tazkirah diri

All posts tagged tazkirah diri

TAUTAN MAHABBAH, UKHUWAH FILLAH!

Published March 23, 2014 by wana93

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

22/3/2014 telah menjadi satu tarikh indah dalam kamus hidup diri saya dan sahabat-sahabat seperjuangan Pengajian Akidah dan Agama, Tahun 2, USIM. Kami berjaya meraikan program yang dirancang oleh AJK Batch Gen4, Tautan Mahabbah.

O3

Sudah hampir dua tahun kami bersama, namun, masih ada lagi antara kita yang belum kenal antara satu sama lain. Termasuklah saya sendiri, ada saja sahabat seperjuangan yang saya tak kenal namanya, tapi kenal muka saja.

Pertama sekali, saya sangat bersyukur dan bahagia kerana saya diberi peluang dan kepercayaan untuk menjadi salah seorang AJK Batch yang memerlukan komitmen selama setahun iaitu dua semester. InsyaAllah, kami yang sudah pun dilantik dahulu, akan cuba dan terus berusaha melaksanakan tugasan dan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin, mohon doa dan kerjasama kalian. Saya rasa bahagia sebab program Tautan Mahabbah ini dapat dijalankan dengan jayanya, alhamdulillah. Walaupun terdapat kekurangan, namun, itu adalah lumrah kerana manusia yang mengurus dan mengaturnya. Jika sudah namanya manusia, pasti akan ada yang tersalah itu, tersalah ini dan serba tak kena. Kan? Jadi, maaf dipinta. 😉

04

01Macam-macam aktiviti kami di sana. Main bola, main belon, main air, main getah dalam straw dan sebagainya. Saya tak banyak main pun. Seluar slack saya pun tak basah sebab tak main air pun. Huhu. Nak mandi laut lagilah tak. Malu kot. Saya lebih suka melihat dan memerhati. Ambil gambar diorang. Saya gembira tengok sahabat-sahabat seperjuangan saya seronok naik Banana Bot, naik kayak, mandi laut, main air, pasir bagai.

Untuk entri kali ini, saya tak mahu menulis banyak. Saya mahu gambar yang ber’bicara’. Cuma, saya hanya nak cerita sedikit berkenaan 3 perkara yang saya rasa amat menarik untuk dikongsi bersama.

1) Semasa sesi taaruf dan ice breaking, setiap kumpulan diminta buat bulatan. Kemudian, cari pasangan sejantina, berdua, diberi masa 5 minit untuk menceritakan apa yang tak pernah dicerita pada insan lain. Saya bersama dengan kak Najwa. Dia beritahu yang ibunya sudah meninggal. Dia sangat mahukan kasih sayang insan sekeliling dan kawan-kawannya.

Saya pula cerita padanya yang abah saya sudah meninggal. Dan, saya beritahu, “Akak nak tahu tak, saya sangat suka dan gembira bila dapat tengok ustaz Nashief. Nak tahu sebab apa? Sebab mukanya mengingatkan saya pada arwah abah saya. Muka ustaz tu seakan-akan muka abah saya. Dan saya sangat seronok dapat jalan-jalan ke sini dengan geng akidah kita. Sejak abah meninggal, dah lama juga saya tak pergi jalan jauh-jauh macam ni.”

Moral : Hargai dan sayangi ibu bapa, guru dan kawan-kawan kita. Kita perlukan mereka!

Camera 360

2) Kemudian, sesi soal-jawab. Setiap orang akan disoal jawab bila bola berhenti dan berada di tangannya, apabila lagu diberhentikan. Tup tup! Saya pun terkena sekali! Haaa, yang ni memang saya nak tergelak + malu disebabkan oleh soalan-soalan yang beberapa sahabat seperjuangan lelaki lontarkan.

‘Syazana, kenapa garang sangat?’

‘Garang? Mana ada. Siapa yang kenal saya, perempuan, dia kenal saya ni macam mana. Dengan lelaki saja saya garang kot. Dengan perempuan, saya biasa-biasa saja.’

‘Kenapa perlu macam tu? Kenapa dengan lelaki kena garang?’

‘Bukan garang, maksud saya, saya memang tegas dengan lelaki. Yelah, dengan lelaki tak boleh lembut-lembut sangat kan.’

‘Macam mana boleh dapat inspirasi menulis di blog?’

‘Saya memang suka menulis. Apa yang kita belajar, apa yang berlaku pada diri, sekeliling, kawan-kawan,  pengalaman, saya suka kongsi. Saya tak pandai dan tak fleksibel dalam bercakap macam korang. Tapi, bab menulis, insyaAllah saya fleksibel. Saya mula menulis di blog masa tingkatan 4.’

Sebenarnya nak saja jawab lebih-lebih, cuma, malu. ;p

Moral : Saya ada prinsip saya sendiri bila berurusan dan berhadapan dengan lelaki ajnabi (bukan mahram). Saya cuba berprinsip. Saya kena bersikap tegas supaya diri saya tak lembut di hadapan mereka. Mata dan hati andai tidak dijaga, akan binasalah diri, akan muncul pelbagai penyakit hati yang akhirnya akan membawa diri jauh daripada Ilahi. Kadang-kadang, saya sedih, sebab saya rasa macam benteng ‘ikhtilat’ saya, makin hari, macam makin dah rapuh. 😦

Moga sama-sama kita kukuhkan semula! Sentiasa taqarrub dengan Allah. Semuanya daripada Allah. Idea nak menulis pun daripada Allah. Jadi, mintalah pada Allah. Jangan sesekali menyerah! ^_^

C360_2014-03-22-14-55-17-892

3) Sesi sebelum memulakan ‘Street Dakwah’. Kami, muslimin dan muslimat berkumpul, mendengar dan menghayati sedikit ucapan daripada pensyarah kami yang mengiringi Tautan Mahabbah ini, ustaz Dr.Nashief S.Disomimba. Antara pesanan beliau yang saya ingat,

‘Kita berkumpul di sini untuk menguatkan ukhuwah Islamiah kita. Kamu ada tanggungjawab. Ibu bapa kamu akan sedih bila kamu malas belajar dan suka tidur, ponteng kelas. Kamu adalah harapan untuk menyebarluaskan syiar Islam di muka bumi ini.’

Moral : Tajdid niatmu berada di universiti selalu! Hormati guru dan pensyarah! Keep your mujahadah!

