UKHUWAH CINTA KITA

Published June 10, 2011 by wana93

Ana tidak dapat melelapkan matanya walaupun jam hampir menunjukkan pukul 2 pagi. Hatinya terasa debar. Dia mencapai gebarnya untuk menutupi jasadnya yang terasa dingin. Fikirannya ligat melayang memikirkan hal pagi tadi.

“Ana! Sini kejap! Aku ada hal penting sangat ni.” Syaz menarik tangan Ana sambil melangkah meninggalkan orang ramai di dalam kelas.

“Apa hal? Cepat sikit. Periksa nak mula dah tu.” Ana tergesa-gesa kerana dia belum bersedia sepenuhnya untuk menghadapi peperiksaan.

“Aku tak puas hati dengan kau. Kenapa hari tu kau tiba-tiba tanya aku yang Ina nak berhenti dari STAM ni? Kau dah tahu ke?” Air mata Syaz tak semena-mena berjujuhan.

Ana mengerutkan dahinya. Dia langsung tak dapat memahami situasi yang sedang berlaku.

“Apa kau cakap ni? Aku tak fahamlah. Kenapa dengan Ina?”

“Ina..Ina memang betul macam apa yang kau cakapkan. Dia berhenti STAM. Mak ayah dia dah uruskan untuk dia sambung belajar dekat Jordan.”

Air mata Syaz terus mengalir seakan tidak mahu berhenti. Ana tergegau dengan perkhabaran itu.

“Betul ke? Mana kau tahu? Sampainya hati dia tak nak beritahu kita.” Suara Ana bernada terkilan.

“Daripada orang dalam. Aku pun sedih. Bukan apa, sampai hati dia tak beritahu kita. Bulan 6 ni dia bertolak.”

“Ni yang aku tak nak kawan dia ni. Nak pergi, bukan nak beritahu! Patutlah dia agak pelik kebelakangan ni. Banyak dah tanda-tanda yang aku dapat kesan daripada dia. Rupanya betul, dia akan tinggalkan kita.”

“Aku minta tolong sangat. Jangan beritahu sesiapa dulu. Ini antara kita berdua tau. Kau buat-buatlah tak tahu apa-apa.”

“Ye. Kau jangan risau. Dah, jom masuk kelas. Kejap lagi periksa nak mula dah. Kau janganlah nangis lagi. Nanti aku yang sedih.”

Syaz mengusap air matanya. Mereka berdua menuju ke kelas masing-masing. Sepanjang dalam kelas, Ana diam sahaja. Selalunya, suara dia yang sering bergema dengan gelak tawa bersama rakan-rakannya. Tapi untuk hari ini, dia lebih gemar berdiam diri.

*******

Esok ada reunion untuk kelas kita tahun lepas. Aku rasa Ina akan beritahu kita esok. Jangan cakap apa-apa dekat dia dulu. Jangan ganggu moodnya.

Syaz memberi mesej tanda risau. Dia risau jika Ana akan terburu-buru dalam tindakannya. Tak lama kemudian, mesej daripada Lia pula bertandang.

Ana, kau jangan tak layan Ina tau esok. Aku tau kau marah, tapi, jangan buat muka depan dia nanti. Biar dia berterus terang dengan kita semua.

Ana pelik! Daripada mana pula Lia tahu? Ni mesti Syaz yang beritahu. Ana membalas mesej Lia.

Ye. Aku tahu. Jangan risaulah. Aku baru mesej dengan dia ni. Bergurau senda lagi. 😉

Sebenarnya, Ana berasa amat gembira kerana sahabat karibnya itu berpeluang untuk keJordan. Namun, dia agak terkilan kerana Ina langsung tidak memberitahu apa-apa kepadanya. Hatinya mula menangis.

Ina, kau nak pergi, sampai hati kau tak beritahu aku dan kawan-kawan yang lain. Patutlah perangai kau pelik. Kau sengaja. Nasib baiklah aku tahu. Macam mana kalau aku tak tahu? Tiba-tiba kau dah pergi. Jahatnya kau! Aku nak tengok reaksi kau di tempat reunion kita esok.

*******

 KFC Klang, itulah lokasi untuk reunion bersama teman-teman yang pernah sama-sama berjuang mengharungi SPM pada tahun lepas. Ana berkumpul bersama gengnya, Syaz, Ina, Lia,Yana, Nana, Yuni, Mel dan Aina. Mereka bahagia kerana masing-masing dapat bertemu lagi. Kawan-kawan lama seperti Khairiah, Fiqah, Tiqah, Farz dan Midah juga turut hadir. Kawan-kawan lelaki juga ramai yang datang. Antaranya, Syahir, Zaman, Fahmi, Mirul, Faidhi, Eby, Faisal, Ruzain dan beberapa orang lagi.

Masing-masing mengambil kesempatan untuk berborak sambil bergelak tawa untuk melepaskan rindu masing-masing. Syahir memesan menu ayam goreng KFC, kentang, air dan lain-lain lagi sebagai hidangan untuk yang hadir. Masing-masing khusyuk dengan makanan sendiri. Mereka makan dengan penuh berselera.

Usai makan, mereka mengambil kesempatan untuk bergambar bersama-sama. Muka-muka bahagia terpancar daripada senyuman yang diperlihatkan oleh masing-masing. Namun, jauh di sudut hati, ada antara mereka yang memendam duka.

Setelah jam menunjukkan pukul 1 petang, masing-masing mengundur diri untuk pulang dan berjalan-jalan bersama teman. Tinggallah Ana, Syaz, Ina, Yuni, Nana, Mel, Lia, danYana. Mereka duduk berkumpulan di satu tempat. Lia memulakan bicara.

“Perhatian! Ina nak beritahu kita sesuatu.”

Ina hanya diam membisu. Ana sudah mempamerkan muka kecewanya. Dia bermain telefon bimbit dancubamenghiraukan apa yang sedang berlaku. Lia terus berbicara.

“Ina akan pergi keJordanbulan 6 ni.”

Ana tidak menunjukkan reaksi bahawa dia terkejut. Begitu juga Syaz. Nana danYanaserentak bersuara.

Bestnya!”

Memang tak ada perasaanlah budak dua orang ni.

Ana berkata di dalam hati. Tiba-tiba, Ina bersuara.

“Aku ambil kos Syariah nanti dekatsana. 10 haribulan ni aku bertolak.”

Nana berdiri dan terus menuju ke bilik air. Air matanya tidak dapat dibendung lagi. Yuni menemani Nana. Ana juga bangun dan menuju ke bilik air.

“Nana nangis ke?” Tanya Ana kepada Yuni.

“Ye kot. Dia dalam bilik air ni. Tak nak keluar.” Jawab Yuni.

Yuni bersuara dengan kuat.

“Nana!Adaorang nak masuklah. Cepatlah keluar.”

Nana pun keluar dengan sebaris senyuman yang kelat. Dia tak mampu bertahan dengan senyuman palsunya. Air matanya sambung mengalir di hadapan Ana dan Yuni.

“Kau okey tak? Dahlah tu.” Pujuk Ana.

“Macam mana dia nanti katsana? Dekat sini pun dia asyik mengeluh dan asyik rasa putus asa. Apatah lagi dekatsana.” Nana mula menyuarakan kerisauannya

“Kita doalah yang baik-baik untuk dia. Mak ayah dia dah sungguh-sungguh nak hantar dia kesana. Biarlah.” Ana cuba menenangkan Nana.

“Betul tu. Dahlah. Jom keluar.” Ajak Yuni.

“Kita senyum tau.” Arah Ana kepada Nana.

Mereka berlapan meluangkan masa bersama seketika di Centre Point. Masing-masing bahagia seakan lupa tentang kesedihan yang melanda jiwa sebentar tadi.

“Aku nak belikan sesuatu untuk Ina sebelum dia pergi.” Kata Ana kepada Syaz. Syaz hanya mengangguk.

Sebelum beransur pulang, Nana sempat memberi hadiah untuk Lia, Mel dan Syaz sempena hari kelahiran mereka yang telah pun berlepas tanpa sebarang hadiah daripadanya. Saat-saat bahagia ini mereka abadikan di dalam kamera Ana.

Malamnya, Ana tidak dapat mengulangkaji pelajaran kerana fikirannya sedikit terganggu. Daripada dia mengulangkaji tetapi tak ada satu pun yang masuk, lebih baik dia melihat gambar-gambar kenangan yang mengganggu fikirannya itu. Hatinya sebak.

Ina akan pergi ke Jordan. Yuni pula akan ke Unisza. Mel ke KUIS. Ekin, sahabat baikku juga akan ke Unisza. Ya Allah, aku tahu, setiap pertemuan pasti akan diakhiri dengan perpisahan. Terima kasih ya Allah sebab Engkau memberikan aku kesempatan untuk kami bertemu, berkenalan dan berkasih sayang. Moga ukhuwah ini akan berpanjangan meskipun pertemuan ini kian menghampiri perpisahan. Jagalah mereka, ya Allah. Tetapkanlah hati aku, Yana, Lia, Aina, Syaz dan Ema dalam STAM. Moga kami berjaya. Amin.

*******

 Dalam kelas, Ana menegur Ema.

“Ema, kau tahu tak pasal Ina?”

“Kenapa?”

“Dia akan pergiJordanbulan 6 ni. Jahatkan dia tak beritahu kita.”

