BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN DALAM ISLAM

Published October 31, 2009 by wana93

Etika pergaulan dan batas pergaulan di antara lelaki dan wanita menurut Islam :
1. Menundukkan pandangan

ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 30)

Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 31)

2. Menutup Aurat

ALLAH berfirman : ..dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (An-Nur: 31)

Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.(Al-Ahzab : 59)

Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nur: 59).

Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis.

Dari Abu Daud Said al-Khudri .a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita;

Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (Al-Ahzaab: 53)

4. Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan

Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan)

Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (Al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis

Dari Maqil bin Yasar .a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)

Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/44)

Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya.

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda : “Telah ditetapkan bagi setiap anak Adam bahagian dosa daripada zina yang pasti akan ditemuinya. Kedua mata dosanya melihat, kedua telinga dosanya mendengar, lidah dosanya membicarakannya, kedua tangan dosanya memegang, kedua kaki dosanya melangkah, dan hati dosanya membayangkan atau mengangan-angankan. Semua itu akan dinyatakan atau tidak oleh kemaluannya.” (Riwayat Muslim)

*Al-Bukhari juga meriwayatkan hadis ini secara ringkas.

Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)

‘Muslimah Solehah Pada Pandangan Allah’ : Itu buruan kita 🙂

67 comments on “BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN DALAM ISLAM

  • Posting yang baik. Sebagai panduan kepada pembaca, jauhkan pergaulan bebas, tingkatkan takwa anda kerana ini boleh menyebabkan rezeki anda berkat. Jauhi dosa kecil atau besar kerana dengan melakukan perkara tersebut anda membentuk hijab untuk sampainya rezeki yang luas. InsyaAllah.
    http://rahsiarezeki.com

  • hi I was fortunate to seek your topic in yahoo
    your Topics is outstanding
    I obtain a lot in your subject really thank your very much
    btw the theme of you website is really terrific
    where can find it

  • article ini sgt beguna kpd kita semua terutama insan yg benama muslimin n muslimat..samala kte mnjaga batas2 pergaulan DAN maruah kite..INSYAALAH..kte akn DPELIHARA oleh ALLAH. S.W.T..

  • Assalamu’alaikum…..
    afwn ukh mau memastikan
    pda poin ke 2 (munutup aurat), disitu di jelaskan terdapat pda surat An-nur ayat 59
    tp stau ana terdpt di Qs.Al-ahzab:59. ana jg sudah menco2kkan d al-qur’an, mhon di cek lg.
    salam ukuwah…^-^

  • salam..macam mane kalau kite baharu nak berkenalan dengan lelaki yang terang2 bukan muhrim kite..saya berbual mengenai kisah saya dan die mase sekolah sampai sekarang ni dan kenape saya still single..saya bergayut dalam sehari tu dalam 3,4 kali dan kadang2 mengambil masa 1 – 1jam30min.tapi yang penting tidak sampai jam 2pagi..harap respon.

    • waalaikumussalam..
      masih single tak bermakna kita tak buat maksiat dan tak lakukan dosa..
      sebab tu kena faham dan tahu pasal agama dengan mendalam..

      single,tak bercouple, tapi masih kuat hubungan talian hayat dgn lelaki aijnabi tanpa ade keperluan yang betul2 perlu dan penting, itu dah salah..
      kita kena jaga dan pelihara jalan2 dan pintu2 yang membuka ke arah bisikan durjana syaitan..
      syaitan membisikkan kebaikan sedangkan perkara itu sudah terserlah kesalahannya..
      bergayut dlm telefon sehingga berjam-jam,tanpa ada sebarang urusan penting, hanya akan melalaikan hati kita..kita akan rasa syok berborak mesra dgn lelaki ajnabi..
      shingga kita tidak sedar, jiwa sudah mula berangan-angan..
      makin jauh lupakan-Nya..

      peliharalah, agar jodoh kita juga terpelihara.. 🙂

      • ok, saya just berbual mengenai perkara umum..maybe salah sampai lewat malam..so pe pandangan anda mengenai adik saya yang membuka hijap kerana bengang dengan saya yang bergayut lame2 dengan lelaki?saya bergayut dengan seorang lelaki sahaja, sedangkan adik saya membuka hijab kepada sesiapa yang terlihat dia..ada beza kah?