Terima kasih pada semua AJK Batch yang telah banyak membantu, berkorban dan bekerjasama dalam menjayakan Tautan Mahabbah kita ini. Moga Allah redha kita. 🙂

Terima kasih pada sahabat-sahabat sePengajian Akidah dan Agama yang telah banyak membantu dan bekerjasama dalam menjayakan program kita ini. Moga Allah redha. 🙂

05

Terima kasih pada pensyarah kami yang sangat baik dan sangat sporting, ustaz Dr.Nashief S.Disomimba, bersama sahabat beliau, pensyarah baru di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) yang sudi turun dan luangkan masa bersama dan menemani kami, anak-anak didikmu. Moga Allah redha kita. 🙂

muslimin1

Muslimin, ingatlah, jangan terlalu sibuk mengejar keseronokan duniawi hingga kau terlupa akan tanggungjawabmu kenapa kau berada di universiti. Kenapa kau di sini? Bukan untuk bermain PES semata, bukan untuk bercintan cintun, bukan untuk perkara yang melalaikan, akan tetapi, membina sebuah kematangan fikiran dan tindakan serta untuk tafaqquh fiddin.Ummah perlukanmu! Ingatlah, kita berlayar dalam fikrah Islam, dalam ilmu agama, ilmu akhirat. Andai kita gagal menjaga ilmu yang telah dipelajari, maka, apakah pandangan Ilahi pada kita? Kita ada amanah dengan ilmu agama yang kita pelajari. Sedar, bangkit dan bergeraklah! Bidang pengajian kita amatlah susah dan payah, jika kita tak bersungguh-sungguh dalam hendak memahami dan mendalaminya.

muslimat1

Muslimat, ingatlah, jangan terlalu memikir dan mengejar cinta lelaki semata, hingga terabai segala tanggungjawab dan amanah yang dipikulmu. Hingga terabai segala hak Allah. Ingatlah, itu bukan tujuan dan matlamat utama  kehidupan kita yang sementara ini. Akan tetapi, jaga dan peliharalah diri, aurat dan maruahmu kerana-Nya, tafaqquh fiddin dalam menuntut ilmu kerana ummah perlukanmu! Kita beruntung kerana kita berada dalam biah (suasana) Islamik, andai kita gagal menjaga diri, maka, sia-sialah kita pada pandangan-Nya. Kita ‘memegang’ ilmu agama, ilmu akhirat, jaga dan pelihara serta pasakkanlah ia di dalam jasad dan jiwa kita, tiap masa dan ketika. Sedarlah dan jangan terus terlena! Bidang pengajian kita bukanlah mudah, akan tetapi, perlukan usaha yang bersungguh-sungguh dan mujahadah!

kami

Akhir sekali, moga ukhuwah kita ini, benar kerana-Nya. Moga ukhuwah kita ukhuwah fillah, hingga ke Jannah. Moga kita saling topup-menopup sesama kita dalam perkara kebaikan dan kebenaran. Sama-sama kita saling bantu-membantu, bekerjasama, bertolak-ansur, rendahkan ego kita dalam kita saling belajar dan berukhuwah. Andai ada yang malas datang kelas dan kuliah, ingatkan dan nasihatilah dia. Ambil tahu kalau-kalau dia ada masalah. Janganlah kita biarkan saja. Kita mahu suka dan duka, susah dan senang bersama. Itu ukhuwah sebenar. Batasan pergaulan wajib dijaga dan dipelihara. Moga diri kita mampu untuk menjaga dan menundukkan hati dan pandangan masing-masing. Lazimi istighfar dan solat sunat taubat. Moga kita terhindar daripada murka-Nya. Uhibbukum fillah!

Muhasabah Hamba Yang Serba Berdosa

Muhasabah Hamba Yang Serba Berdosa

Moga Allah redha kita semua. Di dunia dan akhirat. Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu. ~.^

~Sekadar Perkongsian Bersama. Moga Ada Manfaatnya.~

TAKUT PADA ALLAH

Published January 10, 2013 by wana93

3966092980_8a8229042e

Diceritakan :

Ada lelaki jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk satu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. Sesampai di kampung yang sunyi ketika orang-orang sudah tidur. Lelaki itu menyampaikan maksud hatinya. Si wanita itu pun menyahut, “Lihatlah apakah orang-orang telah tidur semuanya?” Dengan demikian lelaki itu mengira bahawa maksud hatinya hendak dikabulkan. Dia mengelilingi kawasan itu dan melihat-lihat sejenak. Setelah jelas orang-orang telah tidur, segera dia menghampiri wanita seraya berkata, “Benar semua orang telah tidur.”

Lalu wanita itu bertanya, “Bagaimanakah pendapatmu tentang Allah? Apakah saat ini Dia juga tidur?” Lelaki tersebut menjawab, “Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur.” Wanita itu lalu berkata lagi, “Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap tidak melihat kita. Oleh kerananya Dia lebih berhak kita takuti.” Dengan segera lelaki itu meninggalkan perempuan itu kerana dia takut pada Allah. Dia pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia, ada seorang bermimpi bertemu dengannya. Lalu ditanya, “Apakah yang dilakukan Allah olehmu?” Lelaki itu menjawab, “Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan meninggalkan dosa itu.”

 

Penenang Jiwa

Imam Al-Ghazali

ISU K-POP : SEKADAR MAHU BERKONGSI

Published November 9, 2012 by wana93

Setelah sekian lama tak update blog, maka, hari ini, saya mahu berkongsi sesuatu tentang isu ini hiburan yang sedang ‘top’. Mestilah K-POP, GANGNAM STYLE dan lain-lain tu kan? Tahukah kita akan isu-isu ini? Atau kita hanya sibuk dengan study, exam dan assigment. Yang lain, “Ada aku kesah?”

Harap kita tak macam tu. Sebab, kita sayang Islam kan? ^^

*Saya suka dan setuju bila USIM buat talk untuk mem’boikot’ K-POP dan lain-lainnya tu. Alhamdulillah sebab saya dimasukkan dalam universiti ni. ^_^

Mungkin, ada yang kata,

“Ala..biasalah tu..”.

“K-POP je, bukan boleh peluk penyanyi nye pun!”

