CINTA BERMATLAMATKAN SYURGA

Published December 21, 2011 by wana93

Cinta. Berbicara tentangnya tak semudah berkata-kata. Kerana ini adalah rasa, bukan hanya kata-kata. Tetapi, tidakkah hati juga boleh berkata-kata tanpa suara? Yang hanya boleh didengari dan difahami oleh-Nya. Tak gitu? ^^

Remaja dan perasaan cinta memang sudah sebati pada zaman moden ini. Budaya ber’couple’ juga sudah semakin menjalar di kalangan kita. Maklumlah, bangga ada orang sayang kita, ada orang ambil berat pasal kita, ada orang call selalu, ada orang sms selalu dan macam-macam lagi strategi yang dikatakan angau ber’cinta’ ini.

Lumrahnya, pusat-pusat Bandar yang selalu menjadi tempat untuk meluangkan masa bersama pasangan. Dah biasa dah. Asyik-asyik Jaya Jusco,Tesco, Giant, Centre Point, Kompleks PKNS dan yang sewaktu dengannya. Yang upgrade lagi dekat Mid Valley, Sunway Piramid, Sunway Lagoon.

Cubalah try dekat masjid atau surau untuk dengar tazkirah dan ceramah agama. Boleh ajak keluarga sekali. Dua-dua belah keluarga boleh pergi. Libatkan keluarga lebih-lebih lagi ibu bapa dalam setiap pertemuan agar tidak timbul fitnah dan gangguan syaitan. Barulah ‘gentleman’, tak gitu? =.=

Couple = Cinta?? No!

Sebab apa?? Sebab…

Cinta itu fitrahnya suci bersih tanpa noda dan dosa..

Cinta itu sifatnya mulia dan tinggi..

Cinta itu matlamatnya ingin ke Syurga, bukan ke Neraka..

Pasangan yang ber’couple’ hari ini menganggap ber’cinta’ mereka itu indah sebab :

–          Selalu berbalas sms dan call

–          Selalu ber’dating’ bersama

–          Selalu ke hulu ke hilir bersama

–          Selalu berpegangan tangan ke sana ke sini

–          Selalu mesra berdua bersama

Itu bukanlah sebenarnya cinta wahai sahabatku sayang. Perbuatan-perbuatan itu halal dan dianggap cinta seandai diri sudah selesai diijabkabulkan. Bergelar isteri. Bergelar suami.

Andai belum,itu adalah strategi syaitan untuk memperdayakan langkah kita menuju ke Neraka. Jangan sesekali ikut telunjuk ajaran pesong bisikan syaitan. Kelak, nanti syaitan itu yang akan ketawakan kita sebab masuk Neraka bersama mereka. Mahukah kita seperti itu?? Kata cinta!

Andai cinta, pasti kita ingin berkasih sayang di Syurga-Nya..

Andai sayang, pasti kita mahu berterusan hingga ke Jannah-Nya..

Tak gitu??

Jadi, ukurlah cinta kita. Apakah tingkah kita dalam ber’cinta’ menuju ke arah Neraka atau Syurga?

Benarkah kita cinta?

Atau hanya suka-suka?

Atau hanya hendak membuang masa?

Atau hanya hendak melayan nafsu durjana?

Atau hanya hendak membuktikan ke’laku’an kita?

Atau hanya hendak menayangkan keegoan kita?

Koreksi Cinta Kita

Cinta..
Andai hadirnya meminggirkan Dia, elok tinggalkannya..
Cinta..
Andai datangnya melalaikan jiwa, elok lupakannya..
Cinta..
Andai munculnya menghanyutkan cita-cita, elok lepaskannya..
Cinta..
Andai rasa itu menyebabkan tingkah kita ke Neraka, elok luputkannya..

Cinta..
Andai hadirnya mendekatkanmu terhadap Dia, jagalah cinta itu sebaiknya agar tidak terpesong dari menuju Jannah-Nya..
Cinta..
Andai datangnya merapatkan hati dengan-Nya, zikirkanlah hati untuk mengingati-Nya lebih darinya..
Cinta..
Andai munculnya saat dirimu sudah bersedia, maka segerakanlah pernikahan agar ia terjaga dalam reda-Nya..
Cinta..
Andai rasa itu melangkahkanmu menuju Syurga-Nya, bahagiakanlah dirimu dengan taat pada sang suami, agar Dia reda sentiasa.. ^^,

Bercinta dengan jalan yang halal itu adalah halal. Bercinta dengan jalan yang haram itu adalah haram. Cinta itu adalah hendak bersama dengan si ‘dia’ hingga ke Syurga. Apa-apa yang membawa ke Neraka, itu bukan cinta! Sebab itulah, kita kena selalu berdoa dan berusaha untuk ber’perang’ dengan desakan hawa nafsu. Sabar itu kan indah. ^^

Penantian, doa serta usaha dalam reda Allah tu kan lebih barakah dan penuh dengan hikmah. 🙂

~Jangan sesekali sia-siakan cinta dengan ber’couple’..
~Jangan bazirkan masa dan wang dengan kekasih haram..
~Jangan sesekali mudah menyerahkan segalanya pada jalan yang haram..
~Jangan sesekali bersedih sahabatku andai kau kehilangan cinta lelaki saat ini..bersyukurlah! kerana Dia masih sayangkanmu. Dia ingin kau cari dan rasai nikmat cinta-Nya agar suatu saat nanti kau akan bertemu dengan insan pilihan-Nya..