      • ????
        adik siti buka hijab sebab bengang dgn siti gayut lama2 dgn lelaki????
        saya tak faham sgtla statement ni..
        xpe..saya terus kpd point ye..

        memakai hijab atau menutup aurat tu satu kewajipan..
        bg hamba-Nya yg mengaku Islam, bertuhankan-Nya dan beriman pd-Nya..
        sbb itu orang yg berilmu dan org yg jahil tu berbeza..
        org beriman dgn org x beriman tu lain..

        Firman Allah yang bermaksud : “Maka tidak pernahkah kamu berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya, bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.” (Surah al-Hajj : 46)

        apa yg telah termaktub berdosa,tetap dosa..
        contohnya,berzina,minum arak dan lain2 lg..
        malah,mendekati zina pun Allah larang..
        “dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah sutu perbuatan keji dan jalan yang buruk.” (Surah al-Israa’ : ayat 32)

        Hakikat tudung adalah perlindungan zahir dan batin. Lindungi mata kita dari memandang lelaki yang bukan muhrim, lindungi lidah kita dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia, sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah s.w.t, lindungi telinga dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk diri sendiri mahupun masyarakat, lindungi hidung kita dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan dari membuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kita dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kita dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu, lindungi hati kita dari sesuatu selain Allah s.w.t. Bila sudah biasa, tudung yang kita pakai, akan menyinari hati kita. Itulah hakikat tudung!

        dan,jangan menghukum sesuatu kerana kesalahan seseorang..
        sbg contoh, pernah orang cakap, “eleh,pakai tudung pun sama je! keluar dengan lelaki juga. dating jugak..”
        tu bukan salah tudung,tapi salah kita sendiri..
        salah kita sebab x mendalami agama..
        Islam ni mudah tp jgn kita pandai2 nak permudahkannya..

        kita kena ingat,syaitan ni bijak..
        dia musuh dlm selimut..
        syaitan gunakan mata hati kita yg telah dibutakan dgn sogokan dunia dan keseronokan..
        sebab tu kita nampak semua perkara buruk tu baik..ok je..
        sbb syaitan dh kuasai mata hati kita..

        Daripada Abu Abdillah al-Nukman bin Basyir r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda : “…Ingatlah, bahawa dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah, bahawa segumpal daging itu adalah hati.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

        maaf andai ada salah dan silap..
        terima kasih krn soalan siti membuatkan sy berfikir lbh mendalam.. 🙂

        “Dan tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda-gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al Quran itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, kerana perbuatannya sendiri…” (Surah al-An’aam : 70)

  • ok..nak tanye..kenape kita still melakukan dosa sedangkan kita tahu benda tu haram lagi ditegah?
    dan sewaktu melakukan dosa tersebut kita tahu yang benda tu memang tak patut dilakukan..tapi buat jugak..

    dah tu kawan saya yang seangkatan dengan saya pon bergayut bersms sepanjang masa..lepas jumpa pensyarah discuss ass pon nak call bf cakap sedih pensyarah reject proposal..cam ne tu?ada yang tampal gambar bersama bf dalam bilik..tapi semua tu yang bertudung dan berstokin..

    that why saya terkejut bila adik saya nak buka tudung bile die cakap apa yang die buat tu sama j dengan saya dan kawan2 buat.mean saya dan kawan2 yang ada bf ni wat dosa jugak sama j dgn die yang bukak tudung..tanda protes tindakan saya yang menghampiri zina..dia kata saya berkhalwat semasa bergayut..tak ada org ketiga yang menyampuk perbualan kami walau pun perbualan kami adalah perbualan umum..saya menjaga batas perbualan tanpa membangkitkan isu2 sensitif..

    so macam mana ni..saya pon pening..saya rasa saya perlu bersms dan bergayut untuk kenal lelaki yang nak berkawan dengan saya.supaya boleh lebih mengenali hati budi dan sebagainya..

    adakah hijab itu dimaksudkan pada aurat atau tingkahlaku?
    maksud khalwat pula mengasingkan diri..saya bergayut dalam telefon sahaja, dalam bilik,,tu dikira khalwat ke?maaflah saya nak tahu sangat..

