NASIHAT USTAZ KAMI SEMASA ‘REUNION’

Published May 23, 2012 by wana93

Pada 20/5/2012 yang lepas, kawan-kawan saya ada plan nak buat Reunion. Best kot! Ramai yang pergi. Tapi, saya tak dapat pergi. Sebab, my sister engaged la pulakk. :p

Saya cemburu dengan diorang yang pergi Reunion tu. Untunglahh. Dapat melepaskan rindu pada kawan-kawan, cikgu-cikgu dan pada sekolah terchenta! ^^

Dan, mereka sangat beruntung sebab dapat dengar tazkirah daripada seorang ustaz kami, ustaz Shahmuzir (Blog ustaz)

Terima kasih kepada sahabat yang merakam dan buat video ni. Amat bermakna. 🙂

Dari Ibnu Abbas RadhiAllahu `anhuma, katanya, pada suatu hari aku berada di belakang (membonceng) Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, lalu Baginda bersabda:

“Wahai anak kecil, sesungguhnya aku akan mengajarkan kamu beberapa hal kepadamu, iaitu:

Jagalah ALLAH nescaya ALLAH akan menjagamu, jagalah ALLAH nescaya DIA akan berada di hadapanmu, jika engkau memohon maka memohonlah kepada ALLAH, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada ALLAH, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh ALLAH, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan mudharat ke atas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh ALLAH. Telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.”

(Hadith Riwayat at-Turmudzi, menurutnya hadith ini Hasan Sahih)

~ Ya! Jagalah Allah! Nescaya Allah akan menjagamu! Pasti! ^_^

 

2 comments on “NASIHAT USTAZ KAMI SEMASA ‘REUNION’

  • Leave a comment