K-POP. Satu nama yang cukup ‘hot’ di mata anak-anak muda. Satu kumpulan ‘hit’ yang digilai kebanyakan remaja. Betul tak? Dan, mesti ramai yang ‘happy’  giler sebab diorang bakal datang Malaysia nak buat konsert. Mahal kot tiketnya! Beli buku-buku ilmiah lagi berbaloi! Tapi, satu persoalan, adakah hiburan yang sebegitu dibenarkan dalam Islam?

Adakah Islam menggalakkan tari-menari dengan berpakaian tidak menutup aurat seperti GIRL GENERATIONS dan lain-lainnya? Adakah Islam membenarkan kita terlalu taksub dan terlalu asyik dengan K-POP, BIG BANG dan lain-lain lagi?

Kanak-kanak juga sudah mula minat dengan semua ini. Saya kongsi berdasarkan pengalaman saya yang pernah jadi guru sementara. Sewaktu saya sedang mengajar, ada pelajar sedang khusyuk berdiskusi soal lagu terbaru kegemaran kumpulan mereka, K-POP dan BIG BANG. Beberapa pelajar perempuan pula sibuk menceritakan tentang kekacakan pelakon Korea yang diminatinya, Li Min Ho(tak tahulah ejaannya betul ke tak.). Dan, saya pun mula berbicara,

“Kamu ni, nanti nak suami yang baik dan soleh macam Nabi Muhammad ke nak yang hensem macam Li Min Ho tu?”

Mereka pun jawab, “Mestilah yang soleh ustazah..”

Mereka tahu. Bagi mereka, itu saja-saja. Saya tak salahkan mereka sebab mereka masih di sekolah rendah. Saya cuba nasihat apa yang patut. Yang saya risau, mereka bakal meningkat dan meningkat dan melangkah ke sekolah menengah. Jika di sekolah rendah lagi sudah terlibat dengan hiburan yang sebegitu, bagaimana untuk hari-hari yang bakal menanti?

Ya.! Saya pernah sekali tengok cerita Korea (itu pun sebab nak tahu, siapa Li Min Ho yang mereka sibuk ceritakan, dan, kawan sebilik pasang cerita tu kat laptop dia.) Apa yang saya dapati, cerita ni memang tak sesuai untuk pelajar sekolah rendah. Banyak pasal percintaan. Tu yang kecik-kecik dah bercinta!

Lagi satu, orang Korea ni, kalau diorang ‘tension’, diorang tak mengadu atau luah dekat Tuhan mereka (kalau diorang percaya akan Tuhan). Diorang akan minum arak. Bagi diorang, itu solusi terbaik! Tapi, tidak kita! Kita orang Islam. Punya Allah untuk mengadu segala masalah. Punya Al-Quran untuk meleraikan gundah.

Bagaimana kita dapat jadikan Allah sebagai kekasih hati andai hiburan lagha yang memenuhi segenap ruang di hati kita ??

 Bukan Korea saja, artis-artis mana pun sama. Tak boleh kita jadikan idola, apatah lagi untuk sibuk nak berasa takjub dengannya. Lebih-lebih lagi yang tidak menutup aurat, tidak mengikut syariat Allah.

 Tidak takutkah kita akan firman Allah yang bermaksud :

“Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak daripada kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kebesaran Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.” (Surah al-A’raf : 179)

Hati kita sering diguna untuk merindui suara-suara penyanyi. Mata kita sibuk memandang gerak tari penyanyi yang seksi. Telinga pula sering dipenuhi dengan irama-irama lagha (melalaikan), yang kadang-kadang kita tak faham pun maksudnya, tapi, kita suka dengar (contoh : lagu korea).

Terkadang, kita lupa. Kita mengaku yang kita sayang akan Allah dan cinta akan Rasul, tapi, dalam kehidupan kita, sikit sekali kita bersyukur dan berselawat, sikit sekali kita membaca ayat-ayatNya. Kita amat jarang pergi ke surau atau masjid lantaran sibuk pergi ke konsert atau pawagam. Kita jarang sekali mendengar tazkirah dan ceramah dek terlalu suka mendengar lagu dan muzik. Kita sering melewat-lewatkan solat dek kerana khusyuk menonton filem Korea dll.

Nak berhibur? Jom! Boleh!

Nasyid kan ada! Zikir kan ada! Buku kan ada! Novel Islamik kan ada! Video tazkirah kan ada! TV Al-Hijrah kan ada!

Macam-macam ada! Tinggal kita saja, mahu atau tidak!

Sama-sama kita meminumkan hiburan yang lagha. Perlahan-lahan kita hazaf (buang) hiburan berbentuk lagha dalam hidup kita. Memang ada antara hiburan orang bukan Islam ni, banyak pengajaran dan manfaat. Tapi, tak semua dan amat sedikit sekali. Contoh yang saya pernah tengok, cerita 3 Idiot (lakonan Amir Khan dll). Cerita ni memang banyak manfaat. Menceritakan tentang pelajar,persahabatan,guru dan ibu bapa. Cerita Inggeris (Spiderwick dll) ada yang ‘best’ dan memberi manfaat. Hati-hatilah dalam memilih hiburan. Moga hati kita dapat mengenal mana dosa dan mana pahala. 🙂

Carilah hiburan saat kau bertemu dengan Tuhan.

Iaitu dalam solatmu.

Dalam doamu.

Dalam tahajudmu.

Dalam istikharahmu.

*Sama-sama kita buktikan cinta kita pada Allah dan Rasulullah dengan tingkah. Tingkah yang bagaimana? Tingkah yang diredhai Allah. Insya-Allah.* 🙂

-Wallahua’lam-

GOLONGAN AL-ABRAR

Published October 14, 2012 by wana93

Al-Abrar? Pernah tak kita dengar? Biasa tak kita dengar? Mestilah jawapannya pernah kan.. Dekat mana? Dekat dalam Al-Quran, Surah Al-Infithar ayat 13 :-

“إن الأبرار لفي نعيم..”

(Sesungguhnya orang-orang yang berbakti benar-benar berada dalam (Syurga yang penuh) kenikmatan)

(Most surely the righteous are in bliss)

Golongan Al-Abrar bermaksud golongan yang berbakti dengan penuh rasa ikhlas semata-mata kerana Allah, yang mana, misinya adalah Jannah bukan kerana pujian manusia, bukan kerana nama, pangkat, harta dan sebagainya. Targetnya adalah mahu menapak ke Syurga! ^^

Apa yang Allah suka, dia akan buat dengan penuh rasa suka juga. Apa yang Allah benci, dia akan jauhi dan tinggalkan. Dia ikhlas dalam setiap amal dan baktinya. Tak mengharap imbalan ucapan terima kasih dan penghargaan daripada manusia. Tetapi, dia mengharap akan redha Allah akan memayungi langkah hidupnya.

