LEMAH WANITA LEMBUT WANITA

Published August 31, 2009 by wana93

wanita

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut… ..besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak re la mengakuinya
Telah ditakdirkan … kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam…

Diam seolah-olah menerima…
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani… di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari

Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat… di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah… bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah… bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah… terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju

Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud… Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati… Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita… .
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar

Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

‘KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT’

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..

3 comments on “LEMAH WANITA LEMBUT WANITA

  • Asalamualaikum

    Pokoknya lelaki dan perempuan itu saling melegkapai memadu cinta untuk mengimbangi kaseh sayang supaya meraih kesejahteraan hidup yang abadi hinga kealam nirwana (infiniti). Lelaki perempuan itu perlu saling urut menguruti supaya menjadi lemah lembut, bukannya saling menyaingi, selanjutnya layari,
    http://pakcikli00.wordpress.com/

    Terima kaseh salam hormat.

  • lelaki sejak dari kecil telah diasuh semua kerja dapur kerja perempuan. padahal itu semua kerja lelaki. perempuan nampak saja lemah tapi bukan lemah. kuat zahir, batin juga emosi. perempuanlah ibu kepada lelaki. lelaki harus berterima kasih kepada perempuan. kerana perempuan, segala keperluan lelaki tersedia. cuma lelaki ego untuk mengubah tradisi. Nabi tidak malu untuk membuat kerja2 membantu isteri. namun lelaki sekarang lebih senang mewarisi tradisi. beruntunglah perempuan kerana setiap kebaikan yang dilakukanya beroleh pahala dari Allah.

  • Leave a comment