    • ye..sy faham..
      mcm yg sy cakp sblm ni,jgn menghukum sesuatu ats kesalahan org lain..
      jawapan yg ingin sy beri pd saudari,sudah sy tulis dlm post terbaru..
      sy mulakan drpd awal..

      hope saudari mmbaca nye..

      UNTUKMU SAUDARIKU SAYANG

      lg 1, telefon pkwe, berkenalan ke dll..
      itu semua adalah mukaddimah segala perkara..
      benda tu boleh melalaikan kita..
      sekali kita mulakan,.memang sukar nak berhenti..
      sbb tu mujahadah tu penting..

      dan lg 1,sy pernah baca dlm 1 buku agama..
      bila kita tau kita nak buat sesuatu yg salah..
      tp kita nak buat jgk, letakkan jari kita di ats api..
      andai lepas jari pertama, letak pula di jari kedua dan seterusnya..
      bayangkan…api dunia pun sudah panas..apatah lg api Neraka di sana..

      luangkan masa 5 minit utk muhasabah diri setiap hari..
      zikir dan laungkan nama Allah semampu kita…
      seikhlas hati..
      pasti akan ade getar di dlm hati..
      dan bersyukurlah andai ada getar di hati tatkala nama Allah kita sebut..
      itui tanda,kita masih punya iman..
      tingkatkanlah ia selalu..

      “kadang2,muhasabah 5 minit itu lebih berharga dan dapat selamatkan kita drpd dibaham api Neraka…”

      bab khalwat tu.wallahua’alam..
      tanyalah seseorang yang lebih arif..
      sy sendiri masih jahil dlm penguasaan ilmu agama ni..
      byk link blog2 islam di tepi laman blog ni..
      selalulah layari blog2 yg mengndungi tazkirah islam agar hati kita mudah terbimbing..
      agar ilmu dan pemahaman kita semakin hari semakin bertambah.. 🙂

  • salam..nak tanya lagi boleh..cam ne pulak pandangan kalian mengenai seorang perempuan (A) yang nak berkenalan dengan lelaki yang ajnabi (B) melalui telefon. lelaki ini di kenalkan oleh adik lelaki perempuan tersebut. mereka berasal dari bandar dan negeri yang sama.

    perkenalan hampir sebulan dapat membuahkan satu hasil dimana pada hari cuti raya ini.

    nak Djadikan cerita,A dan B ingin bersua mate untuk mengenali dengan lebih dekat. perkara ini telah Dusulkan oleh A kepada adik angkatnya(perempuan)..ternyata adik angkat A tidak mahu menemani kakak angkatnya kerana:

    1) lelaki tersebut tidak menghormati waktu/ masa. – selalu sahaja bersms dan telefon.

    2) pernah terbaca sms yang lelaki itu minta Dlayan apabila kakak angkat sibuk dengan family kandung semasa berada di kampung.

    3) memberikan diskaun kepada kakak angkat sebanyak RM19 untuk membelian barang rumah berharga RM219 dan tidak memasukkan kos minyak@perkhidmatan kepada kakak angkat.(jarak jauh untuk membeli barang rumah dan semasa lelaki ini bercuti dia meminta adiknya menghantarkan barang tersebut kepada A ini yang berada di negeri K.

    semasa hari yang dijanjikan yang kebetulan pada malam 9zulhijjah, ibu angkat A bertanyakan kepada A adakah dia ingin berpuasa pada esok hari dan A menjawab tidak kot kerana mungkin teringatkan janji untuk perjumpa dengan B.

