CINTA

All posts in the CINTA category

MEMBINA SEBUAH UKHUWAH

Published January 19, 2014 by wana93

Hidup ini takkan sempurna jika tiada kasih sayang dan rasa cinta. Hidup ini juga takkan terbina tanpa wujudnya ukhuwah. Kerana, kita hanya akan kuat dan kukuh dengan berjemaah! Kita hanya akan terus teguh tanpa goyah dengan berjemaah!

Ukhuwah merupakan asas binaan kepada sesebuah pembangunan dan pembinaan masyarakat yang kuat dan mantap. Tanpa asas, tak mungkin sesuatu binaan itu dapat dibina dan kekal ketahanannya. Ia akan mudah hancur, musnah dan runtuh! Tanpa asas, pastinya kita akan lemah dan goyah dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang datangnya dalam bentuk yang kita sendiri kadangkala sukar dan payah mahu mengahadapinya!

564413_2370974409880_1869008783_n

Jika kita mahu membina sebuah ukhuwah yang utuh dan mantap, ada banyak cara! Tapi, 2 perkara asas ini yang kita perlu usahakan dalam setiap pembinaan ukhuwah. Iaitu :-

1) Bertunjangkan Allah Yang Maha Esa

Ukhuwah yang dibina, tunjangnya mestilah bertunjangkan Allah Yang Maha Esa. Bukan selain-Nya.

Kita semua punya kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Tapi, bukan untuk kita menyombong dan membangga diri. Sebaliknya, untuk sama-sama saling membantu.

Jika anda bijak pandai, alhamdulillah.
Jika anda kaya, alhamdulillah.
Bersyukur itu perlu. Bukan setakat di bibir, tapi, dalam pengaplikasian hidup kita. Itu yang utamanya. Bukan dengan memandang rendah pada seseorang yang mungkin tidak sehebat diri anda, bukan dengan menghina insan lain yang serba tak upaya dan bukan juga untuk memperlekehkan manusia yang mungkin tidak sebijak dan sepandai diri anda.

Daripada Abdullah bin Amr r.a., beliau berkata : “Rasulullah SAW bukanlah peribadi seseorang Muslim itu yang berkata dan berbuat yang tidak senonoh. Baginda bersabda : ‘Sesungguhnya orang yang terbaik daripada kalangan kamu adalah orang yang paling baik akhlaknya di antara kamu.’ ” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tetapi,ingat! Bukan kerana kekayaannya, kita dekat dengannya. Kerana kepandaiannya, kita jadi sahabat baiknya dengan meminggirkan sahabat-sahabat  yang lain. Bukan juga kerana luaran yang kacak dan cantik serta popular, kita mahu bersahabat dengannya. Jika kerana itulah nilai ukhuwah yang dibina, memang takkan kekal. Sebab apa?

1) Kalau dia jatuh miskin, pasti kita akan menjauhinya. Hilang sudah erti persahabatan.
2) Kalau dia hilang ingatan, kemudian, tak sebijak dulu, kita pasti akan meninggalkannya kerana dia sudah tidak berguna lagi untuk kita. Hilang sudah erti sebuah ukhuwah.
3) Kalau dia kemalangan, ada parut di muka, ada cacat celanya, pasti kita sudah tidak mahu mengaku kawan lagi. Hilang sudah semua yang dibina.

Sepandai mana pun kita, sekaya mana pun kita, taraf kita semua tetap sama.
Hanyalah hamba-Nya. Pekerja kepada Dia. Bukan kita yang menilai diri kita. Tapi, Dia yang Maha Adil akan menilai diri kita.

“…maka janganlah kamu menganggap diri kamu suci. Dialah yang paling mengetahui siapa orang yang bertakwa.” (Surah al-Najm : 32)

Allah tak pandang luaran kita. Apa yang Allah nilai adalah hati kita, ada takwa atau sifar takwa. Jadi, kita perlu sentiasa check up hati kita untuk memastikan ianya berada dalam keadaan iman yang bertambah dan punya takwa. Insya-Allah.