“Yeke? Dia dapat? Baguslah.”

“Dia guna swasta. Mak ayah dia yang sungguh-sungguh nak dia belajar dekatsana.”

“Ooo.. Baguslah. Dah rezeki dia.”

Ana pergi ke tandas. Aina mengikut dari belakang. Aina memulakan bicara.

“Ana, betul ke Ina nak berhenti?”

“Betul. Tu lah kau, balik awal sangat semalam. Dia akan pergiJordanbulan 6 ni.”

“Yeke? Wah! Bertuahnya dia.”

*******

 “Kau dapat mana?” Tanya Fiqah kepada Ana.

“Aku dapat tawaran ke Unisza, tapi, aku tak naklah. Nak habiskan STAM dulu ni.” Senyum Ana dengan jawapannya. Terserlah kayakinannya.

Peperiksaan pertengahan tahun akan berakhir dalam masa dua minggu lagi. Masing-masingcubauntuk lakukan yang terbaik. Ana, Syaz,Yana, Lia, Aina, Nana dan Ema mengharungi kehidupan sebagai pelajar Pra Universiti tanpa ada Ina di sisi lagi. Dia telah pun berhenti.Adalagi 3 minggu sebelum Ina bertolak ke Jordan.

Ana sedikit kecewa dengan ibu dan makciknya kerana tidak menyokongnya untuk menyambung pelajarannya ke Timur Tengah pada tahun hadapan.

Tangannya menari rancak di atas keypad telefon bimbit untuk menghantar mesej pada Ina.

Ina, aku sedihlah. Bila aku cakap pasal Timur Tengah, ada je orang bangkang. Makcik aku cakap, tak payah pergi jauh-jauh. Dalam negara je pun dah cukup. Keadaan dekat sana bukannya aman pun. Banyak masalah. Bukannya senang nak belajar dekat sana. Mak aku pun sokong cakap makcik aku. Ni yang aku lemah ni. Aku rasa aku dah tak ada semangatlah nak kejar Mumtaz dalam STAM. ;(

5 minit kemudian, Ina membalas mesej itu dengan kata-kata perangsang dan semangat.

Ana, janganlah cakap macam ni. Kau kena buktikan pada keluarga kau yang kau boleh dapat Mumtaz. Mana tahu, suatu hari nanti, Allah buka hati mak dan makcik kau untuk izinkan kau belajar dekat sana. Kita rancang, Allah yang tentukan. Teruskanlah azam kau untuk dapat Mumtaz. Tu kan cita-cita tertinggi kau. Kalau pun, tak boleh ke sana, sekurang-kurangnya kau senang nak ke IPTA dekat sini. Mana tahu kalau ada rezeki juga, kau boleh jejakkan kaki ke sana. Aku faham perasaan kau bila tak dapat sokongan daripada keluarga. Keluarga kau sebenarnya sayang, risau dan takut kehilangan kau. Jangan putus asa ok! Ana yang aku kenal, tak pernah kenal erti putus asa. Buktikan kau boleh. Aku sentiasa doakan kau. Innallaha ma’assobirin. 

Ana membaca isi mesej itu dengan rendaman air mata. Dia beristighfar untuk mencari sedikit ketenangan buat hatinya yang sedang sayu dilanda pilu. Dia tidur awal pada malam itu walaupun esok adalah hari peperiksaan. Semangatnya seakan luntur.

*******

“Wei, aku dah tak ada semangatlah nak kejar Mumtaz.” Luah Ana kepada sahabat-sahabatnya.

“Kenapa?” Lia bertanya tanda prihatin.

“Mak dan makcik aku tak sokonglah aku nak belajar dekat Timur Tengah.” Jawab Ana dengan nada sayu.

“Takkan disebabkan tu kau tak nak Mumtaz? Buktikanlah dulu dalam STAM ni. Mana tahu, ada rezeki. Belumcubabelum tahukan..?” Pujuk Lia.

“Dah mak tak bagi tu, jangan degil! Haha.” Ema sempat menyakat.Yanahanya tertawa.

“Ish..dahla..hafal..!” Ana muncung.

Di rumah, Ana meluangkan masa 10 minit untuk termenung bersama buku tazkirah dan motivasinya. Dia ingin membina kembali semangatnya yang sudah semakin luntur. Dia dapat rasakan bahawa keputusan peperiksaan pertengahan tahun kali ini, keputusannya akan sedikit merosot. Dia ingin mencari matlamatnya yang sebenar. Dia teringat akan mesej kakak seniornya, Kak Najah.

Ana, belajar dekat dalam ke luar negara ke, sama sahaja. Tujuannya adalah untuk menuntut ilmu. Cuma, masing-masing ada kelebihan tersendiri. Jangan disebabkan itu, Ana putus asa.  Sekarang, yang penting, tujuan utama tu, mumtaz! Struggle for get it.! Rezeki Allah ada di mana-mana.

Dia menanam tekad di dalam hati.

Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Mendengar. Kau tahu apa yang tidak aku ketahui. Kembalikanlah semangatku yang kian pupus. Aku tahu, walaupun banyak halangan, aku tak boleh jadikan itu semua sebagai alasan. Kejamlah aku kalau aku sanggup biarkan diri aku gagal dalam peperiksaan tahun ni. Aku akan buat yang terbaik untuk mencapai targetku. Aku takkan menzalimi ibu dan bapaku yang sudah banyak memerah keringat untuk aku dan yang lain. Mungkin, ada hikmah di sebalik semua ni. Ya Allah, tenangkanlah hatiku untuk menghadapi semua cubaan-Mu. Kembalikan semangatku

*******

Seminggu lagi, peperiksaan pertengahan tahun akan segera tamat. Kemudian, cuti selama dua minggu pula akan menyusul. Itulah saat yang dinanti-nantikan oleh Ana, Syaz, Nana,Yanadan Aina. Masing-masing berusaha menyiapkan diri dengan memantapkan hafalan dan menghafaz apa yang belum terlekat di ingatan.

Sementara itu, Ina dan keluarganya sedang sibuk menguruskan kenduri doa selamat yang bakal berlangsung esok. Ina menjemput semua sahabat-sahabat karibnya. Tak lupa juga, sahabat-sahabat lamanya dahulu.

Esoknya, selepas Zohor, ramai tetamu jemputan bertandang di rumah Ina. Syaz, Mel, Lia dan Yuni tiba awal sebelum Zohor. Mereka membantu apa yang patut. Ruzain juga datang awal bersama bapa tercinta. Lagaknya seperti hendak masuk meminang Ina. Manakala Ana, Aina danYanatiba di rumah Ina pada pukul 2.30 petang.

“Jemputlah makan.” Pelawa Ina.

“Ina, seganlah!” Ana,Yanadan Aina berasa segan kerana tetamu lelaki memenuhi ruang depan itu.

Mereka satu geng makan bersama-sama dengan penuh riang. Sambil makan, sambil berborak dan bergelak tawa. Mel akan pergi menyambung pelajarannya ke KUIS pada minggu hadapan. Ina dan Yuni bakal menyusul ke universiti pilihan masing-masing. Syahir, Zaman dan Anam datang bagi memenuhi undangan Ina. Midah dan Farz juga datang untuk tidak mengecewakan Ina.

Usai makan bersama, seperti biasa, agenda wajib mereka adalah bergambar. Masing-masing bahagia dengan pelbagai kerenah bagi menghiburkan suasana. Kamera Ana menjadi tempat pengabadian kenangan ukhuwah mereka. Ina semakin berasa sayu dan terharu kerana semakin hari, dia semakin mendekati perjalanan menuju keJordandan bakal meninggalkan insan-insan kesayangannya.

Namun, jauh di lubuk hatinya, dia berasa gembira kerana masih dapat meluangkan masa bersama sahabat-sahabatnya walaupun mereka sedang menghadapi peperiksaan. Dia juga bahagia kerana ramai saudaranya memberi hadiah dan duit sebagai buah tangan khas untuknya. Sungguh, dia hargai kurniaan Allah kepadanya. Alhamdulillah!

Sebelum mereka beransur pulang, Ina sempat mengajak Ana untuk membawanya jalan-jalan menaiki motor.

“Ana, bawa aku jalan-jalan sekejap. Dah lama aku tak naik motor.”

“Jom!”

*******

Sehari sebelum Mel bertolak ke KUIS, Ana menghantar mesej kepadanya sebagai pesanan terakhir.

Pandai-pandai bawa diri dekat sana. Jangan sesekali terlibat dengan gejala negatif. Belajar rajin-rajin tau sebab itu FOKUS utama kita. Jaga kesihatan diri baik-baik. Jaga aurat dan maruah diri kita. Tingkatkan amal ibadah kepada-Nya dan jangan sesekali lupakan-Nya. Jangan give up! Kita ni macam roda, kekadang di atas, tak mustahil kita akan berada di bawah. Kita pasti jatuh dan pasti BERJAYA! Jangan lupakan Ana dan kawan-kawan yang lain. Im gonna miss you. I love you. Harap kita akan bertemu lagi. 

Mel terharu dengan mesej yang baru dibacanya. Dia berasa sangat sedih kerana terpaksa berpisah demi meneruskan perjalanan menuntut ilmu. Dia amat menyayangi sahabat-sahabat karibnya.