    dengan perasaan marah adik angkat A itu mengambil telefon A dan menggunakan telefon itu untuk bersms dengan kakak angkat A yang kebetulan seorang ustazah. adik angkat A bertanyakan apakah fadilah berbuasa pada 9zulhijjah. semasa adik angkat A menyediakan makanan sahur dia melihat A bangun sama untuk bersahur. adik angkat A yang jahil ni pon tanya “nak puasa? Xjadi pergi ke?” dan A menjawab “puase je la..t B je yang makan”

    so adik angkat A rasa mesti kakak angkat A dah reply sms yang Dhantar oleh adik angkat A sebelum tidur tadi.

    pada keesokkan harinya, adik angkat A masih menghalang A supaya tidak pergi kerana ibu kandung A kalau boleh biar adik angkat A ikut sekali. tetapi adik angkat A tidak dapat ikut sama kerana alasan Datas dan nak bantu mak buat persiapan raya.

    tetapi A masih berkeras nak pergi kerana:
    1) kesian dekat B kerana susah payah datang jauh2 Xkan jumpa sekejap.
    2) mak angkat A @ ibu adik angkat A suka membebel sekiranya rumah Xsiap berkemas dan masak. so, adalah lebih baik adik angkat A tgl j kat rumah.
    3) mama A tidak tahu keadaan hangin mak angkat sekiranya marah.
    4) sudah tentu adik angkat A tidak suka teman A g jumpa B lama2 lebih2 lagi A juga ada beritahu nak jumpa B kat tempat lain dan akan bersiar2 disekitar melaka dari muar.

    so adik angkat A meminta dia berterus terang kemana dia nak pergi dan ibu bapa angkat A membenarkan kerana ibu angkat A yakin yang A tidak akan berbuat perbuatan yang tidak bailk di luar.

    memang ada salah A kerana tidak pandai tegur dan nasihat A kerana mmg style anak lanun cakap kasar kalau tegur orang dan budaya ini tidak diamalkan di pantai timur. adalah perkara yang amat menyedihkan apabila A meminta adik angkatnya mencari jawapan sendiri untuk perkara yang dibangkitkan oleh adik angkat A yang berkaitan dengan isu keluar dengan lelaki tanpa orang ketiga, lama2, jauh walau dengan izin ibu angkat dan mama kandung A.

    menjelang waktu berbuka puasa adik angkat A bertanyakan kepada A adakah dia bersendirian atau bersama B dan sedikit kata2 sindiran. A menjawab akan pulang apabila berbuka. Xtahu bersama B atau tidak. semasa berbuka puasa sudah tentu ibu bapa angkat A bertanyakan kepada adik angkat A tidak kah A pulang berbuka sama2? dan adik angkat A menjawab tidak dan A akan pulang setelah berbuka puasa.

    selesai solat isyak, dan jam menghampiri jam9 bapa angkat A bertanyakan kepada adik angkat sudahkah A pulang..adik angkat A tidak menjawab dan tersenyum sahaja..

    dan tepat jam 10 malam akhirnya A memasuki laman rumah dan adik angkat A telah masuk dalam bilik kerana terlalu marah. A pulang dengan menceritakan kemana dia dan B pergi dan aktiviti yang dilakukan. walaupun mmg A pandai menjaga diri tetapi adik angkat A tetap tidak boleh mempercayai B.. A juga mempunyai ramai kenalan lelaki dan adik angkat A boleh terima sebahagian kenalan A sekiranya A minta adik angkatnya teman berjumpa kawan lelaki A yang lain.

    so boleh tak saya nak dapatkan jawapan..
    apakah pandangan kalian mengenai masalah saya..adakah saya ni seorang yang cemburu kerana saya tidak mempunyai kenalan lelaki? terlalu berfikiran sempit terhadap lelaki sehinggakan tidak membenarkan A berkenalan dengan lelaki lain?