Jadikan Allah itu matlamat sebenar kita. Biar Allah menjadi matlamat utama dalam hidup kita. Bukan kerana cinta manusia, baru kita mahu mendekati Allah. Bukan kerana mahu berjaya dalam periksa, baru kita merapati Allah. Bukan! Andai begitulah hakikatnya, pasti kita akan cepat lupakan-Nya bila Dia sudah memberi apa yang kita mahu. Boleh jadi juga, kita akan berputus asa untuk berdoa dan mengharap pada-Nya bila Dia tidak memberi apa yang kita mohonkan.

Jangan sesekali bersikap begitu. Jangan jadikan cinta, kejayaan dan lain-lain lagi sebagai matlamat utama. Sebaliknya, jadikan semua itu bermatlamatkan Allah Yang Maha Esa. Kita bercinta dan berkasih sayang dengan manusia kerana Allah. Kita mahu berjaya dalam pelajaran kerana Allah. Kita mahu gapai apa yang kita impikan adalah kerana Allah. Itulah matlamat sebenar hidup. Semuanya kerana Allah.

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku.” (Surah Adz-Dzariyat : 56)

Jadi, jangan sombong! Allah sangat tidak menyukai orang yang sombong!

“…janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Surah Luqman : 18)

9504_592781160801763_416231837_n

2) Bersadurkan Akhlak Mahmudah

Bilamana kita berukhuwah, hidup sentiasa dalam berjemaah, maka, perkara penting yang perlu kita jaga dan ambil berat adalah adab dan akhlak. Saduran yang perlu kita sadur dalam diri kita adalah saduran akhlak mahmudah, bukan mazmumah!

Akhlak yang baik, akan mampu menawan hati insan sekeliling. Tapi, jika akhlak kita buruk, hati kita kotor, nescaya kita takkan mampu untuk menawan hati insan sekeliling. Hati dan diri saling berkait dalam usaha membina akhlak dan sahsiah yang mahmudah.

Daripada Abu Dzar bin Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu’adz bin Jabal r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja engkau berada. Ikutilah segera kejahatan dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu menghapuskannya, dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.” (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dan al-Hakim)

Rasulullah SAW sendiri sudah menunjukkan qudwah hasanah Baginda terhadap para sahabat dan semua golongan ketika di zaman Baginda SAW. Sesungguhnya, akhlak merupakan asas ketamadunan manusia. Tanpa akhlak yang baik, nescaya runtuhlah sesebuah tamadun itu!

Akhlak juga merupakan dasar tertegaknya sebuah peradaban. Tanpanya, dasar itu akan runtuh jua! Akhlak itu adalah sesuatu yang tinggi nilainya dan kita tidak mampu mahu hidup dalam keadaan aman dan damai kecuali dengan menghidupkan akhlak dalam diri kita.

Antara akhlak yang baik yang perlu kita usahakan dalam ukhuwah kita adalah seperti bantu-membantu dalam kerja-kerja berpahala, bersangka baik dengan setiap insan, memberi kata-kata semangat dan motivasi pada sahabat yang sedang dilanda duka, memudahkan urusannya dan tidak menyusahkannya, bergurau senda dengan kadar yang sederhana, tidak menyakiti hati dan perasaannya serta banyak lagi. Inilah jalannya untuk kita sentiasa berakhlak dengan akhlak mahmudah.

Semoga sepasang mata milik kita mampu melihat kebaikan orang lain. Semoga sekeping hati milik kita mampu memaafkan kesalahan. Semoga minda yang dimiliki kita mampu melupakan kepahitan. Semoga jiwa yang dimiliki kita tidak pernah rapuh imannya.

Moga ukhuwah kita dibina atas dasar kerana Allah.
Bagaimana?
Semaikan iman dan takwa dalam setiap pertemuan kita.
Terima orang sekeliling kita seadanya.
Bantu mereka yang lemah, bukan meminggirkan mereka.
Sama-sama perbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Sama-sama berusaha untuk meningkatkan kualiti akhlak dalam diri.

