. Aku mengeluh sendirian. Aku dan kakakku sama-sama bergegas masuk ke perut kereta. Kami sekeluarga ingin pulang ke kampung kerana ada kenduri kahwin. Kami naik kereta Naza. Aku duduk di bahagian belakang bersama adik-adikku. Aku memang suka duduk di tepi tingkap dan termenung sendirian. Haha..itulah aku!!

Tit..tit.. bunyi mesej menyedarkan aku daripada lena. Adik-adikku sudah nyenyak tidur. Ayah masih tekun memandu.

“Kacau sajalah mesej ni. Ish..siapa pula bagi aku mesej pagi-pagi buta ni?”. Aku mengeluh sendirian dalam hati. Tertera nombor telefon yang tidak aku simpan dalam ‘sim card’ tapi masih berada dalam ‘sim heart’ aku. Aku segera membaca isi mesejnya.

“Salam. Selamat pagi. Lama sudah kita tidak berborak kan? Saya rindukan awak. Saya tahu, antara  kita tidak ada apa-apa lagi. Tapi, saya tetap tidak boleh lupakan awak. Please Nur..saya nak awak semula.”

Aku membacanya dengan tenang. Aku memang tidak merasa apa-apa perasaan setelah aku insaf daripada kejahilan dosa dan maksiat. Ya, ini nombor Aliff Imran, bekas ‘couple’ aku. Patutlah aku seperti kenal saja. Aku termenung seketika. Mengimbau kembali kenangan lalu yang tidak ingin aku ulangi lagi.

********

Tarikh keramat 27.3.2008, aku dan Aliff Imran rasmi menjadi pasangan yang digelar ‘couple’. Aku, Nur Syazliana dan Aliff Imran menjadi ‘couple’. Memang ramai dalam kalangan pelajar yang sudah ‘couple’, termasuklah aku dan dia.

Melalui berbalas-balas mesej, aku dan dia sering saling merindui. Kami satu sekolah, satu tingkatan, tapi berbeza kelas. Kami sering terserempak tapi jarang berjumpa dan bercakap. Sejak mula lagi, aku dan dia sudah berjanji akancubamengawal perasaan masing-masing untuk tidak terjebak dalam dosa dan maksiat. Kami tetap menjaga batas-batas pergaulan. Aku dan Im tidak seperti pasangan lain. Mereka pergi menonton wayang bersama, berpegangan tangan, bergayut di telefon setiap malam, bermesra-mesra tapi aku dan Im tidak. Kami hanya berbalas mesej sahaja. Bergayut di telefon jauh sekali. Hanya kadang-kadang dan amat jarang sekali. Walaupun jauh di sudut hatiku, ingin sekali aku bergayut di telefon seperti teman-teman sekelasku yang lain namun, aku tahu, itu hanya akan membuat hatiku sentiasa rindu dan lalai.

5 bulan aku dan Im bersama. Penilaian Menengah Rendah semakin hampir. Aku dan Im sentiasa memberi semangat dan sokongan moral untuk sama-sama maju dalam pelajaran melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Aku menyimpan semua mesej-mesejnya. Sayang aku nak padam.

Suatu hari, aku dan kawanku berjalan-jalan di sekolah tatkala guru tiada. Kami berjalan pergi mencari guru. Tetapi, lain yang ku temui.

Di sebuah kelas tingkatan 5, ku temui beberapa helaian kertas yang ditulis tajuknya “Renungan Bersama Tentang ‘COUPLE’ ”. Menarik tajuknya.Ada kena-mengena denganku. Aku hendak membacanya, tapi, kawanku tidak sabar hendak masuk ke kelas. Lalu, aku ambil kertas itu walaupun aku tidak tahu milik siapakah 4 helaian kertas itu. Aku tidak mencuri, aku hanya ingin mengambilnya untuk dibaca. Aku dan kawanku bergegas ke kelas.

Semasa rehat, kelasku kosong. Semua kawan-kawanku pergi ke kantin kecuali aku. Aku tetap berada di dalam kelas kerana sedang menyiapkan sedikit nota. Usai menyiapkan nota, terketuk pintu hatiku untuk membaca 4 helaian kertas tadi. Aku membacanya dengan penuh khusyuk dan pengahayatan. Hampir sahaja air mataku ini ingin jatuh membasahi bumi. Lekas-lekas aku seka air mataku. Hatiku berbisik dengan diriku secara perlahan.