    apabila A dan saya bergaduh A selalu ingatkan saya untuk beri saya peluang berkenalan dengan ramai lelaki sebelum dia betul2 berjumpa dengan yang betul2 sesuai dan meminta saya tidak berfikiran sempit dan berperangai kanak2..A juga ada berkata bahawa lelaki mmg suka call dan sms yang agak melampau bila Xberjumpa secara direct dengan mana2 perempuan..

    jawapan kalian amat saya hargai..
    terima kasih

    • 1)matlamat tidak menghalalkan cara
      2) kenapa pilih jalan mudah kalau ada jalan sempit tetapi halal
      3)yang haram tetap haram dan yang halal tetap halal..tepuk dada tanya iman
      4)ada seorang ustazah pernah berkata kalau kita jumpa seorang lelaki yang Xkenal dan bukan muhrim kita just jumpa kat tempat yang dijanjikan dengan kereta asing dan balik pun dengan kereta asing.- g kedai makan then balik terus..bukan sempat nak g shopping2 pulak..
      5) orang kata jangan menghampiri zina tapi kalau orang tu pandai jaga maruah diri camne pulak ye..hhuuurrrmmmm…tolong jawab juga soalan saya wawa..

      • siti, saya cuba berkongsi tentang apa yang awak soal.. 🙂

        1) matlamat tak menghalalkan cara..
        ya! mcm mana tu??
        maksudnya…
        cita2 atau sesuatu yg kita nak tu, walaupun baik, tp, jgn mengetepikan caranya..
        contoh..
        kita nak bagi mak kita hadiah yg istimewa dan mahal..
        biar mak kita bangga dpt anak yg baik mcm kita..
        tp, kite curi duit kawan untuk beli hadiah tu..
        niat kita baik, nak bg mak hadiah, tp, cara tu salah..mencuri..salah tu..

        2) kenapa pilih jalan mudah kalau ada jalan sempit tetapi halal?
        pernah tak dgr lagu nasyid inteam..tp, saya tak ingatlah tajuknya..
        tapi, liriknya mcam ni..
        ‘jalan yang luas yg membawa kpd kehancuran..
        jalan yg sempit yg membawa kpd kebenaran..’
        lebih kurang mcm tu la..
        erm, maksudnya, tak semua yg orang ramai lakukan, adalah betul dan diredai Allah..
        kdg2, jalan yg sempit, payah dan berliku tu yg perlu kite lalui utk menggapai reda-Nya..
        yelah, jalan tu sempit,susah, payah..
        hanya insan yg benar2 mujahadah saja dapat melaluinya..
        insan yg inginkan kesenangan dan cepat berseronok, mereka xkan pilih jalan kebenaran yg byk liku dan duri itu..
        ape yg penting bg mereka, nak seronok cepat..nak senang, xnak susah payah..
        kita kena ingat, Syurga Allah itu mahal, tak murah, dan ia tersedia buat hamba-Nya yg sabar, tabah dan tak putus asa menghadapi ujian Allah..

        Daripada Anas Bin Malik r.a.,bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya balasan pahala yang besar diperoleh melalui ujian yang besar. Kalau Allah mencintai seseorang, pasti Allah akan memberikan ujian kepadanya. Sesiapa yang reda menerima ujian Allah, maka baginya keredaan-Nya. Dan sesiapa yang marah atau kecewa, nescaya ia akan mendapat kemurkaan-Nya.”

        3)betul, yang haram tetap haram, yang halal itu pilihan orang2 beriman.. 🙂

        4) bergantung kpd keperluan…

        5) orang kata jangan menghampiri zina tapi kalau orang tu pandai jaga maruah diri camne pulak ye..??

        oooo..yg tu…
        Allah yg perintahkan..

        “janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk ( yang membawa kerosakan)” (al-Isra’ : 32 )

        orang yang pandai dan menitik beratkan maruah dirinya, dia takkan sesekali memulakan mukaddimah zina..
        contoh : berdating, ber’calling’ selalu dengan lelaki ajnabi, dll…
        kalau kita selalu outing dgn lelaki, senang diajak keluar, senang diajak itu ini, adakah itu digelar pandai jaga maruah diri?? tak..
        orang yg pndai jaga maruah diri adalah orang yg tak memulakan mukaddimah2 zina..

        semoga kita sentiasa pelihara maruah diri kita dengan menjaga diri dan membataskan pergaulan berpandukan al-quran dan al-sunnah..