Nana, merupakan sahabat yang paling akrab bersama Mel juga merasakan perasaan yang sama. Sedih, tetapi tetap merasa bahagia kerana sahabatnya dapat menyambung pelajaran. Dia tetap punya rasa kebahagiaan dalam perpisahan.

Ina telefon Ana pada malam itu untuk melepaskan rindu dan mengisi kebosanannya.

“Ana, sorry aku ganggu kau.”

“Kenapa? Apa motif kau call aku ni? Haha.”

“Aku dah tak ingatlah. Petang tadi aku call, kau tak angkat! Tadi aku call Nana, dia pun tak angkat.”

“Aku pergi pasarlah tadi dengan makcik aku.”

“Mel pergi KUIS esokkan?”

“A’ah.”

Selama 20 minit mereka berborak diiringi gelak tawa sebagai muzik latar hati mereka. Hanya mereka yang tahu apa yang diperborakkan sehingga keluar muzik latar iaitu gelak tawa riang mereka.

“Okeylah, kau tengah menghafazkan. Tak nak kacau lama-lama. Assalamualaikum Ana..”

“Okey, waalaikumussalam..” Akhiri Ana.

*******

Di sekolah, sebelum pulang, Lia teringat sesuatu tentang Mel.

“Korang tahu tak Mel ada darah tinggi?” Soal Lia.

“Yeke? Mana tahu ni?” Ana terkejut.Yanadan Ema mengerutkan dahi.

“Dia pergi buat medical check up. Doktor kata dia ada darah tinggi. Dia sempat buat x-ray jantung sekali. Doctor cakap, dia sebenarnya tak boleh masuk mana-mana. Tapi, disebabkan kasihan, doktor izinkan juga.” Terang Lia.

“Kena jaga pemakanan tu. Macam ayah aku, darah tinggi dan kencing manis. Bahaya juga tu!” Tukas Ana tanda risaukan sahabatnya itu.

“Masalahnya, dia tu. Kalau orang suruh jaga pemakanan, dia terus tak nak makan langsung. Tu yang payah tu. Dia kena bersenam.” Bebel Lia. Lia memang seorang yang cukup kuat dalam mengajukan pendapatnya. Dia juga seorang yang selalu membangkang jika dirinya dijadikan bahan usikan dan gurauan. Namun, dia seorang yang bijak dalam pelajarannya.

“Mel kirim salam. Dia suruh kita doakan dia dekatsanadan kesihatan dia.” Lanjut Lia.

“Waalaikumussalam..” Ana,Yanadan Ema serentak menjawab.

Mereka berempat menuju ke motor masing-masing untuk pulang ke rumah. Rasa lapar mula melingkar di perut mereka. Tak sabar nak balik untuk mengisi perut yang sedang menyanyi lagu keroncong.

*******

Cuti dua minggu sudah pun bermula.

Hari itu, suria memancarkan cahayanya dengan penuh kesungguhan. Bahangnya boleh dirasai oleh sekujur tubuh manusia. Peluh di dahi Ana mula berjuraian. Dia mengesatnya dengan keluhan kepenatan setelah seharian meluangkan masa bersama sahabat-sahabatnya. Ana,Yana, Yuni, Syaz, Ekin, Ina dan Lia.

Namun, petang itulah yang membawa dirinya mula rasa moody. Ada kisah di sebaliknya. Sudah lumrah, di mana ada suka, di situ jugalah akan terselit rasa duka dalam jiwa.

Ana tahu, dirinya memang seorang yang sensitif. Itulah kelemahan anak kelahiran bulan 7. Kelemahan bukan untuk disesali tapi untuk diperbaiki. Dia sedar. Malah, dia selalu beralah dengan sahabat-sahabatnya itu untuk menjaga hati mereka. Dia tidak kisah walaupun kasih itu kadangkala tidak dihargai kerana erti hidup adalah pada memberi, tak minta dibalas. Biarlah hanya Allah saja yang mengetahui rasa di hatinya. Diacubalakukan yang terbaik.

Malamnya, telinga Ana dihidangkan menu laungan nasyid tentang sahabat daripada pelbagai kumpulan nasyid. Pipinya terasa hangat dengan air mata jernih yang tiba-tiba jatuh. Dia rasa sunyi tanpa mesej daripada sahabat-sahabatnya. Dia tahu, mereka fikir Ana sedang makan hati. Mungkin disebabkan itu, mereka tak berani hendak mengganggu sensitiviti Ana. Namun, lain pula bagi Ana. Dia hanya mengadu pada Allah.

Ya Allah, aku tahu. Aku salah. Memang aku sentiasa salah. Maafkan aku ya Allah. Aku sayangkan mereka. Biarlah kalau mereka sedang luputkan aku daripada hati mereka tapi aku takkan lupakan mereka. Bahagiakanlah hidup sahabat-sahabatku di dunia dan akhirat. Biarlah hati aku yang terluka asalkan hati mereka selalu bahagia. Amin.

*******

Hari ini, Ana tidak beraktiviti ke mana-mana. Dua hari yang dilalui terasa cepat berlalu. Dia hanya duduk di rumah. Dia mengisi masa yang ada dengan membuat kerja-kerja sekolah dan latihan yang bertimbun. Inilah pakej percutian yang dihadiahkan oleh guru-gurunya. Itulah ciri-ciri guru yang prihatin terhadap pembelajaran anak-anak muridnya.

Setelah 1 jam bersenam tangan dan fikiran, badannya terasa kewalahan. Dia berehat seketika. Sisa kerja sekolah masih banyak seakan tidak mahu berganjak. Dia merehatkan tubuhnya di katil. Matanya memandang kipas di siling. Dia teringat akan sahabat-sahabatnya. Terpamer wajah Mel sedang tersenyum. Atmanya terasa rindu.

Lantas, Ana bangun dan mencapai sehelai kertas dan pen untuk meluahkan rasa rindunya melalui tulisan penanya. Jiwanya mula diresapi rasa sayu.

Kasih Yang Tersembunyi

Engkau Maha Mengetahui,

Segala isi dan luahan hati hamba-Mu,

Walau ku selindung di lubuk sanubari,

Namun Engkau tetap tahu..

Aku sedar akan diriku,

Aku sering menyakiti sahabatku,

Aku tak boleh lari daripada membuat mereka kecewa,

Aku selalu mengguris jiwa nurani mereka..

Kekadang, emosi amarahku tempias terkena mereka,

Kekadang, perasaanku mudah tersentuh bila bersama,

Aku memang sentiasa menyakiti hati mereka,

Dan terkadang, memang aku sengaja..

Ya Rabbi..

Engkau tahu akan kasihku terhadap mereka,

Aku teramat cinta dan sayangkan sahabat-sahabatku,

Sayangku tidak terucap dek lafaz cinta,

Kasihku tersimpan jauh di persada kalbu..

Duhai sahabat..

Kau tidak akan mengerti pengorbanan kasih ini,

Kerana kasihku tidak dapat dilihat dengan mata zahirmu,

Sayangku tak dapat kau pandang tanpa mata hatimu..

Aku hanya mampu berdoa..

Agar sayang kita berkekalan..

Kasih kita akan berpanjanga..

Sahabat..

Kau takkan pernah mengerti sayangku ini,

Kau takkan sedar akan kehadiran cintaku ini,

Kau takkan tahu tentang kasih ini..

Kerana..

Sayangku tersembunyi, sukar untuk aku zahiri,

Kasihku kasih yang tersembunyi,

Cintaku malu dan berselindung di balik sanubari..

Apa yang akan kau dapati nanti..

Aku adalah seorang yang egois..

Aku sensitif dan pemarah..

Aku tak kisah jika itu pandanganmu,

Aku tetap menyayangimu,

Kerana sahabat bukanlah barang yang ada pengganti..

Sahabat bukan untuk dijual beli..

Keras hanyalah luaranku..

Lembutku tetap di dalam hati ini..

Allah jua Yang Maha Mengetahui..

Kita hanya tahu menuding jari..

Tidak mengetahui sebenarnya realiti..

Aku tidak pernah menyalahkan,

Walau aku sentiasa disalahkan,

Realitinya, hanya Dia mengetahui,

Betapa aku cinta akan sahabat-sahabatku ini..

Renunglah dengan mata hatimu..

Kajilah dengan perasaan yang ada untukku..

Perhatilah dengan hati yang tulus..

Kelak, kau akan temui..

Betapa aku sayangkanmu..

Sahabatku..

Matanya berkaca dan terasa memberat. Dia terlena dalam dakapan puisi cinta untuk sahabatnya.Adamanik jernih yang melekat di atas kertas itu sebagai bukti ketulusan rindunya.

Siang telah pun menutup tirainya. Tiba giliran bulan untuk menjelma.Yanamemberi mesej peringatan kepada Ana untuk menghadiri kelas tambahan pada esok hari.

Assalamualaikum Ana. Esok ada kelas Nahu Sorf. Pukul 9 pagi sampai 4 petang. Jangan lupa bawa buku tebal tu sekali.

Ana membulatkan matanya saat membaca waktu kelas tambahan tersebut. 7 jam?? Lamanya. Tapi, takpelah. Diacubamengerti. Penat murid, penat lagi guru yang mengajar. Dia positifkan mindanya dengan ubat perangsang semangat. Dia segera membalas mesejYana.

