taubat

All posts tagged taubat

‘DENDA’ SEBUAH MAKSIAT

Published September 4, 2017 by wana93

Dia sambung kata-katanya,

“Termasuk kes kawan saya ni, dah tiga kali dah perkara ni berlaku disebabkan obses dalam berkawan sesama jantina. Obses suka dekat seseorang. Bila sampai suatu tahap, rasa tak puas sekadar obses saja, kadang sampai sanggup nak buat perkara tak senonoh dengan orang tu. Selain tu, kes putus cinta. Bila putus cinta, dah putus asa, tu yang terbit rasa ‘nak tukar selera’. Berpindah pada sesama jantina. Tapi saya, terjebak dalam Gay ni bukan disebabkan perkara-perkara ni.”

Mataku tertumpu pada skrin telefon bimbit. Menaip sesuatu,

“Ooo..kamu pernah putus cinta ke? Habis tu, kamu tiba-tiba rasa minat, rasa suka dan ada keinginan dengan lelaki ni sebab apa pula?”

“Saya banyak kali juga putus cinta. Mungkin sebab tak rasa apa-apa kot. Saya mula ada hati dengan lelaki bila saya mula tengok video pornografi di internet.” Jawab dia, tulus. Tanpa selindung. Aku dan dia taklah rapat mana. Tapi, aku dah kenal dia dan dah anggap macam adik, bila setahun lebih juga kami berhubung. Dulu, masa aku praktikal, bila ada program pemulihan/kesedaran, memang selalu jumpa dia dan geng yang lain. Sebab aku bertugas juga sebagai urusetia. Sekarang, dah jarang berhubung. Kadang-kadang saja. Itu pun untuk bertanya khabar dan jika dia ada soalan atau nak kongsikan perkembangan dirinya. Beza dia denganku hanya 3-4 tahun kurang. Umurnya baru mencecah 21 tahun. Muda lagi.

21192912_468833150181936_7432314471047279179_n

Bila nasihat-nasihat berunsur agama hinggap di mata dan telinganya, maka, ini pengakuan jujurnya,

“Sekarang, saya mampu kawal. Cuma kadang-kadang, saya tewas. Sakit juga sebenarnya kalau orang tak kenal luar dalam saya, bila mereka bergaul dengan saya. Rasa macam sakit mental kot. Bila kawan lelaki bersentuh dengan saya atau buka aurat dia. Saya perlu kawal mata saya, takut orang tahu yang saya minat lelaki.

Faham-fahamlah kak, lelaki di universiti ni, sebaya saya dan bukan pakcik tua. Ada rupa kak. Saya faham semua nasihat-nasihat akak tu. Memang tepat! Saya tahu perkara tu dosa dan perlu kepada taubat Nasuha. Tapi, umur saya ni, saya risau saya dah lali dengan nasihat yang macam tu. Kadang, saya sendiri takut bila diri saya dah mula lali dengan nasihat orang-orang yang baik.

Mak ayah adik beradik saya semua tak tahu yang saya memang ada minat terhadap lelaki. Cuma, mereka tahu saya ikut program-program baik macam ni. Entahlah, tapi saya sedar, saya kecundang sebab internet. Tapi, saya tak pernah lagi buat sesuatu yang melampaui batas dalam tindak-tanduk saya.”

Aku hanya mampu menukilkan kata-kata semangat untuk dia kembali istiqamah bertaubat dan terus bertaubat untuk berubah. Selain daripada nasihat-nasihat yang dia sendiri rasa dah biasa dan lali, seperti dekati orang soleh, solat jemaah di masjid, rapatkan diri dengan kawan-kawan baik, jangan bersendiri dan pelbagai lagi, aku menasihati dan menganjurkan padanya untuk usaha lakukan dua perkara ini. Aku minta dia berjanji denganku, dia wajib lakukan dua perkara ini sebagai ‘denda’ untuk dirinya.

“Pertama, akak nak kamu buat solat sunat taubat 2 rakaat, setiap kali kamu tengok video yang tak senonoh tu. Kamu tahu dan sedar, malaikat kiri kanan kita setia mencatit dosa pahala kita, Allah Maha Melihat kita, tapi, kalau kamu buat perkara tu juga, kamu kena janji untuk buat solat sunat taubat 2 rakaat. Sekali kamu tengok, WAJIB denda diri kamu, solat sunat taubat 2 rakaat. Dua kali kamu tengok, WAJIB denda diri kamu, solat sunat taubat 4 rakaat. Begitu seterusnya. Sampailah kamu rasa penat bila buat solat sunat taubat banyak kali. Maknanya, kamu dah tak tengok aktiviti yang mengundang dosa dan maksiat tu. Syaitan sangat tak suka seorang hamba tunduk pada Tuhannya.