Ya Allah, apakah selama 5 bulan ini aku lalai dan berdosa kepada-Mu? Apakah hubungan aku dan Im tidak mendapat restu-Mu? Apakah kami berdosa? Apakah insan yang bergelar ‘couple’ itu mendapat dosa? Apakah rindu, mesej dan bercakap di telefon dengan Im selama ini satu perbuatan yang berdosa?

Hatiku dihentak dengan bertubi-tubi soalan. Rasa bersalah dan berdosa pada Allah menyelubungi hatiku. Benarkah jalanku ini? Berdosakah aku? Hatiku tidak henti-henti bertanya.

Sampai di rumah, aku tidak selera hendak makan kerana asyik memikirkan tentang isi 4 helaian kertas tadi. “Renungan Bersama Tentang ‘COUPLE’ ” memberitahuku tentang ayat-ayat Allah yang melarang pergaulan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi daripada berhubungan tanpa sebarang urusan penting. Memandang, berjumpa, mesej yang tidak penting juga adalah tidak boleh. Aku masih tersentak dengan isi yang berbunyi –

Ingatlah, selagi kita masih belum bernikah, hubungan sebelum itu tidak pernah diiktiraf oleh Allah. Hanya hubungan selepas nikah saja yang mendapat pengiktirafan daripada Allah. Kata-kata sayang, cinta, rindu, suara merdu dan manja, bersentuhan dan berpelukan itu hanyalah untuk yang halal bagi kita saja. Sia-sia saja kita bazirkan semua itu untuk kekasih hati kita. Apa yang kita dapat?? Hanyalah dosa semata-mata. Janganlah dikongsikan semua itu dengan ajnabi sebelum kita bergelar suami kepada isteri atau sebelum kita bergelar isteri kepada suami kita. Ingatlah, semakin manis hubungan sebelum nikah, semakin tawar dan hambar hubungan selepas nikah.

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. ( Al-Nur : 30 )

Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ( al-Nur : 31)

“Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman.” ( Riwayat HR Muslim dan Abu Daud)

Betul apa yang dikatakan! Aku berdosa ya Allah! Aku selalu merindui dia, aku pernah memberi kata-kata rindu dan sayang padanya! Aku sering memandangnya! Aku pernah bertemu dengannya! Aku pernah bercakap dengannya walaupun hanya dalam telefon! Aku berdosa ya Allah! Ampunkanlah hamba-Mu ini ya Allah! Ampunkanlah aku!

Apa yang aku dapat daripada semua ini? Hanyalah dosa semata-mata! Bagaimana nanti bila aku berhadapan denganMu? Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini? Ampunkan aku ya Allah! Aku mohon keampunan-Mu ya Allah!

Apa yang harus aku lakukan sekarang ya Allah? Putus? Kuatkah nanti aku ya Allah? Kuatkanlah hatiku ya Allah. Aku mengharap redha dan keampunan-Mu ya Allah!

Tit..tit..bunyi mesej membuatkan aku tersentak dari memikirkan tentang keputusanku untuk memutuskan hubunganku dengan Im.

“Salam rindu untukmu. Tengah buat apa tu? Dah makan? Malam ini saya nak ‘call’ awak boleh? Rindulah..huhu”

Mesej rindu dari Im. Aku keliru! Rasa berdosa dan bersalah mula menyelubungiku! Rindu? ‘call’? rindu? Ya Allah, aku dan Im berdosa! Ampunkan kami ya Allah! Aku membalas mesejnya.

“Salam. Saya tengah sibuk sikit buat ‘homework’ ni. Saya dah makan. Kenyang dah, alhamdulillah. ‘call’? Tak perlulah. Lagipun membazir kredit awak saja. Malam ni kan saya ada tuisyen. Harap awak faham. Kredit saya tinggal sikit ni. Lain kali kita mesej lagi ye. Tunggu saya ‘topup’. Jaga diri baik-baik. Salam.”

Aku memang tidak ada ‘mood’ hendak mesej dengan Im sekarang. Usai solat Zohor, aku kembali memikirkan keputusanku untuk memutuskan hubunganku dengan Im. Macam mana ni? PMR lagi 3 bulan saja. Boleh ke aku fokus kat PMR kalau aku dah putus nanti? Apa kaitannya? Macam-macam soalan bertandang dalam tempurung kepalaku ini. Tidak tahu soalan yang mana satu hendak ku jawab dahulu. Semuanya ku biarkan bersarang di otakku. Aku memang tidak ada jawapan lagi!