Ok thanks ye. Esok nak naik apa? Kalau naik motor, kita pergi sama-sama. Nak bertolak pukul berapa?

6 minit kemudian, mesejYanamasuk bertandang.

Naik motor. Aku bawa slow esok. Tangan terseliuh sikitlah. Bertolak pukul 8.30 pagi. Boleh?

Patutlah Yana balas lambat, sakit tangan rupanya. Ana menggunakan kesempatan yang ada untuk bertanya khabar dan berborak-borak mesra dengannya. Sempat dia memberi mesej berbentuk tazkirah sebagai peringatan untuk diri sendiri dan sahabatnya.

Kita kenalah berusaha untuk solehahkan diri. Mudah-mudahan Allah akan menghadiahkan kita seorang putera agama yang soleh juga. Hati dan pandangan perlulah ditundukkan. Kita perlu menjaga anggota badan kita. Jaga tangan sebab tangan yang akan membalas mesej lelaki ajnabi, tangan yang akan menyentuh tangan lelaki ajnabi. Jaga mata sebab mata yang akan memandang ketampanan seorang  lelaki. Jaga telinga sebab telinga yang mendengar pujuk rayu lelaki. Jaga juga mulut sebab mulut yang asyik berbicara dengan ajnabi. Jaga kaki kerana kaki yang akan mengatur langkah pertemuan. Akhir sekali, jagalah hati kita sebab hati yang akan merindui si dia. Kita semua mampu untuk memeliharanya. Insya-Allah. Renunglah hikmah daripada ayat 36, surah al-Isra’ yang bermaksud : “Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan juga hati, semua anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya (selama di dunia).”

Usai berbalas mesej selama lebih kurang 1 jam, dia menyambung tugasannya. Masih banyak. Dia tetap teruskan usahanya. Setelah 1 jam setengah, mulutnya mula asyik nak menguap. Matanya pula semakin memberat. Jam menunjukkan pukul 11.00 malam. Dia menutup buku dan menuju ke bilik air untuk berwuduk. Setelah menunaikan solat Isyak, matanya tidak dapat ditahan lagi. Dia terus lena hingga ke pagi.

*******

Jam sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi. Lia bergegas menghidupkan enjin motornya untuk ke rumahYanausai dia menyiapkan diri.Yanasudah bersedia menanti di luar pintu dengan jaketnya. Ana belum memunculkan diri. Mereka sabar menanti walaupun jam semakin rancak mengalih waktu. Telefon rumahYanaberdering.Yanaberlari anak untuk menjawab panggilan tersebut. Dia menduga, itu adalah panggilan kecemasan daripada Ana.

Yana!  Aku lambat sikit tau. Motor aku ni buat hal. Dah lama tak guna, susah pula nak start. Tunggu sekejap tau.

Suara Ana jelas kedengaran di gegendang telingaYana. Dia hanya bersetuju dengan cadangan Ana tanpa banyak bicara.

Ana masih lagi tersangkut dengan masalah untuk menghidupkan enjin motor ego. Kebiasaannya, dia hanya menggunakan alternatif starter. Namun, sejak cuti bermula tiga hari lepas, motornya tidak pernah bergentayangan lagi. Mungkin, sebab itulah agak sukar untuk dia menggunakan starter. Enjin motornya terasa dingin. Dia terpaksa meminta bantuan abangnya untuk menghidupkan enjin motor secara manual kerana dia tidak pernah mencuba cara itu. Setelahcuba beberapa kali, Ana bersyukur. Enjin motornya kembali berdengung. Dia terus meluncur laju menuju ke rumahYana. Mereka pergi ke sekolah bersama-sama.

Tiba di sekolah, jam sudah pun menunjukkan pukul 9.15 pagi. Mujur kelas masih belum bermula.Yana, Ana dan Lia mempercepatkan langkahnya menuju ke kelas. Tepat jam 9.30 pagi, ustazah tiba menandakan kelas sudah bersedia untuk dimulai.

Sepanjang perbincangan di dalam kelas, suasana di dalamnya tidak menemui ketenteraman yang selesa kerana kehadiran seekor anak kucing yang kelaparan. Kucing comel itulah yang mengganggu ketenangan penduduk di dalam kelas.

“Aaaaaaahhhhhhhhh!!” Semua mata menumpu ke arah Ana. Dia menjerit gara-gara kucing comel yang sedang kelaparan yangcubamemanjat di atas pehanya. Sememangnya, Ana seorang insan yang gerun akan kucing. Azreen yang duduk di belakang Ana, lantas bangun dan mengambil anak kucing itu untuk meletakkannya di posisi yang sesuai di luar kelas.Yanayang duduk di sebelah, hanya menggelakkannya. Mata Ana mula berkaca tanda malu atas teriakan yang tidak disengajakannya sebentar tadi. Dia menyeka air matanya dengan tudung labuh birunya. Dia mula menumpu pada pembelajarannya.

Selang 30 minit, suara teriakan Ain pula kedengaran. Kemudian, Nana pula. Suasana pembelajaran pada hari itu memang tidak tenteram gara-gara kehadiran seekor anak kucing yang tidak diundang. Usai berehat dan solat Zohor, kelas kembali bermula. Masing-masing membulatkan mata tanda cergas. Tenaga yang datang bagai baru dicas semula setelah mendapat vitamin rehat dan senaman solat. Alhamdulillah.

Namun, tenaga yang ada tidak dapat bertahan lama lantaran perut yang sudah kenyang, mata pula semakin memberat. Jam juga sudah mula berganjak ke pukul 3.00 petang.Adalagi 1 jam sebelum dibenarkan pulang. Ana memandang sekeliling. Berpasang-pasang mata sudah menonjolkan rasa mengantuk mereka. Ana memandang rakan sebelahnya,Yana. Dia juga sudah mula layu. Namun, Ana gagahkan diri juga untuk bertahan walaupun matanya semakin kuyu. Hatinya bermonolog.

Kalau aku dan semua penat, mata dah kuyu dan rasa mengantuk dah bertandang. Mesti ustazah lagi penat dan mengantuk. Ustazah boleh bertahan. Aku pun kena bertahan.

Sebelum balik, sekali lagi, motor Ana membuat hal. Mujur ada Ema, Ezza dan yang lain datang membantu. Ema memang pakar lebih bab motor kalau nak dibandingkan dengan dirinya dan sahabat lain. Alhamdulillah. Motornya berdengung kembali. Dia berterima kasih pada Ema. Motor mereka meluncur laju menuju pulang ke destinasi masing-masing.

*******

Hari ini, awan mula menampakkan kemuramannya. Sekali lagi, motor Ana meragam. Dia tidak dapat pergi ke sekolah bersama motornya. Bateri motornya perlu dicas semula. Makciknya membantu menghantar Ana ke sekolah. Lia danYanamenaiki motor bersama. Kali ini, hanya dua orang. Tanpa Ana.

Setelah kelas bermula, awan mula menitiskan air matanya yang sudah lama bertakung. Hujan lebat mula berjuraian. Beberapa orang pelajar berdiri dan menutup tingkap-tingkap agar percikan tempias air hujan tidak mengganggu pembelajaran mereka. Mujur, hujan yang bertandang tidak lama.

Pembelajaran kembali reda seperti biasa. Hari ini, penduduk kelas tidak mempamerkan wajah mencuka kerana tidak muncul rasa mengantuk. Syaz dan Ana asyik berdua dan berborak. Entah apa isi perbualan mereka. Raut mereka kelihatan ceria sekan tiada duka. Namun, di lubuk hati, hanya Tuhan jua yang mengetahui.

Kelas tambahan hari ini lebih relax dan santai. Semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah.

Sudah 4 hari Ina tidak menghubunginya. Sukmanya diselubungi rasa rindu pada sahabatnya itu. Visual kenangan mereka seakan terbayang dalam rakaman ingatan. Wajah ceria Mel juga tergambar. Bayangan wajah Saida, sahabat lamanya juga turut terpamer melambai sama. Sungguh! Ana amat merindui sahabat-sahabatnya. Matanya mula berkaca. Hiba dan duka meresap di jiwa lemahnya.

Tika malam membuka tirai, usai solat Isyak, Ana menghadapkan dirinya di hadapan laptop makciknya setelah selesai membuat sebahagian daripada tugasan kerja sekolahnya. Dia membuka laman Facebook dan blognya. Dia mengemaskini laman blognya dengan memasukkan artikel baru bertajuk ‘Maksiat Anggota’. Usai mengemaskini dan membalas mesej di Facebook, dia disapa oleh seseorang yang bernama Putri melalui ruang mesej di bawah. Umurnya 2 tahun lebih tua daripada Ana.

Usai 10 minit memperkenalkan diri, Putri memuntahkan rintihan keluhannya pada Ana.

Ana, hati akak rasa sakit dan terluka. Akak ada menyimpan perasaan suka dan sayang pada seorang kawan lelaki. Kami berkawan. Tapi, dia dah berpunya. Bila akak dapat tahu, akak sedih sangat. Akak berhenti daripada mesej dia untuk seminggu. Berjaya! Tapi, dia ada cari akak. Dia mesej akak. Akak membalas mesejnya dengan penuh emosi amarah. Akak tahu, dia mesti kecil hati dengan sikap akak. Macam mana ye Ana? Patut ke akak minta maaf? Akak takut hati akak kembali lemah dan mula sayangkannya semula.