Kedua, setiap kali kamu rasa kamu tewas, kamu nak puaskan nafsu, nak tengok perkara tak senonoh tu, kamu WAJIB ada lighter di sisi kamu. WAJIB nyalakan api lighter dan letakkan satu jari kamu dulu di atas nyalaan api kecil itu. 3-5 minit. Kalau lepas, letak jari kedua pula. Begitu seterusnya. Hingga 10 jari kamu. Kalau kesepuluh jari kamu lepas melalui api kecil lighter selama 3-5 minit itu, sila teruskan niat kamu untuk buat dosa itu. Persoalannya, mampukah kita? Semestinya tidak! Sedang api lighter di dunia ni pun kita tak mampu nak tahan pedihnya, sakitnya, apatah lagi api Neraka Allah di akhirat nanti.

Ini dua perkara yang akak minta kamu janji, kamu akan buat dan tunaikan dalam proses kamu nak berubah sebetul-betulnya. Akak nak kamu rasa menyesal dan bertekad tak ulang lagi perbuatan tu. Akak nak kamu usaha untuk capai taubat nasuha!”

Dia membalas mesej panjangku itu,

“Insya-Allah kak. Saya janji. Saya akan usahakan macam apa yang akak suruh. Saya tengah cuti dua minggu, saya akan cuba buat kak. Saya akan solat sunat taubat sebelum tidur malam ni.” Akhirinya. Aku  juga minta dia untuk rujuk dan jangan malu bertanya pada ustaz atau ustazah yang dia kenal, yang mengajar kelas agama tu.

21272630_469751726756745_2551007230402763152_n

Aku sentiasa doakan yang terbaik buat dia dan geng-geng LGBT yang aku kenal. Mereka sebenarnya ada kemahuan untuk berubah, tahu perkara mana yang betul, yang salah, yang berdosa dan yang berpahala. Namun, kadang, mereka tiada kekuatan. Mudah terpengaruh dengan rakan sebaya dan mudah melayan perasaan saat bersendirian. Lagi-lagi sendiri bersama internet. Macam-macam boleh terjadi. Hadkanlah penggunaan internet dalam hidup kita. Gunakan ia dengan iman, bukan dengan nafsu yang tak pernah kenyang!

“dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.” (Surah Saad : 26)

Memang bukan mudah nak bawa mereka kembali pada fitrah. Ada yang dah terjebak lama, memang memakan masa. Namun, sekurang-kurangnya ada usaha, itu sudah memadai untuk nampakkan kesungguhannya dalam nak berubah, nak kembali pada Allah. Doakan semoga mereka istiqamah hadir ke kelas agama dan program yang dianjurkan oleh NGO Islam ini, khas untuk membantu memulihkan diri mereka sendiri.

Moga Allah pelihara kita daripada perkara-perkara yang buruk. Moga kita mati dalam keadaan beriman, Husnul Khatimah.

Boleh baca juga tentang taubat di sini : Bersungguh Memohon Keampunan Allah

Sebuah catatan kehidupan,

8:30 PM,

@Rumahku Syurgaku, Malaysia, Galaksi Bima Sakti, Alam Ciptaan Allah.

BAGAIMANA KITA MEMANDANG DOSA?

Published August 2, 2013 by wana93

281749_4067227525178_537632375_n

Dosa. Sesuatu yang pastinya buruk dan yang tidak disukai serta dibenci Allah apabila kita lakukannya. Dosa. Sesuatu yang dicintai syaitan dan Iblis dan mahu nafsu kita turut sama mencintainya. Dosa. Bila kita dah biasa lakukannya, maka, kita akan hilang ‘rasa’ berdosa dalam diri. Dosa. Akan menompokkan kehitaman dan kegelapan dalam hati kita. Akibatnya, kebenaran tak dapat kita lihat. Yang ada, hanyalah kebatilan.

Bagaimana kita memandang dosa? 
Adakah sebagai sesuatu yang berat ibarat gunung yang akan menghempap kita?
Atau kita menganggap ianya kecil dan kita hanya menepisnya umpama lalat yang hinggap pada hidung?

“Orang yang beriman melihat dosanya umpama gunung yang menghempap, manakala ahli maksiat pula melihat dosa itu umpama lalat yang hinggap pada hidung.” (Riwayat Al-Bukhari)

Itu beza antara orang beriman dengan orang yang tidak beriman. Jadi, kita ni, kategori mana? Ya, kita semua memang pendosa sebab tak ada manusia yang tak punya dosa. Namun, orang yang beriman, dia akan cepat ‘peka’ bila dia melakukan dosa. Dia akan segera bertaubat. Dia tidak melengah-lengahkan langkah taubatnya kerana bimbang, rasa itu akan hilang. Dan dia usaha sehabis daya untuk tidak mengulang perlakuannya yang dianggap salah itu.

