MAKSIAT ANGGOTA

Published June 1, 2011 by wana93

TANGAN

Pelihara tangan kita kerana tangan yang akan :
– Memberi mesej kepada ajnabi.
– Menyentuh tangan ajnabi.

KAKI

Pelihara kaki kita kerana kaki yang akan :
– Mengatur langkah untuk pertemuan dengan ajnabi (dating dll)
– Melangkah ke tempat maksiat

MATA

Pelihara juga mata kita kerana mata yang akan selalu :
– Melihat keaiban, kemaksiatan dan aurat ajnabi.
– Memandang kecantikan dan ketampanan ajnabi.
– Menatap lenggokan si wanita ajnabi.

TELINGA

Pelihara telinga kerana telinga yang akan :
– Mendengar umpatan dan gosip.
– Mendengar pujuk rayu si ajnabi.
– Mendengar perkara-perkara yang melalaikan.

MULUT

Pelihara juga mulut kita kerana mulut yang akan :
– Berbicara dengan suara yang menggoda ketika bercakap bersama ajnabi.
– Mengumpat, mengutuk dan mengeji orang.
– Mencium si ajnabi.

HATI

Pelihara hati kita kerana hati yang akan :
– Merindui si ajnabi.
– Berangan-angan dengan si ajnabi.
– Menyisihkan Allah untuk menempatkan si ajnabi di dalam hati kita.

Pelihara Anggota Kita Daripada Dibaham Api Neraka

Peliharalah kesemua anggota badan kita agar terhindar daripada maksiat, dosa dan noda. Peliharalah mata agar melihat keindahan Bumi ini dengan mata hati dan menatap keperitan hidup rakyat Palestin dan yang hidup susah. Hijabkanlah pandangan agar kita terpelihara daripada gila bayang.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. (Surah an-Nur : ayat 30)

Peliharalah telinga untuk mendengar ayat-ayat Allah, tazkirah yang mentarbiyah hati dan takbir azan yang suci hakiki.

Jagalah mulut supaya tidak bercakap perkara yang sia-sia. Gunakanlah ia untuk mengalunkan zikir munajat dan menyebut asma’ Allah serta mengaji dan berdakwah di jalan-Nya.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :

“Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik” (Surah al-Ahzab : ayat 32)

Pelihara juga kaki kita agar tidak mudah mengatur pertemuan dengan yang bukan mahram dan tidak menuju ke tempat maksiat.

Pelihara tangan agar tidak menyentuh sesuatu yang haram untuk disentuh. Gunalah tangan itu untuk membantu orang yang memerlukan pertolongan dan menegakkan bendera kebenaran.

Akhir sekali, peliharalah hati dari sesuatu selain Allah. Hijabkanlah hati agar kita tak mudah dipengaruhi rancangan jahat syaitan durjana.

Ingatlah, segala yang kita lakukan di dunia ini akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Berdasarkan firman Allah yang bermaksud,

“..sesungguhnya pendengaran, penglihatan juga hati, semua anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya (selama di dunia).” (Surah al-Israa’ : ayat 36)

Leave a comment