Mata Ana khusyuk tertumpu pada ketulusan Putri meluahkan isi hatinya. Tiba-tiba, dia teringat sesuatu. Cerita Putri seakan sama dengan kisah hatinya. Dia juga insan biasa yang pernah dirisik rasa suka dan rindu yang tiba-tiba hadir di sukma kalbu. Tetapi, dia sedaya upayacubauntuk tidak melayani perasaan itu kerana dia tahu, makin dilayan, makin disukai Syaitan. Biarlah ingatannya lupa pada kisah itu agar hatinya tenang mengingati Allah. Cinta memang memerlukan pengorbanan. Berkorban, ertinya terkorban. Itulah risiko sebuah cinta.

Ana beristighfar. Fikirannya mula menyusun ayat untuk membalas luahan hati tersebut dengan penuh kata-kata semangat. Jari-jemarinya mula rancak menari.

Kak Putri, rasa suka itu memang tak salah. Sebab, itu fitrah. Yang salahnya, cara kita. Cuba kita fikir, kalau kita tak selalu mesej si dia, tak selalu call si dia, tak selalu bertemu denga si dia, kita takkan selalu terfikir dan ingat dia sepanjang masa. Makin kita layan, makin syaitan masuk line. Sekali kita dah mulakan, memang susah nak berhenti. Berkawan tak salah. Berhubunglah atas dasar keperluan. Akak minta maaflah dengan si dia. Dan, akak mesejlah ikut keperluan. Hanya perkara yang penting saja. Terpulang pada akak. Ini adalah yang terbaik.

 

Jodoh dan takdir itu ketentuan Allah. Jangan terlalu mengharapkan dia dan jangan memberi harapan. Sandarkanlah harapan hanya pada Allah. Luangkanlah masa untuk berzikir, mengaji dan lain-lain aktiviti yang membolehkan kita akrab dengan Allah.

Putricubamenghayati isi mesej yang mengandungi banyak tazkirah dan hikmah itu. Dia akur dan setuju dengan pendapat Ana. Walaupun Ana berusia 18 tahun, namun, dia pandai berkata-kata. Dia tidak marah dan menengking. Dia berhikmah dalam berkongsi ilmu tazkirahnya. Lantas, Putri membalas.

Betul cakap adik. Akak tahu. Hati akak memang lemah dan mudah rapuh. Akak berkawan dengan dia pun, kami selalu mesej. Akak akan cuba apa yang adik kongsikan tadi. Betul. Cinta itu buta. Doakan akak ye.

Ana tersenyum membaca penerimaan positif Putri. Putri memiliki jiwa yang ingin kembali kepada fitrah iaitu mencari cinta Allah. Hatinya ingin bertemu dengan kebenaran cinta hakiki lagi suci. Dia menutur kata dalam tulisan.

Cinta itu buta bila nafsu yang memandunya. Cinta memang tak bermata. Gunakanlah mata hati yang kita ada dengan sebaiknya. Mata hati tidak memilih cinta atas dasar rupa, harta dan pangkat. Tetapi, mata hati memilih cinta atas dasar agama dan budi seseorang. Itulah bahagia sebuah cinta. Kuatkanlah hati kita dengan ketegasan dalam diri. Tegas dengan prinsip diri. Jangan sesekali serahkan semua kasih dan sayang kita untuk seseorang yang masih belum bergelar suami. Insya-Allah, akak boleh. Kita boleh.

 

Atma Putri seakan terkesan dengan tulisan berhikmah itu. Dia yakin, Allah akan membantunya. Dia menyemai tekad untuk mendekatkan diri pada Allah. Dia membalas mesej Ana.

Terima kasih Ana. Betul tu. Akak akan cuba dekatkan diri dengan Allah. Mengaji, berzikir dan lain-lain lagi. Akak akan buat yang terbaik.

 

Alhamdulillah. Ana bersyukur. Dia bahagia. Setelah 1 jam lebih meluangkan masa untuk membantu insan seagamanya, dia terpaksa berhenti kerana matanya sudah memberat. Dia segera menaip mesej terakhir untuk Putri sambil menyental matanya.

Kak, terima kasih ya. Saya nak off dah ni. Nak tidur dulu. Insya-Allah, akak boleh. Buat hanya kerana Allah. Assalamaualaikum.

Putri mengerling ke arah jam. Tepat pukul 11.00 malam. Dia faham. Dia juga memberi mesej terakhir pada Ana.

Terima kasih ya dik. Doakan akak. Salam.

*******

Sarapan pagi pada hari ini memang menggiurkan deria rasa Ana. Ayam masak merah bersama nasi himpit. Memang menyelerakan. Sudah 4 hari Ana diet dalam pemakanannya. Dia mengambil nasi dalam kuantiti yang sangat sedikit. Sehari hanya sekali. Namun, pada hari ini, dia terpaksa memungkiri prinsip dietnya. Ayam masak merah sebanyak 3 ketul bersama nasi himpit yang ditambah 2 kali menjadi santapannya. Enak sekali.

Jam menunjukkan pukul 11.00 pagi. Suria yang memancar menyinari manusia sungguh hangat percikannya. Memanaskan suhu Bumi. Ana mula bersiap. Dia sudah membuat temujanji bersama Lia dan Yana. Mereka bertiga pergi membayar lesen untuk latihan memandu motor ‘P’ pula. Cuti ini, barulah mereka temui kesempatan yang sesuai untuk membuat latihan. Namun, harga bayaran telah dinaikkan. Masing-masing serba salah ingin meminta wang sebanyak RM 150 dengan ibu bapa. Usai latihan dan percubaan QTI, bayaran sebanyak RM 100 pula menanti untuk test JPJ.

Ana akui, tahun ini, ibu bapanya banyak mengeluarkan duit untuk dirinya dan adik-beradik yang lain. Dia sentiasa merasai serba salah kerana sering meminta duit untuk belanja, isi minyak motor dan belajar. Dua orang adiknya masih bersekolah. Abangnya pula akan berhenti kerja untuk menyambung pelajarannya ke peringkat Diploma. Hanya kakaknya saja yang bekerja sepenuh masa. Kesemuanya memang memerlukan duit.

Yanadan Lia juga merasai suasana yang sama. Mereka sedar, dunia hari ini memerlukan duit. Semakin lama, harga akan semakin naik. Ana,Yanadan Lia bertekad untuk mencari pekerjaan sementara pada tahun hadapan sementara menunggu keputusan untuk masuk ke IPTA. Mereka ingincubamencari rezeki sendiri walaupun masih memerlukan ibu bapa. Mudah-mudahan, akan tersedialah pakej kerja kosong untuk diisi oleh mereka bertiga pada tahun hadapan.

Tepat jam 8.00 malam, Ana memulakan langkah untuk menyiapkan tugasannya. 2 jam berlalu. Namun, tugasannya masih banyak. Kerja yang diamanahkan semasa kelas tambahan tempoh hari masih belum disentuhnya. Kertasnya masih suci. Belum sempat untuk dia mengotorinya dengan tulisan jawapan.

Hurmmm..banyaknya! Bila nak siap ni? Esok dah pergi latihan motor. Sabtu dan Ahad pula pergi Kuantan. Memang kena bawa bukulah kat sana nanti. Kalau tak, memang tak terbuat! Untunglah aku sekolah lagi. Kalau dah kat universiti, tak tahulah macam mana. Macam ni ke ciri-ciri pelajar yang nak pergi Timur Tengah? Hurmm..

Hatinya bermonolog. Dia mengeluh sambil menyindir diri sendiri. Ana tersenyum kelat. Usai solat Isyak, Ana merebahkan diri di atas katil. Kakaknya masih belum pulang. Bulan ini, kakaknya memang sering pulang lewat lantaran lambakan kerja yang memaksanya. Mata Ana mula memberat. Dia beristighfar, mengucap, berselawat dan membaca doa tidur sebelum melelapkan mata.

*******

Ana menumpang Lia untuk ke tempat pendaftaran lesen kerana motornya ada sahaja masalah yang menimpa. Mereka bertiga termasukYanamula bertolak walaupun jam sudah menunjukkan pukul 7.45 pagi. Tapi sayang, van yang perlu dinaiki mereka telah pun pergi. Hairul, sahabat lama mereka, sudah terpacak awal. Dia menunggu kehadiranYanasebenarnya. Dia memang menyimpan perasaan padaYana. Tetapi, perasaan itucubaditepis oleh hatiYanaagar syaitan tidak berpeluang mengambil kesempatan untuk menghumbankannya ke dalam marak api Neraka. Diacubamujahadah!

Mereka perlu menunggu sehingga jam 9.00 pagi. Sementara menunggu, mereka rancak berbual.

“Esok Yuni dah bertolak ke UNISZA. Dia ajak kita tidur rumah dia. Syaz, Nana dan Ina dah setuju. Kau?” Tanya Lia kepada Ana danYana.

“Aku mestilah tak boleh. Esok pagi-pagi lagi aku dah bertolak nak pergi Kuantan.” Jawab Ana.

“Aku tak tahulah. Aku puasa hari ni. Nak buka puasa dengan family. Takkan aku nak keluar malam-malam? Entahlah.”Yana pula menyambung.