Tetapi, orang yang tidak beriman, dia kurang ‘peka’ terhadap dosa lantaran dirinya sudah terbiasa hidup dalam noda. Bila dosa jadi biasa, kita takkan rasa apa-apa. Kita akan terus selesa. Kadang-kadang, muncul rasa mahu bertaubat. Namun, dilengah-lengahkannya hingga hilang terus rasa itu sedang diri masih rancak bermaksiat pada-Nya. Ahli maksiat seronok dengan dunia, manakala orang beriman seronok mengejar akhirat.

251188_314927115289325_364598832_n

Sesungguhnya, Allah Maha Penyayang. Dia Maha Penerima Taubat. Tetapi, kita yang selalu mengkhianati-Nya. Kita seakan-akan mempermainkan-Nya. Kita selalu ulang dan ulang perbuatan dosa kita, meski kita sudah bertaubat berkali-kali. Jika kita masih begitu, itu petanda bahawa iman kita masih lagi lemah. Rapuh.

Adakah taubat kita sudah bersungguh hati? Adakah taubat kita disusuli dengan tindakan meninggalkan dosa? Atau kita sudah bertaubat tapi hati masih sayang dan cinta akan perbuatan dosa kerana dirasakan nikmat? Minum arak itu nikmat, mendedahkan aurat itu membuat kita rasa bebas, ber’couple’ ke hulur ke hilir tanpa ikatan itu seronok, bermain judi itu menghilangkan stress dan pelbagai alasan lagi yang kita beri dek kerana cinta dan sayang pada dosa. Apakah kita pasti, itu yang akan Allah terima? Ingatlah, maksiat dan ketaatan pada Allah takkan boleh bersatu.

Sama-sama kita muhasabah diri kita. Dosa adalah ujian. Mahu pulang ke pangkuan-Nya atau terus leka dan dilalaikan. Allah selalu memberi kita harapan. Tinggal kita saja, mahu rebut peluang atau mensia-siakannya begitu saja. Keampunan-Nya sentiasa melebihi kemurkaan-Nya. :’)

“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).” (Surah Az-Zumar : 53-54)

“Sesiapa yang bertaubat sebelum terbitnya matahari dari arah barat, pasti taubatnya diterima oleh Allah.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)

 

AIR MATA DOSA

Published July 17, 2010 by wana93

Hitam..
Dosa dan noda bertompok hitam..
Melekat dalam hati nurani..
Sukar untuk sucikannya kembali..
Payah untuk melunturkannya..
Melainkan dengan taubat nasuha seorang insani..

Banyak..
Tak terhitung hati mereka yang telah aku sakiti..
Tak ternilai budi seorang teman terhadap diri ini..
Aku hanya membalasnya dengan kasih amarah..
Memarutkan luka di hati yang semakin bernanah..
Hingga Dia aku hindari..

Mintalah keampunan dariNya

Gersang..
Kering kontang ibarat padang jarak padang tekukur..
Itu yang ku rasakan saat diri ini akur..
Itulah balasan terhadap hati..
Selama ini tak pernah mensyukuri..
Hanya tahu tunduk pada godaan syaitan dan nafsu duniawi..

Dosa..
Merangkul erat segumpal darah..
Tak pernah rasa nak mengalah..
Asyik membabitkan aku dan jiwa ku..
Berada ke lembah kehinaan dan kehancuran..
Serta kancah kemaksiatan..

Say NO to Maksiat!!

Diri..
Berasa amat kecewa dan terluka..
Dengan sikap syaitan durjana..
Yang hanya tahu membuat kejahatan..
Yang berasa nikmat melakukan kemaksiatan..
Tapi tamak dengan amal soleh..

Air mata..
Menitis satu demi satu..
Saat aku bertaubat dan berteleku..
Di atas sejadah menghadap Tuhan Yang Maha Satu..
Memohon restu keampunan dan hidayah Ilahi..
Air mata dosa berjujuhan ke pipi..
Sebagai bukti ketulusan hati..

Carilah cintaNya 😉

PROGRAM MAJU DIRI

Published February 1, 2010 by wana93

Hari ini, 1.2.2010, merupakan hari yang paling saya suka c0z kaunseling ade buat satu p0gram ni..namanya Program Maju Diri..best!! Touching gler..tetibe air mata ni jatuh pula..cube ditahan tapi tetap keluar jugak..alhamdulillah..