        Rasulullah s.a.w. sentiasa mengingatkan tentang ramainya wanita yg menhuni Neraka. maka, sematkanlah peringatan baginda itu di dalam jiwa agar ia mampu mencegah diri drpd terjerumus ke lembah hina suatu masa nanti.

        jika rambut berasa sakit apabila disentap oleh tangan si kecil, maka kesakitan ditarik rambut di dalam neraka hingga menggelegak isi kepala, apatah lagi.

        🙂

    • sebenarnye,sy agak x berapa faham dgn soalan saudari ni..
      faham, tp, agak keliru cket..
      A, adik angkat A, mak angkat A, dll..
      watak2 tu mgelirukan dan memeningkan sy..
      kene baca berkali2, baru faham..hehehe..

      maksud awak, tak benarkan A berkenalan dan keluar dgn lelaki tu, x mempunyai kenalan lelaki yg ramai, itu digelar berfikiran sempit??
      x sms dan selalu contact dgn lelaki itu berfikiran sempit dan kolot??
      mcm tu ye soalannye?
      ape yg sy cuba faham la..huhu

      erm..
      sebenarnye, sy tak layak untuk jwb soalan yg agak advance ni..
      tp, sy sekadar berkongsi apa yg saya pelajari dan ketahui..
      semoga bermnfaat ye..

      first thing first…
      prinsip dan pegangan hidup kita..
      ustazah sy selalu pesan..
      kite kena mempunyai satu prinsip dlm diri yg tak bertentangan dgn syariat..
      sebab, bila kite ade prinsip, dicampak ke mana pun, kite xkan terpengaruh dgn gejala negatif..
      saya sokong tindakan saudari tak membenarkan A berjumpa dgn B..
      betul??
      tapi, kenalah bagi reason yg munasabah secara berhikmah..
      agar minda mereka terbuka dgn pengetahuan Al-Quran dan Sunnah..

      “janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk ( yang membawa kerosakan)” (al-Isra’ : 32 )

      “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.” (al-Ahzab : 36)

      lagi 1, pernah tak baca novel Tautan Hati atau Denyut Kasih Medik??
      novel tu best…sangat!
      byk prinsip yg ade dlm novel tu..
      sedikit ilmu yg boleh saudari baca drpd novel Seindah Mawar Berduri,

      INDAHNYA DIRI MENJADI MAWAR BERDURI

      sebenarnya, terpulang pada diri kita sendiri..
      adakah x bersms atau tak selalu contact malah x pernah kelaur dating dgn lelaki dianggap kuno? ketinggalan zaman?
      nak mempertahankan sesuatu yg hak itu lebih susah dan payah..
      di zaman sekarang ni, x semua yg dilakukan ramai orang itu adalah hak dan diredai Allah..
      bukan senang nak jadi golongan ghuraba’ (asing)..
      golongan yg dipandang aneh kerana masih mempertahankan prinsip2 agama..

      lagi 1, bertanya itu bagus..
      bila seseorang tanya, kita kena juga jawab..
      kalau tak tahu, kita kena cakap tak tahu..
      tanya kepada yg lebih berilmu..

