Hari ini adalah hari yang paling seronok dalam belajar STAM sebab dapat berjumpa dengan kakak-kakak dan abang-abang senior yang ambil STAM (Multaqa’ Stam 2011). Kebanyakan mereka adalah daripada Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Bumi Kinanah. Saya memang dah pasang niat untuk menapak ke sana. Mudah-mudahan tercapai hajatku. Amin. Ada juga daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia. Saya juga memang dah rancang awal-awal, kalau tak dapat ke luar negara seperti Mesir atau Jordan, USIM atau UIA adalah pilihan kedua saya. Insya-Allah.
Memang sejuk mata saya ni memandang kakak-kakak dan abang-abang dari Mesir. Semuanya adalah pelajar-pelajar cemerlang dalam STAM. Doakan semoga saya juga berjaya dan cemerlang seperti mereka.
PELUANG SAMBUNG BELAJAR CERAH
Siapa yang kata bahawa peluang budak-budak aliran agama ni sangat nipis untuk mereka terus sambung belajar adalah salah sama sekali. Alhamdulillah, peluang pelajar-pelajar STAM ni cerah dan amat luas. Masa juga boleh dijimatkan kerana STAM hanya setahun. Kita akan terus ke Ijazah Sarjana Muda jika melangkah ke IPT nanti. Itu salah satu kelebihannya.Yang penting, usaha ke arah kejayaan dan terus berusaha tanpa rasa putus asa.
Program Multaqa’ STAM 2011 ni banyak memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar lepasan STAM iaitu hala tuju selepas ini. Antaranya :
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Aliran Sastera :-
- Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
- Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam dengan Kepujian
- Sajana Muda Kaunseling dengan Kepujian
- Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian
- Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
- Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian
- Sarjana Muda Pengajian Quran dengan Multimedia dengan Kepujian
- Sarjana Muda Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat dengan Kepujian
- Fakulti Pengajian Bahasa Utama
- Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi dengan Kepujian
- Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian
- Fakulti Syariah dan Undang-undang
- Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang dengan Kepujian
- Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dengan Kepujian
- Fakulti Ekonomi dan Muamalat
- Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian
- Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
- Sarjana Muda Pentadbiran Korporat dan Perhubungan dengan Kepujian
- Sarjana Muda Pemasaran (Perkhidmatan Kewangan) dengan Kepujian
Kelayakan Masuk Program Sarjana Muda (calon STAM) :-
- Lulus SPM / setaraf dengan memperolehi Kepujian dalam Bahasa Melayu.
- Memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid dalam STAM.
- Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam MUET. (tapi sebelum gred, kena dapatkan Band 3, baru boleh gred.)
- Memenuhi syarat khas program.
Maklumat lanjut : www.usim.edu.my
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Aliran Sastera :-
- Fakulti Sains dan Kemanusiaan
- Antropologi dan Sosiologi
- Kerja sosial
- Komunikasi Media
- Linguistik
- Psikologi
- Sains Politik
- Sejarah (Sarjana Muda Sastera dengan kepujian)
- Fakulti Pengajian Islam
- Pengajian Al-Quran dan Sunnah
- Pengajian Arab dan Tamadun Islam
- Pengajian Dakwah dan Kepimpinan
- Syariah
- Usuluddin dan Falsafah
Kelayakan (calon STAM) :-
- Lulus SPM / setaraf dengan memperolehi Kepujian dalam Bahasa Melayu.
- Memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid dalam STAM.
- Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam MUET.
Maklumat lanjut : www.ukm.my
Universiti Al-Azhar, Mesir
Banyak sangat bidang yang ada dan boleh diambil oleh lepasa STAM.
Maklumat lanjut : Al-Azhar, mesir
KEYAKINAN DAN USAHA
Kata seorang abang senior, pelajar-pelajar STAM ni dah selangkah ke IPT. Antara tips yang dikongsi oleh pelajar cemerlang STAM 2010 yang dapat mumtaz sofi :
- Belajar sebelum guru mengajar
- Hafaz dari sekarang
- Hafaz dan faham
- Biasakan diri dengan soalan-soalan sebenar STAM.