Nama penceramah tu Ustaz Zamri..memang bagus dan berkesan m0tivasi yang beliau berikan..Berkenaan azam dan niat yang hanya kita boleh lakukan bila kita buat dengan hati yang suci dan ikhlas tanpa sebarang kekotoran..Kami beramai-ramai berzikir, berzikir, dan berzikir sambil hati berdoa agar dosa-dosa kami semua diampunkan..penceramah juga menyuruh kami catatkan d0sa-d0sa yang pernah kami buat dan tanamkan perasaan benci pada semua d0sa-d0sa itu serta membalingnya jauh-jauh..Selepas itu, kami menulis tentang azam kami untuk SPM tahun ni!! Semoga azam itu datang dari hati yang suci tanpa sedikit k0t0r pun..Ya ALLAH, betapa banyaknya d0sa-d0sa kami terhadapMu..Namun, Kau tetap memberi rezeki dan nikmat pada kami..Ampunkan kami ya ALLAH..anda semua pun boleh buat camni gak..cubalah..feeling tau..

Yang paling kami tak tahan, bila penceramah tunjukkan kit0rang vide0-video yang memang sedih..pasal ibu bapa..ya ALLAH, banyaknya d0sa-d0sa kami..ampunkanlah kami ya ALLAH..salah satu vide0 yang ditunjukkan..

Kami beramai-ramai memeluk antara satu sama lain dengan semua rakan-rakan f0rm 5 dan guru-guru yang berada di situ..Saat itulah yang paling bermakna bagiku kerana akhirnya, dapat juga ku m0h0n kemaafan dengan semua rakan-rakan seperjuanganku..seluruh Form5, pelajar perempuan bersalaman dan berpelukan serta bermaafan anatara satu sama lain..pelajar lelaki juga melakukan hal yang sama antara sesama mereka..alhamdulillah..kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Zamri dan guru-guru yang terlibat dalam menjayakan pr0gram yang bermanfaat ini..m0ga pr0gram2 seperti ini akan lebih kerap lagi diadakan bagi membentuk insan yang rabbani..

M0ga d0sa-d0sa kita dengan ALLAH, menadapat pengampunan dariNya dan d0sa-d0sa kita dengan manusia, mendapat kemaafan darinya..Justeru, di kesempatan yang ada ini, saya ingin memohon maaf atas segala salah dan silap saya serta keterlanjuran kata terhadap semua orang especially buat ibu bapa saya, rakan-rakan seperjuangan yang saya cintai dan guru-guru yang saya sayangi. Maafkan tau..

Wassalam..

TAUBAT MAKSIAT

Published January 8, 2010 by wana93

Lagu daripada Wali Band ni memang menyentuh hati dan perasaan kita..Ia mengingatkan kita akan hari kehancuran alam dan hari kematian kita..Semoga kita sama-sama hayati lirik lagunya dan sentiasa ingat Kiamat dan Mati!

Sesungguhnya, Kiamat dan Mati itu sesuatu yang amat pasti akan berlaku..

Kiamat itu rahsia Allah..Mati itu pula sentiasa berada dekat dengan kita..

Asatghfirullah hal’adzim..

Astaghfirullah hal’adzim..

BERKUNJUNG KE PINTU TAUBAT

Published December 1, 2009 by wana93

Pagi itu suasana hening saja. Kedengaran bunyi seruan azan mengejutkan aku yang sedang lena diulik mimpi indah. Ayam turut berkokok seperti tanda mengejutkan manusia supaya bangun daripada tidur dan segera menunaikan perintah wajib Allah. Aku bergegas ke tandas untuk mempersiapkan diriku ke kelas seperti hari biasa. Eh, hari ini hari Sabtu. Aku hampir lupa. Aku dan keluargaku akan ke kampung hari ini.

Selepas solat subuh, aku berdoa dan memohon kepada Yang Maha Mendengar.

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku,dosa guru-guruku, dosa rakan-rakan seperjuanganku dan dosa seluruh umat Islam yang berada di muka bumiMu ini sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Semoga roh-roh mereka yang telah menghadapMu dicucuri rahmatMu.

Itu adalah doa asas ku setiap hari selepas aku usai mengerjakan perintah wajib Allah. Tetapi hari ini, aku menambah isi doaku.