995432_498872966853842_1071561432_n

Kesimpulan

Ukhuwah yang mantap adalah ukhuwah yang dibina atas dasar kerana Allah Yang Maha Satu. Ukhuwah yang teguh adalah ukhuwah yang di dalamnya kaya dengan saduran akhlak mahmudah. Ukhuwah itu tersangatlah indah, andai benar kita ikhlas mahu berukhuwah kerana-Nya. Setujuilah sahabatmu dalam perkara yang bukan maksiat. Itu sahabat yang sebenar. Dia yang mahu ajak, bawa dan bersama dengan kita, hingga ke Syurga-Nya. 🙂

Oleh itu, mari ubah! Kita semua punya kekuatan kerana kita ada Allah Yang Maha Kuasa. Jadi, mari sama-sama kita bina ukhuwah yang stabil, kukuh dan mantap berteraskan dua asas yang penting tadi. Biar ukhuwah kita, tidak sekadar di waktu suka, gembira dan bahagia saja bermesra, akan tetapi, di waktu sukar, susah dan payah juga, kita ada bersama. Untuk hadapi semua. InsyaAllah.

“Berbuat baiklah kamu sekalian (ihsan) sesungguhnya Allah SWT kasih kepada orang yang berbuat baik.” (Surah Al-Baqarah : 195)

Sucikan hati untuk melahir cinta di hati insani. Raikan insan sekeliling dengan budi pekerti. Fokuskan hati kepada akhirat. Bukan mengejar dunia yang penuh tipu daya ini.

Selamat membina sebuah ukhuwah yang teguh kerana-Nya!

Moga Allah redha kita semua! 🙂

 

 

Tazkirah sebelum Bernikah

Published March 2, 2012 by wana93

Betul, sohih dan benar. Its reaaly true! Marriage is not all about LOVE.. Its about MAKING UMMAH.. 🙂

Insya-Allah, mari sama-sama kita tonton dan hayati video sweet ni.. Lets be prepared, before we get married.. ^^,

 

ADUHAI SI CINTA… ^_^

Published January 22, 2012 by wana93

Berbicara tentang hati dan perasaan, memang kita takkan sangka kedatangan dan kehadirannya dalam sukma dan kalbu kita. Kadang-kadang, perkara sebegitu datang secara tiba-tiba. Tak disangka-sangka.

Saya memang suka berbicara dan bersoal jawab tentang cinta. Tapi, jangan cepat melatah ya. Terima dengan akal, bukan dengan emosi. Cinta bukan terikat dengan manusia semata-mata. Tapi, aspek dalam cinta ini ada banyak. Cinta Allah, cinta Rasul, cinta ibu bapa, cinta Syurga dan lain-lain lagi. Cinta remaja merupakan salah satu aspek cinta yang meletup pada zaman sekarang ini.

KAHWIN MUDA??

“Umur 19 tahun sudah berkahwin? Hendak bernikah?”

Oh..silakanlah! Dialu-alukan. Tak salah. Boleh! Ramai saja remaja yang sudah mencecah usia 19 tahun berkahwin setelah berjumpa dengan cinta mereka di universiti. Nikah is the best way! Tak gitu?? Tapi, janganlah tanya yang saya ni nak kahwin umur 19 tahun ke? Haha. No! Dan janganlah tanya kenapa saya tak kahwin muda. (haha.muda sangat kot!)

Sebenarnya, bukan faktor usia, cuma, iyalah, jodoh tu kan rahsia Allah. Saya sendiri pun tak tahu sebab.. hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Lagipun, bagi empunya diri ni, saya masih belum bersedia sepenuhnya. Ilmu agama juga masih jahil. Apatah lagi cinta di hati untuk Ilahi belum benar-benar kukuh! Payah tu! Kita kena benar-benar mencintai yang mencipta sebelum mencintai yang dicipta. ^^

Seorang sahabat saya, sebaya, umur 19 tahun. Dia meminta pendapat saya. Katanya, adik lelaki kepada abang ipar dia hendak berkenalan dengannya. Keluarganya juga bersetuju untuk mereka berdua berta’aruf. Saya hanya tersenyum membaca isi mesejnya. Saya pun balas.

