STAM

All posts tagged STAM

STAM OH STAM

Published March 11, 2011 by wana93

Hari ini adalah hari yang paling seronok dalam belajar STAM sebab dapat berjumpa dengan kakak-kakak dan abang-abang senior yang ambil STAM (Multaqa’ Stam 2011). Kebanyakan mereka adalah daripada Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Bumi Kinanah. Saya memang dah pasang niat untuk menapak ke sana. Mudah-mudahan tercapai hajatku. Amin. Ada juga daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia. Saya juga memang dah rancang awal-awal, kalau tak dapat ke luar negara seperti Mesir atau Jordan, USIM atau UIA adalah pilihan kedua saya. Insya-Allah.

Memang sejuk mata saya ni memandang kakak-kakak dan abang-abang dari Mesir. Semuanya adalah pelajar-pelajar cemerlang dalam STAM. Doakan semoga saya juga berjaya dan cemerlang seperti mereka.

PELUANG SAMBUNG BELAJAR CERAH

Siapa yang kata bahawa peluang budak-budak aliran agama ni sangat nipis untuk mereka terus sambung belajar adalah salah sama sekali. Alhamdulillah, peluang pelajar-pelajar STAM ni cerah dan amat luas. Masa juga boleh dijimatkan kerana STAM hanya setahun. Kita akan terus ke Ijazah Sarjana Muda jika melangkah ke IPT nanti. Itu salah satu kelebihannya.Yang penting, usaha ke arah  kejayaan dan terus berusaha tanpa rasa putus asa.

STAM

Program Multaqa’ STAM 2011 ni banyak memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar lepasan STAM iaitu hala tuju selepas ini. Antaranya :

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Aliran Sastera :-

–   Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan

  • Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam dengan Kepujian
  • Sajana Muda Kaunseling dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian

–   Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah

  • Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pengajian Quran dengan Multimedia dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat dengan Kepujian

–  Fakulti Pengajian Bahasa Utama

  • Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian

–  Fakulti Syariah dan Undang-undang

  • Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dengan Kepujian

–   Fakulti Ekonomi dan Muamalat

  • Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pentadbiran Korporat dan Perhubungan dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pemasaran (Perkhidmatan Kewangan) dengan Kepujian

Kelayakan Masuk Program Sarjana Muda (calon STAM) :-

  • Lulus SPM / setaraf dengan memperolehi Kepujian dalam Bahasa Melayu.
  • Memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid dalam STAM.
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam MUET. (tapi sebelum gred, kena dapatkan Band 3, baru boleh gred.)
  • Memenuhi syarat khas program.

Maklumat lanjut : www.usim.edu.my

 

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Aliran Sastera :-

–   Fakulti Sains dan Kemanusiaan

  • Antropologi dan Sosiologi
  • Kerja sosial
  • Komunikasi Media
  • Linguistik
  • Psikologi
  • Sains Politik
  • Sejarah (Sarjana Muda Sastera dengan kepujian)

–   Fakulti Pengajian Islam

  • Pengajian Al-Quran dan Sunnah
  • Pengajian Arab dan Tamadun Islam
  • Pengajian Dakwah dan Kepimpinan
  • Syariah
  • Usuluddin dan Falsafah

Kelayakan (calon STAM) :-

  • Lulus SPM / setaraf dengan memperolehi Kepujian dalam Bahasa Melayu.
  • Memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid dalam STAM.
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam MUET.

Maklumat lanjut : www.ukm.my

Universiti Al-Azhar, Mesir

Banyak sangat bidang yang ada dan boleh diambil oleh lepasa STAM.

Maklumat lanjut : Al-Azhar, mesir

 

KEYAKINAN DAN USAHA

Kata seorang abang senior, pelajar-pelajar STAM ni dah selangkah ke IPT. Antara tips yang dikongsi oleh pelajar cemerlang STAM 2010 yang dapat mumtaz sofi :

  • Belajar sebelum guru mengajar
  • Hafaz dari sekarang
  • Hafaz dan faham
  • Biasakan diri dengan soalan-soalan sebenar STAM.
  • Bina semangat dan keyakinan (spt tulis kata-kata motivasi untuk diri)
  • Buat persediaan awal
  • Fokus dalam kelas
  • Bantu rakan-rakan lain (sama-sama mencari jawapan jika tak tahu)
  • Kalau boleh, jangan tinggal solat Hajat
  • Doa (yakin Allah dengar dan Allah makbulkan)

Saya dan kawan-kawan akan usaha dan cuba dapatkan yang terbaik untuk STAM pada tahun ni. Insya-Allah, kami akan usaha dan terus berusaha tanpa rasa putus asa. Saya akan cuba praktikkan apa yang kakak-kakak dan abang-abang senior kongsikan tadi. Mudah-mudahan Allah memudahkan segala urusan dalam pembelajaran saya ni. Semoga kita semua dipermudahkan-Nya urusan dunia dan akhirat. Akhir kalam, doakanlah kejayaan kita bersama.  🙂

BERJUANG BUKAN SENANG!