Ya Rabbi, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan hati dalam menempuh segala cubaan dan dugaan yang Engkau beri padaku. Berikanlah aku petunjuk dan Nur Mu agar aku tidak tersesat dari jalan kebenaranMu. Kurniakanlah aku seorang teman hidup bergelar suami  yang akan membimbing dan menyinari hidupku dunia dan akhirat. Jangan biarkan aku lalai dan alpa seperti dahulu, ya Allah. Bimbinglah aku ke jalan redhaMu. Jauhkanlah aku daripada dosa dan maksiat. Temukanlah aku dengan cinta yang mencintaiMu. Andai tiada cinta insani buat diriku, cukuplah Engkau sebagai penyeri dan penyuluh hidupku. Semoga kelak, akan hadir cinta seorang insan yang mencintaiMu sebagaimana  cintaku padaMu. Temukanlah aku dengan cintaMu. Amin ya rabbal a’lamin..

“Kakak, cepatla sikit. Orang dah nak pergi dah ni!!” Adik bongsuku, Firdaus, menjerit memanggilku. Tersentak aku! Aku cepat-cepat siap memakai tudung labuh 60 inci berwarna hitam dan memakai bedak ala-ala kadar saja kerana terburu-buru.

“Awalnya, baru pukul 8.00 pagi. Hmmm..”. Aku mengeluh sendirian. Aku dan kakakku sama-sama bergegas masuk ke perut kereta. Kami sekeluarga ingin pulang ke kampung kerana ada kenduri kahwin. Kami naik kereta Naza. Aku duduk di bahagian belakang bersama adik-adikku. Aku memang suka duduk di tepi tingkap dan termenung sendirian. Haha..itulah aku!!

Tit..tit.. bunyi mesej menyedarkan aku daripada lena. Adik-adikku sudah nyenyak tidur. Ayah masih tekun memandu.

“Kacau sajalah mesej ni. Ish..siapa pula bagi aku mesej pagi-pagi buta ni?”. Aku mengeluh sendirian dalam hati. Tertera nombor telefon yang tidak aku simpan dalam ‘sim card’ tapi masih berada dalam ‘sim heart’ aku. Aku segera membaca isi mesejnya.

“Salam. Selamat pagi. Lama sudah kita tidak berborak kan? Saya rindukan awak. Saya tahu, antara  kita tidak ada apa-apa lagi. Tapi, saya tetap tidak boleh lupakan awak. Please Nur..saya nak awak semula.”

Aku membacanya dengan tenang. Aku memang tidak merasa apa-apa perasaan setelah aku insaf daripada kejahilan dosa dan maksiat. Ya, ini nombor Aliff Imran, bekas ‘couple’ aku. Patutlah aku seperti kenal saja. Aku termenung seketika. Mengimbau kembali kenangan lalu yang tidak ingin aku ulangi lagi.

********

Tarikh keramat 27.3.2008, aku dan Aliff Imran rasmi menjadi pasangan yang digelar ‘couple’. Aku, Nur Syazliana dan Aliff Imran menjadi ‘couple’. Memang ramai dalam kalangan pelajar yang sudah ‘couple’, termasuklah aku dan dia.

Melalui berbalas-balas mesej, aku dan dia sering saling merindui. Kami satu sekolah, satu tingkatan, tapi berbeza kelas. Kami sering terserempak tapi jarang berjumpa dan bercakap. Sejak mula lagi, aku dan dia sudah berjanji akancubamengawal perasaan masing-masing untuk tidak terjebak dalam dosa dan maksiat. Kami tetap menjaga batas-batas pergaulan. Aku dan Im tidak seperti pasangan lain. Mereka pergi menonton wayang bersama, berpegangan tangan, bergayut di telefon setiap malam, bermesra-mesra tapi aku dan Im tidak. Kami hanya berbalas mesej sahaja. Bergayut di telefon jauh sekali. Hanya kadang-kadang dan amat jarang sekali. Walaupun jauh di sudut hatiku, ingin sekali aku bergayut di telefon seperti teman-teman sekelasku yang lain namun, aku tahu, itu hanya akan membuat hatiku sentiasa rindu dan lalai.

5 bulan aku dan Im bersama. Penilaian Menengah Rendah semakin hampir. Aku dan Im sentiasa memberi semangat dan sokongan moral untuk sama-sama maju dalam pelajaran melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Aku menyimpan semua mesej-mesejnya. Sayang aku nak padam.

Suatu hari, aku dan kawanku berjalan-jalan di sekolah tatkala guru tiada. Kami berjalan pergi mencari guru. Tetapi, lain yang ku temui.

Di sebuah kelas tingkatan 5, ku temui beberapa helaian kertas yang ditulis tajuknya “Renungan Bersama Tentang ‘COUPLE’ ”. Menarik tajuknya.Ada kena-mengena denganku. Aku hendak membacanya, tapi, kawanku tidak sabar hendak masuk ke kelas. Lalu, aku ambil kertas itu walaupun aku tidak tahu milik siapakah 4 helaian kertas itu. Aku tidak mencuri, aku hanya ingin mengambilnya untuk dibaca. Aku dan kawanku bergegas ke kelas.