Misi yang perlu dicapai adalah seperti :-

1) Hubungan dengan Allah.

2) Hubungan dengan manusia.

3) Hubungan dengan alam.

‘Makanan Rohani’

Golongan inilah yang mahu dibentuk dan dilahirkan sebagai ahli Islam, ahli Khair iaitu kebaikan dan role model untuk tunjuk contoh teladan. 🙂

Ya! Memang tak mudah nak memastikan diri kita tersenarai dalam golongan ini. Tapi, siapa kita nak tentukan? Yang layak, hanyalah Allah. Tugas kita, buat yang terbaik kerana-Nya, bukan untuk dunia semata-mata. InsyaAllah, jom kita sama-sama bergerak ke arah menjadi golongan Al-Abrar! ~.^

Mudah-mudahan, kita tersenarai! Walaupun kita tak tahu, sekurang-kurangnya kita ada usaha ke arahnya. ^_^

SKETSA “BANGGANYA BERUBAH” (LAST EPISODE)

Published September 22, 2012 by wana93

Si A(muslimah) masih cuba memujuk mereka (B & C – senior dan jurulatih) melalui mesej untuk terus memakai tudung labuh dan baju muslimah dalam latihan bola jaring. Mesej itu mmendapat respon, “terpulanglah pada adik..!”

Kemudian, sesi latihan kedua, si A memujuk lagi secara berhikmah. Dia ingin kepastian secara face to face. Dan, si C me

njawab, “terpulanglah kat adik! kalau adik rasa selesa nak main macam tu, go on!”

Dalam hati si A, dia berbicara sendiri, “macam aku x pernah main je dengan pakaian macam ni..dulu pernah jadi wakil sekolah, menang lagi tu! xde pulak timbul isu xley pakai labuh2 kalau nak main bola jaring!”

Tiba2, si B bersuara, “ko xtau ke ada rukhsoh dalam nak bermain? boleh je pakai macam ni (sambil tunjuk tudung singkat, baju singkat dan seluar ketatnya) kalau nak main macam bola jaring ni..”

Si A terkesima sebentar. Jiwanya mula membara! Sempat dia bermonolog dengan hatinya seketika, “suka2 hati dia je keluarkan fatwa camtu! memanglah ada rukhsoh tapi bukan macam rukhsoh dia tu! semua singkat, semua ketat, lepas tu, tak pakai stokin, dikata rukhsoh? ya Allah! bantulah aku! bukalah hati2 mereka.” 😥

Si A terus menyusun kata, “kak, rukhsoh tu keringanan, bukan meringan2kan kewajipan. baiklah, terpulang pada akak. saya akan tetap begini sampai bila2 insyaAllah. terima kasih sebab masih terima saya bermain!” Kakinya melangkah menuju ke arah bola jaring. Moga Allah buka hati2 mereka. :”)

-Tamat-

*Ada kawan pernah cerita dekat saya yang dia pernah main bola jaring pakai jubah!Menang pulak tu! Terbaeekk kann.. ^^
*Saya sendiri pun pernah ada pengalaman main bola jaring. Okey je pakai tudung labuh, baju muslimah. Seronok main dengan guru2 muslimah (masa jadi guru hari tu). Walaupun saya ni tak reti sangat nak main bola jaring.. ;p

Ini hanyalah perkongsian. Ambillah kebaikan yang ada di dalamnya. InsyaAllah. 🙂

SKETSA “BANGGANYA BERUBAH!”

Published September 19, 2012 by wana93

Seorang muslimah bertudung labuh menghadiri latihan bola jaring. Dia terpilih. Sampai di sana, muslimah itu ditegur oleh senior dan jurulatihnya. A(muslimah), B(senior), C(jurulatih).

C : Lain kali, berlatih, tak nak pakai macam ni ye (tudung labuh dan berbaju muslimah). Pakai je baju biasa mcm ni (sambil tunjuk baju singkatnya.)

B : Aah. Tudung macam ni je (tudung singkat!). Tak payah nak labuh sangatlah!
A : Maaflah. Tapi, saya memang pakai macam ni. Saya rasa, tak ada masalah kot.
B : Alaa..biasalah kan. Budak tahun 1 lagi. Memanglah baik, sopan je. Kitorang dulu pun macam ni. Last-last, hampeh jugakk. Haha.
A : (Terdiam seketika sambil hati berbicara sendiri, “Bangganya diorang. Seolah-oleh gembira berubah ke arah kejahilan.”)

A pun balik dengan semangat yang jitu.
“Aku akan pastikan yang aku takkan buat semua tu. Esok, latihan, aku akan tetap dengan cara berpakaianku! Kalau diorang tak benarkan jugak, fine! Aku rela dikeluarkan!”

Muslimah itu mengadu pada sahabatnya. Panjang perbualan mereka. Dan, sempat muslimah itu mengingatkan dirinya sendiri dan sahabatnya itu :

“Kita bukan tak boleh nak pakai macam yang diorang suruh tu. Boleh je! Kalau kita nak! Masalahnya, kita tak nak! Kita ni dahlah dok kat akhir zaman. Kiamat tak tahu bila. Kalau kita lupa dan lalai saja, bila Allah dah marah, bukan orang yang buat dosa saja kena, kita semua sekali akan kena padahnya! So, lebih baik kita berusaha kekalkan apa yang kita dah belajar. Semoga Allah tetapkan pendirian kita di atas jalan kebenaran-Nya.”

-Ini bukan cerita saya ye. Jangan salah faham. Saya adaptasi daripada true story. 🙂

Saya teringat pesan ustazah saya, ustazah Aisyah, salah seorang guru yang mengajar subjek STAM. Katanya, “Kita kena menguasai keadaan sekeliling. Jangan biarkan keadaan sekeliling yang menguasai kita.”

Banyak universiti, hanya gah pada nama sahaja. Sebab tu, ramai yang kata, “Alah, semua universiti sama je. Sosial jugakk.”