“Aku pun tak tahu lagi sebenarnya. Tak tanya parents aku lagi.” Keluh Lia.

Ana sempat bercerita tentang seorang kakak yang meminta pendapatnya tentang cinta. Dia mengambil kesempatan masa yang ada untuk berdakwah dan saling berpesan ke arah kebaikan. Sedang rancak berbicara, Hairul mengatur langkah menuju ke tempat Ana,Yanadan Lia. Dia hanya menegur. Kemudian, dia bergayut di telefon. Gelaknya asyik kedengaran. Ana,Yanadan Lia kembali rancak berbual.

Van yang dinanti telah pun tiba. Mereka menaikinya dengan semangat yang membara. Tidak sabar rasanya ingin membuat latihan motor. Sudah lama mereka tidak belajar. Banyak yang sudah dilupa oleh ingatan mereka.

Usai berdaftar, Ana, Yanadan Lia beserta Hairul menuju ke litar latihan motor. Guru yang bertugas memberi sedikit taklimat. Kemudian, dia membuat demo di atas litar latihan. Mereka berempat memerhati dengan penuh teliti.

Tiba giliran mereka untuk membuat latihan. Masing-masing semangat dan sudah bersedia. Segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah. Cuma, ingin memperaksikan double stand agak payah. Berat. Namun, mereka berjaya juga. Hanya Lia saja yang masih belum berjaya membuat aksi double stand.

Tepat jam 12.00 tengahari, van datang menjemput mereka untuk pulang ke tempat pendaftaran lesen.

Petangnya, Syaz dan lain-lain sudah merancang untuk pergi berjalan-jalan meluangkan masa bersama Yuni yang bakal bertolak ke Terengganu pada esok hari.Adalagi seminggu sebelum Ina terbang keJordan. Ana tidak dapat menikmati kebahagiaan bersama-sama mereka. Bukan dia tak ingin, tetapi, dia takut. Dia takut dengan kehadirannya nanti bakal meragut rasa seronok dan bahagia yang sedang dilalui mereka. Emosi sensitifnya cepat merebak. Biarlah mereka bahagia tanpa Ana. Ana tetap mendoakan yang terbaik buat sahabat-sahabatnya.

*******

Jam loceng berkumandang. Menunjukkan pukul 5.30 pagi. Deringan itu benar-benar membingitkan telinga Ana. Dia segera bangun dan menuju ke bilik air untuk bersiap. Pagi-pagi lagi, usai mandi dan solat Subuh, Ana sekeluarga bertolak menuju ke Kuantan untuk memenuhi undangan sepupunya yang baru saja mendirikan rumah tangga. Perjalanan yang mengambil masa selama 4 jam itu benar-benar menguji ketahanan matanya walaupun bukan dia yang menjadi driver. 4 adik-beradiknya menaiki kereta Myvi milik kakak Ana. Manakala Ana bersama ibu bapanya menaiki kereta Chevrolet. Ana membaca doa menaiki kenderaan sebelum kereta meluncur laju. Oleh kerana dia seorang saja yang duduk di tempat belakang, dia menggunakan kesempatan yang ada untuk berbaring sambil melelapkan mata. Amat menyelesakan. Dia hanyut dibuai mimpi.

Setelah selesai meredah hutan selama 4 jam, akhirnya, mereka sekeluarga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Alhamdulillah. Ramai tetamu menyebabkan Ana berasa segan. Namun, setelah berjumpa dengan sepupu-sepupu perempuannya, rasa segannya mula hilang. Mereka bersalaman dan berborak bersama. Mereka juga sempat mengabadikan kenangan manis di atas pelamin pengantin yang bercorakkan warna emas. Indah memori itu.

Anacubamenyibukkan diri dalam menghadapi suasana yang hiruk-piruk dengan pelbagai latar muzik. Tangisan budak, karaoke dan lain-lain lagi. Gegendang telinganya sedikit sakit mendengar alunan karaoke. Sejujurnya, dia memang tidak menyukai karaoke. Hatinya bermonolog,

Bila aku kahwin nanti, aku nak pasang lagu-lagu nasyid macam lagu Maher Zain, Inteam, dan lain-lain lagi. Selawat dan bacaan quran lagi bagus. Barulah berkat. Insya-Allah.

Ana melayan budak-budak comel yang bergentayangan disanasini. Dia sempat mendukung bayi. Comel dan bulat matanya. Suasana amat menyeronokkan.

Ana tidak sempat hendak menegur sepupu-sepupu lelaki yang selalu rapat dengannya. Alasannya, sibuk. Hakikatnya, Ana bukan sombong. Tetapi rasa malu yang semakin menebal dalam diri, membuatkan dia berasa kekok dan segan hendak bercakap bersama sepupu lelakinya. Jika sebelum ini, mulutnya masih boleh bercakap dan bergelak tawa bersama. Memandangkan masing-masing sudah matang, maka, Ana perlu ada rasa segan untuk pelihara hati dan jiwanya. Dia tidak sombong. Dia hanya ingin menjaga batas pergaulan. Dia malu.

Tepat pukul 10.00 malam, Ana bersama ibu, abang, makcik dan beberapa orang sepupunya, meluangkan masa untuk melawat Teluk Cempedak. Perjalanannya mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Ana terlelap.

Disana, walaupun malam semakin larut, namun, orang ramai masih berpusu masuk. Teluk Cempedak sentiasa dibanjiri pelawat. Pelbagai kedai yang tersedia di situ menjadi punca berlakunya kebanjiran tersebut. Macam-macam ada.

Ana dan sepupu rapatnya, Miza, mengambil kesempatan untuk bergambar dengan seekor ular sawa yang sederhana besar. Rasa debar mula menyelinap masuk di segenap ruang hati Ana. Dia beranikan diri. Ular diletakkan atas leher mereka berdua. Miza memegang kepala ular tersebut. Mereka senyum di hadapan kamera. Ular mula hendak bergerak. Ana tersenyum kelat tanda bimbang. Miza hanya bersahaja. Mereka bahagia kerana dapat bergambar dengan seekor ular sawa.

Pukul 1.00 pagi, kereta sudah pun terpacak di hadapan rumah. Sebelum tidur, masing-masing sempat meratah sup kaki lembu sebagai juadah mengisi perut. Usai makan, mata Ana memberat. Dia mencari lokasi yang sesuai untuk merebahkan dirinya. Dia tidur di sebelah adik lelakinya, di bawah kipas. Ana terlena. Rasa dingin mula menjalar di sekujur tubuhnya. Dia seakan tidak peduli. Matanya terus dipejamkan.

*******

Selama 2 hari 1 malam Ana sekeluarga menetap di Kuantan. Usai bersarapan, mereka langsung pulang. Mereka sekeluarga sampai di rumah tepat jam 1.30 petang.

Ana menunaikan kewajipannya. Usai solat, dia terus menuju ke katil sambil menyental matanya. Terasa matanya makin memberat. Dia terus lena tanpa mengisi perut yang sedang berkeroncong.

Matahari semakin terbenam.

Ina membuat panggilan telefon.

“Assalamualaikum Ana.”

“Waalaikumussalam.. Ingat dah lupa kat aku.”

“Kira okeylah ni aku yang call. Nak harap dia call, entah bila. Haha.”

“Haha. Nak apa?”

“Aik? Tak suka nampak!”

“Gurau je. Lama tak dengar suara kau. Mesti kau rindu akukan. Haha.”

“Perasan! Aku nak cerita pasal kem tu. Best!”

Ina menceritakan pengalamannya menghadiri kem bersama Yuni sebelum Yuni menapak ke Unisza. Semangat Ina bercerita. Dia sengaja mahu mencemburukan Ana. Mereka berdua bahagia kerana dapat mendengar suara lagi meskipun belum punya kesempatan untuk bersua muka.

Ana begitu bahagia dengan panggilan sahabat karibnya itu. Dia semakin pilu kerana masa semakin ingin memisahkannya dengan Ina.Adalagi 3 hari sebelum Ina menjejakkan kaki keJordan.Adatitis air mata yang tiba-tiba mengalir.

*******

Atma Ana terlalu rindukan sahabatnya yang kini sedang menyambung pelajaran di KUIS. Mel. Dia rindukan Mel. Dia segera menelefon Mel menggunakan khidmat telefon rumahnya lantaran telefon bimbitnya kekontangan kredit.

“Assalamualaikum, Mel.” Mesra sapaan Ana.

“Waalaikumussalam.”

“Mel, rindu aku tak? Hehe.”

“Rindula..hehe. Dahlah hari tu tak datang. Sombong!” Rajuk Mel.

“Bila? Ko ada balik ke? Aku tak tahu pun.”

“Kelmarin aku balik sekejap. Diorang yang suruh. Takkan kau tak tahu?”

“Yelah. Korang je. Asyik aku je yang tak tahu. Takpelah.” Ana pula merajuk.

“Manalah aku tahu. Ingatkan, semua dah tahu.Ala, janganlah macam ni. Hehe.” Pujuk Mel.

“Yelah Mel. Amacam study? Okey?”

“Alhamdulillah, okeylah juga. Banyak assignment.”

“Biasalah tu. Barulah namanya student. Tak macam aku, budak sekolahkan.” Mereka berdua ketawa gembira.

“Bagus juga kau tak datang kelmarin. Kau pergi Kuantankan?”