      “……..maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui,” (Surah Al-Nahl : 43)

      Islam tak menutup dan menghalang 100% utk berhubung dgn lelaki..
      tapi, berhubunglah ats dasar keperluan..
      bukan ats dasar melayan perasaan semata2..
      mencegah lebih baik drpd mengubati..
      cuba saudari baca buku ‘Bercinta Sampai Ke Syurga’..
      buku tu bagus dan banyak menjawab persoalan remaja..

      itu saja yang mampu saya jawab..
      jika inginkan lebih, tanyalah pada ustaz atau ustazah yg lebih mantap ilmu pengetahuan agamanya..
      wassalam..
      terima kasih kerana bertanya..
      soalan saudari juga membuat saya berfikir dan mencari jawapan sbg penambah ilmu..
      salam ukhuwah ya.. 🙂

  • salam,,sy nk bertanyer..adakah kite langsung tidak boleh bercakap dgn lelaki..sy kurang paham …mksud sy selain dr perkara seprti kerje…mcm cntoh bergurau ker..mcm kenekn seseorg dengan kate2…sy x phm lah bts pergaulan tuh..sy phm yg kene tutop aurat n jg pandangan…tp sy nk tanyer jage pndangan itu sendiri mcm mane???

    • waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.. ^^
      Uishh..tipu sangatlah kan kalau kita langsung tak boleh bercakap dengan lelaki.. ^^,
      Ok, contoh selain drpd kerja, belajar dll..
      contoh : sepupu, kawan sekelas..
      mestilah kite ade bertegur sapa dan usik mengusik kan..
      kalo dgn sepupu, saya sendiri pun selalu kena usik, gurau2..
      cmtu2 jela..xdelah sampai nak tepuk menepuk bahu ke, pegang2 tangan ke..
      (even ada certain2 cousin yg memang selamba mcm tu, except me sbb sepupu tetap bukan mahram ^^)
      ok, kalau dengan kawan lelaki pulak..
      tak boleh lebih2 guraunye, usik2nya sebab nanti mesti akan menimbulkan kekecohan..
      almaklumlah, kalau ketawa perempuan bergabung dengan gelak lelaki..
      dahsyat suaranya bukan? hehe..
      tu satu..
      lg satu hal..
      kalau kita asyik bercakap2 atau bergurau senda, usik mengusik, bergaduh2 manja dgn lelaki..
      kebarangkalian utk kita ada rasa something (mcm suka, sayang, dll) pada lelaki itu adalah tinggi..
      dan, drpd situ, macam2 boleh berlaku..mcm2 perasaan mula nak menyerbu..tak gitu?? ^^
      saya beritahu ni atas dasar pengalaman dan keadaan sekeliling..
      jadi, batas pergaulan tu penting..
      batas tu macam hijab..
      dia tak menghalang..
      dia lebih kepada menjaga ikhtilat..
      mencegah lebih baik drpd merawat kan?? ^^,

      Sebagai seorang muslimah, memang amat banyak batas-batas yang perlu dijaganya. Setiap perlakuannya mestilah dimulai dengan wujudnya perasaan malu! Kerana malulah yang menjadi hiasan pakaian kita sebagai muslimah. Utamakan dahulu pandangan Allah. Jangan biarkan pandangan manusia saja yang kita ambil kira. Pandangan manusia tidak semua membawa kepada mulianya pandangan Allah.

      Kalau kita ada MALU, pasti kita takkan sewenang2nya melayan lelaki tanpa sebab.. insyaAllah..

      jaga pandangan pulak..
      bukanlah bermaksud kita kene pandg bawah je smpai terlanggar tiang..hehe ^^
      Surah Nur ayat 30 dan 31..
      Allah suruh tundukkan pandangan..
      maksudnya, tak pandang lelaki atau perempuan bukan mahram lama2..
      lagi2 yang cantik jelita..
      pandangan mata tu salah satu panahan syaitan..
      dari mata, turun ke hati.. tak gitu?? ^^,

      Sesungguhnya Utusan Allah ada mengatakan ;
      “Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita.” Adakah kita mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka??
      Na’uzubillah..

      Wallahua’lam..semoga Dia reda.. ^^

  • salam,
    nak tanye kalau kita yang perempuan dengan bapa saudara lelaki kene tutup aurat ke?mean suami ibu saudara dari sebelah bapa atau ibu kita lah..tibe2 terlupe coz dah lame X g umah depa kecuali raye dengan kenduri..so memang pakai tudung lah kan..hehehe!!!