“Alhamdulillah. Kawan aku dah nak sampai seru. Haha. Jangan lupa, invite aku tau. Hehe. Okeylah tu. Tak kenal, maka tak cinta kan. Huhu. Tak salah nak berta’aruf. Lebih-lebih lagi libatkan keluarga. Itulah yang sebaiknya. Kalau kau dah bersedia, dua-dua pihak dah bersetuju, go on! Straight, NIKAH! Haha.”

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

Lepas tu dia tanya, dia kena buat solat istikharah ke? Dia pun sebenarnya tak jangka semua ni akan berlaku. Saya pun jawab.

“Absolutelylah! Jangan sesekali pinggirkan Dia. Tapi, syarat nak buat solat istikharah ni, hati kita kena zero. Tak boleh pilih A atau B. kena zero! Itu berdasarkan apa yang aku pernah baca. Lagi satu, memang. Soal hati, perasaan, jodoh memang kita tak sangka-sangka. Munculnya suka tiba-tiba. Apapun, keputusan di tangan kau. Mintalah petunjuk Dia. Dia ada jawapan kepada semua persoalan kita.”

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan (memberi kekayaan kepada) mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Nur : 32)

Oh ya, ada seorang sahabat saya juga sudah bertunang. Tahniah! Semoga berjaya membina mahligai indah di bawah reda-Nya. =D

MEMBINA AKHIRAT

Seorang sahabat yang lain pula, bertanyakan pendapat mengenai solusi kepada soal hatinya. Lelaki di tempat kerjanya. Dia selesa dengan si dia itu. Si lelaki itu pun suka mengusik dan menyimpan perasaan padanya. Tapi, dia tidaklah hebat dalam ilmu agama. Dia agak jahil dalam agama. Sikit-sikit, dia adalah juga membimbing si lelaki itu. Dia kata, sayang tu takdelah, tapi, suka tu ada kot. So, nak buat macam mana ek?

Saya berfikir sedikit panjang. Sahabat saya ni jenis yang tak mudah jatuh hati. Suka? Haha.

“Sahabatku sayang, suka itu perkara biasa. Fitrah. Tapi, kalau suka itu dah bertukar kepada sebuah rasa yang dikata cinta dan sayang, itu agak kritikal untuk sekeping hati memikulnya. Ingat, kita kalau boleh dan memang nak pasangan yang satu seumur hidup. Tak nak kahwin-cerai kahwin-cerai. Pilih pasangan hidup ni memang kena banyak cekadak sikit. Sebab, pasangan kita itulah yang akan menjadi imam kita. Pastikah kita bahawa dia boleh jadi imam dalam kehidupan kita? Memanglah tak salah kalau lelaki nak berubah dan istiqomah di jalan Allah berbimbingkan kita. Tapi, kalau boleh, kita nakkan yang terbaik. Bukan saja baik, tapi terbaik dan soleh agamanya. Lelaki sibuk suruh kita handal memasak, tapi, bolehkah dia jadi imam? ^^

Kahwin ni sebenarnya kita nak bina akhirat. Sebab tu, kena pilih betul-betul. Lelaki takpe, diorang masih boleh buat pilihan. Ada baki lagi 3 (huhu). Tapi perempuan, kalau boleh, nak sekali seumur hidup. Perempuan yang baik, membenarkan poligami. Tapi, lelaki yang baik, setia pada yang satu. So, kena berhati-hati dalam soal hati. Dalam soal nak bina kehidupan. Dalam soal nak bina akhirat. Bila dah kahwin, Syurga seorang isteri di bawah reda suaminya. Apapun, istikharahlah. Itu sebaiknya. Make sure kau kosongkan hati tu. Jangan buat pilihan. Jangan pilih siapa-siapa. All the best ye beb!”