Malamnya, aku tidak ke tempat tuisyen. Aku memberi alasan pada ibuku bahawa aku hendak menyiapkan ‘homework’ yang bertimbun ini kerana akan dihantar esok. Usai menyiapkan kesemua ‘homework’, aku kembali merenung tentang Im. Aku kena putus ke? Putus? Putus? Sanggupkah aku? Putus? Hanya persoalan putus yang bermain di benak fikiranku ini. Aku ingin mendapatkan jawapannya daripada Allahku.

Jam menunjukkan pukul 11.00 malam. Aku segera berwuduk untuk menunaikan solat Isyak. Kemudian, aku menunaikan solat sunat Istikharah pula untuk mendapatkan jawapan daripada persoalanku yang tidak dapat ku jawab tadi. Usai solat, aku merintih dan berdoa kepada Allah agar memberiku petunjuk untukku terus berda di atas jalan lurus-Nya.

Hatiku cenderung untuk memutuskan hubunganku dengan Im. Hubungan ini hanya membuatkan hatiku dan hatinya hitam dan kotor oleh dosa dan maksiat. Ampunkanlah kami ya Allah! Sia-sia saja! Mujurlah belum sampai setahun hubungan kami. Baru nak 8 bulan. Masih sempat untuk aku memperbaiki keadaan. Aku ingin berkata kepadanya bahawa ‘couple’ itu dosa. Bukan itu saja, berhubungan dengan bukan mahram tanpa sesuatu urusan penting seperti ber‘sms’, bercakap di telefon, berjumpa  juga adalah berdosa dan jalan menuju ke arah zina! Nauzubillah!

Tapi sayang, hasratku tidak kesampaian kerana aku tidak mahu lagi berjumpa dengannya. Aku hanya menulissuratuntuk meminta putus daripadanya.

Salam buat Aliff Imran..

Saya tahu, sudah 2 minggu kita tidak berhubung. Mungkin awak marah saya. Mungkin awak sakit hati dengan sikap saya yang tidak membalas mesej-mesej awak seminggu yang lepas. Mungkin awak ingat saya dah ada cinta lain. Ya, memang saya dah ada cinta lain. Saya sedang mencari cinta Allah. Saya tak nak lagi kita berhubungan seperti dulu. Saya nak putus dengan awak. Saya harap awak hormat dan terima keputusan saya ni. Sama-samalah kita mencari cinta Ilahi untuk mengisi kekosongan sanubari kita. Tolong jangan balas surat ini. Akhir kata dari saya, buatlah yang terbaik untuk PMR awak. Semoga berjaya dunia dan akhirat. Saya takkan pernah lupakan persahabatan yang pernah terjalin antara kita. Saya mohon, awak lupakanlah cinta ‘monyet’ kita ni dan carilah cinta hakiki iaitu cinta Ilahi.

Wassalam..

Ringkas saja isinya. Aku memang tidak mahu memanjang-manjangkan cerita. Esok aku nekad untuk memberi suratitu kepada kawanku, Ira untuk diberikan kepada Im. Ira adalah jiran terdekat Im. Dia selalu menjadi orang tengah antara kami. Dialah yang menjadi ‘postman’ aku. Terima kasih Ira!

Kini, aku ‘single’! Yeah! Aku berdoa kepada Ilahi. Doa taubat seorang pencinta.

Ya Allah, Kau tetapkanlah hatiku ini supaya tidak tersimpang dari jalan-Mu.Ya Allah, hamba-Mu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hamba-Mu ini. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepada hamba untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepada hamba perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah hamba-Mu ini dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau telah menjaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa aku tidak membalas kasihmu?? Aku curahkan kasih itu kepada orang lain. Orang yang belum pasti lagi akan menjadi milikku. Oh Tuhan, hamba-Mu berdosa..ampunilah hamba, Ya Allah.

Terima kasih ya Allah kerana memberiku kesempatan untuk berkunjung ke pintu taubat-Mu. Semoga Engkau menerima taubatku ini. Bimbinglah hatiku ini agar tidak tersesat lagi. Aku ingin bertemu dengan cinta-Mu ya Allah. Redhailah kehidupanku dunia dan akhirat. Amin ya rabbal ‘alamin..                                                             

********

“NUR..!!” tersentak aku dari lamunanku. Namaku dipanggil. Ayah menyuruh aku menemani adik bongsuku, Firdaus pergi ke tandas. Aku turun menemaninya. Aku membawa ‘handphone’ kesayanganku bersama. Aku membalas mesej yang ditunggu untuk dibalas dari tadi. Lama betul aku mengelamun.Ada lagi 1 jam setengah perjalanan untuk kami sekeluarga sampai ke kampung. Sementara menunggu adikku, aku membalas mesej Im.