Cinta yang sebenar adalah perNIKAHan. Kerana itulah bukti dasar cinta kita adalah kerana Allah. Oleh itu, segerakanlah NIKAH (bagi yang sudah bersedia dan sudah punya calon). ^^,

Andai sudah bersedia dari segi ilmu agama, material (duit dan pekerjaan), fizikal dan mental, barulah dipersilakan untuk pulun habis-habisan ber’cinta’. Ber’cinta’ selepas nikah. Segerakanlah pernikahan. Lebih barakah. Lebih mudah menuju ke Jannah. ^___^

Andai belum mampu, maka berpuasalah. Jagalah mata. Tundukkan pandangan terhadap para ajnabi (bukan mahram).


“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya…. “(An-Nuur: 30)

“Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya…. ” (An-Nuur: 31)

Hijabkanlah hatimu dari bisikan-bisikan noda syaitan. Segalanya bermula dari hati. Berhati-hatilah menjaga hati.  Sama-sama kita berusaha membataskan pergaulan dengan si ajnabi. Berusahalah untuk men’soleh’ dan men’solehah’kan diri supaya kita lebih bersedia menempuh masa hadapan. Supaya kita lebih bersedia untuk berumah tangga. Supaya kita terpelihara dalam reda-Nya. Supaya kita akan dipertemukan dengan insan pilihan-Nya kelak. Insya-Allah. Sama-samalah kita pelihara diri sendiri. Agar jodoh kita juga terpelihara. ^^

Jodoh itu rahsia Allah. Bila, bagaimana, dengan siapa, hanya Dia Maha Mengetahui. 🙂

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri , supaya kamu merasa cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kamu yang berfikir.” (Al-Rum : 21)

Buat remaja sepertiku :  Jaga diri kita baik-baik. Jaga iman kita baik-baik. Cari dan rasai nikmat cinta-Nya dahulu. Jangan terlalu mengejar cinta manusia hingga meminggirkan Dia dari hati kita. Percayalah, cinta Allah tak pernah mengecewakan. ^^

Buat para suami isteri : Teruskan bercinta sampai ke Syurga ya! ^^,

Penuhkan cinta di hatimu dengan cinta Ilahi. Meriahkan rindu di jiwamu dengan merindui Rasulullah s.a.w.  Semailah kasih buat ibu bapa kita yang tercinta. Semoga Dia reda sentiasa. 🙂

3 comments on “CINTA BERMATLAMATKAN SYURGA

  • agar kata-kata yg berhikmah ini dpat menyedarkan kita..
    umpama pedang yg tajamnya bisa mmbunuh lawan..
    truskan lah dngan kata-kata ini..mahu pn ia berulang kali..

  • salam,
    kalau tgk dalam facebook banyak kite tgk perkataan in a relationship. adakah perempuan yang dikatakan solehah itu boleh untuk membenarkan dirinya Distiharkan berhubung dengan lelaki yang anjnabi?kalau dah sah tu lain r cerita kerana perhubungan itu memang sah..yang menghairankan jika si teruna dan si dara masing2 menunjukkan perkataan yang tidak sah itu untuk tatapan umum..bila kita tegur cakap kita Xde boyfriend dan kolot…ya iman itu terletak dalam hati dan Allah je yang nilai, tapi kita boleh tegur kalau benda tu salah kan?

    • itu perkara biasa pada zaman berfacebook ni..
      baguslah anda tegur.
      brave muslimah. 😉 Alhamdulillah.
      lelaki atau wanita yang memiliki harga diri yang tinggi, takkan sewenang2nya menghebahkan in a relationship nya dengan si dia/sesiapa.
      lainlah engaged atau lebih baik, tunggu terus jadi married.. ^^
      andai kita punya malu yang menghiasi diri, pasti kita akan pandai memelihara dan menjaga harga diri sendiri.
      menjaga diri daripada dikelilingi fitnah.
      kenalah jual mahal sedikit. bukan sombong atau apa. tapi, jangan terlalu murah hingga menggadaikan maruah.
      semoga Allah bantu kita selalu, bantu hati-hati mereka..
      hati itu milik Allah. hanya Dia yang mampu melembut dan membuka hati-hati mereka.

      wallahua’lam.. ^^,

  • Leave a comment