CINTA DAN DAKWAH

Lelaki yang beragama takkan sewenang-wenangnya meng’invite’ seorang perempuan beragama untuk menjadi pasangan ‘couple’nya. ^^

Perempuan yang beragama pula takkan sewenang-wenangnya meng’accept’ seorang lelaki beragama untuk menjadi pasangan ‘couple’nya. ^^

Tetapi..

Lelaki yang beragama akan terus malamar seorang perempuan beragama yang memikat kalbunya melalui ibu bapa untuk dijadikan pasangan hidupnya.. ^^,

Perempuan yang beragama pula akan bersetuju untuk menerima lamaran istimewa daripada seorang lelaki beragama yang telah memaut jiwa nuraninya untuk dipimpin menuju ke Syurga.. ^^,

Alangkah indah jika cinta yang disemai atas kerana-Nya..
Tingkah laku cinta juga atas dasar batas-batas agama-Nya..
Bertemu cinta dalam usrah dan halaqah..
Untuk sama-sama menyebarkan dakwah di jalan fisabilillah..

Moga-moga, kita bertemu jodoh di atas jalan dakwah.. ^^

Percayalah..
Cinta Itu Indah..
Bila Berlandaskan Al-Quran Dan As-Sunnah..
Bila Tujuannya Kerana Allah..
Bila Matlamatnya Syurga Yang Barakah.. ^^,

Janji Allah terakam di Surah Al-Nur, ayat 26 ;

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

 

CINTA BERMATLAMATKAN SYURGA

Published December 21, 2011 by wana93

Cinta. Berbicara tentangnya tak semudah berkata-kata. Kerana ini adalah rasa, bukan hanya kata-kata. Tetapi, tidakkah hati juga boleh berkata-kata tanpa suara? Yang hanya boleh didengari dan difahami oleh-Nya. Tak gitu? ^^

Remaja dan perasaan cinta memang sudah sebati pada zaman moden ini. Budaya ber’couple’ juga sudah semakin menjalar di kalangan kita. Maklumlah, bangga ada orang sayang kita, ada orang ambil berat pasal kita, ada orang call selalu, ada orang sms selalu dan macam-macam lagi strategi yang dikatakan angau ber’cinta’ ini.

Lumrahnya, pusat-pusat Bandar yang selalu menjadi tempat untuk meluangkan masa bersama pasangan. Dah biasa dah. Asyik-asyik Jaya Jusco,Tesco, Giant, Centre Point, Kompleks PKNS dan yang sewaktu dengannya. Yang upgrade lagi dekat Mid Valley, Sunway Piramid, Sunway Lagoon.

Cubalah try dekat masjid atau surau untuk dengar tazkirah dan ceramah agama. Boleh ajak keluarga sekali. Dua-dua belah keluarga boleh pergi. Libatkan keluarga lebih-lebih lagi ibu bapa dalam setiap pertemuan agar tidak timbul fitnah dan gangguan syaitan. Barulah ‘gentleman’, tak gitu? =.=

Couple = Cinta?? No!

Sebab apa?? Sebab…

Cinta itu fitrahnya suci bersih tanpa noda dan dosa..

Cinta itu sifatnya mulia dan tinggi..

Cinta itu matlamatnya ingin ke Syurga, bukan ke Neraka..

Pasangan yang ber’couple’ hari ini menganggap ber’cinta’ mereka itu indah sebab :

–          Selalu berbalas sms dan call

–          Selalu ber’dating’ bersama

–          Selalu ke hulu ke hilir bersama

–          Selalu berpegangan tangan ke sana ke sini

–          Selalu mesra berdua bersama

Itu bukanlah sebenarnya cinta wahai sahabatku sayang. Perbuatan-perbuatan itu halal dan dianggap cinta seandai diri sudah selesai diijabkabulkan. Bergelar isteri. Bergelar suami.

Andai belum,itu adalah strategi syaitan untuk memperdayakan langkah kita menuju ke Neraka. Jangan sesekali ikut telunjuk ajaran pesong bisikan syaitan. Kelak, nanti syaitan itu yang akan ketawakan kita sebab masuk Neraka bersama mereka. Mahukah kita seperti itu?? Kata cinta!

