JOM BERMUHASABAH

All posts in the JOM BERMUHASABAH category

TAKUT PADA ALLAH

Published January 10, 2013 by wana93

3966092980_8a8229042e

Diceritakan :

Ada lelaki jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk satu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. Sesampai di kampung yang sunyi ketika orang-orang sudah tidur. Lelaki itu menyampaikan maksud hatinya. Si wanita itu pun menyahut, “Lihatlah apakah orang-orang telah tidur semuanya?” Dengan demikian lelaki itu mengira bahawa maksud hatinya hendak dikabulkan. Dia mengelilingi kawasan itu dan melihat-lihat sejenak. Setelah jelas orang-orang telah tidur, segera dia menghampiri wanita seraya berkata, “Benar semua orang telah tidur.”

Lalu wanita itu bertanya, “Bagaimanakah pendapatmu tentang Allah? Apakah saat ini Dia juga tidur?” Lelaki tersebut menjawab, “Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur.” Wanita itu lalu berkata lagi, “Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap tidak melihat kita. Oleh kerananya Dia lebih berhak kita takuti.” Dengan segera lelaki itu meninggalkan perempuan itu kerana dia takut pada Allah. Dia pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia, ada seorang bermimpi bertemu dengannya. Lalu ditanya, “Apakah yang dilakukan Allah olehmu?” Lelaki itu menjawab, “Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan meninggalkan dosa itu.”

 

Penenang Jiwa

Imam Al-Ghazali

DOA AKHIR TAHUN ; DOA AWAL TAHUN

Published November 14, 2012 by wana93

Jom baca dan hayati maknanya! 🙂

~ Doa AKHIR TAHUN boleh dibaca ~> SEBELUM MAGHRIB pada hari terakhir bulan Zulhijjah.
~ Doa AWAL TAHUN boleh dibaca ~> SELEPAS MAGHRIB pada hari terakhir bulan Zulhijjah.

Semoga kita berhijrah ke arah yang lebih soleh, lebih solehah! Moga hati dan diri makin dekat pada Ilahi! ^__^

La tahzan! *Jangan bersedih! La tai-a-su! *Jangan berputus asa! 🙂

Jom hijrah menuju Allah! ^^,

Salam hijrah 1434.. 🙂

SKETSA “BANGGANYA BERUBAH” (LAST EPISODE)

Published September 22, 2012 by wana93

Si A(muslimah) masih cuba memujuk mereka (B & C – senior dan jurulatih) melalui mesej untuk terus memakai tudung labuh dan baju muslimah dalam latihan bola jaring. Mesej itu mmendapat respon, “terpulanglah pada adik..!”

Kemudian, sesi latihan kedua, si A memujuk lagi secara berhikmah. Dia ingin kepastian secara face to face. Dan, si C me

njawab, “terpulanglah kat adik! kalau adik rasa selesa nak main macam tu, go on!”

Dalam hati si A, dia berbicara sendiri, “macam aku x pernah main je dengan pakaian macam ni..dulu pernah jadi wakil sekolah, menang lagi tu! xde pulak timbul isu xley pakai labuh2 kalau nak main bola jaring!”

Tiba2, si B bersuara, “ko xtau ke ada rukhsoh dalam nak bermain? boleh je pakai macam ni (sambil tunjuk tudung singkat, baju singkat dan seluar ketatnya) kalau nak main macam bola jaring ni..”

Si A terkesima sebentar. Jiwanya mula membara! Sempat dia bermonolog dengan hatinya seketika, “suka2 hati dia je keluarkan fatwa camtu! memanglah ada rukhsoh tapi bukan macam rukhsoh dia tu! semua singkat, semua ketat, lepas tu, tak pakai stokin, dikata rukhsoh? ya Allah! bantulah aku! bukalah hati2 mereka.” 😥

Si A terus menyusun kata, “kak, rukhsoh tu keringanan, bukan meringan2kan kewajipan. baiklah, terpulang pada akak. saya akan tetap begini sampai bila2 insyaAllah. terima kasih sebab masih terima saya bermain!” Kakinya melangkah menuju ke arah bola jaring. Moga Allah buka hati2 mereka. :”)

-Tamat-

*Ada kawan pernah cerita dekat saya yang dia pernah main bola jaring pakai jubah!Menang pulak tu! Terbaeekk kann.. ^^
*Saya sendiri pun pernah ada pengalaman main bola jaring. Okey je pakai tudung labuh, baju muslimah. Seronok main dengan guru2 muslimah (masa jadi guru hari tu). Walaupun saya ni tak reti sangat nak main bola jaring.. ;p

Ini hanyalah perkongsian. Ambillah kebaikan yang ada di dalamnya. InsyaAllah. 🙂

SKETSA “BANGGANYA BERUBAH!”