Begitu jugalah orang Islam, hanya gah pada nama, tetapi tidak gah pada amal dan takwa pada-Nya. Maksiat dibiarkan melata. Kejahilan semakin bermaharajalela. Ada yang hatinya mudah berbolak-balik mengikut arus dunia dan melupakan akhirat di sana.

Kita yang pilih! Ketahuilah, yang tertutup itu lebih indah. 🙂

Apa benar kita sayangkan Islam?

Apa benar kita cinta pada Allah?

Lalu, dimanakah bukti tingkah kita pada-Nya?

Tepuk dada, tanya iman di hati kita, yang masih bersisa. :’)

 

 

BANYAKKAN BERZIKIR, KURANGKAN MENGELUH

Published September 18, 2012 by wana93

Aku mula menapak ke alam Universiti pada 1 September 2012. Sudah dua minggu aku bergelar pelajar atau student Universiti Sains Islam Malaysia, di Negeri Sembilan. Sepanjang minggu orientasi, kami memang agak penat dan letih. Serius! Memang kami banyak exercise seperti jalan kaki (jari kaki saya sampai bengkak kot! sebab pakai kasut sarung. sejak tu, saya dah tak pakai kasut sarung. hehe.)

Apa yang aku nak kongsi di sini, bukan nak berceloteh memanjang tanpa tujuan. Aku hendak berkongsi sesuatu selama 2 minggu aku di USIM. Bila dah lama tak balik rumah, aku dan kengkawan mula dihinggap penyakit ‘homesick’! Hari bertambah hari, penyakit itu semakin menjadi-jadi. So, aku dan kengkawan decide nak balik ke rumah tercinta kami pada hari Jumaat sebab hari Isnin dan alang-alang cuti Hari Malaysia. ^^

Sebelum bertemu dengan hari Jumaat, iaitu hari Khamis, aku ter’pukul’ dengan satu kejadian yang bagi aku, amat-amat bermakna! Sebab aku ni, rupanya masih tak bersyukur! Alangkah teruknya diri ini. 😦

Memang sepanjang dua minggu ni, aku agak banyak mengeluh. Mengeluh sebab asyik penat saja. Asyik kena jalan kaki jauh-jauh saja. Asyik nak merungut saja.

“Penatlah kalau hari-hari macam ni..”

“Jauh kot nak jalan kaki ke kelas..adoyaii..”

Itulah aku. Teruk bukan? Maklumlah, dah lama tak exercise, sekali dah ‘kena’ baru tahu padan muka!

Hari Khamis tu, aku baru pulang dari kelas. Aku berjalan kaki seorang diri. Keluhanku waktu itu seakan sudah berkurang. Mungkin kerana sudah menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan di universiti iaitu memang pelajar kena berjalan kaki jika bas tiada atau lambat. Sebaik saja kakiku melangkah masuk ke perkarangan asrama, mataku terpandang dan mula memerhati gerak-geri seseorang. Lelaki.

Aku tak tahu umurnya berapa, tapi, yang pasti, dia adalah pelajar USIM. Dia berjalan menggunakan tongkat. Kakinya seakan tidak boleh berjalan. Kecuali dengan menggunakan tongkat itu. Dari situ, aku seperti mahu menangis! Aku dahlah boleh berjalan, boleh berlari tanpa tongkat, tapi, asyik mengeluh saja! Hatiku beristighfar beberapa kali. Betapa kurangnya syukurku selama ini! 😦

Kemudian, selesai aku solat Maghrib di dalam bilik, aku terus menapak keluar menanti sahabatku untuk pergi ke kelas sama-sama pada malam itu. Lagi sekali, aku melihat orang yang sama. Dia memakai jubah putih sambil cuba berjalan laju menggunakan tongkat untuk pergi ke surau. Usahanya tampak bersungguh-sungguh! Lagi sekali, aku menangis dalam hati sambil berdoa, “Ya Allah! Permudahkanlah urusan hambaMu itu di bawah redhaMu.”

Pulang ke kelas pada malam itu, aku menaiki bas. Aku berjalan di belakang seorang gadis. Usianya mungkin sama seperti aku.  Pelajar tahun 1 juga. Dia berjalan agak pelik, lalu, aku melihat kondisi kakinya. Dia juga mempunyai masalah untuk berjalan dengan normal. Lagi sekali, aku beristighfar di dalam hati sambil berdoa, ” Ya Allah! Permudahkanlah urusan hambaMu itu di bawah redhaMu.”

Sejak kejadian itu, mulutku lebih banyak diam. Aku tidak mahu beri peluang pada diriku untuk mengeluh da mengeluh lagi. Aku cuba bayangkan macam mana kalau suatu hari nanti, aku sudah tidak boleh berjalan kaki untuk belajar? Bukankah aku juga yang rugi?

So, the moral of this story, jangan sesekali tiru perangai buruk aku yang suka sangat mengeluh. Lembik! Bukankah Allah lebih menyukai muslim yang kuat? Jadi, jom sama-sama kita ubah diri kita. Daripada buruk kepada baik dan daripada lemah, lembik kepada kuat. Kuatlah untuk mujahadah! Kuatlah kerana Allah!

♥ Buktikan syukur dengan tingkah, bukan dengan lafaz semata-mata. ♥
♥ Kurangkan dan elakkan mengeluh, perbanyakkan zikir dan istighfar. ♥
♥ Jalan ke Jannah itu tidak pernah mudah, dan ia memerlukan mujahadah. ♥

Aku seru diriku sendiri dan kalian yang disayangi Allah, sama-sama kita banyakkan berzikir dan istighfar serta kurangkan dan elakkan daripada mengeluh. Sebab itu, diam itu lebih baik. 🙂

Coretan : – Khamis, 13/9/12, Universiti Sains Islam Malaysia.

PERKONGSIAN : KEHIDUPAN, CINTA DAN PERSAHABATAN

Published June 5, 2012 by wana93

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Tiba-tiba rasa rindu pula dengan awak-awak semua. Meskipun saya tahu, ada antara kita yang tak pernah kenal, tak pernah bertemu, tak pernah bertegur sapa dan tak pernah mendengar bisik suara pun. Namun, itu bukanlah satu alasan untuk kita tidak berukhuwah. Betul tak? ^_^

Insya-Allah, saya nak berkongsi tentang satu peringatan. Peringatan ini sebenarnya untuk diri saya sendiri. Dan, saya suka berkongsi. Saya nak berkongsi tentang tiga topik utama. Kehidupan, Cinta dan Persahabatan. Tapi, sebelum nak kongsi panjang lebar, saya nak kongsi satu sketsa ni. Tiba-tiba teringat! 🙂

Dua orang sahabat perempuan sedang duduk di halaman surau. Mereka meluangkan masa sebentar selepas selesai menunaikan solat.