Andai cinta, pasti kita ingin berkasih sayang di Syurga-Nya..

Andai sayang, pasti kita mahu berterusan hingga ke Jannah-Nya..

Tak gitu??

Jadi, ukurlah cinta kita. Apakah tingkah kita dalam ber’cinta’ menuju ke arah Neraka atau Syurga?

Benarkah kita cinta?

Atau hanya suka-suka?

Atau hanya hendak membuang masa?

Atau hanya hendak melayan nafsu durjana?

Atau hanya hendak membuktikan ke’laku’an kita?

Atau hanya hendak menayangkan keegoan kita?

Koreksi Cinta Kita

Cinta..
Andai hadirnya meminggirkan Dia, elok tinggalkannya..
Cinta..
Andai datangnya melalaikan jiwa, elok lupakannya..
Cinta..
Andai munculnya menghanyutkan cita-cita, elok lepaskannya..
Cinta..
Andai rasa itu menyebabkan tingkah kita ke Neraka, elok luputkannya..

Cinta..
Andai hadirnya mendekatkanmu terhadap Dia, jagalah cinta itu sebaiknya agar tidak terpesong dari menuju Jannah-Nya..
Cinta..
Andai datangnya merapatkan hati dengan-Nya, zikirkanlah hati untuk mengingati-Nya lebih darinya..
Cinta..
Andai munculnya saat dirimu sudah bersedia, maka segerakanlah pernikahan agar ia terjaga dalam reda-Nya..
Cinta..
Andai rasa itu melangkahkanmu menuju Syurga-Nya, bahagiakanlah dirimu dengan taat pada sang suami, agar Dia reda sentiasa.. ^^,

Bercinta dengan jalan yang halal itu adalah halal. Bercinta dengan jalan yang haram itu adalah haram. Cinta itu adalah hendak bersama dengan si ‘dia’ hingga ke Syurga. Apa-apa yang membawa ke Neraka, itu bukan cinta! Sebab itulah, kita kena selalu berdoa dan berusaha untuk ber’perang’ dengan desakan hawa nafsu. Sabar itu kan indah. ^^

Penantian, doa serta usaha dalam reda Allah tu kan lebih barakah dan penuh dengan hikmah. 🙂

~Jangan sesekali sia-siakan cinta dengan ber’couple’..
~Jangan bazirkan masa dan wang dengan kekasih haram..
~Jangan sesekali mudah menyerahkan segalanya pada jalan yang haram..
~Jangan sesekali bersedih sahabatku andai kau kehilangan cinta lelaki saat ini..bersyukurlah! kerana Dia masih sayangkanmu. Dia ingin kau cari dan rasai nikmat cinta-Nya agar suatu saat nanti kau akan bertemu dengan insan pilihan-Nya..

Cinta yang sebenar adalah perNIKAHan. Kerana itulah bukti dasar cinta kita adalah kerana Allah. Oleh itu, segerakanlah NIKAH (bagi yang sudah bersedia dan sudah punya calon). ^^,

Andai sudah bersedia dari segi ilmu agama, material (duit dan pekerjaan), fizikal dan mental, barulah dipersilakan untuk pulun habis-habisan ber’cinta’. Ber’cinta’ selepas nikah. Segerakanlah pernikahan. Lebih barakah. Lebih mudah menuju ke Jannah. ^___^

Andai belum mampu, maka berpuasalah. Jagalah mata. Tundukkan pandangan terhadap para ajnabi (bukan mahram).