    • waalaikumussalam warahmatullah.. ^^
      kita dgn bapa saudara lelaki??
      WAJIB tutup aurat kalau suami ibu saudara kita bukan adik beradik belah ibu atau belah ayah kita..
      Kalau suami ibu saudara kita adalah adik beradik belah emak atau ayah, boleh kalau tak pakai tudung..
      faham ke?? belit2 cket..hehe

  • lupe nak cakap..ade tgk kat YOUTUBE video pasal syaitan versi bahasa arab..best tengok!
    sebagai contoh seorang lelaki dalam rumah tibe2 de perempuan cantik dan seksi lalu, tapi sebenarnya syaitan yang menyerupai perempuan, tapi lelaki tu Xlayan..malah beristifar..dan banyak lagi..kalau saya dapat link die nanti saya bagi ye..
    wassalam…

  • Ooo..yang pasal batas2 dalam pembelajaran atau study group tu ye..
    saya memang cadang nak masukkan entri tentang tu lepas saya habis semester 1..sebab saya nak tahu bagaimana keadaan dan situasinya.. 🙂
    alhamdulillah, semester 1 dah pun tamat..
    insyaAllah, akan saya kongsi nanti.. 🙂

    • Seingat yang saya pernah belajar, anak angkat lelaki, kalau dari kecil kita amek dia, susukan dia sampai 5 kali kenyang, maka, dia spt anak lelaki kandung kita. Kalau tak, kita tetap punya batas. Tak boleh bersalaman dll. InsyaAllah, nanti saya akan rujuk buku-buku yang berkaitan. Maaf ya, saya masih faqir ilmu. 😦

      Batas aurat lelaki dari pusat hingga ke lutut. 🙂

      Terima kasih sebab bertanya. Maaf kalau saya belum dapat membantu. 😦 Tapi, artikel drpd ustaz Syed Norhisyam ni, insyaAllah membantu. 🙂

      http://ustazsyed.blogspot.com/2012/02/hukum-hakam-berkait-anak-angkat.html

      Moga Allah beri kita kefahaman yang mantap dalam menuntut ilmuNya.. Doakan saya.. :’)

  • assalamualaikum,saya mahu bertanya soalan mengenai bagaimana kita mahu menegur rakan sebaya kita kerana kita tahu bahawa dia melebihi batas pergaulan dalam islam?

    • waalaikumussalam.. 🙂
      tegurlah dengan cara yang paling berhikmah..
      kadang2, perkara yang paling sukar adalah apabila kita mahu menegur salah sahabat kita..
      kita tegur bukan kerana kita sentiasa betul..
      tapi, apa yang salah, kita cuba nak betulkan..
      sebab kita sayang sahabat kita..kan? 🙂

      jadi, terpulang..
      boleh cakap berdua, bagi dia baca artikel tentang batas pergaulan dalam Islam, boleh kongsi cerita ciri2 muslimah solehah dan boleh juga hadiahkan dia buku tentang wanita..
      apepun, sebelum mula apa-apa, kenalah rapatkan diri dengan dia dahulu.. 🙂
      selamat mencuba! doa padaNya jangan dilupa kerana hati itu Allah yang pegang. 🙂

  • salam,
    akak semalam baharu kacau junior duduk bdua dalam library..pada dasarnye akak bukanlah orang yang suke sangat nak tegur orang kalau X kenal tapi maybe just duduk dekat dengan orang yang tgh bdua la..bg die orang X selese..hihi! tapi kes semalan tu 1 tindakan agak berani r pasal akak g duduk depan meje budak 2 orang ni tapi membelakangkan die orang. then akak amik gambar akak tapi die tau akak amik gambar tu die orang termasuk sebab akak X cover bunyi gambar tgh snape..hihi!

    then die orang dah perasan die orang slow sikit bcakap dalam library then si lelaki tu datang dekat akak nak tengok gambar yang akak snape tu..takut akak masukkan dalam FB..tapi akak beri jaminan yang gambar tu Xkan ade dalam FB cz akak Xde FB..hihihi!!

  • Leave a comment