Published September 19, 2012 by wana93

Seorang muslimah bertudung labuh menghadiri latihan bola jaring. Dia terpilih. Sampai di sana, muslimah itu ditegur oleh senior dan jurulatihnya. A(muslimah), B(senior), C(jurulatih).

C : Lain kali, berlatih, tak nak pakai macam ni ye (tudung labuh dan berbaju muslimah). Pakai je baju biasa mcm ni (sambil tunjuk baju singkatnya.)

B : Aah. Tudung macam ni je (tudung singkat!). Tak payah nak labuh sangatlah!
A : Maaflah. Tapi, saya memang pakai macam ni. Saya rasa, tak ada masalah kot.
B : Alaa..biasalah kan. Budak tahun 1 lagi. Memanglah baik, sopan je. Kitorang dulu pun macam ni. Last-last, hampeh jugakk. Haha.
A : (Terdiam seketika sambil hati berbicara sendiri, “Bangganya diorang. Seolah-oleh gembira berubah ke arah kejahilan.”)

A pun balik dengan semangat yang jitu.
“Aku akan pastikan yang aku takkan buat semua tu. Esok, latihan, aku akan tetap dengan cara berpakaianku! Kalau diorang tak benarkan jugak, fine! Aku rela dikeluarkan!”

Muslimah itu mengadu pada sahabatnya. Panjang perbualan mereka. Dan, sempat muslimah itu mengingatkan dirinya sendiri dan sahabatnya itu :

“Kita bukan tak boleh nak pakai macam yang diorang suruh tu. Boleh je! Kalau kita nak! Masalahnya, kita tak nak! Kita ni dahlah dok kat akhir zaman. Kiamat tak tahu bila. Kalau kita lupa dan lalai saja, bila Allah dah marah, bukan orang yang buat dosa saja kena, kita semua sekali akan kena padahnya! So, lebih baik kita berusaha kekalkan apa yang kita dah belajar. Semoga Allah tetapkan pendirian kita di atas jalan kebenaran-Nya.”

-Ini bukan cerita saya ye. Jangan salah faham. Saya adaptasi daripada true story. 🙂

Saya teringat pesan ustazah saya, ustazah Aisyah, salah seorang guru yang mengajar subjek STAM. Katanya, “Kita kena menguasai keadaan sekeliling. Jangan biarkan keadaan sekeliling yang menguasai kita.”

Banyak universiti, hanya gah pada nama sahaja. Sebab tu, ramai yang kata, “Alah, semua universiti sama je. Sosial jugakk.”

Begitu jugalah orang Islam, hanya gah pada nama, tetapi tidak gah pada amal dan takwa pada-Nya. Maksiat dibiarkan melata. Kejahilan semakin bermaharajalela. Ada yang hatinya mudah berbolak-balik mengikut arus dunia dan melupakan akhirat di sana.

Kita yang pilih! Ketahuilah, yang tertutup itu lebih indah. 🙂

Apa benar kita sayangkan Islam?

Apa benar kita cinta pada Allah?

Lalu, dimanakah bukti tingkah kita pada-Nya?

Tepuk dada, tanya iman di hati kita, yang masih bersisa. :’)

 

 

KASIH AYAH KITA, KASIH IBU KITA

Published May 12, 2012 by wana93

Kepada kita, yang bergelar anak, mari luangkan sedikit masa untuk menonton video yang bagi saya, amat-amat bermanfaat. Sebagai peringatan dan tazkirah untuk diri kita. Kepada yang masih memiliki ayah, memiliki ibu, jagalah mereka sebaiknya.

Bagi yang sudah bergelar anak yatim seperti saya, jangan sesekali kita terlampau sedih ya. Kerana, kita masih ada Allah. Hulurkanlah doa dan kerjakanlah pahala untuk kita ‘post’ pada mereka yang sudah tiada. Hargailah insan-insan kesayangan kita selagi mereka masih di sisi kita.

Ingatlah, Allah berfirman dalam Surah Al-Israa’ ayat 23-24, yang bermaksud, :

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”.”

 

 

Semoga kita semua sentiasa berusaha untuk menjadi seorang anak yang soleh dan solehah. InsyaAllah. 🙂

 

SAYA SUKA TENGOK LANGIT..

Published April 16, 2012 by wana93

Mendongak ke langit.. Subhanallah, Alhamdulillah.. Sungguh indah ciptaan Allah.. Kan..?? Bila pandang ke langit, rasa lapang je fikiran. Sambil pandang ciptaan Allah, sambil kita bermuhasabah.. 🙂

Saya suka tengok langit. Saya suka pandang langit. Kalau rindu saya, dan kalau saya rindu kalian, pandang ke langit. Sebab kita pandang langit yang sama. Langit indah ciptaan Yang Maha Esa. ^_^