“Salam, Im. Nur dah tak pernah ingat dekat Im. Buat apa Im nak ingat dekat Nur? Lebih baik Im ingat dekat Pencipta kita. Cintailah yang mencipta lebih dari yang dicipta. Ingatlah, sia-sia dan berdosa saja Im salurkan rindu dan ingatan Im pada Nur. Allah tahu segalanya! Jangan risau. Jodoh dan pertemuan semua sudah dirancang-Nya. Semoga Im bahagia mencari cinta yang hakiki iaitu cinta Ilahi. Salam terakhir dari Nur.”

Aku berbisik dengan hatiku.

Terima kasih Im di atas secebis cinta yang Im beri pada Nur. Andai tiada cinta Im, tidaklah Nur insaf daripada kejahilan cinta buta ini. Alhamdulillah. Semoga Allah mencampakkan rasa insaf dan cinta kepada-Nya dalam hati Im juga.

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah al-Israa’ : 32)

MULIANYA RAMADHAN AL-MUBARAK

Published August 21, 2009 by wana93

ramadhan

~ Bulan Ramadhan adalah satu-satunya bulan Islam yang disebut di dalam al-Quran (surah al-baqarah ayat 185)

~ Hendaklah rasa mulia dan gembira dengan kehadiran Ramadhan

~ Bulan Ramadhan juga dikenali sebagai bulan Rahmat, bulan Keampunan, bulan Sabar, bulan al-Quran dan bulan Tahan Nafsu.

~ Dalam bulan yang mulia ini,jinakkanlah hati-hati kita dengan al-Quran.

~ Banyakkan membaca al-Quran kerana ia akan datang pada Hari Kiamat untuk memberi Syafaat kepada pembacanya.

~ Banyakkan istighfar.

~ Ramadhan adalah satu peluang untuk memperbaiki hubungan sesorang hamba dengan ALLAH S.W.T.

~ Hindarkanlah dosa dari anggota kita kerana dosa itu merosakkan pahala.

~ Puasa bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata, tetapi menahan seluruh anggota daripada kemaksiatan dan kedurhakaan kepadaNya.

~ Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat.”

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: “Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit.”

~ Sepuluh malam terakhir terdapat 1 malam yang dinamakan Lailatulqadar(malam seribu bulan)

~ Awalnya Rahmat, Pertengahannya Makrifah dan Akhirnya Pelepasan Dari Neraka.

~ Rebutlah peluang Ramadhan yang datang ini selagi diberi peluan kerana ini mungkin Ramadhan terakhir untuk dinikmati.

DELETE DOSA

AMARAN!!

Perbuatan menyengajakan tidak berpuasa atau berbuka tanpa uzur syar’ie yang kita sedia maklum, adalah dosa besar yang berat ancamannya dari Allah dan Rasul-Nya.

Daripada Abi Umamah al-Bahili beliau berkata, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Semasa aku sedang tidur, datang dua lelaki kepadaku dan mendapatkan aku pada tangannya lalu membawa aku ke hujung gunung. Mereka berkata : Naiklah ke atas. Aku berkata: Aku tidak boleh. Mereka berkata. Sesungguhnya kami akan mempermudahkan bagimu. Maka aku mendaki sehingga sampai ke kemuncak gunung tersebut. Kemudian aku mendengar suara-suara yang kuat. Aku berkata : Suara apakah itu? Mereka berkata: Ini adalah suara pekikan manusia dari neraka. Kemudian aku bergegas sehingga aku melihat manusia digantung di belakang lutut mereka, dengan di tepi mulut-mulut mereka koyak dan darah keluar dari mulut-mulut mereka. Aku berkata: Siapakah mereka ini? Mereka berkata: Ini adalah mereka yang berbuka puasa sebelum waktunya. – [Hadith disahihkan oleh al-Albani di dalam Mawaarid al-Zam’aan, #1509]

Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap pahala (keredhaan) Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang terdahulu. (HR. Bukhari)

Jika datang (bulan) Ramadhan maka akan terbuka pintu syurga, tertutup pintu nerakan dan syaitan-syaitan akan dibelenggu/dirantai(Hadis Riwayat Muslim)