“Kenapa Mel?”

Mel menceritakan segala yang berlaku antara dia dan Nana. Nafas Ana turun naik. Seakan tidak percaya dengan apa yang disampaikan oleh Mel. Banyak kali mulutnya melafaz istighfar.

“Ya Allah, Mel, betul ke? Takkan sampai macam tu?”

“Betul. Aku baca sendiri. Aku benci dia.”

“Mel, tak baik cakap macam tu. Diakankawan yang paling rapat dengan kau. Tak baik benci. Doalah, semoga dia berubah.”

“Eh, aku dah takut nak tengok muka dia. Aku bencilah.” Emosi amarah Mel mula merebak.

“Jangan benci dia. Benci pada dosa-dosa dia tu, takpelah. Tak baik benci kawan sendiri.”

Setelah selesai Mel meluahkan rasa di hatinya, Anacubamenenangkannya. Selama 30 minit mereka berbual.

Ana begitu terkejut dengan cerita itu. Dia tak sangka, Nana boleh pergi sampai ke tahap itu. Sepengetahuan dia, Nana hanya bercinta. Itupun bukan Nana yang beritahunya. Dengan siapa, Nana tak pernah beritahunya. Namun, kecewanya tidak dapat diluah dengan kata-kata. Hatinya mula bermonolog merintih pada Yang Maha Esa.

Ya Allah, maafkan aku. Aku gagal. Aku gagal menjadi seorang sahabat yang berupaya membawa sahabatnya ke jalan kebenaran-Mu. Aku gagal menjadi seorang sahabat yang mengajak sahabatnya untuk amar ma’ruf nahi mungkar. Dia tetap memilih inginkan cinta dusta yang penuh fatamorgana. Betullah, bila seseorang itu sudah melangkah ke alam percintaan, dia takkan peduli dah dengan nasihat ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan. Ya Allah, curahkanlah secebis hidayah-Mu untuk sahabatku. Amin.

*******

Hari ini, jadual Ana padat. Pagi-pagi lagi, minda Ana sudah diingatkan bahawa hari ini ada kelas tambahan untuk subjek Balaghah. Dia tekad untuk mengambil kesempatan yang ada untuk berbicara dari hati ke hati bersama Nana.

Ketika rehat, dia meluangkan masa berdua bersama Ana. Perlahan-lahan Anacubamenyiasat keadaan hatinya.

“Nana, Mel dah cerita semuanya. Aku dah tahu apa yang aku tak tahu selama ni. Aku tak sangka kau layan mesej-mesej macam tu.”

Nana tunduk membisu. Kemudian, dia mula bersuara.

“Aku dah buang dah mesej-mesej tu. Betul. Aku dah putuskan hubungan aku dengan diorang.”

“Betul tak betul, aku tak tahu. Hanya Allah yang tahu. Tapi, aku percayakan kau. Akucubaberbaik sangka. Aku tak benci kau.”

“Betul, aku nak berubah. Aku akan buktikan pada Allah.” Nana menyemai tekad.

“Alhamdulillah kalau macam tu. Sekarang, aku serba salah nak cakap. Mel kata, dia benci kau. Aku tak suka keadaan macam ni. Dulu, korang berdualah yang paling rapat. Jangan gara-gara lelaki, kita dibuang.”

“Ya, aku tahu. Aku akancubajernihkan keadaan. Aku akancubaberbaik dengan Mel walaupun itu akan mengambil masa yang lama. Aku janji, aku akan berubah. Kerana Allah. Sebab, hati aku dah betul-betul terbuka. Aku dah tukar nombor telefon.”

“Insya-Allah. Kau boleh. Yang penting, jangan sesekali mulakan. Sebab, bila kita mulakan, susah nak berhenti. Ingat, hati yang dah diselubungi dengan nama ajnabi, sukar hidayah dan nur Allah nak menembusi.

“Aku akancuba.” Nana mengukir senyuman. Tulus.

“Aku harap, kau tak terasa hati dengan aku. Ini tugas aku sebagai hamba Allah dan sahabat.” Ana tersenyum mesra.

“Aku tahu. Aku tak terasa langsung. Sebab, ini semua salah aku. Terima kasih sebab kau yang selalu bagi kata-kata nasihat dekat aku. Aku bersyukur sangat.”

“Alhamdulillah. Ingat, Allah tu Maha Pengampun. Sekarang, fokus betul-betul untuk STAM. Ini tujuan asal kita. Belajar, bukan bercinta. Sama-samalah kita kejar kejayaan ya.” Ana bersalaman erat dengan Nana. Mereka tersenyum. Hati Ana bersyukur.

Perbualan mereka berakhir di situ. Mereka kembali ke kelas dengan langkah yang bersemangat.

Bulan mula menampakkan diri. Ana membuat temujanji dengan Ina. Mereka berdua sudah rancang untuk keluar berdua. Mereka ingin meluangkan masa bersama sebelum berpisah. Maklumlah, sebelum ni, mereka jarang berjumpa. Ana sentiasa sibuk.

*******

Keesokan harinya, Ana menelefon Ina.

“Ina! Dah tanya mak kau belum?”

“Ana, sorry.” Atma Ana mula sayu.

“Mak aku tak izinkan. Pagi nanti aku kena ikut mak aku pergi isi borang yang belum lengkap. Nanti petang kau datanglah. Dengan yang lain.” Sambung Ina.

Ana mendiamkan diri seketika. Kemudian, dia menyambung bicara.

So, tak dapat dahlah nak jumpa kau. Aku tak dapat datang rumah kau petang ni. Okey, assalamualaikum.”

“Ana, sampai hati….Ana…..”

Ana terus mematikan panggilan sebelum sempat Ina menamatkan ayat terakhirnya. Dia berasa sangat sedih. Dia ingin sekali berjumpa berdua dengan Ina. Namun, hasratnya terpaksa disimpan. Dia akur. Dia tahu, Ina pasti kecewa. Jiwanya mula bermonolog.

Setiap pertemuan ada perpisahan. Oleh itu, ada baiknya kita tak bertemu…

Ana mengeluh kecewa. Dia memberi mesej pada Lia.

Salam, Lia, petang nanti sebelum kau nak pergi rumah Ina, singgah rumah aku sekejap ya. Tolong berikan hadiah aku untuk Ina.

Lia pelik. Ana tak nak berjumpa dengan Ina ke? Dia membalas mesej itu.

Kau tak nak jumpa dia ke? Jomlah. Kita pergi sama-sama.

Ana hanya tersenyum kelat. Dia tetap dengan keputusannya.

Takpelah. Kau dengan Yana pergilah. Tolong tau. Aku tak sihatlah. Okey, salam.

Lia terpaksa akur dengan kehendak sahabatnya itu.

Ana meluangkan masa bermesej denganYana.Yanaada mengajaknya untuk ke rumah Ina. Keputusannya tetap. Dia memberi mesej kepadaYana.

Yana, aku tak pergi. Kau pergilah berdua dengan Lia. Aku tak sangguplah nak bertentang mata dengan dia. Kau nak aku nangis ke? Huhu.

Yanacubamemahami.

Aku faham. Tahulah korang berdua bulan sama kan..

Usai bermain mesej selama 1 jam, Ana merehatkan tubuhnya sambil menunggu kedatangan Lia danYana. Dia termenung seketika.

Dia membuka laptop kakaknya untuk membaca semula isi kandungansurat khas untuk sahabatnya, Ina.Surat itu sudah tersimpan rapi di dalam pembalut bersama hadiah untuk Ina.

SURAT CINTA UNTUK SAHABATKU, INA…..

Meskipun perkenalan ini banyak mengeluarkan emosimu..

Namun, kasih yang tersemai di jiwa kita tetap akan bertahan..

Ingat tak..

Saat kau merajuk, aku yang pujuk..

Saat aku merajuk, kau pula memujuk..

Saat hatimu berduka, akucubauntuk menggembirakanmu..

Saat hatiku terluka, kaucubamengubatnya dengan tawamu..

Saat kau putus asa, aku menaikkan semangatmu..

Saat aku tak berdaya, kau hembuskan nafas kekentalanmu..

Saat aku terpinggir, kau mendampingiku..

Saat kau terbuang, aku selalu di sini untukmu..

Kenanglah..

Saat tawa gembira kita bersatu membina ukhuwah..

Saat duka hiba kita mengharungi arus denai kehidupan..

Saat kejayaan merangkul erat hati-hati kita..

Saat kita gagal mengecap sebuah persefahaman..

Jangan sesekali lupakan..

Saat pertemuan indah kita berdua..

Saat kita bangun bersama..

Saat kita sentiasa memuji-Nya..

Saat Dia menguji ketulusan kita..

Ingatlah..

Kau dan aku tetap bersama..

Walau hati kita jauh..

Namun ukhuwah takkan terputus..

Biar berjuta rintangan menjengah..

Ingatlah..

Perjuangan kita masih jauh dan panjang..

Takkan berakhir sehingga ke titisan darah terakhir..

Jangan direnung jerih payah sebuah usaha..

Tapi renunglah sebuah cita kita yang berjaya..

Sahabat..

Sekali kita menghulur salam persahabatan..

Selamanya, kau kekal sebagai sahabatku..

Kau teman dikala sendu menyelubungiku..

Kau penawar piluku..