“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya…. “(An-Nuur: 30)

“Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya…. ” (An-Nuur: 31)

Hijabkanlah hatimu dari bisikan-bisikan noda syaitan. Segalanya bermula dari hati. Berhati-hatilah menjaga hati.  Sama-sama kita berusaha membataskan pergaulan dengan si ajnabi. Berusahalah untuk men’soleh’ dan men’solehah’kan diri supaya kita lebih bersedia menempuh masa hadapan. Supaya kita lebih bersedia untuk berumah tangga. Supaya kita terpelihara dalam reda-Nya. Supaya kita akan dipertemukan dengan insan pilihan-Nya kelak. Insya-Allah. Sama-samalah kita pelihara diri sendiri. Agar jodoh kita juga terpelihara. ^^

Jodoh itu rahsia Allah. Bila, bagaimana, dengan siapa, hanya Dia Maha Mengetahui. 🙂

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri , supaya kamu merasa cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kamu yang berfikir.” (Al-Rum : 21)

Buat remaja sepertiku :  Jaga diri kita baik-baik. Jaga iman kita baik-baik. Cari dan rasai nikmat cinta-Nya dahulu. Jangan terlalu mengejar cinta manusia hingga meminggirkan Dia dari hati kita. Percayalah, cinta Allah tak pernah mengecewakan. ^^

Buat para suami isteri : Teruskan bercinta sampai ke Syurga ya! ^^,

Penuhkan cinta di hatimu dengan cinta Ilahi. Meriahkan rindu di jiwamu dengan merindui Rasulullah s.a.w.  Semailah kasih buat ibu bapa kita yang tercinta. Semoga Dia reda sentiasa. 🙂

CINTA DAN HATI

Published April 17, 2011 by wana93

CINTA

“Cinta itu suci, jangan kotorkan dengan hawa nafsu. Cinta itu abadi, jangan bunuhnya dengan sesuatu yang bersifat sementara. Cinta itu tinggi, jangan menghenyaknya ke lembah yang hina. Cinta itu putih bersih, jangan nodai dengan warna dosa yang hitam legam.”

“Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, fikiran dan perasaan.”

-buku Tentang Cinta-

HATI

Mulut sentiasa berbicara tentang cintakan Ilahi, namun hati sibuk mencari cinta pujaan hati. Suara lantang menegakkan kebenaran, namun jiwa ingin merasai nikmat percintaan yang tidak ditabalkan. Munajat mengalir di ruang lidah, namun jasad tak kuat nak bermujahadah. Kita bilang sayangkan DIA, tapi hakikatnya, si dia tetap pertama di sanubari kita. Kita janji dalam solat yang hidup dan mati kita hanya untuk-NYA tapi usaha kita lebih ke arah mengejar cinta si dia. Kita impikan Syurga namun jalan ke Neraka yang memenuhi langkah kita. Adakah kita letakkan DIA hanya di bibir tanpa membuktikannya?? Kerana dia, kita pinggirkan DIA. Adakah DIA berpuas hati?? Tepuk dada, tanya iman kita yang masih berbisa.

KITA TIDAK BOLEH MENCINTAI ORANG LAIN SEBELUM KITA MENCINTAI DIRI SENDIRI. DAN KITA TIDAK BOLEH MENCINTAI DIRI SENDIRI SEBELUM MENCINTAI ALLAH..PENCIPTA DIRI KITA.. 🙂

AKAL DAN HATI BERBICARA TENTANG CINTA

Published April 2, 2011 by wana93

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam…

Akal : Apa khabar iman anda?

 

Hati terdiam…

Akal bertanya sekali lagi. 

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku…

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi… Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

 

Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

 

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

 

Hati terdiam lagi…


Hati : Jadi… Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

 

Hati diam dan tertunduk…


Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

 

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala…

 

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

 

Hati mulai menangis… Sepi… Kesal…


Artikel iluvislam.com

CINTA ITU PASTI ADA!

Published October 30, 2010 by wana93

🙂

Cinta itu wujud..
Pada hati-hati yang suci..
Pada jiwa-jiwa yang ingin cuba mengenaliNya..
Pada hamba yang semakin insaf akan kekhilafannya..

Cinta itu ada..
Pada Allah yang mencipta kita..
Indah pada pandangan mata..
Berbeza paras dan rupa, itu bukan ukuranNya..

Cinta itu adil..

Pada saat umat jahil..
Rasulullah menjadi pilihanNya..
Membawa umat kembali mencintaiNya..

Cinta itu pasti ada..
Pada seraut wajah redup ibu bapa..
Penat lelahnya membesarkan kita..
Ikhlas hatinya, entah dapat dibalas atau sebaliknya..