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu,
semoga kamu bertakwa”
(Surah al-Baqarah:183)

DIAM ITU LEBIH BAIK

Published August 12, 2009 by wana93

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-​mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah mengena! i kelebihan diam yang bermaksud:
* “Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”. ( RW ABU NAIM )
* “Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. ( RW BUKHARI & MUSLIM )
* “Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya”.( RW AT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, kerana KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, orang CERDIK yang PENDIAM LEBIH BAIK DR orang BODOH yang BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG yang BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
* KALAU orang MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, yang SEBENARNYA orang ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap! kearah perkara2 yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

15 HAL DALAM DIRI KITA TENTANG SYAITAN

Published August 1, 2009 by wana93

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita :

– pintu marah
– cinta dunia
– kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
– panjang angan-angan
– rakus
– bakhil
– suka pada pujian
– riak
– ujub (merasa kagum)
– takut dan gelisah
– buruk sangka
– memandang rendah pada orang lain
– merasa suka pada dosa
– merasa aman daripada pembalasan “ALLAH”
– putus asa daripada rahmat “ALLAH”

15 Senjata Menghalang Syaitan:

– Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
– Banyakkan berzikir
– Banyakan Beristigfar
– Baca “la i’ la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min”
– Jangan tidur berseorangan
– Baca doa pagi dan petang
– Bersugi
– Melaksanakan solat jemaah
– Berwudhuk sebelum tidur
– menutup aurat
– Membaca doa masuk tandas.
– Banyak berselawat pada hati
– Bertaubat, beristighfar
– Banyakan baca Al-Quran
– Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

– Rumah yang bersih
– Penghuni membaca “Bismillah” ketika memasuki rumah
– Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
– Penghuninya jujur dan memenuhi janji
– Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
– Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
– Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

MENJAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH

Published July 31, 2009 by wana93

Jom berkongsi hablu minallah :

1) Solat fardhu di awal waktu

2) Bersihkan hati daripada sifat2 mazmumah

3) Qiayamulail iaitu menunaikan solat Tahajud,solat Taubat, solat Hajat, solat Witir dan solat Istikharah(setiap malam atau setiap minggu)

4) Berpuasa sunat Isnin dan Khamis

5) Mengamalkan solat Dhuha setiap hari

6) Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW setiap hari(jumlah yang disyorkan 1,000 kali sehari)

7) Makan makanan yang halal dan jauh daripada syubhah

# diambil daripada buku Catatan Hati Nik Nur Madihah(best tau ;p)#

BERBUAT BAIK KEPADA KEDUA IBU BAPA

Published July 24, 2009 by wana93

ALLAH berfirman: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang daripada kedua-duanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, dan janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun berkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-santun).”  (Al-Israa’ : 23)

Abdullah ibnu Mas’ud berkata, “Aku bertanya kepada Nabi s.a.w tentang amalan apa yang paling dicintai ALLAH? Baginda besabda: “Sembahyang pada waktunya.” Lalu aku bertanya: “Kemudian apa?” Baginda besabda: “Berbuat baik terhadap kedua-dua ibu bapa.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

SENANDUNG AL-FATIHAH

Published July 11, 2009 by wana93

Al-fatihah

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

7 GOLONGAN YANG AKAN DINAUNGI ALLAH PADA HARI KIAMAT

Published July 6, 2009 by wana93

Hadis sahih Bukhari, daripada Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, baginda bersabda :Tujuh golongan yang akan dinaungi ALLAH pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-NYA iaitu hari akhirat :

1) IMAM (PEMIMPIN) YANG ADIL
2) PEMUDA YANG GIAT BERIBADAH KEPADA RABBNYA
3) SEORANG YANG HATINYA SELALU LEKAT DENGAN MASJID
4) DUA ORANG YANG SALING MENCINTAI KERANA ALLAH, MEREKA BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH
5) SEORANG PEMUDA YANG DIRAYU OLEH WANITA YANG MEMPUNYAI KEDUDUKAN DAN KECANTIKAN, NAMUN DIA BERKATA, “Inni akhafallah” (aku takut pada ALLAH)..
6) SESORANG YANG INFAK DENGAN SEMBUNYI-SEMBUNYI, SAMPAI TANGAN KIRINYA TIDAK TAHU APA YANG DIINFAKKAN OLEH TANGAN KANANNYA
7) DAN SEORANG YANG MENGINGATI ALLAH DALAM SENDIRIAN SAMBIL MENANGIS