A : (Sedang termenung…)

B : Uitt.. Jauh kau termenung.. Rindu pakwe ke? Huhu..

A : Err? Aku? Pakwe? Haha. Lawak-lawak. ;p

B : Habis tu? Tetiba termenung ni kenapa?

A : Entahlah. Kadang-kadang, aku tetiba rasa rindu dengan suami aku. Hehe.

B : Suami? Kau ni! Belum apa-apa lagi pun, tetiba dah rindu suami. Apa daaa! Jumpa pun tak pernah. Adoyai. Haha. Pelik!

A : Ermm.. Aku nak tanya ‘something’ boleh tak?

B : Boleh je. Apa?

A : Kau pernah tak rasa rindu dengan Nabi kita, Nabi Muhamaad s.a.w.?

B : Mestilah pernah. Sebab tu, kita digalakkan berselawat. Kenapa?

A : Ermm.. Kau pun pelik gak ek!

B : Kenapa? Apa yang peliknya?

A : Yelah, kau pernah tak jumpa Nabi? Pernah tak dengar suara baginda?

B : Eh.. Mestilah tak pernah..

A : Habis tu, macam mana boleh rindu pulak? Pelik ke?

B : Err.. Okehh.. Aku dah paham.. Hehe..

A : Kau tahu, Nabi kita pun sangat-sangat rindu dengan kita. Baginda amat rindu akan umat yang tidak pernah melihat dan mendengar suara baginda, tetapi amat mentaati baginda s.a.w. So, tak ada istilah pelik bila kita rasa rindu pada seseorang yang belum pernah kita jumpa. Kira okey la aku rindu dengan suami aku. Daripada member-member yang dah ber’couple’ tu, rindu dengan pakwe-makwe je. Lagi hampeh! Hehe.

B : Haha. Betul gak kan. Takdela, aku cuma pelik je tetiba kau boleh rindu dengan suami kau. Tak pernah terfikir pun aku. Hehe.

A : Yang paling penting, kita kena selalu rindu pada Allah dan kekasih-Nya, Nabi Muhammad s.a.w. 😀

Menangislah..

KEHIDUPAN

Dalam hidup ini, kita sering diduga. Betul tak? Sama ada dugaan itu dalam bentuk ujian atau kesenangan. Ya! Kesenangan juga boleh menjadi ujian buat kita. Contoh kesenangan : kaya, cantik, hensem, kuat dan berkuasa serta selalu berjaya. Kesenangan juga boleh menjadi dugaan untuk diri. Mengapa?

Sebagai contoh, Ahmad berjaya mendapat 9A dalam PMR. Dia semakin bangga. Dia semakin meninggi diri. Dia memandang rendah pada sahabatnya yang lain. Malah, dia berkata begini,

“Aku tak pergi usrah pun macam kau. Aku ada je makwe. Aku solat pun jarang-jarang. Tapi, aku dapat 9A. Kau ada? Haha. Kau kan budak masjid. Selalu pergi usrah, bajet bagus konon. Tapi, keputusan kau 5A je.”

Jangan kita lupa bahawa kesenangan juga boleh menjadi ‘Istidraj’ untuk kita. Istidraj bermakna sesuatu yang memberi kesenangan dengan tujuan untuk menyesatkan. Allah memberi kekayaan dan kesenagan pada kita. Adakah kita bersyukur? Adakah makin dekat dengan Allah? Jika kita makin kaya, makin berjaya dan kita makin jauh dan lupakan-Nya, maka, itulah Istidraj. Hati-hati ya! ^^

Ujian berbentuk kesusahan seperti kesakitan, kehilangan insan tersayang, kemiskinan, kegagalan dan banyak lagi pula dating menerpa diri dengan seribu hikmah. Hikmah dari Allah. Sebab itu, bila kita ditimpa musibah, kesusahan, maka, jangan cepat gelisah dan terus resah. Asyik bersedih saja. Jangan! Itu semua ujian dari-Nya. Allah mahu uji kita. Setakat mana iman dan setakat mana kepercayaan dan kebergantungan kita pada-Nya? Adakah ketika senang saja kita bersyukur pada-Nya?

Rehat yang sebenar.. :’)

Sedarlah bahawa ujian dan dugaan itu adalah tarbiah. Bahagia dan kesenangan itu pula adalah anugerah. Maka, kita seharusnya sentiasa bersyukur. Dalam apa jua situasi, Allah tetap ada bersama kita.

Kita hidup bukan seorang diri di dunia ini. Kita hidup bermasyarakat dan berjiran serta bersaudara. Maka, kita seharusnya sedar akan tanggungjawab sebenar kita. Bila kita nak buat baik, bila kita nak jadi baik, bukan hanya seorang diri. Jangan macam tu! Tapi, kita ajak orang. Ajak diri, ajak keluarga, ajak kawan-kawan dan ajak masyarakat. Sebab, fitrah kita semua sama. Inginkan kebaikan dan mahu menapak ke Syurga. Bila ditanya, tiada siapa yang nak masuk Neraka. Tapi, apakah kita sedar, langkah kita sebenarnya selama ini lebih menuju ke mana? Ke Syurga atau ke Neraka? Tepuk dada, tanyalah iman kita yang masih bersisa..

Kita ini sebenarnya khalifah dan pemimpin. Bukan untuk diri sendiri saja. Tapi, melibatkan semua.

Boleh dengar dan faham dengan lebih meluas di sini,

 

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.” (Surah Al-Baqarah : 30)

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (Surah Adzzariyat : 56)

Tazkirah diri.. ^^

Dakwah itu mendekati, bukan meninggalkan dia seorang diri..
Dakwah itu mendekati, bukan untuk jadi batu api..
Dakwah itu mendekati, bukan hanya mencegah dengan hati..
Dakwah itu mendekati, bukan hanya pada yang sudi..