Published January 18, 2011 by wana93

Salam rindu untuk semua. Lama sudah tidak bersua khabar. 🙂

Di saat ini, sudah mula sibuk dengan pelajaran kerana menyambung pelajaran ke peringkat STAM di Sam Hisamuddin Kg Jawa. Terasa amat-amat rindu akan sekolah lamaku iaitu Hisamuddin Sg Bertih. Hurmmm..

Ramai dan kebanyakannya mengatakan bahawa ambil STAM iaitu Sijil Tinggi Agama Menengah ini tidak mudah dan amat-amat payah kerana 99% semuanya adalah dalam Bahasa Arab dan kena banyak menghafal.

Ya! Kebenarannya memang ada. Tapi, kenapa aku masih juga ambil STAM? Kenapa? Aku taklah power sangat dalam Bahasa Arab, boleh ke aku ambil?

Jawapan ada dalam diri sendiri

First thing first! Apa niat kita belajar? Adakah hanya kerana peperiksaan semata-mata? Adakah kerana ingin berbangga diri? Adakah kerana dipaksa ibu bapa? Adakah kerana kawan semata-mata?

Mari belajar

Pernah kawan bertanya (dia tak yakin nak ambil STAM atau tidak). Soalannya pada saya : Kenapa aku kena pilih STAM? Aku takut tak boleh bawak. Macam mana ni?

Saya menjawab : Kau tak KENA pilih STAM. Tapi, kau KENA tanya hati kau. Apa niat sebenar kau nak ambil STAM ni? Kalau sekadar nak buang masa waktu cuti ni, tak payahlah. Ingat tak, ustaz kita pernah kata, kalau kita tak tolong agama kita sendiri, kita tak faham b.arab, kita tak nak belajar b.arab, siapa lagi yang nak semarakkan b.arab ni? Orang bukan Islam belajar b.arab bersungguh-sungguh untuk selewengkan al-quran. Kalau kita tak tahu b.arab, kita pun akan terseleweng dan diselewengkan dengan sewenangnya. Dengan mengetahui maksud bacaan al-quran yang dalam b.arab tu juga membolehkan kita menghayati dan memahami isi dan mesejnya. Boleh atau tak boleh bawa itu sebenarnya bergantung pada keyakinan diri sendiri dan usaha sepenuh hati tanpa ada rasa putus asa atau menyesal.

Dan sekarang, dia bersama-sama dengan saya membuat keputusan mengambil STAM. Alhamdulillah. 🙂

Bukan kerana periksa semata-mata

Walaupun peperiksaan itu penting, namun, janganlah kita belajar bagai nak gila hanya kerana periksa! Belajar kerana peperiksaan adalah berbeza dengan belajar kerana inginkan ilmu kerana Allah.

Andai kita belajar hanya kerana untuk peperiksaan, kita akan kecewa dan putus asa bila kita menghadapi kegagalan. Tapi, belajar kerana inginkan manfaat ilmu kerana Allah, walaupun kita mungkin ada yang gagal dalam peperiksaan, tapi, kita tak mudah putus asa. Kecewa tu memang ada namun, usaha yang tinggi dan bersungguh-sungguh lagi akan tersemat dalam jiwa kita. InsyaAllah.

Berjuang tak pernah senang

Dalam berjuang, tak pernah ada kesenangan. Perjuangan memerlukan banyak pengorbanan. Ramai pejuang-pejuang Islam berkorban kerana agama Allah yang mulia ini. Para sahabat berjuang bersama Nabi dalam menegakkan kalimah tauhid.Jika kita berjuang dalam kesenangan, maka, musuh yang akan menang.

Ilmu itu cahaya

Begitu juga dengan belajar. Belajar dan terus belajar dan terus belajar tak semudah ABC. Nak berjaya bukan mudah tapi tak mustahil. Itu kata-kata ramai pakar motivasi. Kita kena cuba.

Kita kena menempuh payah dan ujian untuk menuju ke arah kejayaan dan kemenengan. InsyaAllah. Kesabaran yang tinggi amat penting kerana Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar. Dan, minta pertolongan-Nya. Andai kita sudah berusaha bersungguh-sungguh, sudah buat yang terbaik, maka bertawakkallah kepada Allah. InsyaAllah, ada ganjaran menanti. 🙂

Akhir kalam

Semoga dengan perkongsian ilmu ini, hati dan jiwa kita akan cenderung untuk belajar bukan kerana peperiksaan semata-mata walaupun peperiksaan itu amat penting dalam kehidupan seorang pelajar.

Bagi kakak-kakak atau abang-abang atau sesiapa saja yang pernah mengambil STAM ini, saya ingin meminta nasihat daripada kalian. Mungkin, kalian ada kata-kata perangsang bagi meneguhkan jiwa ini untuk terus berjuang dalam STAM. Mungkin juga kalian punya tips-tips yang mudah dan bermanfaat untuk senang menghafaz dan memahamai Bahasa Arab. Harap boleh berkongsi. InsyaAllah.

Doakan saya dan semua rakan-rakan seperjuangan yang lain dipermudahkan jalan dan urusan dalam pembelajaran STAM. Mudah-mudahan kami ditabahkan hati menempuh dugaan dan cabaran. Semoga kita semua dirahmati Allah. Amin. 🙂