Semoga ukhuwah kita berkekalan..

Walaupun kita semakin hampir dengan perpisahan..

Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu.. J

Bunyi enjin motor Lia mematikan lamunan Ana. Dia segera keluar untuk menyambut kedatangan sahabatnya itu. Mereka berdua melangkah menuju ke bilik Ana. Sementara menungguYanadan Syaz, Lia dan Ana meluangkan masa bersenda gurau untuk menghiburkan hati yang sedang dilanda hiba. Walaupun mulut tersenyum lebar, namun, hanya hati yang tahu rahsia jiwa mereka. Lia membawa hadiah istimewa untuk Ina.Yanapula baru saja memilih hadiah untuk Ina.Yanadatang bersama Syaz. Walaupun Syaz tidak sihat, tetapi, dia tegarkan diri untuk bertemu dengan Ina untuk kali yang terakhir. Ana bangga dengan sahabat-sahabatnya.

Dipujuk sudah, digoda pun sudah. Ana tetap dengan keputusannya. Dia bukan tak nak bertemu dengan Ina. Dia sendiri pun tak tahu apa kehendak dirinya. Kalau diikutkan hati, dia hendak merangkul erat sekujur tubuh milik Ina. Namun, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik.

Yana, Syaz dan Lia sudah mula menghidupkan enjin motor masing-masing untuk bergerak ke rumah Ina. Ana menyampaikan ucapan dan salam terakhir untuk Ina kepada sahabat-sahabatnya. Motor mereka meluncur laju. Ana hanya tersenyum. Atmanya meraung.

Ina! Maafkan aku sebab tak jumpa kau! Aku sayang sangat dengan kau! Semoga korang bahagia bersama…

Petangnya, hati Ana terasa debar. Debaran kerisauan. Dia baru saja dapat berita bahawa ayahnya pengsan di tempat kerja. Sekarang, ayahnya sudah dibawa ke hospital. Ayahnya memang penghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Dia jarang makan ubat dan tak tahan dalam berpantang.

Air mata Ana bertakung. Dia tidak menitiskannya di hadapan orang ramai. Ibu dan adik lelakinya bergegas ke hospital. Ana tidak turut serta kerana terpaksa menemani makciknya mengemas rumah.

Ana hanya berdoa di dalam hati.

Ya Allah, selamatkanlah ayahku. Semoga dia tak apa-apa. Sembuhkan dan pulihkanlah dia. Amin.

Jam menunjukkan pukul 12.00 malam. Matanya masih tidak mahu lelap. Ana memikirkan keadaan ayahnya yang sedang berada di ruang hospital. Hatinya sayu dirobek pilu. Satu persatu ujian bertandang menguji imannya. Diacubatabah. Dia tidak mahu rebah. Dia yakin dengan Allah.

Daripada Abu Said al-Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ana akui, ayahnya memang seorang yang garang. Namun, penyayang. Ayahnya itulah yang telah memerah keringat dengan bekerja dari pagi hingga ke petang untuk membesarkan 5 orang anaknya. Dia amat sayang akan ayahnya. Dia belum bersedia untuk kehilangan insan-insan kesayangannya.

Ana melayan perasaan pilu sambil memuhasabah kembali dirinya. Lafaz istighfar mengalir deras dari mulutnya. Bertali arus. Seakan tidak mahu putus. Ana tewas dengan emosinya. Dia menangis.

Visual Ina mula terpapar di relung matanya. Fikirannya tertumpu pada Ina. Pukul 3 pagi nanti, Ina akan terbang jauh keJordan. Dia pasti akan merindui sahabatnya itu.

Air matanya mula berjujuhan. Ana teringat segala kenangan pahit manis bersama Ina.

Aku memang kejam. Aku memang jahat. Tapi, aku tetap sayangkan kau. Kau tetap sahabat aku dunia dan akhirat. Aku sentiasa mendoakan kejayaan kita bersama. Bila rindu, aku selalu termimpikan kau. Bila tengok gambar kita, hati aku pilu dan sayu. Kau akan pergi menunaikan amanah belajar selama 4 tahun di sana. Semoga berjaya. Terpulang pada kau kalau kau nak lupakan aku. Tapi, aku takkan pernah lupakan kau. Aku takkan lupa kenangan kita. Suka duka kita. Aku sayang kau, Ina. Aku akan selalu rindukan kau. Ya Allah, jagalah sahabatku. Selamat jalan, sahabat!

Ana menanam tekad di dalam hati. Semoga dia tabah untuk berdiri menghadapi hari esok. Ana tahu, ujian dan dugaan akan terus bertandang untuk menguji sekuat dan seteguh mana iman di hati untuk-Nya. Itulah lumrah dan liku orang beriman. Mudah-mudahan, dia termasuk golongan orang beriman.

Perlahan-lahan, matanya mula terasa memberat. Dia terlena dalam melayani emosi cinta terhadap insan-insan kesayangannya. Ana terlena bersama air mata tulus yang berjujuhan. Sungguh! Ukhuwah kerana Allah itu indah.

Daripada Abdullah bin Amr r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Sahabat yang terbaik di sisi Allah adalah sahabat yang paling banyak berbuat baik kepada sahabatnya.” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)

 

6 comments on “UKHUWAH CINTA KITA

  • lame sudah menanti cerpen dari blog ni..akhirnye, muncul jua..
    saya suka..
    sahabat memang selalu dalam hati kita..tanpa sahabat, kita tiada peneman..
    ukhuwah itu sangat-sangat indah..
    cerpen ni seronok dan really banyak touching..
    bengkak mata tau..hihi..
    teruskan usaha anda.. (*_*)

  • [HANYA KOMENTAR CURHAT DARI SEORANG PENGEMBARA]
    Alhamdulillah…
    Pasukan iblis sukses menyesatkan masyarakat, Gembong FreeMason Yahudi dan anteknya berhasil menjajah lahir bathin negeri ini, krisis Inflasi harga kebutuhan pokok meningkat, Penyakit hubungan kelamin merajalela, Korupsi jamaah pejabat menanjak, Jual beli jabatan pemilu berlanjut, Pengurasan sumber daya alam berjalan, Kebodohan berbasis kemiskinan bertambah, dan masih banyak lagi yang semua itu berujung pada pemurtadan rakyat banyak.
    Alhamdulillah…
    Sekarang kita dapat melihat dengan jelas kebobrokan sistem sekular jahiliyah yang selama ini telah kita terapkan dan kita tuhankan, karena kita telah membuang jauh-jauh sistem Islam kaffah ciptaan “Sang Maha Pencipta Sistem” dari kehidupan kita.
    Alhamdulillah…
    Sekarang kita dapat membuktikan kebenaran sabda Nabi Muhammad berikut ini:
    Dari Abdullah bin Umar dia berkata,
    “Rasulullah SAW menghadapkan wajah ke kami dan bersabda:
    “Wahai golongan Muhajirin, lima perkara apabila kalian mendapat cobaan dengannya, dan aku berlindung kepada Allah semoga kalian tidak mengalaminya;
    1. Tidaklah kekejian menyebar di suatu kaum, kemudian mereka melakukannya dengan terang-terangan kecuali akan tersebar di tengah mereka penyakit Tha’un dan penyakit-penyakit yang belum pernah terjadi terhadap para pendahulu mereka.
    2. Tidaklah mereka mengurangi timbangan dan takaran kecuali mereka akan disiksa dengan kemarau berkepanjangan dan penguasa yang zhalim.
    3. Tidaklah mereka enggan membayar zakat harta-harta mereka kecuali langit akan berhenti meneteskan air untuk mereka, kalau bukan karena hewan-hewan ternak niscaya mereka tidak akan diberi hujan.
    4. Tidaklah mereka melanggar janji Allah dan Rasul-Nya kecuali Allah akan kuasakan atas mereka musuh dari luar mereka dan menguasainya.
    5. Dan tidaklah pemimpin-pemimpin mereka enggan menjalankan hukum-hukum Allah dan tidak menganggap lebih baik apa yang diturunkan Allah, kecuali Allah akan menjadikan saling memerangi di antara mereka.””
    (HR Ibnu Majah nomor 4009, lafal baginya, dan riwayat Al-Bazar dan Al-Baihaqi, shahih lighoirihi menurut Syaikh Al-Albani dalam Shahih At-Targhib wat-Tarhib hadits nomor 1761).
    Sekarang manakah diantaranya yang belum terjadi? Masih belum cukup?
    Alhamdulillah…
    Selama generasi kita tidak memurikan tauhid dan tidak menerapkan sistem Islam kaffah (dalam khilafah), maka insyaAllah generasi penerus kita juga dapat langsung membuktikannya juga.
    Alhamdulillah…
    ________________
    “Mengapa Allah akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman? Dan Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui.” (Q.S. 4:147)
    “Allah-lah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu beristirahat padanya dan menjadikan siang terang benderang. Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyai karunia yang dilimpahkan atas manusia, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.” (Q.S. 40:61)

  • xmampu nk komen kowt ! hya mmpu menitiskn air mata . huhu . wana !!!!!!!!! asl citer nie sedih sgt ???? prcaya @ x , xde sape pon yg dpt gntikn korg di hati aq . korg sume tetp kwn aq yg PALING TERBAEK !!!!!!! miss korg sgt2. :(:(:(:(:(:(

  • Leave a comment