- Bina semangat dan keyakinan (spt tulis kata-kata motivasi untuk diri)
- Buat persediaan awal
- Fokus dalam kelas
- Bantu rakan-rakan lain (sama-sama mencari jawapan jika tak tahu)
- Kalau boleh, jangan tinggal solat Hajat
- Doa (yakin Allah dengar dan Allah makbulkan)
Saya dan kawan-kawan akan usaha dan cuba dapatkan yang terbaik untuk STAM pada tahun ni. Insya-Allah, kami akan usaha dan terus berusaha tanpa rasa putus asa. Saya akan cuba praktikkan apa yang kakak-kakak dan abang-abang senior kongsikan tadi. Mudah-mudahan Allah memudahkan segala urusan dalam pembelajaran saya ni. Semoga kita semua dipermudahkan-Nya urusan dunia dan akhirat. Akhir kalam, doakanlah kejayaan kita bersama.



sy nk tanya..kalau adik saya just dpt makbul utk stam,mcm mana peluang dia nk smbg belajar?
makbul??
erm..sy x pernah tanye ngan ustazah lg..
tp, berdasarkan syarat2 kelayakan, mungkin agak susah sikit utk apply..
tp, insyaAllah, ade rezeki..
Assalamualikum ,bagaimana ana nak daptkan soalan contoh dan lepas bagi STAM 2005,2007,2010
Shukran
waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh..
erm..
azim..
STAM ada buku soklan2 tahun lepas gak..
cuma, agak sukar nak mencarinya..
saya pun, bila nak beli, asyik xde jer..
cuba dapatkan dengan ustaz/ustazah atau senior2 lepas..
insyaAllah, ada jalan..
semoga berjaya memperoleh Mumtaz Sofi..
doakan ana dan rakan2 juga..
wassalam..
salam..
kalw2 ada tjuk spot nnt untuk stam..
post la ek kt sini..
sme2 kte mmbantu(:
syukran..
waalaikumussalam..
tajuk spot??
entahlah..xde kot..
sebab..soalan stam ni die byk ulang2..
tp xdela sume subjek..
ape yg kite belajar, ape yg cikgu slalu tekankan..
hapal n kene studyla..
cmtu jela kot..
n paling penting..faham..
insyaAllah..
bittaufiq wannajah..
assalamualaikum…kami sangat berterima kasih atas perkongsian strategi menghadapi STAM.Subjek STAM nampak macam sedikit tetapi hakikatnya banyak.
Mengapa tidak?Ada beberapa subjek digabungkan menjadi satu seperti nahu & sarf, insyak & muthala’ah,tafsir & ulum al-quran dll.
MUET pula teman setia STAM.Biasalah, sekurang-kurangya dapat mengasah kembali kemahiran Bahasa Inggeris kita supaya sentiasa bertambah baik. Boleh digunakan utk tujuan komunikasi, dakwah dsb. Tak rugi sebenarnya menjadi seorang yang multi-languages.
Syekh Nuruddin Al-Banjari hafizohullah pernah berpesan tentang adab dengan kitab iaitu apabila hendak menyusun buku atau kitab , pastikan Alquran paling atas, kemudian tafsir kemudian hadis kemudian fiqh dan seterusnya. Pendek kata:Susunlah kitab ilmu yg paling banyak ayat Al-quran di bahagian paling atas, KEMUDIAN yang paling banyak hadith, barulah seterusnya.
Dan menjadi salah satu adab dengan kitab ialah, jangan disusun sederet dengan majalah-majalah, atau komik dsb kerana mungkin sekali terdapat pemandangan yg tidak patut yang menyebabkan tercalarnya kehormatan kitab-kitab ilmu agama.
Adab-adab Ini bertujuan sebagai magnet yang merapatkan kita dengan keberkatan ilmu, keberkatan ulama yg banyak tenaga, berkorban sihat, berjaga malam demi menyambung perjuangan suci Rasulullah (selawat dan salam ke atas baginda, sahabat dan ahli qerabatnya) supaya umat Islam terus mendapat ilmu-ilmu yang bermanfaat di dunia DAN AKHIRAT
ana nak kongsi bersama teman-teman tentang adab-adab dengan kitab hasil drpd mendengar kuliah syeikh nuruddin hafizohullah:
1)untuk mendapat keberkatan ilmu, jgn bawa atau pegang kitab dgn tangan kiri
2)untuk mendapat keberkatan ilmu, jgn bawa kitab seperti membawa ikan yg dibeli dr pasar atau dgn maksud lain iaitu membawanya lebih rendah drpd paras dada (sebaliknya bawa kitab dengan merapatkan ke dada dgn menggunakan tangan kanan)
3)apabila menyusun kitab, pastikan kitab yang mempunyai paling banyak ayat alquran berada di tingkat atau rak paling atas(mula-mula al quran pastu tafsir), kemudian kitab yg paling banyak hadith nabawi(mcm sahih imam bukhari , muslim ,abu daud, pastu kitab -kitab syarah hadith spt fathul bari, umdatul qari, aunul ma’buud, bahrul mazi dll) kemudian barulah feqh, nahu , sarf , balaghah dn seterusnya…..