Semasa rehat, kelasku kosong. Semua kawan-kawanku pergi ke kantin kecuali aku. Aku tetap berada di dalam kelas kerana sedang menyiapkan sedikit nota. Usai menyiapkan nota, terketuk pintu hatiku untuk membaca 4 helaian kertas tadi. Aku membacanya dengan penuh khusyuk dan pengahayatan. Hampir sahaja air mataku ini ingin jatuh membasahi bumi. Lekas-lekas aku seka air mataku. Hatiku berbisik dengan diriku secara perlahan.

Ya Allah, apakah selama 5 bulan ini aku lalai dan berdosa kepada-Mu? Apakah hubungan aku dan Im tidak mendapat restu-Mu? Apakah kami berdosa? Apakah insan yang bergelar ‘couple’ itu mendapat dosa? Apakah rindu, mesej dan bercakap di telefon dengan Im selama ini satu perbuatan yang berdosa?

Hatiku dihentak dengan bertubi-tubi soalan. Rasa bersalah dan berdosa pada Allah menyelubungi hatiku. Benarkah jalanku ini? Berdosakah aku? Hatiku tidak henti-henti bertanya.

Sampai di rumah, aku tidak selera hendak makan kerana asyik memikirkan tentang isi 4 helaian kertas tadi. “Renungan Bersama Tentang ‘COUPLE’ ” memberitahuku tentang ayat-ayat Allah yang melarang pergaulan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi daripada berhubungan tanpa sebarang urusan penting. Memandang, berjumpa, mesej yang tidak penting juga adalah tidak boleh. Aku masih tersentak dengan isi yang berbunyi –

Ingatlah, selagi kita masih belum bernikah, hubungan sebelum itu tidak pernah diiktiraf oleh Allah. Hanya hubungan selepas nikah saja yang mendapat pengiktirafan daripada Allah. Kata-kata sayang, cinta, rindu, suara merdu dan manja, bersentuhan dan berpelukan itu hanyalah untuk yang halal bagi kita saja. Sia-sia saja kita bazirkan semua itu untuk kekasih hati kita. Apa yang kita dapat?? Hanyalah dosa semata-mata. Janganlah dikongsikan semua itu dengan ajnabi sebelum kita bergelar suami kepada isteri atau sebelum kita bergelar isteri kepada suami kita. Ingatlah, semakin manis hubungan sebelum nikah, semakin tawar dan hambar hubungan selepas nikah.

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. ( Al-Nur : 30 )

Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ( al-Nur : 31)

“Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman.” ( Riwayat HR Muslim dan Abu Daud)

Betul apa yang dikatakan! Aku berdosa ya Allah! Aku selalu merindui dia, aku pernah memberi kata-kata rindu dan sayang padanya! Aku sering memandangnya! Aku pernah bertemu dengannya! Aku pernah bercakap dengannya walaupun hanya dalam telefon! Aku berdosa ya Allah! Ampunkanlah hamba-Mu ini ya Allah! Ampunkanlah aku!

Apa yang aku dapat daripada semua ini? Hanyalah dosa semata-mata! Bagaimana nanti bila aku berhadapan denganMu? Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini? Ampunkan aku ya Allah! Aku mohon keampunan-Mu ya Allah!

Apa yang harus aku lakukan sekarang ya Allah? Putus? Kuatkah nanti aku ya Allah? Kuatkanlah hatiku ya Allah. Aku mengharap redha dan keampunan-Mu ya Allah!

Tit..tit..bunyi mesej membuatkan aku tersentak dari memikirkan tentang keputusanku untuk memutuskan hubunganku dengan Im.

“Salam rindu untukmu. Tengah buat apa tu? Dah makan? Malam ini saya nak ‘call’ awak boleh? Rindulah..huhu”

Mesej rindu dari Im. Aku keliru! Rasa berdosa dan bersalah mula menyelubungiku! Rindu? ‘call’? rindu? Ya Allah, aku dan Im berdosa! Ampunkan kami ya Allah! Aku membalas mesejnya.

“Salam. Saya tengah sibuk sikit buat ‘homework’ ni. Saya dah makan. Kenyang dah, alhamdulillah. ‘call’? Tak perlulah. Lagipun membazir kredit awak saja. Malam ni kan saya ada tuisyen. Harap awak faham. Kredit saya tinggal sikit ni. Lain kali kita mesej lagi ye. Tunggu saya ‘topup’. Jaga diri baik-baik. Salam.”