Dakwah itu ada banyak..
Percakapan kita, pemakaian kita, penulisan kita, pergaulan kita dan banyak lagi.
Bukan hanya duduk 24 jam di masjid, berzikir 24 jam.
Kalau boleh buat, silakan.. 🙂
Tapi, kita ini manusia, bukan malaikat..
Manusia itu terbatas kemampuannya..

Jadi, buatlah apa yang kita terdaya.. ^^
“Sedap kan nasi lemak ni. Alhamdulillah, Allah bagi kita rasa.”
“Cantik kan baju kurung ni. Alhamdulillah, tak ketat dan tak jarang. Allah pasti suka!”
“Weh! Malam ni jom kita tengok tv Al-Hijrah. Slot 30 minit bersama ustaz Don. Best!”
“Jom solat dulu..”

Dakwah itu mudah, pelbagai tingkah, semata-mata ingin membawa manusia bersama Allah.. Kita memang serba lemah, serba berdosa, namun, kita ini manusia, punya fitrah untuk melaksanakan kebaikan bersama-sama dan punya keinginan untuk menapak ke Syurga.. ♥ ♥ ♥

 

CINTA

Rasa suka, sayang dan cinta. Semua yang bernama manusia mengalaminya termasuklah saya sendiri (sebab saya pun manusia). ^_^

Katakan ‘TIDAK’! ^_^

Semua perasaan tu fitrah. Tinggal bagaimana kita uruskan fitrah itu agar tidak menjadi fitnah. Ramai kata, cinta tu sama erti dengan couple. No! Saya 1000% tak setuju. Sebab apa? Erm. Saya dah kongsi dekat entri lepas-lepas. Boleh baca dekat sini, Cinta Bermatlamatkan Syurga.

Bila cakap soal cinta, pasti lelaki dan perempuan menjadi tumpuan utama minda. Para remaja sampai terbeliak mata. Iya ke? ;p

Bagi saya, perasaan itu sememangnya fitrah. Hatta ber‘cinta’. Tapi, ber‘cinta’ yang bermaksud punya rasa pada seseorang.  Menyimpan rasa. Itu sememangnya fitrah. Itu tiada ikhtilaf. Perasaan adalah sesuatu di luar kawalan. Fitrah.

Tapi, bagi yang menganggap ber‘cinta’itu adalah dengan ber‘couple’, maka, itu sudah salah! Namun, inilah yang selalu dinggap dan difahami oleh ramai antara kita.  Ber‘cinta’ adalah berpacaran atau ber‘couple’.

Saya amat bersetuju dengan takrif cinta seorang penulis, Hilal Asyraf. Makna cinta bagi beliau adalah ingin bersama dengan orang yang kita sayang ke Syurga. Apa-apa yang membawa ke Neraka, itu bukan cinta! Betul!

Saya cinta pada keluarga saya. Sebab tu, saya ubah diri saya dulu. Agar saya boleh ubah dan baiki diri dan keluarga saya. Usaha sedikit demi sedikit. Kita kena ingat, iman bukan warisan. Jadi, tak hairanlah kalau dalam sebuah keluarga yang kita anggap beragama, ada seorang atau dua yang lari dari pemahaman agama. Ya! Iman bukan warisan! Disebabkan rasa cinta, saya nak bersama dengan keluarga saya di Syurga. Maka, saya usaha untuk bawa mereka ke destinasi impian itu. Dengan cara yang pelbagai. Sebabnya, cinta! Nak masuk Syurga sama-sama.

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah At-Tahrim : 6)

Dan, saya juga amat-amat bersetuju dengan prinsip seorang penulis lagi, Fatimah Syarha. Iaitu, “Jauhi diriku, Dekati waliku.” Ya! Betul sangat! Tapi, berapa ramai hari ini yang mengenepikan wali tapi sibuk mendekati si anak dara. Sungguh tak molek kan. Kalau betul-betul cinta, sayang, betul-betul nak, mestilah serius. Jumpa wali. Minta dengan wali. Bukan minta dengan cara Barat (bercouple).

Kalau anda dah bersedia, maka, jumpalah dengan wali si dia. Be gentle!

Atau, kalau anda dah bersedia, beritahulah niat suci pada si dia (terus terang atau orang ketiga) kemudian, jumpa walinya. (Tapi, ni tak berapa gentle sangat lahh. Patut kena beritahu wali dulu. Itu the best! ;p)

Bila empunya diri dan kedua pihak keluarga  sudah okey, sudah restu dan setuju, maka, buatlah langkah seterusnya. Segerakan nikah. Jangan hanya nak suka-suka saja. No! Itu tak serius namanya. Sepanjang perjalanan nak menuju ke gerbang halal itu pula, ada syarat dan batasnya. Bukan boleh main terjah semua benda. ;p

Bila nak berhubung, pastikan atas dasar keperluan sahaja. Itu sepatutnya. Bukan sms yang melekakan, yang melarat panjang sampai syaitan masuk line. Kalau nak berjumpa, ajak famili. Bila sms tentang keperluan, bila si dia sudah membalas, maka, padamlah sms-sms itu supaya kita tidak asyik mengulang melihat dan membaca sms itu hingga terheret ke dalam zina hati.

Mesti ada yang kata, “Susahla…”

So, kalau nak senang, nikah! Segalanya halal! ^_^

Bercouple dan berpacaran itu sudah tertera hukumnya haram.

1)

2)

Bercinta pula ada dua. Bercinta dengan jalan yang haram itu haram. Bercinta dengan jalan yang halal itu halal. 😀

Bila budaya berpacaran dan bercouple sudah menjadi ikutan, berapa ramai antara kita yang sanggup bermujahadah? Ramai antara kita tahu akan amaran Allah agar tidak berzina tetapi mendekati zina juga ditegah-Nya.

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah Al-Isra’ : 32)

Namun, berapa ramai hari ini, antara kita, yang semakin menghampiri jalan murka itu? Orang bercouple, ada pakwe, ada makwe, kita pun sibuk juga nak ada. Lepas tu, sibuk sms yang sia-sia. Sibuk call untuk berborak hingga melekakan diri. Sibuk memendam rindu. Bila dah tak tahan menanggung rindu, sibuk pula nak bertemu. Bila dah bertemu, macam-macam boleh berlaku. Erm.