Cinta itu hadir..
Pada seorang saudara yang menasihati saudaranya yang lain..
Keduanya saling menasihati ke arah kebenaran dan kesabaran..
Supaya ukhuwah menuju Syurgawi tidak dilupakan..

Cinta itu pasti muncul..
Dalam hati seorang sahabat sejati..
Mencari dan mengajak sahabat lain ke jalan Ilahi..
Agar diri dan sahabat tidak terhumban ke dalam gaung Neraka yang dahsyat tak terperi..

Cinta itu satu anugerah..
Bila hati bertemu hati..
Saat lafaz ijabkabul selesai terurai..
Keikhlasan si suami isteri memikat redhaNya..

Cinta itu memang indah..
Bila berlandaskan al-quran dan as-sunnah..
Bila tujuannya kerana Allah..
Bila matlamatnya Syurga yang barakah..

Cinta itu pasti ada!!
Pasti kau akan temuinya..
Dengan membersihkan dirimu daripada segala noda dan dosa..
Kelak, cinta abadi dan hakiki akan mula bertakhta dalam jiwa seorang hamba.. 🙂

08:24 am / Sabtu
Mood :Hati berbunga cinta..
Cinta Ilahi itu yang dicari..
Bertambah mekar dengan zikrullah padaNya..
Jangan sesekali kita melupakanNya..

CINTA DAI’E YANG KECUNDANG

Published August 21, 2010 by wana93

Kerana CINTA, manusia boleh melakukan apa saja.
Mari sama-sama kita renungkan kisah benar ini..
kisah cinta seorang dai’e muslimah yang bertudung labuh..

CINTA DAI’E YANG KECUNDANG..

…”Ini adalah perbuatan syaitan sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang menyesatkan lagi nyata (permusuhannya). (Surah al-Qashash : 15)

Part 1.

Part 2.

Peliharalah mukadimah ZINA agar jauh dari perangkap Iblis dan Syaitan!
Pelihara Mukadimah Zina

Cinta itu indah..
Bila berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah..
Bila tujuannya kerana Allah..
Bila matlamatnya Syurga yang barakah..

Hijabkan hatimu 😉

“ALLAH didahulukan, keredhaanNya diutamakan.” 🙂

APA ADA PADA VALENTINE’S DAY??

Published February 12, 2010 by wana93

ASAL USUL HARI VALENTINE’S DAY

Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan dinamakan hari Valentine.

Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine:

Pertama, Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas.

Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia.

Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

Manakala pendapat ketiga mengatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.

Lebih lanjut, bacalah di sini :

Elak Sambut Valentine’s Day

Valentine’s Day

HARAM MENYAMBUTNYA

Tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma’ (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)

Sambutan hari Valentine hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara’ kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan’ dan dengan perlakaun seks bebas yang kononnya bagi membuktikan ‘ketulenan’ cinta seseorang kepada kekasihnya.

say no t0 'couple' then say n0 t0 valentine's day!

Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini dari firman Allah yang bererti :

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا

“Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur’an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam” ( An-Nisa : 140 )

Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu bekas arak kepada Nabi s.a.w., kemudian Nabi memberitahu bahwa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya:

Lelaki: Bolehkah saya jual?

Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya.

Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan raja kepada orang Yahudi?

Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.

Lelaki: Habis, apa yang harus saya perbuat?

Nabi: Tuang saja di dalam parit air. (Al-Humaidi dalam musnadnya)

Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli khas untuk mearikan Valentine yang haram. Seperti juga hukum menjual anggur kepada tukang buat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan dalam Islam menurut pendapat yang terkuat.

Ada lagi..Jom baca di sini :

Hukum Rai Valentine’s Day dan Jual Bunga Ros

– 14 Februari : Hari apakah itu bagi seorang Muslim??

Bangunlah wahai umat! Jangan ikut budaya Barat! Mari buktikan bahawa umat Nabi Muhammad adalah sebaik-baik umat! Jangan cemari ia dengan dosa dan maksiat!