Aku memang tidak ada ‘mood’ hendak mesej dengan Im sekarang. Usai solat Zohor, aku kembali memikirkan keputusanku untuk memutuskan hubunganku dengan Im. Macam mana ni? PMR lagi 3 bulan saja. Boleh ke aku fokus kat PMR kalau aku dah putus nanti? Apa kaitannya? Macam-macam soalan bertandang dalam tempurung kepalaku ini. Tidak tahu soalan yang mana satu hendak ku jawab dahulu. Semuanya ku biarkan bersarang di otakku. Aku memang tidak ada jawapan lagi!

Malamnya, aku tidak ke tempat tuisyen. Aku memberi alasan pada ibuku bahawa aku hendak menyiapkan ‘homework’ yang bertimbun ini kerana akan dihantar esok. Usai menyiapkan kesemua ‘homework’, aku kembali merenung tentang Im. Aku kena putus ke? Putus? Putus? Sanggupkah aku? Putus? Hanya persoalan putus yang bermain di benak fikiranku ini. Aku ingin mendapatkan jawapannya daripada Allahku.

Jam menunjukkan pukul 11.00 malam. Aku segera berwuduk untuk menunaikan solat Isyak. Kemudian, aku menunaikan solat sunat Istikharah pula untuk mendapatkan jawapan daripada persoalanku yang tidak dapat ku jawab tadi. Usai solat, aku merintih dan berdoa kepada Allah agar memberiku petunjuk untukku terus berda di atas jalan lurus-Nya.

Hatiku cenderung untuk memutuskan hubunganku dengan Im. Hubungan ini hanya membuatkan hatiku dan hatinya hitam dan kotor oleh dosa dan maksiat. Ampunkanlah kami ya Allah! Sia-sia saja! Mujurlah belum sampai setahun hubungan kami. Baru nak 8 bulan. Masih sempat untuk aku memperbaiki keadaan. Aku ingin berkata kepadanya bahawa ‘couple’ itu dosa. Bukan itu saja, berhubungan dengan bukan mahram tanpa sesuatu urusan penting seperti ber‘sms’, bercakap di telefon, berjumpa  juga adalah berdosa dan jalan menuju ke arah zina! Nauzubillah!

Tapi sayang, hasratku tidak kesampaian kerana aku tidak mahu lagi berjumpa dengannya. Aku hanya menulissuratuntuk meminta putus daripadanya.

Salam buat Aliff Imran..

Saya tahu, sudah 2 minggu kita tidak berhubung. Mungkin awak marah saya. Mungkin awak sakit hati dengan sikap saya yang tidak membalas mesej-mesej awak seminggu yang lepas. Mungkin awak ingat saya dah ada cinta lain. Ya, memang saya dah ada cinta lain. Saya sedang mencari cinta Allah. Saya tak nak lagi kita berhubungan seperti dulu. Saya nak putus dengan awak. Saya harap awak hormat dan terima keputusan saya ni. Sama-samalah kita mencari cinta Ilahi untuk mengisi kekosongan sanubari kita. Tolong jangan balas surat ini. Akhir kata dari saya, buatlah yang terbaik untuk PMR awak. Semoga berjaya dunia dan akhirat. Saya takkan pernah lupakan persahabatan yang pernah terjalin antara kita. Saya mohon, awak lupakanlah cinta ‘monyet’ kita ni dan carilah cinta hakiki iaitu cinta Ilahi.

Wassalam..

Ringkas saja isinya. Aku memang tidak mahu memanjang-manjangkan cerita. Esok aku nekad untuk memberi suratitu kepada kawanku, Ira untuk diberikan kepada Im. Ira adalah jiran terdekat Im. Dia selalu menjadi orang tengah antara kami. Dialah yang menjadi ‘postman’ aku. Terima kasih Ira!

Kini, aku ‘single’! Yeah! Aku berdoa kepada Ilahi. Doa taubat seorang pencinta.

Ya Allah, Kau tetapkanlah hatiku ini supaya tidak tersimpang dari jalan-Mu.Ya Allah, hamba-Mu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hamba-Mu ini. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepada hamba untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepada hamba perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah hamba-Mu ini dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau telah menjaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa aku tidak membalas kasihmu?? Aku curahkan kasih itu kepada orang lain. Orang yang belum pasti lagi akan menjadi milikku. Oh Tuhan, hamba-Mu berdosa..ampunilah hamba, Ya Allah.