dan ini pesanan seorang habib drpd yaman iaitu jgn susun kitab dengan majalah-majalah kerana dikhuatiri ada pemandangan yg tidak elok di dalamnya yg boleh mencemar kemuliaan kitab.
http://bukustam.blogspot.com/p/buku-rujukan-dan-latihan-stam.html
ini mungkin boleh membantu pelajar stam untuk membiasakan diri dengan bentuk2 soalan stam.
sekiranya antum berada di johor bahru,
antum boleh dapatkannya terus di
badan cemerlang bookstore,
aras 3, plaza angsana, johor bahru.
apabila tiba di depan kedai itu, pilih pintu masuk paling kanan, dn terus menuju ke rak paling kanan di bahagian belakang.
di situ tersusun buku praktis mumtaz stam beserta notanya.
terima kasih shafiq sasteraarab…

perkongsian yang menarik juga..
alfu syukran..
d0akan ana dan rakan2 dapat keptusan yang cemerlang utk STAM 2011..
Assalamualaikum…
Ada sapa2 tau x,macam mana saya nak dapatkan buku2 teks n rujukan untuk STAM, klau saya nak ambik STAM sebagai Calon Persendirian??
waalaikumussalam..
buku teks biasanya ada di kedai2 buku..
tapi, tak semua kedai ada..
kena tengok tempat jugaklah..
ermm..bab rujukan tu..
kenalah tanya dengan bekas2 calon stam..
nota tu kadang2, guru yang bagi..
lg satu, kadang2, potostat sendiri daripada sekolah lain..
kalo buku latihan, boleh dapat dari link komen yang kat atas ni la..
mudah2an, dipermudahkan oleh-Nya.. ^^
salam…boleh bg tahu kdai buku mana yg jual buku teks stam yg diajar di skolah?
waalaikumussalam warahmatullah..
erm..
kalau dekat Selangor ni..
Klang, bawah jambatan tu ada satu kedai buku..
Kedai Buku Alam Murni.. dulu, KK DAUD..
aritu saya pernah pergi sana, diorang ada jual buku teks utk stam..
moga dipermudahkanlah ye..
semoga berjaya.. ^^
terima kasih syazana…
salam ukhuwah
ana calon stam 2011 jgk, dri mhad kt kelantan. sama mcm enti, semoga MUMTAZ SOFI milik kita bersama, doa2kn jg utk saudara seislammu ini, insyaAllah, kalo boleh ana nk further study kt tmur tgh jgk *mesir,jordan* (sama jgk mcm enti ckp) hehe ^^ ad rezki boleh kita jmpe kt sna, kn?? ok salam, fi amaanillah.
salam ukhuwah..
Alhamdulillah.. ^^
maahad kelantan..?? terbaik punye! ^^
ana sebenarnya respect dgn negeri kelantan..
teringin sgt nak pegi sana..
tp, xde peluang lagi.. hehe
ana yakin, enti boleh punya!
MUMTAZ SOFI..
erm, cuma, ana je la..
mumtaz sofi tu memang wallahua’lam la..hehe..
sbb kerts quran n adab ada sedikit kantoi..huhu..
bittaufiq wannajah..
insyaAllah..
andai itu aturan-Nya, kalau ada jodoh, kita pasti berjumpa..
x kira di mana..
salam’alayk ukhti.
mohon maaf mengganggu.
ana nk tnye,
kalau sseorang tu nk smbung stam,
apakah pluang masih dibuka?
atau pndftaran hanya pd awal thun lalu?
waalaikumussalam warahmatullah..
erm…
tak pasti laaa..
kalau ambil persendirian, rasanya boleh lagi..
kalau amek through skola, memang kena daftar masa awal tahun..
tak tahulah masih dibuka ke tak..
maaf ek..