Apa pun, saya tetap memilih untuk bercinta dan bercouple selepas nikah. Itulah yang paling Allah suka. Sebab bila sudah bernikah, maka, segalanya sudah menjadi halal. Tak perlu nak pandang sekeliling tengok line clear ke tak clear nak berdating. ;p

Segala pintu yang akan membawa dan mengheret kita ke arah ‘mendekati zina’, mestilah kita tutup. Jangan buka dan bagi peluang. Walau sekadar sms kosong.  Ada orang kata, “Saya tak couple. Saya cuma hantar sms berbentuk tazkirah dekat dia sebab nak ingatkan dia. Saya call dia setiap pagi sebab nak kejutkan dia solat Subuh. Saya study group dengan dia sebab saya nak berjaya sama-sama.” Oh syaitan! Betapa bijaknya engkau!

Ikutlah cara Islam. Jangan kita terlalu taksub dengan cara Barat. Semuanya asyik ikut Barat. Daripada fesyen, cara berpakaian hinggalah cara bercinta. Semua kita nak ikut Barat. Asyik tonton filem-filem Barat saja. Filem-filem Melayu pun sudah banyak yang mengikut cara Barat. 😦

Selagi saya belum bersedia, saya takkan berjanji setia dan bermain cintan-cintun dengan sesiapa yang bergelar lelaki yang bukan mahram. Saya sedang dalam proses bersedia. Sentiasa dalam tarbiah untuk bersedia. Sedikit demi sedikit. Insya-Allah. ^^,

Cinta Oh Cinta

Budak-budak sekolah rendah sekarang, dah pandai tulis surat dan sms cinta..
Budak-budak sekolah menengah lagilah kan..
Lebih dari menulis dan menaip..

Para remaja pula semakin pandai memberontak soal perasaan..
Ramai anak yang dah mula derhaka dengan ibu bapa kerana rasa yang mereka gelar, cinta..
Kata mereka, “Aku dah dilamun cinta. Segalanya aku sanggup! Demi kekasihku!”
Lebih parah lagi, ram…ai yang semakin menderhaka pada-Nya..

Teringat pesan kak Siti Fatimah (18 A) dalam buku Watak Remaja Zaman Ini..
“Kalau dah mula pergaulan tersebut, susah nak halang. Sebab, itu berkenaan dengan perasaan. Perasaan ni, kita susah nak halang. Kalau mak ayah cakap apa-apa pun, bila lelaki dan perempuan dah ada hubungan yang rapat, diorang dah tak nak dengar cakap siapa-siapa lagi dah – mak ayah ke, guru-guru ke. Sebab diorang dah ada dalam dunia masing-masing.”

p/s : Saya suka watak dan prinsip kak Siti Fatimah (18 A) dan kak Nik Nur Madihah (20 A). Dan, saya suka ambil watak dan prinsip akhlak ini dalam diri saya, untuk kebaikan diri saya. Anda pon boleh. Jom! ^_^

♥ Kejarlah cintaNya dahulu, kemudian, cita-cita.. Pasti cinta akan mengejarmu.. ♥
♥ Jangan sia-siakan usia muda remaja dengan longgokan dosa dan noda.. ♥

 

PERSAHABATAN

Tahukah kita bahawa sahabat yang sejati itu adalah dia yang sering mengingatkan kita akan pertemuan dengan-Nya. Sahabat sejati itu adalah apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah. Moga-moga, itu adalah kita. Bila saya lihat anda, saya teringat Allah. Dan, semoga bila anda lihat saya, anda juga teringat Allah. Kan sweet begitu? ^^

Yang paling ‘osem’, sahabat adalah dia yang ingin bersama sahabatnya ke Syurga. Sahabat sejati datang bersama kebaikan. Ingin sama-sama menuju ke Syurga Ilahi. Sahabat sejati takkan biar kita sendirian. Ingin sama-sama mengejar cinta dan reda Ilahi. 😀

Sebab itu, bila saya salah, silalah tegur. Bila anda salah, saya insyaAllah pasti tegur. Kita saling ingat mengingatkan, saling nasihat ke arah kebaikan dan saling membantu dalam perkara makruf serta sama-sama nahi mungkar (cegah kemungkaran).

Sahabat ke Neraka, mudah dicari..

Sahabat ke Syurga, sukar ditemui..

Cuba kita lihat dan tanya dalam diri : “Adakah aku ini seorang sahabat yang akan membawa dan mengajak sahabatnya ke Syurga? Atau aku ini sahabat yang akan mengheret sahabat lainnya ke Neraka?”

Ukhuwah sebuah persahabatan itu sungguh indah! Subhanallah! 🙂

Cinta itu adalah sesuatu yang indah! Subhanallah! 🙂

Sesuatu yang indah, sudah pasti asasnya adalah kerana Allah. Keimanan dan ketakwaan.

Semoga kita semua bercinta dan berkasih sayang kerana Allah.

Jika kerana Allah, apa buktinya?

Buktikan pada Allah.

Bukan dengan melalaikan dan mengajak manusia ke Neraka.

Jangan kita terlalu sibuk dengan cinta dunia, sedangkan ilmu agama di dada masih kontang, kitab Al-Quran tak habis khatam, tafsirnya masih belum habis belajar. Apatah lagi kitab-kitab hadis. Sibukkan diri kita dengan cinta akan ilmu dan perjuangan dahulu.

Kita sentiasa dibentangkan dengan dua pilihan. Pertama, jalan kebenaran dan kesyukuran. Kedua, jalan kesesatan dan kekufuran. Kita yang pilih. Dan, kita yang akan bertanggungjawab di atas pemilihan kita. Kita yang akan menanggung pilihan kita. Sebab itu, bila kita sudah memilih jalan tersebut, tetapi, kita pilih jalan kesesatan dan kekufuran, maka, jangan salahkan takdir. Jangan salahkan Allah. Tapi, salahkan diri sendiri sebab kita yang pilih. 🙂

Saya memilih jalan yang Nabi Muhammad s.a.w. pilih. Iaitu jalan kebenaran dan kesyukuran. Anda? Saya harap, jalan kita sama. Insya-Allah. 😀

Cara Elak Maksiat

Akhir sekali, pesanan untuk saya dan anda semua :

Jaga diri baik-baik.. 🙂
Jaga iman baik-baik.. 🙂
Jaga Islam baik-baik.. :”)
Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu.. :”)

~Teruskan berjuang dan mengejar cinta-Nya. Keep struggle and strive for Mardhotillah.~