Terima kasih ya Allah kerana memberiku kesempatan untuk berkunjung ke pintu taubat-Mu. Semoga Engkau menerima taubatku ini. Bimbinglah hatiku ini agar tidak tersesat lagi. Aku ingin bertemu dengan cinta-Mu ya Allah. Redhailah kehidupanku dunia dan akhirat. Amin ya rabbal ‘alamin..                                                             

********

“NUR..!!” tersentak aku dari lamunanku. Namaku dipanggil. Ayah menyuruh aku menemani adik bongsuku, Firdaus pergi ke tandas. Aku turun menemaninya. Aku membawa ‘handphone’ kesayanganku bersama. Aku membalas mesej yang ditunggu untuk dibalas dari tadi. Lama betul aku mengelamun.Ada lagi 1 jam setengah perjalanan untuk kami sekeluarga sampai ke kampung. Sementara menunggu adikku, aku membalas mesej Im.

“Salam, Im. Nur dah tak pernah ingat dekat Im. Buat apa Im nak ingat dekat Nur? Lebih baik Im ingat dekat Pencipta kita. Cintailah yang mencipta lebih dari yang dicipta. Ingatlah, sia-sia dan berdosa saja Im salurkan rindu dan ingatan Im pada Nur. Allah tahu segalanya! Jangan risau. Jodoh dan pertemuan semua sudah dirancang-Nya. Semoga Im bahagia mencari cinta yang hakiki iaitu cinta Ilahi. Salam terakhir dari Nur.”

Aku berbisik dengan hatiku.

Terima kasih Im di atas secebis cinta yang Im beri pada Nur. Andai tiada cinta Im, tidaklah Nur insaf daripada kejahilan cinta buta ini. Alhamdulillah. Semoga Allah mencampakkan rasa insaf dan cinta kepada-Nya dalam hati Im juga.

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah al-Israa’ : 32)

TAUBAT DAN ISTIGHFAR

Published October 16, 2009 by wana93

Surah Az-Zumar ayat 53

Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

taubat

Jika seorang hamba melakukan perbuatan dosa kemudian segera bertaubat, berdoa kepada Allah jalla wa ‘ala agar Ia mengampuninya serta mengharapkan ampunan-Nya, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya selama dia bertaubat karena “TAUBAT itu menghapus dosa-dosa sebelumnya”.

Iblis berkata kepada Robbnya, “Dengan keagungan dan kebesaranMu, aku tidak akan berhenti menyesatkan bani Adam selama mereka masih bernyawa.” Lalu Allah berfirman: “Dengan keagungan dan kebesaranKu, Aku tidak akan berhenti mengampuni mereka selama mereka beristighfar”. (HR. Ahmad)

Seorang yang berbuat dosa lalu membersihkan diri (wudhu atau mandi), kemudian ia shalat dan memohon pengampunan Allah maka Allah akan mengampuni dosanya. Setelah berkata demikian Rasulullah mengucapkan firman Allah surat Ali Imran ayat 135: “Dan orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun atas dosa-dosa mereka, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain dari Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji mereka itu sedang mereka mengetahui.” (HR. Bukhari dan Muslim)

“Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tiada Tuhan kecuali Engkau. Engkau Penciptaku dan aku hambaMu yang tetap dalam kesetiaan dan janjiku sepanjang kemampuanku. Aku kembali kepada-Mu dengan kenikmatan dan kembali kepada-Mu dengan dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada pengampun dosa-dosa kecuali Engkau.” Rasulullah bersabda: “Barangsiapa mengucapkan doa itu dengan penuh keyakinan pada siang hari dan ternyata wafat pada hari itu sebelum senja maka dia tergolong penghuni surga. Barangsiapa mengucapkannya pada malam hari dengan penuh keyakinan dan wafat sebelum subuh maka dia tergolong penghuni surga pula.” (HR. Bukhari)

Sesungguhnya Allah merentangkan tanganNya pada malam hari memberi kesempatan taubat bagi pelaku kesalahan pada siang hari dan merentangkan tanganNya pada siang hari memberi kesempatan taubat bagi pelaku kesalahan pada malam hari, sampai kelak matahari terbit dari Barat (hari kiamat). (HR. Muslim)

Apabila tersisa sepertiga dari malam hari Allah ‘Azza wajalla turun ke langit bumi dan berfirman : “Adakah orang yang berdo’a kepadaKu akan Kukabulkan? Adakah orang yang beristighfar kepada-Ku akan Kuampuni dosa- dosanya? Adakah orang yang mohon rezeki kepada-Ku akan Kuberinya rezeki? Adakah orang yang mohon dibebaskan dari kesulitan yang dialaminya akan Kuatasi kesulitan-kesulitannya?” Yang demikian (berlaku) sampai tiba waktu fajar (subuh). (HR. Ahmad)

tobatSurah At-Tahriim ayat 8

“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: “Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”.